BAB 14

Family Completed 1293

Hamdan, anak saudara Wak Derus sendiri yang melakukan perbuatan tersebut. Hamdanlah yang telah membakar kandang lembu Wak Derus. Hamdan jugalah yang telah memukul Ammar dan Rohaya hingga pengsan dan meletakkan mereka di kandang lembu. Dengan alasan pinangannya ditolak oleh Rohaya. Kerana cinta Rohaya hanya untuk Ammar. Walaupun selama ini Ammar tidak pernah mempunyai apa-apa rasa cinta dan suka pada Rohaya. Hamdan fikir jika Rohaya dan Ammar ditangkap di kandang lembu dan Ammar di tuduh membakar kandang lembu Wak Derus, Ammar di sumbat ke lokap dan dia akan di jadikan ‘ Pak Sanggup’ untuk berkahwin dengan Rohaya. Hamdan tahu Ammar tidak ada apa-apa perasan terhadap Rohaya dan sudah tentulah Ammar tidak akan bernikah dengan Rohaya. Tetapi akhirnya perbuatan itu memakan diri Hamdan sendiri. Apabila dompet Hamdan ditemui di kawasan berhampiran kandang lembu Wak Derus bersama dengan tong minyak tanah.

Ummairah muncul dari dapur. Melihatkan mee goreng dalam pingan ayahnya masih belum terusik, dia menggelengkan kepala. Wajah abangnya dipandang. Hisyam hanya mencebek mulutnya. “ Ayah, tak sedap ke, mee goreng yang Ummairah buat hari ni?” Soal Ummairah sambil menarik kerusi lalu duduk di sebelah abangnya.

“ Bukan tak sedap Ummairah masak, tapi tekak ayah ni yang rasa tak sedap”. Jawab Ismail ringkas.

“ Sebenarnya ayah tu rindukan Ngah. Sebab tu ayah tak lalu nak makan. Bukan Ummairah tak nampak. Long pun nampak, tapi kami buat-buat tak nampak”. Ucap Ummairah selamba, sambil menuang kopi ke dalam cawannya. Ismail terus pandang wajah Ummairah. Kata-kata Ummairah memang benar. Dia rindukan Ammar. Rasa rindu itu semakin kuat mencengkam jiwanya akhir-akhir ini.

“ Kalau ayah rindu pada Ngah…Long dan Ummairah lagi rindu ayah pada dia”. Tak terkata rasanya rindu ni pada dia. Entah apa khabar dia agaknya. Apa dia buat. Apa dia makan dan di mana dia tinggal selama ini, kita tak tahu langsung”. Tebak Hisyam. Ummairah mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir. Dia masih ingat malam itu, Ammar memintanya membuatkan jemput-jemput ikan bilis. Pagi-pagi dia sudah bangun menyiapkan makanan kegemaran Ammar. Sayangnya Ammar dah pergi. Semenjak itu dia tidak pernah lagi membuat jemput-jemput ikan bilis. Seolah menjadi pantang larang pada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience