BAB 19

Family Completed 1293

“ Entahlah, rasanya macam tak tahu. Kalau dia tahu, tak kanlah dia borong pulut panggang Munah semuanya”

“ Kesian Mail. Lima tahun dia tunggu Ammar balik. Tapi Ammar tu …merajuk benar budak tu. telefon tidak, surat pun tak dikirim…tahu-tahu jenazah aje yang balik”

Munah terdiam. Kata-kata Haji Mustafar ada benarnya. Satu kampung tahu Ismail terlalu rindukan Ammar. Walaupun Ammar hanya anak angkat. Semenjak peristiwa anak Wak Derus itu, Ammar tidak lagi kelihatan di kampung. Lima tahun hilang begitu sahaja. Tiada siapa pun tahu ke mana Ammar pergi. Yang pelik dan hairannya Ammar langsung tidak balik ke kampung semenjak dia hilang begitu sahaja. Sepatah kata Haji Mustafar, Ammar memang merajuk habis. Tetapi hari ini, yang pulang ke kampung hanya jasad Ammar yang sudah tidak bernyawa. Munah tidak dapat membayangkan bagaimana nanti Ismail apabila tahu bahawa Ammar sudah tiada lagi. Munah sebak, air matanya yang mengalir dikesat dengan lengan baju kurung kedahnya.

Perkarangan rumah Ismail sudah dipenuhi dengan orang-orang kampung yang datang. Kedengaran bacaan Yassin dari dalam rumah. Ismail turun dari keretanya. Plastik berisi pulut panggang yang dibeli di warung Munah sebentar tadi dibimbit dengan tangan kanannya. Ismail hairan kenapa begitu ramai orang kampung yang datang ke rumahnya hari ini.

Wak Derus yang berada di beranda rumah Ismail segera mendapatkan Ismail. Tubuh Ismail segera dipeluk kuat. Belakang tubuh Ismail ditepuk berkali-kali. Ismail bertambah hairan. Bacaan Yassin semakin kuat. Jantung Ismail berdegup kencang. Plastik berisi pulut panggang kegemaran Ammar dipegang kemas.

“ Kenapa ramai-ramai kat rumah aku ni Derus?” Soal Ismail lalu pelukkan Wak Derus dileraikan.

“ Mail…Ammar, Ammar Mail. Di….dia…ada kat dalam tu” Jawab Wak Derus ringkas dan gagap.

“ Memang aku tahu dia nak balik hari ini. Ummairah bagitahu aku pagi tadi. Ini yang aku belikan dia pulut panggang si Munah. Ammar suka makan pulut panggang yang Munah buat”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience