BAB 23

Family Completed 1293

15 February 2013

Assalamualaikum Ayah.

Maafkan Ammar atas kedatangan surat ini. Terlebih dahulu Ammar menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan ampun dari ayah. Maafkan Ammar juga, jika surat ini membuatkan ayah tidak senang membacanya.

Ayah…tiada kata-kata yang mampu Ammar ucapkan pada ayah. Hanya terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjaga Ammar dari kecil hinggalah Ammar dewasa. Ammar sayangkan ayah dunia dan akhirat Ammar. Bagi Ammar, ayahlah insan yang paling Ammar sayang. Kalau boleh Ammar nak cium tangan ayah, Ammar nak peluk ayah kuat-kuat, Ammar nak bawak ayah menunaikan haji. Macam-macam Ammar nak buat untuk ayah. Ammar nak balas jasa ayah kerana membela Ammar.

Ayah…jika suatu hari kelak, Ammar dah tak ada dalam dunia ni, Ayah ampunkan segala dosa-dosa Ammar ye? Halalkan segala makan minum dan segala pemberian ayah kepada Ammar. Ammar terkilan sangat-sangat kerana …Ammar tak dapat berjumpa dengan ayah untuk kali terakhir. Saat surat ini ayah baca, Ammar dah tak ada lagi. Ammar terima segala ketentuan yang Allah berikan untuk Ammar. Takdir Ammar, ajal dan maut Ammar semuanya Allah yang tentukan. Ammar akur bila-bila masa sahaja jika Allah mahu menjemput Ammar pergi.

Ayah, lima tahun ini, kehidupan Ammar sepi, sunyi dan kosong tanpa ayah, tanpa Long dan tanpa Ummairah. Rindunya Ammar pada keluarga kita hanya Allah yang tahu. Namun Ammar pendamkan segalanya. Ammar masih ingat kata-kata akhir ayah pada Ammar. Walaupun rindu yang bersarang dalam diri Ammar begitu tebal dan kuat tetapi Ammar takut ayah tak terima Ammar jika Ammar pulang. Ayah…tiga tahun lepas doctor mengesahkan Ammar mengidap penyakit ‘Partial Thrombosis Of Superior Sagitittal Sinus’. Masa yang Ammar ada tak lama ayah. Ammar redha dan pasrah dengan ketentuan yang Allah berikan untuk Ammar. Bukan Ammar tak mahu meneruskan rawatan Ammar, tapi ayah…Ammar takut. Ammar takut kerana selepas menjalani pembedahan membuang darah yang tersekat di otak Ammar kerana penyakit ‘Partial Thrombosis Of Superior Sagitittal Sinus’ itu, Ammar akan hilang ingatan. Ammar akan lupa siapa ayah, siapa Long dan siapa Ummairah. Ammar tak mahu semua itu berlaku pada diri Ammar.

Jangan menangis ayah. Ammar pergi mengadap ilahi. Ayah relakan pemergiaan Ammar ye. Ayah…dalam beg yang pernah ayah berikan untuk Ammar lima tahun lalu. Ammar pulangkan kembali wang yang ayah berikan untuk Ammar. Sedikit pun Ammar tak gunakan. Dan…tasbih biru kesayangan ayah juga Ammar pulangkan kembali. Hanya tasbih biru kesayangan ayahlah lima tahun ini yang menjadi pengubat rindu Ammar pada ayah. Setiap malam zikir Ammar kepada Allah dengan tasbih biru ayah dan setiap kalimah zikir Ammar itulah sebenarnya betapa Ammar benar-benar rindukan ayah. Demi Allah ! Ammar nak tatap wajah ayah sebelum Ammar pejamkan mata Ammar.

Ayah…Ammar sayang ayah sepenuh jiwa dan raga Ammar. Bagi Ammar, ayahlah segala-galanya dalam hidup Ammar. Ampun dan maaf dari Ammar untuk terakhir kalinya.

Anak Mu:-

Muhammad Ammar bin Rosli

Surat Ammar dilipat semula. Untaian tasbih biru dipegang erat ditangannya. Ismail mencium tasbih biru berulang kali. Air matanya semakin deras mengalir bagaikan empangan air yang pecah. Tiada kata-kata yang dapat ucapkan lagi. Hanya rasa sekelumit sesalnya dengan kata-katanya pada Ammar lima tahun lalu. Namun semuanya sudah terlambat. Ammar tak akan kembali lagi jika dia menangis air mata darah sekali pun.

“ Ayah ampunkan segala dosa-dosa Ammar pada ayah. Ayah halalkan segala makan minum dan setiap pemberian ayah pada Ammar. Ayah redha dengan pemergiaan Ammar. Pergilah sayang. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un”. Ismail kembali mencium tasbih birunya. Kini, tasbih biru ini akan menjadi kenangan dia dan arwah Ammar selagi dia bernafas di muka bumi ini dengan zikir kepada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience