BAB 10

Family Completed 1293

Ammar bangun. Beg galas yang berada di lantai, dicapai lalu diletakkan atas meja. Tangannya menarik zip beg tersebut. Ada sampul surat bersaiz sederhana. Ammar membuka sampul surat tersebut. Dia mengeluarkan satu ikat duit yang berikat dengan getah. Dia tidak tahu berapa jumlah duit tersebut yang diberikan oleh ayahnya. Ammar pandang Hisyam dan Ummairah. Ammar menggelengkan kepalanya. Air mata yang ditahan sejak tadi, akhirnya jatuh juga.

“Ngah, jangan dengar cakap ayah tu, dia tengah marah memang macam tu. Esok pagi redalah marah dia” Ummairah pegang tangan Ammar.Dia masih berharap agar Ammar tidak menuruti kata-kata ayahnya sebentar tadi. Dia tahu perangai ayahnya yang memang tegas dengan dengan anak-anak.

“Long pun macam tu juga Ngah. Ngah pergilah masuk bilik, pergi tidur. Lagipun hujan-hujan ni…ke mana Ngah nak pergi? Ngah bukan ada saudara mara pun. Ayah tu, dia cakap aje… tapi hati dia tak bermaksud macam tu” kali ini Hisyam pula memujuk.

Ammar hanya berdiam diri. Kata-kata Hisyam dan Ummairah langsung tidak terkesan di hatinya. Dia ada maruah. Dia ada prinsip. Jika ayahnya sudah membuat keputusan dia harus keluar dari rumah dan kampung ini, bererti dia harus pergi. Ammar memasukkan semula sampul surat yang berisi duit pemberiaan ayahnya dalam beg. Dia menuju ke biliknya.

Hisyam dan Ummairah tersenyum dan saling berpandangan. Mereka sangka kata-kata mereka tadi berjaya memujuk Ammar supaya tidak keluar dari rumah.

“Long dan Ummairah pergilah masuk tidur. Dah malam ni, hujan lagi. Ngah tak ke mana pun. Betul cakap Long tu…Ngah mana ada saudara mara. Ummairah, esok buatkan Ngah jemput-jemput ikan bilis boleh?” Ammar tersenyum kelat. Dia tidak mahu Hisyam dan Ummairah tahu dia berbohong dan mempunyai agenda sendiri malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience