BAB 18

Family Completed 1293

Inikan pula ayahnya yang lima tahun begitu mengharapkan kepulangan Ammar. Tidak sampai hatinya untuk mengkhabarkan berita sedih tersebut. Pagi-pagi lagi dia sudah ke rumah Penghulu Hitam dan Ketua kampung Embung untuk memberitahu berita kematian Ammar. Rasanya orang kampung dah ramai tahu, hanya ayahnya sahaja masih di rahsiakan.

“ Kalau begitu, rasanya eloklah kita gerak sekarang bang Hisyam”. Pinta Iskandar. Dia faham apa yang bermain di sarang minda Hisyam. Van jenazah dari Pejabat Agama Daerah Muar, yang membawa jenazah Ammar mengekori kereta Hisyam dari belakang.

“ Munah, kau bungkus semua pulut panggang kau ni. Hari ini banyak pula pulut panggang kau Munah, macam tak di beli orang aje?” Soal Ismail sambil mengira jumlah pulut panggang Munah yang berada dalam bakul kecil atas meja. Munah pandang muka Ismail hairan.

“ Banyaknya Mail kau nak beli pulut panggang ni?” Soal Munah pula sambil mencapai plastic yang ada atas meja lalu memasukkan kesemua pulut panggang dalam plastik.

“ Ye lah Munah, Ammar…nak balik hari ini. Itu yang aku belikan pulut panggang kau ni. Ammar suka pulut panggang kau ni. Dia kalau makan mana cukup satu”. Ismail tersenyum lebar.

“ Mail, Ammar kan…” Munah tidak menghabiskan kata-katanya. Baru pagi tadi Imam Ghafar memberitahunya dan orang-orang kampung yang datang bersarapan di warungnya tentang kematian Ammar dan jenazahnya akan tiba dari Muar sebelum jam 12.00 tengahari ini.

“ Ammar kenapa pula Munah?” Ismail menyoal sambil menghulurkan duit RM 20 kepada Munah.

“ Tak da apa lah Mail. Dah …pergilah balik cepat, Ammar tunggu nanti” Arah Munah. Dia yakin Ismail masih tidak tahu berita tentang kematian Ammar. Dia juga pasti Hisyam dan Ummairah masih merahsiakan berita tersebut.

“ Agaknya Mail tu, belum tahu lagi ke Munah yang Ammar tu dah meninggal?” Haji Mustafar menyoal sambil memandang Ismail yang sudah berada dalam kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience