BAB 20

Family Completed 1293

Ismail berjalan menuju ke pintu masuk rumahnya. Kelihatan Hisyam dan Ummairah khusyuk membaca Yassin. kedua-dua anaknya itu kelihatan menangis. Ada sekujur tubuh yang di tutupi kain putih. Ismail menggigil. Plastik yang berisi pulut panggang masih dipegang erat di tangannya. Hisyam yang sedar kepulangan ayahnya segera bangun mendapatkan ayahnya.

“ Ayah…Ammar dah balik ayah. Maafkan Hisyam kerana tak beritahu ayah perkara sebenar”. Hisyam peluk tubuh ayahnya yang kelihatan seperti kebingungan dan terkejut. Ismail terduduk. Terketar-ketar tangannya menarik tutup kain yang menutupi wajah Ammar.

“ Hisyam,inikan adik kamu, kenapa dia …” Nafas Ismail tercungap-cungap. Wajah Ammar yang kaku ditampar lembut. Ismail tidak dapar meneruskan kata-katanya. “ Ya Allah! Ammar ….kenapa kau tinggalkan ayah? Kau merajuk sampai tak nak balik jumpa ayah. Kau meninggal pun ayah tak tahu Ammar”. Ismail menangis dia sisi jenazah Ammar.

“Jangan menangis ayah, nanti Hisyam ceritakan pada ayah. Allah lebih sayangkan dia ayah”. Hisyam memujuk ayahnya. Ummairah masih meneruskan bacaan Yassinnya. Kehadiran ayahnya langsung tidak di hiraukan. Seperti ayahnya, dia juga tidak percaya bahawa abangnya Ammar telah tiada. Lima tahun dia menunggu kepulangan Ammar dengan penuh harapan. Akhirnya yang pulang hanya jasad Ammar yang tidak bernyawa.

Jenazah Ammar selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam daerah Rompin. Malam ini Ismail benar-benar rasa kehilangan. Terasa hidupnya kosong. Melihatkan tetamu yang datang majlis tahlil dan arwah Ammar mulai balik seorang demi seorang hati tua semakin sayu dan sedih. Ismail mengesat air matanya.

“ Ayah, Hisyam dan Ummairah minta maaf banyak-banyak dari ayah. Tak ada niat kami nak selindung dari ayah. Tapi…kami tak sampai hati nak beritahu pada ayah”

“ Sudahlah, benda dah jadi. Ayah tak mahu fikir lagi. Ammar pun dah selamat dikebumikan. Apa lagi yang ayah nak marahkan pada kamu dan Ummairah” Ismail bangun menuju ke sofa yang diletakkan ditepi luar beranda.

“ Yang buat ayah terkilan... lima tahun ni, dia langsung tak balik, tak utus surat pun pada kita. Telefon jauh sekali. Merajuk benar dia sampai dia sakit pun kita tak tahu”. Ismail menangis. Mukanya ditekup dengan kedua belah tangan. Tubuh tuanya terhinjut-hinjut kerana tangisannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience