Walaupun berpuluh kali waimah beratus kali Merissa tanyakan soalan yang sama, tetap ada 1 saja jawapan.
'Ya, dia wife I.'
Dan sampai sekarang pun Merissa masih tetap tidak percaya. Setiap penjelasan bosnya tadi walaupun sangat relevant difikirannya, namun hati masih sibuk mahu menyangkalnya. Sempat terdedik perkara yang bukan-bukan. Seperti kena tangkap basah pun ada.
Astagfirullah... Apa yang kau melalut. Itu bos kau lah. Dia nak buat apa suka hati dia. Sesekali dia kerling Seri yang berada disebelahnya. Seri masih dengan leka dengan panorama yang terlihat diluar tingkap kereta.
"Kak Merissa tak percaya Seri isteri Tengku?" Soal Seri pada Merissa. Seri membahasakan Merrisa sebagai kakak, seperti yang diminta oleh tuannya. Usia mereka juga berbeza 6 tahun kiranya Kak Merissa dengan Zein mempunyai umur yang sama.
Merissa melihat Seri dengan kerutan didahi kemudian mengangguk.
Seri senyum manis. Sudah dijangka. Kalau orang lain pun mesti akan berlaku hal yang sama. Itu baru Merrisa belum satu Pacific View yang tahu.
"Bukan akak sorang saja tak percaya, Seri pun sampai sekarang masih tak percaya. Macam dalam mimpi pun ada." Seri tertawa lepas.
"Kalau ikutkan Tengku, Seri memang bukan pilihan dia. Bukan level dia pun. Tapi parents Tengku yang berkeras, Tengku pun ikut je lah." Bilangku. Cuba merungkai kekusutan difikiran Merrisa.
"Akak bukan tak nak percaya Seri, tapi Tengku tu playboy besar kat KL ni. Jadi bila dia cakap Seri ni isteri dia. Macam nak berhenti jantung akak ni tau. Macam tak kena. Sorry to say, Tengku yang playboy tu dapat kawin perempuan bertutup macam Seri. Macam langit dengan bumi. Mula-mula akak ingat Seri ni staff Puan Sri Rania alih-alih menantu..." Ujur Merrisa jujur.
Seri kembali tertawa mendengar penjelasan Merrisa. "Dah jodoh kak... Seri terima" Walau dalam hati Zein tertulis nama Munirah. Namun ucapan itu disimpan dalam hati.
Memang itulah yang terjadi antara dia dan Zein. Ya dia tahu Zein itu playboy besar KL ni seperti yang Adrian beritakan. Namun mahu bagaimana lagi kalau sudah jodoh aku dengan playboy. Mahu lari sejauh manapun jodoh itu pasti akan mengejar kita. Kalau situasi aku ni, bukan Zein kejar aku. Tapi aku hantar nyawa pada dia.
"Tadi Tengku Munirah ada datang sana kan?" Soal Merrisa bila melihat Seri hanya merenung Hot Coffee Latte yang dipesannya.
"Ada. Tapi dia dah balik sebelum akak datang. Kenapa?" Seri memandang Merissa yang pula.
"Hati-hati dengan dia."
Seri kerut dahi.
"Dia tu akak nampak macam nak balik semula pada Tengku. Hari-hari call akak tanya schedule Tengku. Kalau tak bagi, dia mengamuk. Bila dah bagi kesian dekat Tengku. Setiap masa kena ganggu dengan dia. Hisy. Jangan la sampai berlaku. Tak sukalah akak dengan dia tu. Plastik habis." Merissa meluahkan perasan tak puas hatinya. Sejujurnya dia tak berkenan dengan perangai Munirah yang suka mengganggu hak orang lain. Kalau dulu sewaktu dia bersama Tengku, tak pula dia hargai. Banyak menyakitkan hati Tengku adalah. Nah kini seperti gila talak pun ada.
"Tapi Zein masih sayangkan Munirah. Saya tak boleh nak halang kak. Tuan badan yang suka."
Merrisa pantas menggeleng sambil menyisip minumannya. Kau silap Seri.
"BIG NO! Tengku bukan suka kat dia. Tengku keliru je. Sebab Munirah tu first love dia. Tahu je lah macam mana penangan first love ni kan. Susah nak dilupakan. Kalau suka tu memang ada lagi tapi kalau cinta... Tengku dah lama lupakan. Sebab itu juga lah dia jadi playboy lepas Munirah tinggalkan dia. Kecewa."
Seri jungkit kening. Merrisa macam tahu banyak pasal Zein. Tak salah agaknya kalau aku cungkil. Nak tahu juga apa yang buat Zein sampai jadi macam tu.
"Akak tahu apa yang Tengku Munirah buat pada Tengku?" Soalku sekadar mencuba nasib.
"Hmmm... Sorry akak tak boleh bagi tahu. Tengku yang lebih layak cerita pada Seri," muka gadis itu dilihat simpati. pasti dia mahu tahu apa yang buat Zein seperti itu. Tapi Merissa tidak mahu cerita itu keluar dari mulutnya. Biarlah. Zein lebih berhak.
Hampa. Seri bermain jari jemarinya. Berapa lama agaknya baru dia boleh tahu apa yang jadi pada Zein dulu.
"Jangan la sedih. Sure one day Seri akan tahu juga. Sekarang ni ada yang lebih penting dari tu." pantas Merrissa
Seri tayang muka teruja. "Apa?"
"Ini..." Merissa mengipas-ngipas kad kredit yang berada ditangannya. Kad kredit itu diberikan kepadanya untuk membeli keperluan Seri.
Seri cebik tak suka. Bukan itu yang dia mahu. Itu bala! Sejak Zein menyuruh dia ikut Merissa ke sini, Seri masih lagi tak faham apa maksud Zein sebenarnya. Dia dah ada secretary buat apa nak PA pula. Bukan kah kedua pekerjaan tu sama saja. cuma nama je lain. Merissa pula dengan rela hari teman aku ke tempat ini. Nak cari segala persiapan aku untuk jadi PA kepada Tengku Zein Luftman.
"Seri ni... kalau perempuan lain, dah senyum sampai telinga tau suami nak belanja keperluan peribadi. Ini tak. Sedih je akak tengok. Kenapa ni? Seri tak suka?" Soal Merissa hairan. Sejak tadi diperhatikan raut wajah itu mendung saja.
"Itu namanya bala kak. Akak kan dah jadi secretary dia. So buat apa nak PA pula..." Seri luah rasa tidak puas hatinya.
Merissa hanya tayang gigi.
"Tengku tak bagi tahu ke Seri ni jenis PA macam mana untuk dia?"
Seri geleng. Matanya bulat memandang Merissa yang sejak tadi sembunyi senyum seperti ada maksud lain.
"Akak jadi secretary untuk office saja. Tapi Seri jadi PA Tengku untuk office, luar office dan..." perkataan DAN dileretkan. "Rumah Tengku... Takkan itu pun Seri tak dapat tangkap apa maksud dia?"
Mulut sudah terbuka luas. Terkebil-kebil dia tak percaya. Hoi! Itu dah kira service 24/7 non stop! Gila ke apa Zein ni? Dia ingat aku robot? Sahlah bala...
Seri pejam mata. Tak puas hati sebab dia lagi yang terkena. Zein betul-betul mahu menguji dia. Tapi... Bukankah ini kesempatan untuk kau, Seri. Kesempatan untuk raih cinta dia. Manalah tahu dengan berkepit 24jam ni hati dia boleh terima kau. Sedikit demi sedikit Seri koyak senyum. Nampaknya salah satu plan mama berjaya. Plan untuk aku duduk bersama Zein.
Setelah membeli semua keperluan untuk aku memulakan kerja esok hari, kami pulang semula ke Pacific View. Begitulah perintah Zein kepada kami. Baju, seluar, tudung, makeup semua cukup termasuk yang 'adik-adik' sekali. Tak ada yang tinggal. Memang boleh kata borong sakanlah.
Setiap kali kad itu dileretkan di mesin pengimbas kad kredit aku bayangkan duit Zein terbang naik ke langit. Kemudian sekelip mata hilang dari pandangan. Macam ini lah agaknya orang kaya berbelanja ya? Tinggal leret saja. Boros! Guna duit macam guna air. Kalau orang susah macam aku, tentu fikir banyak kali nak beli barang di tempat mahal-mahal macam ni. Standard aku hanya sesuai dengan night market je. Masjid India atau beli waktu sales saja. Tapi bukanlah sales yang ada kat Pavilion macam aku pergi tadi, kalau itu memang koyak poket. Silap-silap boleh cuci mata aje.
Setelah kami diturunkan dihadapan pintu besar hotel, aku dah Merissa tergesa-gesa turun dari dalam kereta mewah itu. Kami sudah terlambat 1 jam seperti yang telah Zein tetapkan. Macam mana tak lambat, Merissa sempat lagi bawak aku kursus makeup. Siap ambil personal trainer lagi. Puas sudah menolak, tapi sedikitpun tidak dihiraukan. Malah katanya, ini adalah asas yang sangat penting untuk penampilan diri. Aku pun tak sempat nak tengok muka sendiri di cermin. Nak cepat punya fasal. Nasib Zein arahkan kami naik kereta company siap package dengan driver lagi. Kalau tak memang terkial-kiallah kami dalam jem.
Sepanjang aku melangkah memasuki hotel itu, banyak tumpuan terhala ke arah kami. Aku jadi tak selesa. Merissa pula hanya berlagak biasa saja. Kenapa macam tak pernah tengok orang ni? Ke ada apa-apa kat muka aku? Aku raba muka. Kot-kotlah ada benda melekat.
"Kak, kenapa dia orang pandang kita macam tu?" Bisik ku kepada Merissa. Merissa kilas aku sekejap kemudian melihat pintu lift semula.
"Dia orang tengok tak pernah tengok bidadari. Hari ni baru ada peluang. Itu pandang tak puas." Ujurnya sambil bibir mengukir senyum.
Nyata kecantikan Seri bukan calang-calang. Sepanjang dia keluar dari Pavilion lagi surah ramai yang memerhatikan mereka atau lebih tepat lagi kepada Seri. Sampai ada yang terhantuk tiang koridor. Jadi jangan hairan kalau di sini juga akan berlaku hal yang sama. Tak habis pujian yang diterima dari Nency sewaktu mengajar Seri bersolek. Katanya, Seri ada kecantikan yang alami. Tak perlu solekan yang tebal untuk merias wajah ayu itu. Malah Nency siap offer Seri untuk dijadikan model bagi produknya. Gilalah Nency tu. Seri tak perlu kerja pun dah kaya-raya. Plus dia tu isteri bos. Manalah sesuai nak jadi model kosmetik.
"Hah?" Aku garu pipi. "Ada ke tadi? Seri tak nampak pun?" Kerutan di dahi semakin berlipat-lipat.
"Kejap lagi Seri akan jumpa. Sekarang kita naik dulu jumpa Tengku. Nanti dia bising, Risau juga akak bawa 'bidadari' dia ni lama-lama. Dah jadi bahan perhatian pun." Merissa koyak senyum lagi. Dia pasti Zein akan terkejut tengok bila tengok si ugly duckling transforms to a swan.
Seri melangkah memasuki sebuah pejabat yang indah dikaca mataya. Sesuai dengan nama dan populariti hotel ini. Semua perabut, perhiasan dan susun atur sangat sempurna. Seri kagum sejenak sebelum dia berhenti betul-betul disebuah pintu yang tertulis seorang nama yang cukup dikenalinya. 'Tengku Zein Luftman Bin Tengku Zuriman. CEO'
"Ready?" Merissa toleh wajah pada Seri. Seri angkat kening tanda tak mengerti.
Nak masuk pejabat Zein kena prepare macam masuk court ke? Hebat betul.
Pintu ditolak setelah diketuk dari luar setelah orang dari dalam membenarkan.
"Tengku... She's ready." Merissa beranjak dari hadapan Seri. Memberi ruang untuk Zein melihat Seri dengan jelas.
Zein yang tika itu sedang dalam perbincangan terus memberhentikan kata-katanya bila terpandang wajah wanita 'asing' itu.
Speachless. "She's soo... damn... breathtaking..." Tak sedar kata itu terucap.
Serentak tetamu yang ada di dalam bilik itu juga menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Zein.
O.M.G. Is this real? Hampir berhenti jantungnya bekerja. She's like an angel.
Mata Zein masih tak berkelip memandang dengan seraut wajah itu. Setiap inci wajah itu dijamah dengan pandangan sensual. Cuba melarikan mata ke arah lain namun tak bisa. Matanya sudah paku disitu. Inikah wajah 'lain' wanita yang dikahwininya?
"Hello... Excuse me!" Ujur Seri hairan.
"Ehem! Ehem! Ehem! Mata bro... hari masih siang lagi. Tunggu lah malam... Boleh kita have fun sama."
Satu terguran itu melenyapkan lamunan Zein. Zein picit pangkal mata. Malu dengan keterlanjuran sendiri. Dan yang paling memalukan bila dia tak sedar dia sudah berada dihadapan wanita 'asing' itu.
Tapi ada yang mengganggu persaanya saat ini. Badrul. Dia tak suka dengan teguran Badrul tadi. Aku harus jauhkan Seri dari lelaki bernama Badrul ini. Dasar buaya. Pakallah kau abang kawan aku. Kalau tak aku dah tendang kau keluar dari pejabat ni.
Merissa paling wajah dari melihat bosnya yang seolah-olah terhipnotis di atas kecantikan isterinya. Dia sembunyi senyum. Hai bos pandang wife sendiri pun tak berkelip ke? Bukan hari-hari dah tengok?
Zein kembali ke meja kerja. Berlagak biasa. Walhal jantung dah nak pecah. Kebodohan sendiri memakan diri. Berdehem seketika.
"Merissa you bawa dia ke tempat you. Terangkan apa yang patut dia tahu. Let me settle this first." Tak mahu Seri berlama-lama dipejabatnya. Dia dapat lihat Badrul sudah memadang Seri dengan suatu pandangan yang lain. Tangan lelaki itu berada dibawah dagu sambil jari telunjuk menggosok dagu licinnya. Matanya pula seolah-olah mengimbas seluruh tubuh Seri, ibarat Seri itu tidak berbaju. Tak guna!
Merissa hanya mengangguk. Seri dibawa bersama. Faham benar kenapa Zein menyuruhnya keluar. Sebab tetamu dia yang satu tulah. Tetamu Buaya. Badrul Huzaif Dato' Harun. Sebut nama dia, mustahil orang tak kenal. Pantang nampak perempuan dahi licin. Semua dia sapu. Tapi Zein masih lagi berkawan dengan dia. Mungkin sebab Dato' Harun ialah salah seorang pemegang shares si Pacific View. Jadi mahu atau tidak mereka pasti akan bertemu.
"Who's she? So damn hot..." Soal Bad. Berdesir dihujung bibir.
Zein angkat kening kanannya. Perangai buaya ni tak berubah. Itu isteri aku!
"Merrisa? Come on. You know her. She's my secretary. What else?" Zein melarikan bicara.
"You knew who I was saying, don't you?" Bad ketawa mengejek. Bad dapat rasa Zein seperti mengelak dari menjawab soalannya.
"All I just can say, she's can not be touched." Zein dengan amarannya. Tap Bad bukan heran pun dengan amaran Zein tu.
Zein rasa susah hati. Berfikir bila-bila masa Seri boleh jadi makanan si buaya ni.
"She's yours?"
Zein angkat bahu. Malas mahu bahas perkara itu. Tak lama lagi pasti Badrul akan mengetahuinya juga. Kurang 2 minggu dari sekarang mereka akan diraikan. Namun sementara mereka belum melalui resepsi itu, Seri harus dijaga rapi. Mungkin dengan itu Badrul akan berfikir dua kali kalau mahu memiliki Seri. Kerana Seri sudah diikhtiraf menjadi miliknya.
Melihat pandangan Bad tadi, dia sudah tahu apa yang lelaki itu mahukan. Apa lagi kalau bukan yang satu itu... Sekilas ikan di laut aku tahu jantan betinanya, inikan pula Badrul. Dia pasti mahu Seri menjadi salah seorang mangsanya.
Tak! Aku tak akan biarkan. Dia hak aku! Hak aku seorang.
Badrul senyum penuh makna. Ada sesuatu yang Zein sembunyikan dari aku. I would find out. Walaupun dia milik orang, aku akan rampas. Selagi dia belum jadi milik aku, aku akan kejar dia. Siapa tak kenal Badrul Huzaif?
Selepas tamat perbincangannya dengan Badrul. Zein kemeja setiausahanya. Melihat Merissa tiada disitu, dia mengeluarkan Iphone mahu menghubungi pembantunya itu. Belum sempat mendail nombor Merissa, dia disapa suara yang dia kenal dalam beberapa hari ini. Gemersik suara itu saja sudah mampu menghanyutkan dirinya.
"Where is she?" Zein tunjuk ke meja Merissa.
"Dia pergi tandas. Tengku nak apa?" Soal Seri. Panggilan juga sudah ditukar. Itu yang Merissa ajarkan kepadanya. Kalau di pejabat, gelaran itu harus dikekalkan.
Tapi kenapa Zein rasa kulitnya seperti disiat-siat bila Seri memanggilnya dengan panggilan Tengku. Dia lebih rela Seri memanggilnya 'awak' seperti yang selalu Seri lakukan. Tak sanggup untuk mendengarnya.
"Malam nanti kita balik rumah mama, pack all your belongings, then kau ikut aku balik kondo. Senang nak pergi kerja sekali. Balik nanti tunggu aku kat bawah and... suruh Merissa jumpa aku lepas ni." Kata itu lebih kepada arahan.
Seri mengerutkan muka. "Kenapa?"
"Itu arahan aku. Kau tak payah nak tanya. Kenapa, sebab apa, untuk apa. Apa yang aku kata hanyalah arahan bukan untuk kau soal aku semula." Kemudian Zein terus pergi meninggalkan Seri yang jelas masih kebingungan. Dia sendiri tak mahu berlama-lama dengan Seri. Dadanya bagai mahu meletup saat memandang wajah itu. Dan bukan hanya dia yang melihat Seri begitu, malah Badrul juga.
"Kenapa tu? Period pain ke? Tegang semacam aje." Tanya Merissa yang baru tiba di mejanya. Kelihatan Tenggu baru melintasinya tanpa memandangnya langsung. Kot la tengah marah. Ke Bad buat hal tadi?
"Tak tahu." Seri jungkit bahu. "Tapi... Tengku nak jumpa akak." Pesanan Zein tadi aku sampaikan.
Merissa keluar dari bilik Zein. Seri hanya melihatnya. Buku catatan Merissa letak di atas meja kerjanya.
Lainnya muka lepas keluar dari bilik Tengku? Kena marah ke?
"Kenapa kak? Tengku marah ke?"
Merissa geleng. Di duduk di kerusi sambil menekan sesuatu di papan kekunci di depan monitor. Menaip sesuatu. Kemudian melihat muka Seri kembali.
"Tengku kata Badrul macam suka kat Seri. Dan kalau betul itu terjadi, Seri kena lebih berhati-hati. Dia tu bahaya. Dia akan usaha dapatkan apa yang dia nak termasuk hak orang lain." Merissa lepas keluhan berat.
Memang ini yang dibincangkan di dalam sewaktu bersama Zein. Jelas tampak kerisauan diwajah majikannya itu. Merissa juga tahu betapa bahayanya Badrul. Sanggup menolak tepi apa saja yang menghalang rancangannya.
"Siapa Badrul?" Soal Seri kebingungan.
Merissa tepuk dahi. Lupa pulak! Mana lah dia kenal siapa Badrul tu. Jumpa pun baru tadi. Bersuai kenal pun tidak.
"Tetamu Tengku yang dalam bilik tadi. Dia tulah Badrul atau nama penuh dia Badrul Huzaif Dato' Harun. Buaya KL. Kalau Tengku tu Playboy KL dia tu bapak segala playboy kat MALAYSIA ni."
"Betul ke kak? Tak percayalah Seri. Dia nampak baik aje. Takkan lah..." Sangkalku. Yelah sebab yang aku nampak selalu kata badboy tu Zein. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang sezalim dia. Rupanya ada yang lagi zalim?
"Baik di luaran tak semestinya baik di dalam juga Seri. Kalau akak, Tengku 10 kali lagi baik dari Bad tu. So imagine jelah betapa bahayanya dia... Tulah susah jadi orang cantik ni. Selalu jadi mangsa. Baik jadi macam akak je. Tak ada orang kacau." Merissa letak tangan kanan kedada.
"Habis akak nak suruh Seri buat pembedahan plastik ke? Seri bukan cantik pun sampai En. Badrul tu nak gilakan Seri."
"Bad tu tolak benda tak bergerak je, dia tak layan. Selagi namanya perempuan, bergerak dan tak mati, tak kesahlah cantik ke tidak... Kalau dia kata dia nak. Dia pasti akan dapatkan. Dengan apa cara sekalipun. Kadang akak jadi seram bercakap pasal dia tau. Dah macam tengok movie thriller pulak. Tapi ini sungguh." Merissa naik 5 jari ke telinga seperti bersumpah. "You have to be careful. Extra careful. Ini warning tau. Seri kena alert every movement around you."
"Hisy kak! Jangan takutkan Seri macam ni. Dah meremang dah bulu roma Seri ni tau," Tak olok-olok aku meremang. Mendengar bual Merissa mengenai Badrul saja aku jadi lemah lutut. Seram giler!
"That's why I told you to be careful. Always alert."
* * *
"Masuklah apa tercegat kat situ." Teguran Zein buat aku tersentak. Terangkat babu dibuatnya.
Amboi kau ni. Cakap elok-elok tak boleh ke? Suruh masuk rumah macam dalam perbarisan tentera. All the time kene jerit je ke? Aku melangkah perlahan sambil ditangan kanan menjinjing beg yang sederhana besar. Beg ni aku bawa dari bawah tadi. Sikit pun dia tak tolong atau offer nak bawakkan. Paham-paham sudahlah ya.
Dengan ucapan salam aku melangkah dengan kaki kanan. Adap masuk rumah itu penting! Tak macam dia tu. Masuk tak bagi salam langsung.
Tadi selepas pulang dari hotel, kami singgah ke rumah mama untuk beritakan hal perpindahan kami ini. Alhamdulillah semua gembira dengan keputusan Zein. Lagi-lagi papa. Sewajarnya seorang isteri tempatnya berada di sisi suaminya setiap masa. Jadi papa memang gembira.
Soal aku jadi PA untuk Zein, papa juga tidak membantah. Pun begitu papa tetap bertanya sama ada aku keberatan atau tidak berkerja di hotel itu. Aku bilang apa yang Zein arahkan. Sebijik-sebijik ucapan Zein aku tiru. Dia mahu aku mengaku yang aku senang hati untuk bekerja dengannya.
Puih! Tahi, aku rela. Dia paksa adalah. Nasib tak terlepas cakap. Papa juga masih sibuk dengan urusan pembinaan hotel mereka di Pulau Pinang. Jadi dia juga jarang ada di rumah. Oleh itu papa pesan agar kami selalu pulang melihat mama di rumah jika ada kelapangan.
Mama pula, banyak pesan agar aku bersabar dengan kerenah Zein. Jadi isteri yang dapat mengembirakan suami. Tak lupa mama mengingatkan aku tentang jalankan misi yang mama sudah aturkan.
Bicara soal misi, aku jadi malu. Kata mama, misi itu penting agar Zein sedar akan keberadaan aku.
Zein campak kunci kereta atas meja kopi dan terus rebah di atas curved sofa bewarna putih miliknya. Dia pejam mata sambil tangan kanan di atas dahi. Manakala satu lagi tangan atas perutnya.
Amboi heloknyalah perangai kau kan? Balik-balik terus landing. Hisy! Perangai apa yang di bawanya mamat ni. Tali leher sudah dicampak entah ke mana. Butang baju juga sudah dibuka hingga separuh badan. Nak tunjuk dada yang timbul berketul-ketul tu ke cik abang hoi. Heh!
Mata aku meliar tak henti. Dalam hati sebenarnya masih tak percaya ini lah kondo Zein. Kondo ini hanya mempunyai 2 blok dan setiap blok ada 35 tingkat serta mempunyai lif dan lobi sendiri. Disetiap tingkat hanya menempatkan 2 atau 3 unit sahaja. Kondo Zein jenis super penthouse. Hanya ada 4 unit sahaja super penthouse bagi setiap blok. Keluasannya pula ialah 14,000 kaki persegi. Besar dan luas. Kata papa Harga kondo ini melebihi RM30juta. Gulp! Mahalnya. Boleh dapat sebiji rumah banglo di atas berbidang tanah. Mungkin ditambah dengan facilities yang disediakan, sebab itu harganya mencapai puluhan juta.
Di sini ada beach in the sky iaitu sky lounge yang tersendiri, gimnasium hidro, sky garden dan panggung wayang yang terletak di dalam serta diluar bangunan. Terdapat juga VERVE Shops iaitu podium runcit setinggi 3 tingkat yang bersambung antara satu blok ke blok lain yang berkeluasan 60,000 kaki persegi. Kondo ini juga terletak di jalan Ampang. Jadi tak jauhlah dari Pacific View. Pandai juga dia cari rumah dekat dengan tempat kerja.
Kesempatan yang ada aku gunakan untuk melihat keseluruhan kondo ini. Sungguh menakjubkan. Mata aku sudah tak mahu tertutup. Gabungan warna putih dan hitam digunakan sebagai warna utama. Serta perabut juga kebanyakkan dari warna yang sama. Putih dan hitam!
Kondo ini mempunyai 2 tingkat. Semua bilik tidur berada di tingkat atas. Seni binanya juga sangat memukau mata. Anak tangga untuk ketingkat atas diperbuat dari kaca, manakala lingkarannya itu dikukuhkan dengan stainless steel. Juga terdapat pendiang api jenis terbuka berbentuk segi empat tepat ditengah-tengah kawasan ruang rehat. Juga ada book shelf dihadapan pendiang api tersebut. Simple and minimalist. Menambah sisi romatis di ruang tersebut. Dah rasa duduk rumah atas tanah di overseas. Disebabkan bangunan ini dibina berhadapan dengan KLCC, maka saat ini aku dapat lihat cantiknya KL pada waktu malam. Kalau aku tidur depan sliding door ni pun aku tak kesah. Pemandangan dia cantik sangat.
Sistem pendawaian kondo ini juga automatik. Kiranya kita masuk saja ke dalam rumah, lampu akan terbuka dengan sendirinya. Begitu juga bila kita keluar. Aircond dan curtain di sliding door juga terselak dengan sendirinya. Kita juga boleh tetapkan yang mode pada lampu yang kita diinginkan. Canggih kan? Siapalah yang punya idea bijak begini?
"Kenapa tak simpan lagi beg kau? Nak duduk situ sampai besok pagi?" Sekali lagi aku dikejutkan dengan teguran dari suara garau itu.
Aku merengus dalam hati. Dia ni memang tak boleh cakap elok-elok gamaknya. Tadi bukan main baik dia punya layanan. Sekarang dah balik semula mood hantu dia. Confirm la dia ni ada PMS.
Baru nak rehatkan mata tengok keindahan dalam rumah ni. Sekali kena jerit lagi. Aku pusing kepala mengadapnya.
"Mana saya nak letak beg ni?" Dalam merungut aku tanyakan juga.
"Right on the coner tu bilik kau." jawabnya. Namun masih berada di posisi yang sama.
Aku pergi kebilik yang telah diberitahu. Saat meniti anak tangga, aku tersenyum sendiri. Rasa seperti seorang Cinderella. Kalau Cinderella dengan kasut kacanya, tapi aku meniti atas kaca yang rata permukaanya.
Sampai dibilik yang dimaksudkan, aku tergamam. Ini bilik aku dengan Zein ke? Atau kami bilik terpisah?
"Kenapa tak masuk? Kau hairan? Kau jangan ingat aku nak sebilik dengan kau. Huh!" Zein hilang dari pandangan kemudian menghempas kuat pintu biliknya. Bilik itu berada dihadapan bilik yang aku bakal tempati kini.
Kalau pun tak suka, tak perlulah sampai hempas pintu. Sabar Seri, sabar.
Perlahan aku masuk dan menghenyak punggung ke tilam. Cukup selesa. Bilik ini juga ada bilik air sendiri. Baguslah aku tak perlu turun bawah kalau nak ketandas. Ruangan itu aku perhatikan lama. Setelah puas dengan penilaian sendiri, aku kemas baju yang masih berada di beg.
Sambil mengemas aku berfikir. Akankah misi aku akan berjaya nanti. Belum apa-apa dia dah suruh aku tidur bilik asing. NO Seri. Don't give up! You can do it. Ingat misi ini untuk dapatkan hati Mr.Aisberg.
Share this novel