BAB 17

Family Completed 1293

kenapa Ummairah. Dia ada telefon kau cakap dia nak balik ke?” Wajah Ismail berkerut tebal menyoal Ummairah.

“ Tak lah ayah. Sengaja Ummairah kemas. Ngah kan suka bilik dia, kalau Ummairah yang kemas”. Jawab Ummairah ringkas sambil menyapu lantai bilik Ammar. Ismail pandang Ummairah. Lain benar sikap Ummairah. Bukan dia tidak tahu. Semenjak Ammar pergi meninggalkan rumah ini, Ummairah tidak pernah masuk ke bilik Ammar. Baru beberapa langkah Ismail melangkah, Ummairah memanggil. “Ayah…sebenarnya memang betul apa yang ayah cakap tu. Ngah nak balik hari ni ayah”. Ummairah memandang wajah ayahnya yang kelihatan gembira. Ummairah gigit bibirnya. Nafasnya saat ini kencang bagaikan dia berlari laju.

“ La, kenapa tak bagi tahu awal-awal? Boleh lah ayah ke warung makcik Munah kamu, belikan pulut panggang kegemaran Ngah kamu tu”. Balas Ismail. Segera dia mencapai kunci kereta yang berada atas meja di ruang tamu. Dia mahu segera ke warung Munah. Selalunya waktu-waktu begini pulut panggang yang dibuat Munah masih ada. Ummairah hanya mendiamkan diri. Melihatkan sikap ayahnya, memang benarlah selama ini ayahnya begitu rindukan Ammar. Andai sahaja ayahnya tahu nanti, pasti hati tua itu sedih. Ummairah tarik nafasnya dalam-dalam lalu dihela perlahan.

Iskandar menghulur salamnya pada Hisyam. Hisyam menyambut tangan Iskandar lalu tubuh Iskandar terus dipeluk erat-erat. Iskandar mengerti perasaan Hisyam saat ini. Bukan sahaja Hisyam, malah dia sendiri tidak mampu menahan kesedihan yang bertamu dalam dirinya saat ini.

“ Maaf sebab buat abang tunggu lama” Ucap Iskandar.

“ Tak mengapa. Rasanya dah bolehlah Iskandar ikut kereta abang ye?” Balas Hisyam lemah. Lemah suaranya bagaikan ada sesuatu yang menghalang kerongkongnya. Jika di ikutkan rasa hatinya saat ini, mahu sahaja dia menjerit dengan sekuat hatinya.

“ Abang Hisyam, ayah abang Hisyam …dia dah tahu ke?” Soal Iskandar sambil menarik pintu van jenazah yang membawa jenazah sahabat baiknya itu.

Hisyam menggelengkan kepalanya. Bagaimana harus dia memberitahu pada ayahnya tentang Ammar. Dia sendiri juga hampir-hampir putus nyawa apabila mendapat tahu berita tentang kematian Ammar malam tadi dari Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience