MHSA Bab 29.

Romance Completed 1165588

Rasa segar satu badan bila sudah mandi dan siap mengerjakan solat Isyak.

Sewaktu melintasi pintu bilik Zein, aku tidak mendengar apa-apa bunyi yang keluar dari bilik itu. Mungkin penghuninya sudah tidur memandangkan jam di dinding sudah menunjukkan 10 malam. Tanpa berfikir panjang, kaki laju menuruni anak tangga yang diperbuat dari kaca itu.

Tiba di tingkat bawah Seri pergi ke ruang dapur. Sejujurnya rasa lapar datang dengan tiba-tiba. Mahu mencari makanan sesegera mungkin untuk mengalas perut. Kalau tiada, biskut pun jadilah. Tapi lagi baik kalau ada Maggi Curry. Kenyang sikit sementara nak tunggu esok.

Sebuah demi sebuah pintu kabinet bewarna hitam itu aku buka mencari apa-apa yang boleh dimakan. Namun kosong. Seri mengeluh kehampaan.

Beralih pula ke pintu peti ais, manalah tahu kalau ada buah-buahan yang boleh aku makan. Tapi sebaik pintu dibuka, kosong!

Yang ada hanya air mineral, jus oren dan sekotak susu. Tanpa lengah aku mengambil kotak susu tersebut dan aku tuang ke dalam gelas lalu aku teguk laju.

Ergg!

Apesal lain sangat rasa air susu ni Masam!

Aku terus semak tarikh luput.

Mak kau! Tu dia, dah seminggu expired!

Aku terus tenung gelas yang sudah kosong. Habis! Allah. Janganlah aku sakit sebab minum susu expired ni.

Terus aku pergi ke sinki dan buang baki susu di dalam kotak dan kotaknya aku buang ke tong sampah.

Jangan-jangan air oren tu pun dah expired tak?

Terus aku kembali ke peti ais dan mengambil botol air oren. Melihat tarikhnya masih sah, aku sedikit lega.

Apalah agaknya yang Zein buat sampai susu dah expired pun tak buang? Kan bahaya kalau ada orang datang dan terminum. Contohnya aku lah.

Haih...

Keluhan dilepaskan berharap perut aku dapat bertahan setelah terminum susu basi tadi.

Kriukkk...

Tak tunggu lama, perut sudah mengeluarkan bunyi aneh. Memulas-mulas bagai di dalam mesin basuh.

Aku cengkam perut dengan kuat dan duduk di kerusi berhadapan bar table. Kepala aku letak ke atas meja. Aduh dah mula dah...

Tak menyempat-nyempat kau kan perut. Tak sampai berapa minit aku telan susu tu, kau dah jadi macam ni.

Aduh... Rasa loya pula sudah mencanak naik. Berlari terus ke sinki dan memuntahkan segala semuanya.

Allahu... Aku lurutkan badan bersandar pada kitchen cabinet. Kaki aku bawa rapat ke dada, sambil tangan masih belum lepas diperut. Lembik terus badan dibuatnya. Peluh di muka juga sudah kelihatan. Aku tundukkan wajah ke lutut. Rasa sakit yang ku rasa sudah seperti rasa senggugut. Sampai ke belakang pinggang rasanya. Nak berjalan pun tak boleh.

" Kau kenapa tidur sini? Aku bagi kau bilik, kau tidur kat dapur. Yang kau tidur sini buat apa? Dah buang tebiat?" Garau suara Zein mencengkam telinga.

Rasa sakit yang aku alami semakin bertambah-tambah bila mendapat kata sinis lelaki itu.

Dia ni memang tak berperasaan agaknya? Kalau bukan sebab kau letak susu expired dalam peti ais tu tak adalah aku sakit macam ni sekarang. Nak saja aku hambur keluar kata-kata itu. Namun aku simpan saja. Perlahan-lahan Seri angkat muka.

Berkerut dahi Zein melihat wajah Seri. Pucatnya! Kenapa tiba-tiba? Tadi elok saja.

Tubuh wanita itu dihampiri. Zein bertingging di handapan Seri.

"Kau okay tak ni?" Soal Zein cemas.

Seri geleng. Dada yang turun naik mengawal nafas juga sudah tak teratur.

Tak tunggu lama tubuh itu terus dicempung dan dibaringkan ke atas sofa. Seri meringkuk tubuh. Tak selasa baring terlentang sedangkan sakit di perut makin kuat terasa. Seperti sudah lumat isi perut dibuatnya.

Zein melihat Seri menekan-nekan perutnya. Timbul rasa simpati.

" Kau kenapa sebenarnya? Period? Senggugut?" Soal Zein. Yelah itu je yang aku tahu. Sebab dulu Munirah adalah juga mengadu sakit-sakit perempuan tu. Jadi serba sikit aku tahulah.

Sekali lagi Seri menggeleng. Lutut semakin rapat kekepala bila sakitnya itu seperti menggerudi habis isi perut.

" Kau cakaplah kenapa. Jadi boleh la aku buat sesuatu. Ni kau diam aje. Manalah aku tahu nak buat apa. Takkan kau nak macam ni sampai pagi?" Suaranya sudah naik tinggi. Hilang sabar dibuatnya bila tindakan Seri itu tidak membantu langsung.

Sungguh beremosi Zein dibuatnya. Seri pula rasa sakit perut itu macam roller coaster. Turun naik ikut suka dia.

" Saya minum susu expired tadi, lepas tu... sakit perut." Seri membalas dengan nada yang tertahan-tahan.

" You what?! Damn!" bergema seisi rumah dengan suara garau dengan tinggi pemiliknya.

Pantas dia mengeluarkan Iphone miliknya lalu menghubungi Uncle Kamarul.

Tidak sampai 20 minit, Uncle Kamarul sudah berada dihadapan pintu kondonya. Kebetulan dia memang berada di kawasan berdekatan. Jadi tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke kondo anak saudaranya itu.

" Macam mana uncle?" Soal Zein setelah Seri selesai diperiksa. Risau bukan kepalang dia bila Seri tak henti-henti memegang perutnya sambil muka berkerut menahan sakit.

Mana tak sakit minum susu expired. Tak check dulu ke tarikh luput sebelum minum? Hisy! Clumsy sungguh la dia ni. Hati Zein jadi geram dengan tindakan itu.

" She'll recuperate. I gave her medicine and she would be fine. Jom turun." Jelas Uncle Kamarul. Seri pula sedang berehat ditemani oleh isteri dan anak-anaknya Pak Su. Mereka cukup teruja bila dapat berjumpa Seri. Ahli keluarga baru yang belum sempat mereka kenal.

Nyata tak tunggu masa yang lama untuk mereka serasi bersama. Sebelum dia meninggalkan Seri tadi pun, kelihatan Seri sudah boleh berbual sedikit sebanyak. Seri pula tidak putus-putus menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Zein mengangguk dan mengekor dari belakang.

" Seri kata dia terminum susu basi dalam fridge. Dan dia tak makan apa-apa lagi . Itu yang cepat sangat tindak balas dia." Tambah Kamarul lagi setelah merebahkan punggungnya ke sofa yang berada ditingkat bawah.

" Siapa suruh dia tak check tarikh luput dulu. Lepas tu nak salahkan Zein." Zein juih bibir. Tak puas hati bila Seri seolah-olah menyalahkannya. Macamlah aku sengaja letakkan susu basi itu.

Kamarul mengerutkan dahi.

" Dia sikit pun tak salahkan kamu. Dia cakap baik dia yang minum dari kamu yang minum. Dia sakit tak apa..." Jelas Kamarul. Itulah yang dikata oleh Seri padanya tadi. Sungguh hati tuanya berasa sangat sayu bila seorang isteri berkata begitu. Di situ saja boleh diukur bagaimana besarnya rasa cinta Seri pada Zein.

Zein terus diam serta merta. Akal juga berhenti mengutuk tindakan wanita itu. Kini hati pula ambil alih perasaan terharu. Allah... aku silap perkiraan lagi nampaknya. Semakin bersalah bila dia sempat berkasar dengan Seri tadi sebelum menghulurkan bantuan. Kejamnya aku. Terus rambutnya diraup kebelakang.

" Memang abang yang salah... Kak Seri dah sakit macam tu sebab abang tahu tak." Sampuk Thia. Thia turun bersama dengan Lea. Dua orang gadis sunti itu terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan papanya. Wajah tidak puas hati jelas ditonjolkan oleh mereka berdua.

" Eh! Apa pula. Salah dialah. Siapa suruh dia minum tak check dulu." sangkal Zein lagi. Tak mahu dia terus-terusan dipersalahkan yang nyata bukan kesalahannya. Entah apa lah yang dia bualkan kat atas sampai-sampai kat bawah ni aku dituduh habis-habisan. Tak cukup Uncle Kamarul, Thia dengan Lea pun sama. Egonya tercalar. Dia tetap tidak bersalah.

" Hello Abang... Of course lah abang yang salah. Kak Seri tu baru datang kondo abang hari ni tau. Manalah dia tahu susu tu dah basi. Susu tu pula dah seminggu expired. Yang abang tak buang tu kenapa? Nak buat sampai jadi keju? Huh! Orang lain pun busy juga, tapi tak ada macam dia. Sampai dapur pun tak ada apa yang nak di makan. Kosong! Teruklah Abang Zein ni. Kesian Kak Seri tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan." Leter Thia panjang. Mungkin sebab dia ambil jurusan law. Kuat bercakap dan tak mahu kalah. Kesian sungguh lihat muka Kak Seri pucat tak berdarah tadi. Nasib lah dia dah pulih.

Lea dan Kamaruh tersenyum bila Thea sudah memulakan bebelannya. Memang begitulah Thea, suka bercakap!

" Uncle rasa Zein kena cari barang-barang dapur lepas ni. Dapur tak boleh dibiarkan kosong. Kalau dulu bujang boleh la consider. But now you have a wife that needs your fully responsible on her."

" Lea boleh tolong abang kalau abang nak pergi cari barang. I'm free." Lea tayang gigi.

" Thea pun! This saturday okay kan? Kita ajak mama dengan Mak Ngah sekali." usul Thea teruja.

" Why not we bring the whole family? Kita naik bas pergi supermarket. Mesti gempak kan?" Zein menjeling Thia. Saja menyindir. Tak suka bila dia harus mengikut kata orang. Memang bukan prinsip dia.

" Kalau abang pergi pun abang akan pergi sorang. Tak perlu korang teman. Kang bukan barang dapur abang yang penuh, barang peribadi korang yang penuh." sempat Zien menyindir kedua anak gadis itu.

Apa lagi pecah tawa mereka. Zein sudah tahu apa yang difikirkan oleh gadis itu. Mereka mesti ada udang disebalik batu. Namun Zein suka, sebab rasa dia dihargai. Sudahlah dia hidup seorang diri, sekurang-kurangnya ada adik saudara yang suka mengusiknya. Tidaklah dia terlalu bosan. Bosan dengan hidupnya yang pastinya.

Kelibat Tengku Zawiyah kelihatan. Mak Su tersenyum manis bila suaminya menepuk disebelah kusyen kosong yang didudukinya. Dia senang diperlakukan begitu. Rasa disayangi.

" Seri macam mana? Dia dah makan?" Soal Kamarul pada isterinya.

" She's okay now. Kuat juga dia tahan sakit. Bubur pun habis dia makan." beritahu Zawiyah pada suaminya.

Kamarul mengangguk.

" Ma... Kak Seri tu baikkan? Lagi baik dari Kak Munirah." Thea menyuarakan pandangannya. Dia juga sudah jatuh suka pada Seri. Baginya apa yang Seri tuturkan sungguh ikhlas pada pendengarannya.

Malah sewaktu Seri kata, dia lebih rela minum susu basi itu daripada Abang Zein... nampak yang Seri benar maksudkan. Sweet!

Tak macam Kak Munirah. Hipokrit. Dari muka pun dah nampak betapa tak ikhlasnya dia dengan Abang Zein. Abang Zein je yang buta hati.

" Ha'ah! Lea pun suka dengan Kak Seri dari Kak Munirah. Plus Kak Seri cantik sangat. Macam anak patung. Sakit-sakit pun nampak cantik aje kan kak?" soalnya pada Thea. Pantas Thea angguk tanpa ragu. Mereka sempat ber-hi5 tanda setuju dengan kata masing-masing. Nampak sangat pandangan mereka sama.

" Thea, Lea... Behave yourself. Do not compare anyone." Kamarul menegur anak daranya itu bila wajah Zein merudum.

" Girls... be careful of what you guys saying. Apologize now to abang." Zawiyah pula menambah. Tak suka bila anak gadisnya sibuk dalam urusan abang sepupu kesayangannya itu. Baginya biarlah Zein yang membuat keputusannya sendiri walau sedikit-sebanyak Zawiyah mengiakan ucapan anak gadisnya itu. Malah dia dapat lihat Seri begitu sayangkan Zein. Kali ini dia yakin keputusan Abang Zuriman mengambil Seri menjadi anak menantunya setelah Zein lama terluka dengan Munirah, adalah tepat. Mungkin Seri dapat mengubat luka yang ditinggalkan Munirah selama ini.

Thea dan Lea akur dengan kedendak mama dan papanya.

" Ni mak su pun dah nak balik dah. Nanti kalau Seri nak makan, bubur ada lagi dalam periuk tu. Zein tinggal panaskan aje. Zein okay kan Mak Su tinggal ni?" ujur Zawiyah pada anak saudaranya itu.

" Mak su... Zein da besarlah. I'm not a kids anymore. I can take care of myself and of course my wife. Don't worry about it. Anyway, thanks for your help. Zein tak tahulah kalau tak ada Pak Su dangan Mak Su tadi. Zein jadi panic bila jadi macam tadi..."

" We're always for you, Zein. Okay Kami balik dulu, if there is anything just call me." ujur Zuriman.

Zein angguk sekali.

" Mak Su gembira bila Zein dah ada orang jaga sekarang. Mak Su yakin, kali ni mama dan papa kamu tak buat silap dengan ambil Seri jadi isteri kamu. Jaga dia baik-baik ya? She's too precious to lose. Zein jangan buat silap kali ni. Biar kejadian lepas jadi pengajaran. Tapi tak baik juga untuk kita ratapi. Ingat tu..." Tengku Zawiyah menepuk bahu anak saudaranya itu. Pesananya itu diharap dapat membuka hati Zein pada Seri.

Memang Zein akan rugi bila melepaskan Seri. She has a full package to be Mrs. Zein. Zawiyah juga merasa Seri bukanlah orang yang biasa-biasa. She has something on her.

***

Zein buka pintu bilik Seri setelah Uncle Kamarul dan keluarganya pulang. Seri juga sudah diberi makan bubur oleh Mak Su tadi. Bubur yang berbaki juga masih ada. Sekurang-kurangnya cukuplah untuk dia sampai esok pagi.

Seluruh tubuh itu berselimut hingga ke paras dada. Zein merapat untuk memerhatikan Seri dengan lebih dekat. Tiba-tiba Seri membuka mata. Untuk seketika mata mereka berlaga sesama sendiri. Seri bangun dari pembaringan. Sebuah senyuman diberikan. Namun tiada riak yang ditunjukkan oleh Zein.

"Sorry susahkan awak tadi. Saya betul-betul rasa bersalah. Silap saya tak check dulu sebelum minum." Seri menekur. Jari jemarinya dimainkan sesama sendiri. Bibirnya dikemam.

"Sekarang rasa macam mana? Perut kau sakit lagi tak?" Soal Zein yang masih berdiri.

"Okey dah. Jangan risaulah. Saya kan kuat." Senyuman dilepaskan. Gembira bila Zein bertanyakan perihal dirinya.

"Kau borak apa dengan Mak Su?" Soal Zein tanpa melihat Seri. Pandangannya meliar pada ruangan bilik itu. Sudah lama sebenarnya dia tak masuk ke bilik ini. Bilik ini dulu dijadikan tempat kerjanya dan bilik bacaannya. Jadi masih ada lagi perabut yang memuatkan buku-buku telaannya. Susunannya juga masih kemas dan terjaga.

"Tak banyak pun... Mak Su banyak cerita masa awak kecik. Mak Su tu baik kan? Sama dengan mama dan papa. Thia dengan Lea pun sama. Untung betul awak dapat keluarga yang sayangkan awak." Jujur aku katakan aku cemburu dengan kau, Zein. Semua keluarga ambil berat pasal kau. Aku jadi rindu mak, bapak dan Surya.

Zein senyum bila Seri bilang begitu. Memang tidak dapat dia disangkal. Keluarganya sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat baik. Saling bantu membantu. Dan yang paling penting saling melengkapi. Itulah sebabnya keluarga Tan Sri Zuriman amat disegani oleh orang luar. Baik dalam business dan personal life, Zein punya semuanya.

"Besok take halfday leave, pergi cari barang dapur. Sekarang kau rehat dulu. Aku nak balik bilik." ujurnya. Dia tidak mahu berlama-lama disitu. Inipun dia sudah rasa nak gila bila melihat Seri dalam keadaan begitu. Baju satin warna merah itu sangat menggoda di matanya. Lekuk di badan Seri amat jelas kelihatan. Ditambah rambut yang dilepaskan kedepan. Sama seperti yang Lea dan Thiaa katakan, macam patung.

Bicara Zain juga tidak terlalu meleret. Straightforward je terus. Jadi tak adalah dia buang masa.

Walaupun tak keras kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu, namun ia sudah mampu menenangkan hatinya. Jelas menunjukkan Zein mengambil berat tentang dirinya. Itu belum dia keluar ayat bunga-bunga. Seri tersipu malu didalam hari.

" Awak teman saya kat sini boleh?" pintanya. Duvet dibuka dan ditepuk ruang kosong di sisinya beberapa kali. Seperti menyuruh lelaki itu duduk disebelahnya. Namun, bila mata helang Zein menyabung mata, Seri terus merenung kuku. Terencat akalnya yang baru nak menggedik. Malu terus dibuatnya.

Tu baru kena tenung, kau dah gelabah. Belum lagi buat plan yang Mama suruh. Haih! Macam mana nanti tu? Berjaya ke tidak?

"Kenapa? Tiba-tiba takut pulak ke? Sebelum ni tidur rumah mama sorang diri tak takut pun?" Soalnya. Mengada-ngada.

"Bukan macam tu, saya takut gelap." Jawabnya. Menyembunyikan kebenaran. Hey takut gelap? Bila masa kau takut gelap Seri? Yang ada gelap takut kan kau. Ala... tak kesahlah janji plan aku kena berjalan. Dah tak boleh tunggu dah. Majlis resepsi pun tinggal lagi 9 hari dari sekarang. Kalau boleh sebelum resepsi nak lah juga Zein ada mood dalam majlis tu nanti. Tak mahulah dia bawak muka singa mengaum package dengan tak makan berbulan tu. Kang tak cantik gambar kawin aku. Aku dahlah nak kawin sekali je seumur hidup. Bukan banyak kali.

"Oh really? Aku tak tahu pun? Ke kau nak menggatal dengan aku?" Soal Zain terus tidak berselindung.

Setahu dia Seri memang tak takut gelap. Tak ada pula Mak dengan bapak mengadu pasal tu. Kalau kata Seri manja waktu sakit tu adalah. Ha... Jangan-jangan dia nak kenakan aku tak? Tapi tak salah pun kalau isteri kau nak bermanja. Layankan ajelah. Bukan susah pun yang dia minta.

Memanglah tak salah, tapi aku yang rasa bersalah nanti kalau Seri aku apa-apakan. Dahlah aku tak cintakan dia. Aku tak akan maafkan diri aku kalau aku apa-apakan dia. Aku tak layak untuk dia. Sekurang-kurangnya waktu dia minta cerai dari aku, aku tak akan rasa bersalah sebab aku tak pernah sentuh dia. Biarlah dia disentuh oleh orang yang betul-betul cintakan dirinya sepenuh hati. Itu yang aku mahukan.

"Kalau mengatal pun tak berdosalah. Saya menggatal dengan suami saya sendiri. Bukan suami orang. Kalau awak tak nak teman saya... Tak apalah. Biar je saya sorang-sorang dalam gelap ni. Tapi jangan salahkan saya pulak kalau besok awak bangun saya ada sebelah awak..." Seri senyum penuh makna. Hai, bunyi macam gatal betul kau ni kan, Seri. Nak kena berus dengan berus dawai agaknya satu badan kau ni. Gatal semacam. Merenyam!

"I'm not that fool like you are. Macam mana kau nak masuk bilik aku kalau aku kunci dari dalam? Boleh tak sebelum cakap tu fikir dulu. Kau tu perempuan. Kau patut takut dengan aku. Kalau aku apa-apakan kau, macam mana? Tak menyesal? Ada hati konon nak tidur dengan aku. Dah kira baik aku bagi kau bilik asing, tahu tak?" Kalau tak, kau memang takkan selamat dalam bilik aku tu. Dah la aku ni duda tengah gersang seperti gersangnya tanah di padang pasir. Kering kontang tanpa air. Macam tu juga aku. Keperluan batin aku tu dah lama tak tertunai. Kau ingat kucing akan biarkan aje ikan yang menggeletik depan mata? Zein sambung monolognya di dalam hati. Tak mahu menunjukkan keperluannya yang satu itu. Sungguh saat ini pun, sepertinya dia sudah mahu menerkam Seri.

"Kalau awak apa-apakan saya pun, saya rela..." Seri terus gigit bibir bawah, bungkam dengan kenyataan sendiri. Sedar kata itu akan memakan diri sendiri. Namun apakan daya kata sudah terlepas, masakan boleh diundur. Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata? Aduh beraninyalah kau ni mulut... Cabul!

"Hah! Apa kau kata? Kau rela diapa-apakan oleh aku? Tak takut? Berani betul kau ye?" Zein mengeleng kepalanya beberapa kali. Tak percaya dengan apa yang didengar. Tapi dalam hati sudah senyum meleret. Nampak yang Seri bersungguh-sungguh untuk menguji kehendak batinnya.

"Aku ingat kau ni perempuan kampung yang kayu, keras, malu-malu. Rupanya ada niat nak aku apa-apakan kau, hah? Ok jom. Aku nak tuntut hak aku malam ni jugak. Kau jangan lari pulak." Zein sudah semakin mendekat. Dia naik keatas tilam dengan gaya pervert-nya

Semakin Zein mendekat, semakin Seri tarik duvet ke dada. Seri cuak. Padan muka kau Seri! Tulah tadi cakap tak fikir. Sekarang siapa nak selamatkan kau dari duda gersang ni? Kau pun dah tahu dia dah lama tak dapat melampiaskan hak batin dia kan? Kau pulak dah bagi green light. So sekarang macam mana? Dia sedang metuntut haknya itu.

Seri pejam mata. Mulut dikemam serapat mungkin. Tak mahu melihat Zein dengan muka gatalnya.

"So... aku dah ada depan kau ni? Kau tak nak buka..." Katanya berhenti di situ. Melihat Seri yang masih terpejam. Zein bagai mahu gelak terguling-guling. Tahu kau takut. Tadi cakap berlagak berani, tak ingat takut langsung.

Seri buka mata perlahan-lahan. Muka Zein betul-betul dihadapannya. Nafas lelaki itu juga dapat dirasa melalui kulit wajahnya. Tak sampai sejengkal jarak mereka. Seri... ready. Kau kana tunjuk kesungguhan kau. Berani cakap beranilah tanggung kan. Kata nak pikat suami. So this is the start button. You just have to push it on. And play the game.

Seri turunkan duvet ke bawah. Dia tarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan. This is the time. Kalau dia nak, aku sanggup bagi. Aku nak dia jadi milik aku.

Tangan kanan naik menyentuh butang baju tidurnya. Muka Zein masih tiada sebarang reaksi. Tak tahulah apa yang dia fikir pada diriku saat ni. Susah nak agak apa yang dia rasa. Wajah itu tidak berekpresi langsung. Satu persatu butang dibuka bermula dari butang paling atas. Sampai habis butang itu terlepas dari sematannya, Zein masih lagi diam tanpa niat mau mencegah perbuatan isterinya itu. Wajah Zein juga masih begitu. Beku.

Kemudian kedua tangan Seri menyelak baju tidur itu sampai nampak bahu dan permukaan dadanya tapi tindakan itu terhenti tiba-tiba bila tangan kekar Zein naik mencengkam tangannya. Sejuk! Tangan Zein terasa amat dingin. Dengan perlahan tangan Seri ditarik turun ke bawah dan diletak di sisi badan Seri. Kemudian Zein membetulan semula kedudukan baju tidur isterinya itu. Walaupun niatnya pada awal hanya untuk menguji Seri, namun sungguh dia sudah kalah. Dia semakin goyah dan mula rasa mahu menunaikan hajatnya yang satu itu.

Namun dia tak sanggup bila akalnya berkali-kali menentang. Hati pula sudah melonjak-lonjak mahukan haknya itu. Apatah lagi tubuh Seri tadi sungguh menggoda naluri lelakinya. Tubuh putih gebu itu hanya mampu dilihat namun tidak bisa disentuh. Memang tiada penolakkan dari Seri. Tapi dia pasti akan dihimpit rasa bersalah seumur hidupnya jika hal itu terjadi. Akal dan hati saling berperang sesama sendiri. Satu persatu baju itu dibutang dari bawah keatas hingga habis. Bahu Seri dicengkam dengan kedua tangan beruratnya.

"Kau jangan jadi bodoh Seri... Jangan senang-senang kau bagi hak kau pada orang yang tak cintakan kau. Kau jangan terlalu ikutkan perasaan kau tu. Aku tak nak kau akan menyesal bila aku masih tak boleh terima kau sedangkan kau dah serahkan segala-gala pada aku. At least simpanlah dara kau untuk suami yang akan bahagiakan kau nanti. Tapi lelaki itu bukan aku. Aku tak mahu sentuh perempuan yang aku tak cinta..." Jelasnya dalam nafas yang berombak laju. Gemuruh rasa jiwanya melihat Seri sanggup untuk memberikan 'haknya' itu. Pandangnnya masih melekat pada wajah Seri.

"Tapi... saya sanggup. Saya tak kesah kalau pun awak tak cintakan saya. Sebab awak suami saya. Dan saya sanggup lakukan apa saja untuk awak. Dara saya memang untuk awak... bukan untuk orang lain. Sebab saya hanya mahu awak sebagai suami saya... selamanya." tuturnya penuh ikhlas. Dia memang bersungguh-sungguh mahukan Zein. Kerana kata-kata itu terlahir dari hati. Bukan nafsu semata. Tangan Zein yang berada dibahunya dibawa ke riba dan digenggam kemas lalu disua ke bibirnya. Tangan suaminya dikucup penuh kasih. Dia mahu Zein tahu niatnya ikhlas untuk lelaki itu. Kemudian satu tangan Seri naik kepipi Zein. Jari runcing itu mengelus lembut wajah yang ditumbuhi jambang yang selalu ditrim kemas.

Mana dia dapat keberanian itu pastinya dia sendiri tak tahu. Apa yang dia tahu, Zein benar-benar buat dia gila. Gilakan lelaki itu. Walau keras bagai kerikil, tapi Seri tetap suka.

"Selamanya?" Tangan Seri dipipinya ditepis laju. Tiba-tiba Zein tertawa seperti lucu benar apa yang dia dengar. "Kau tahu tak... perkataan tu aku dah pernah dengar sebelum ni. Pada mulut perempuan yang aku sangat cinta dengan sepenuh hati. Tapi akhirnya apa? Apa yang aku dapat? Nothing except the pain! Dia malukan aku, hina aku depan orang ramai, depan kawan-kawan aku. Ibarat aku ni bukan siapa-siapa pada dia. Tapi tulah silap aku juga, sebab bagi semua cinta aku pada dia. Sampaikan satu pun tak aku tinggalkan untuk diri aku sendiri. Aku hanyut dalam dunia dia. Hanya dia. Padahal dia dah senang lenang dengan lelaki lain. Bodoh betul aku. Bodoh..." Luahnya pada Seri. Air mata lelakinya juga sudah tak dapat dibendung lagi. Gugur setitis demi setitis ke mengikut setiap lekuk dipipinya.

Sungguh Seri terpempan dengan luahan rasa suaminya itu. Sampaikan sangguh menitiskan air matanya demi Munirah. Now, I realized how much pain he had been suffering.

Rasa cemburu merasuk kesanubarinya bila Zein seolah-olah sanggup mati demi Munirah. Allah... luluh rasa hati ini. Benarkan sudah tidak ada lagi sisa cinta dihati Zein untuk wanita lain. Untuk aku... isterinya? Kebenaran yang selama ini Seri ingin tahu, akhirnya sampai juga kependengarannya. Melalui bibir Zein sendiri. Kalau dengar dari orang lain mungkin lain rasanya. Tapi bila terluah dari bibir suaminya itu dia rasa hatinya remuk beribu-ribu kali. Begitu besar sekali cinta Zein pada Munirah. Tiba-tiba Seri rasa marah munirah kerana tidak menghargai cinta yang begitu tulus untuknya.

Habis aku bagaimana? Haruskan aku pasrah dan mengalah dalam perjuangan aku?

Seri merapatkan badannya dengan berdiri bertongkatkan lutut agar wajah lelaki itu sebaris wajahnya. Wajah suaminya itu dibawa dekat kewajahnya dengan kedua tangannya diletak ke pipi suaminya. Jari-jemari Seri bermain-main diwajah itu. Dengan sekali sapuan, air mata itu diseka dengan kedua ibu jarinya. Lalu bibirnya dibawa menyentuh kedua-dua mata Zein. Seolah-olah memujuk suaminya agar bertenang.

Zein rasa amat tenang diperlakukan begitu. Rasa Seri memang amat menyayanginya.

"Shuu... bertenang ya. Saya ada untuk awak. Saya tak akan tinggalkan awak. Kan itu dah memang janji saya dari awal..." usai ucapannya itu badan tegap lelaki itu dibawa ke dalam dakapannya. Sambil tangan menyapu belakang tubuh tegap suaminya itu. Sambil kata-kata dibisikkan ketelinga Zein. Bagai memujuk si anak kecil gayanya.

Setelah Zein dirasakan sudah sedikit tenang, pelukan itu dilepaskan. Melihat wajah suaminya, dia tahu Zein masih bersedih. "Saya orang yang berpegang pada janji. Awak jangan risau. Saya akan sentiasa dengan awak sampailah awak tak perlukan saya lagi." Namun berharap kata terakhir itu itu tidak akan pernah terjadi. Dan dia tak mahu Zein menggungkapkannya.

"Awak dah ok?" Soal Seri dalam keheningan.

Zein mengangguk saja. Masih dalam kesedihan.

"So macam mana? Nak teman saya tidur sini tak? Atau nak saya tidur bilik awak? Your choice..." Seri kembali mengusik suaminya. Memacing mood lelaki itu untuk kembali seperti sedia kala. Seri lebih rela Zein yang ego, kasar, dingin dan apalah perkataan yang seangkatan dengannya, janji Zein tak bersedih lagi. Sungguh buruk! Malulah lelaki macho menangis. Macam tak boleh diterima akal langsung.

Tak semena-mena Seri menerima satu kucupan yang tak dijangkakan didahinya. Lama!

"Thanks kau dah tenangkan aku. But sorry, kau tetap tidur sorang malam ni." Sejurus itu Zein bangun dari duduknya.

Seri terus melepaskan ketawa tak tertahan. Melihat Seri tertawa Zein juga ikut sama. Tapi itu malah buat Seri jadi terkesima. Hah? Dia ketawa untuk aku ke? Wah... handsomenya... macam ni memang aku cair meleleh-leleh dah ni.

Zein terus berlalu kemuka pintu dan menutupnya. Nampaknya malam ini Seri akan disapa mimpi indah. Berharap sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience