BAB 16

Family Completed 1293

Iskandar hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Matanya memandang segenap ruang bilik Ammar yang hampir kosong. Susunan buku-buku perniagaan yang dibeli oleh Ammar dan kitab-kita serta buku-buku bercorak islamiah di rak buku kosong. ‘ Tak kanlah buku-buku pun hendak di sedekahkan juga’? Soal Iskandar dalam hatinya.

Ammar menghampiri Iskandar yang masih kehairanan. Bahu Iskandar ditepuk beberapa kali. Dia mengerti apa yang Iskandar fikirkan, dan apa yang Iskandar hairankan. “Is…dalam dunia ni, kaulah sahabat aku yang sejati. Selama ini aku banyak bergantung pada pertolongan kau. Tanpa jasa baik kau, budi kau pada aku…entah apalah nasib aku sekarang ni” Ammar senyum sendiri. Iskandar kerutkan kedua belah keningnya. Terasa getar jiwanya dengan kata-kata Ammar. Lain benar bunyinya.

Ammar capai beg galasnya atas katilnya. Zip beg galasnya dibuka. Sebuah sampul surat bersaiz A4 dan sepucuk surat berada dalam beg galas tersebut. Ammar pandang Iskandar yang masih kaku memandangnya tanpa kata-kata. “Is…beg ni, aku amanahkan pada kau. Tolong simpankan untuk aku. Kalau ada ada apa-apa yang berlaku pada aku…kau serahkan beg ni pada ayah aku. Boleh?” Ammar genggam erat tangan Iskandar. “ Kenapa aku rasa kau ni semacam aje Ammar? Kau nak tinggalkan aku ke? Atau kau nak berhijrah ke tempat lain?” Soal Iskandar. Ada nada bimbang dalam suaranya.

“ Eh, mana ada. Aku dah tak ada tempat lain lagi nak aku tuju Is. Aku anak yatim piatu yang dibela atas ikhsan ayah aku. Disayangi oleh abang dan adik aku, ke mana lagi aku nak pergi kalau tidak pada mereka” senyum Ammar pada Iskandar. Iskandar membalas dengan senyuman kelat dibibirnya.

Suasana agak tenang pagi ini. Namun ada rasa gusar hatinya sebagai seorang ayah. Entah mengapa hari ini hatinya bagaikan dipalu rasa rindu yang amat kuat terhadap Ammar. Terasa namanya dipanggil berulang kali oleh Ammar. Ismail menuju ke bilik Ammar selepas ternampak kelibat Ummairah keluar masuk dari bilik Ammar berulang kali. Bilik Ammar yang sudah lima tahun tidak berpenghuni, hari ini dikemas oleh Ummairah. Cadar katil ditukar kepada warna putih. Semuanya putih. Ismail mengurut dadanya. Ummairah muncul semula dengan penyapu di tangannya. “ Kau mengemas bilik abang kau ni…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience