BAB 21

Family Completed 1293

Hisyam pandang Ummairah dan Iskandar yang muncul bersama. Ummairah sejak pagi tadi hingga selesai majlis tahlil dan arwah masih tidak bercakap apa-apa. Dia faham apa yang Ummairah rasa. Ummairah paling rapat dengan arwah Ammar sejak kecil. Sudah tentu Ummairah rasa kesedihan yang mendalam.

“ Pakcik, sebenarnya…sebelum arwah meninggal dia ada pesankan pada saya untuk serahkan beg ini pada pakcik, kalau apa-apa berlaku pada dia”. Iskandar menghulurkan beg galas milik Ammar.

Ismail menyambut beg galas yang hulurkan oleh Iskandar. Dia masih ingat lagi dengan beg galas tersebut. Beg galas tersebutlah yang telah di berikan kepada Ammar malam itu bersama duit sebanyak RM 5,000.00 untuk Ammar keluar dari kampung. Ismail memeluk erat beg galas tersebut.

“ Maafkan saya pakcik, sebenarnya selama lima tahun ini, Ammar begitu rindukan pakcik, abang Hisyam dan Ummairah. Berkali-kali dia cakap dia nak balik. Nak jumpa pakcik tapi bila dia teringatkan kata-kata pakcik, dia tak jadi balik” Iskandar memulakan ceritanya.

“ Pakcik menyesal dengan kata-kata pakcik dulu Iskandar. Setiap hari pakcik berdoa agar dia pulang. Sekarang dia dah tak ada…” Balas Ismail sebak.

“Pakcik jangan cakap begitu. Arwah semasa hayatnya, tak putus-putus mendoakan untuk pakcik, abang Hisyam dan Ummairah. Arwah memang nak sangat-sangat balik, dalam tempuh lima tahun ini, arwah tak berapa sihat”. Iskandar meneruskan bicaranya.

“ Apa maksud awak Iskandar, arwah tak sihat? Maknanya arwah memang sakit ke?” Soal Hisyam hairan.

Iskandar tunduk pandang muka meja kopi. Serba salah untuk dia menceritakan perihal arwah Ammar. Sebagai kawan yang rapat dengan arwah Ammar bukan semua hal peribadi Ammar dia tahu. Arwah Ammar seorang yang agak perahsia orangnya. Dia hanya bercerita bila perlu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience