BAB 22

Family Completed 1293

“ Sebenarnya pakcik…selepas tiga tahun kami tinggal serumah, arwah pernah beberapa kali menjalani pemeriksaan doktor pakar di Melaka. Sebab arwah selalu demam, sakit-sakit kepala yang teruk hingga menyebabkan arwah muntah. Tetapi arwah tak pernah menceritakan dengan terperinci tentang penyakitnya …sehinggalah beberapa hari ini arwah mengalami sakit kepala yang amat teruk dan arwah sendiri minta saya hantar dia ke Medical Centre Melaka dan…barulah saya tahu arwah mengidap penyakit ‘Partial Thrombosis Of Superior Sagitittal Sinus’.

Ismail meraub mukanya dengan kedua belah tangan. Entah apa nama penyakit tersebut pun dia tidak tahu. Pasti sewaktu hayatnya Ammar hanya menanggung kesakitannya bersendirian. Ismail menggelengkan kepalanya pula. Terasa kesal dalam dirinya kini mula menebal. Terasa dirinya zalim pada Ammar yang dipeliharanya semenjak berusia 10 tahun. Dia tidak menyempurnakan tanggungjawabnya kepada Ammar dengan baik.

“ Ya Allah, selama ini kita semua tak tahu apa yang Ammar lalui. Kita biarkan dia seorang diri tanggung penyakitnya. Derita dia kita tak tahu, tak nampak”. Hisyam kesat air matanya yang jatuh ke pipi. Abang mana yang tak bersedih apabila adik yang dinantikan kepulangannya, tiba-tiba pergi meninggalkan mereka sekeluarga untuk selamanya.

“Ayah, Long, abang Iskandar, dah lewat malam ni, baik kita masuk ke dalam. Duduk di beranda ni sejuk. Pergilah semuanya berihat. Ummairah nak kemas apa yang patut di dapur. Nanti dah sudah kemas Ummairah masuk tidur”. Ummairah terus bangun dari duduknya menuju ke dapur. Setibanya di meja dapur, Ummairah menangis semahunya. Penantian selama lima tahun berakhir dengan kehilangan untuk selama-lamanya. “ Ummairah doakan Ngah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman” ucapnya dalam esakkan tangis.

Sementara itu Ismail yang berada dalam bilik arwah Ammar, duduk di birai katil. Ruang kamar Ammar yang sunyi dan sepi dipandang sayu dan hiba. Beg galas milik arwah Ammar dicapai lalu di buka. Sampul surat sama yang pernah dia berikan kepada arwah Ammar lima tahun lalu dibuka. Ismail tidak dapat menahan sebaknya apabila ikatan duit yang pernah diberikan pada arwah Ammah masih tidak terusik walaupun sekeping. Ada sekeping surat yang dituju kepadanya tertulis’ Untuk Ayah ‘. Perlahan-lahan Ismail membuka lipatan surat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience