BAB 15

Family Completed 1293

“ Kita cari Ngah ayah”. Ummairah memberi cadangan. Ismail dan Hisyam saling berpadangan. Ismail menarik nafasnya lalu dihembus perlahan. “ Kalau dia nak balik, dah lama dia balik Ummairah. Bukan dia tak tahu jalan balik rumah sendiri…tapi Ngah kamu tu keras hati, merajuk konon dengan ayah. Biarlah dia merajuk. Ayah nak tengok sampai bila dia nak merajuk. Dia fikir merajuk dia, dia fikir marah dia. Habis… rajuk ayah ni? Marah ayah ni? Ngah kamu tu tak fikir pun. Biarlah…ayah nak tengok sampai bila”. Ada getar dalam ungkapan kata-kata Ismail.

“ Iskandar, esok kau free tak?” Soal Ammar sambil melipat baju-bajunya kemudian dimasukkan ke dalam sebuah beg yang besar.

“ Kau nak belanja aku makan satey ke? Kalau setakat satey baik tak payah. Jemu aku ni asyik makan satey aje”. Jawab Iskandar selamba.

“ Satey? Memang tak lah aku nak belanja kau satey Is. Aku nk ajak kau temankan aku ke Melaka. Aku ada ‘ medical check up’ kat Mahkota Medical.

“ Sekejap…yang kau berkemas bagai ni, kau nak ke mana? Beg besar-besar dengan kotak-kotak dalam bilik kau ni. Aku tengok bilik kau ni dah macam orang nak berpindah”. Iskandar pandang Ammar yang masih melipat baju-bajunya.

“ Tak ada ke mana, sengaja kemas. Mana tahu kan, esok lusa aku mati…dah tak susahkan kau nak mengemas bilik ni. Ammar tersenggeh sambil memandang Iskandar.

Iskandar terkedu dengan kata-kata Ammar. Dia mengurut dadanya sendiri berulang kali. Lain benar kata-kata Ammar. Bukan hanya kata-kata, malah sikap dan tingkah laku Ammar sejak akhir ini benar-benar banyak berubah. Iskandar tersenyum kelat. Dia beristifar dalam hati. Dia tidak mahu berfikir yang bukan-bukan atas apa yang dikatakan oleh Ammar.

“ Rilexslah Is. Kau ni kan…suka fikir yang bukan-bukan. Aku sengaja kemas bilik ni. Banyak baju-baju aku yang dah tak muat. Aku pack masuk kotak. Niat aku nak sedekah kat PDK Parit Keroma tu. Daripada aku simpan penuh-penuh dalam almari tu, lebih baik aku sedekah. Dapat pahala juga aku” Balas Ammar sambal melemparkan senyuman kepada Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience