Seri terjaga bila terasa badannya terlalu sejuk sehingga ketulang hitam. Berpisat-pisat dia membuka mata. Cuba melaraskan kembali penglihatannya yang masih kabur. Ruangan itu diperhatikan tanpa berkelip sedikitpun. Ruangan itu terlalu asing baginya.
"Di mana aku?" Persoalan yang diajukan untuk diri sendiri.
Pantas dia bangun dari pembaringan. Kedua tangan ditongkat kebelakang badan. Melihat susun atur segala perlengkapan dalam bilik ini, Seri percaya dia masih didalam hotel milik suaminya itu. Perabut mewah yang menghiasi ruangan ini sangat memukau mata. Setiap satu persatu susun atur didalam bilik itu diperhatikan. Kemas. Teratur. Dah nama pun hotel, kan?
Seri kembali mengingati kejadian sebelum dia dibawa kemari. Lepas apa yang dia buat pada aku, mustahillah dia berani nak bawa aku keluar dalam keadaan macam tu. Nanti apa orang akan kata pada dia kan? Bila melihat rambutnya yang telah terurai kedepan. Ni mesti kerja dia juga... Siapa lagi yang berani?
Lama ke aku tak sedar tadi? Rasa sakit di bahagian bawah rahangnya buat dia menjerit kecil bila disentuh dengan jari. Dia berlari pergi kearah cermin yang berada dihadapannya. Apa bila melihat bekas kelima-lima jari Zein di lehernya yang semakin memerah terus darah panas naik kemuka. Air dari tubir mata tak semena-mena keluar laju. Mengingat kembali perlakuan Zein terhadapnya dia jadi sayu. Sanggup dia buat aku macam tu? Mana pergi belas dia? Tidak layakkah aku untuk dia sayangi?
Kalaulah hidup bersama orang bernama Zein buat aku menderita, kenapa aku tak boleh benci dia? Paling tak pun marah. Rasa tu kena ada! Tapi pelik, aku malah rasa kasihan dengan dia, dia bagai hilang arah hidupnya. Isolated. Apa yang buat Zein begitu bencikan perempuan? Sebab Munirah ke? Apa yang Munirah buat sampai dia jadi macam tu sekali. Ya, Seri tahu Munirah tinggalkan dia sebab curang dengan lelaki lain. Tapi takkan itu saja sudah buat Zein begitu terpukul? Lagi-lagi sekarang dia macam over protective, cemburu buta... Perit sangat ke hidup dia sewaktu Munirah tinggalkan dia dulu?
Bunyi pintu terbuka mengejutkan lamunan Seri. Dia melihat susuk tubuh itu menghampirinya. Cepat-cepat dia mengudur kebelakang. Seri takut.
"Kau dah bangun...?" Soalnya prihatin.
"Kenapa? Awak ingat saya dah mati? Tak cukup lagi? Saya dah mati baru awak rasa puas kan?" Sinis kata ditutur keluar. Bukan benci tapi aku takut. Takut melawan egonya. Sebab aku tahu bagaimana tingginya ego sesorang Tengku Zein Luftman.
"Look, I'm sorry about what had happed. I lost my control." Ujur Zein. Rasa bersalahnya bagai sudah penuh didalam kepala. Zein berjalan mendapatkan Seri. Namun 1 langkah dia kedepan, 3 langkah Seri kebelakang.
"Jangan dekat! Kalau tak saya..." Amaran keras Seri diberikan. Seri rasa langkah itu ibarat langkah untuk mencabut nyawanya.
Namun amaran itu tak diendahkan oleh Zein. Malah tak heran langsung. Kata amaran itu hanya ibarat masuk ketelinga kanan keluar tahi telinga. Kinda like that.
Sekejap saja tubuh langsing itu sudah masuk dalam pelukannya. Tubuh Seri dipasung dengan kedua lengannya. Dikunci kemas. Seri meronta, tapi tetap tak berjaya melepaskan diri. Kedua-dua tangan Seri juga masuk sekali dalam pelukan itu. Sekali sauk 1 badan dia dapat.. So bayangkan lah betapa 'gagahnya' badan dia ni. Nak melawan? Kau rasa berbaloi? Apalah sangat dengan tenaga yang dia ada dibanding dengan kekuatan yang ada pada Zein. Kalau dia peluk kuat paling koman pun patah tulang rusuk, tak pun retak tulang bahu.
"You're forgot something my dear. Remember what I’ve told you... Only me can give you an order...and this is for objecting my rules."
Ciuman diubun-ubun Seri melenyapkan segala tingkah gadis itu. Lama. Speechless Seri dibuatnya. Usai ciuman itu diberikan dagu Seri ditolak keatas supaya dia dapat melihat jelas raut wajah itu.
Anak matanya merenung dalam anak mata isterinya. Sungguh cantik mata pemberian-Nya. Mata itu lebih indah tanpa kaca mata. Matanya bulat, anak matanya hitam dan besar seperti memakai kanta lekap, bulu matanya lentik dan lebat. Alisnya juga terukir cantik. Hidungnya macung, dan wajaynya bujur sirih. Sekali tengok memang tak puas. Samalah waktu dia melihat Seri pertama kali di Restoran Western Delight, dihari dia sepatutnya pergi ke butik Mak Long untuk fitting baju resepsi mereka. Pertemuan yang dielak tapi tetap juga berlaku. Jodohkah itu?
Sesekali dia 'mencuri' pandang kepada gadis itu walaupun Seri tak perasan. Sewaktu melihatnya buat pertama kali direstoran, sepertinya dia pernah berjumpa dengan Seri sebelum itu lagi. Tapi Zein lupa dimana ia berlaku. Puas dia mengorek segala memori yang ada, namun tetap tidak dijumpai. Sejak itu ada satu rasa lain yang wujud. Bertambah terkejut saat Adam beritahu bahawa dialah tunangnya. Namun siapa sangka, gadis itu juga yang sudah menjadi isterinya sekarang.
Zein melarikan matanya ke rahang Seri, berjalur bekas jarinya pada leher Seri itu sudah nampak jelas dimatanya. Zein tertunduk dibahu wanita itu. Direbahkan wajahnya sehingga Seri dapat rasa dihidung dan mulut Zein yang lembab membasahi leher. Ada cecair hangat yang terasa dikulit.
Zein menangis? Tak! Tak mungkin! Seri menolak kenyataan itu walhal memang itu yang terjadi.
Banyaknya salah aku pada kau Seri... Maafkan aku... Walaupun aku tahu aku tak patut dimaafkan. Aku hanya buat kau menderita. Sebab kedegilan kaulah, kau hidup dengan aku sekarang. Kalau tak, semua ini takkan terjadi. Kau sengaja siksa hidup kau kan? Kau nak buat aku rasa bersalah. Air mata dikesat. Tak mahu Seri melihatnya.
Seri tidak bergerak, Zein melepaskan pelukannya. Tangan wanita itu digenggam dan ditarik menuju ke sofa. Seri ikut saja. Tubuh kecil itu didudukkan diatas sofa dengan perlahan. Dia menuju kesebuah sudut dan mengeluarkan kotak first aid.
Seri rasa terharu dengan layanan Zein. Inikah karakter Zein yang sebenar? Sejak tadi dia juga tak marah-marah. Atau ini hanya sementara? Lepas aku dah elok sihat, dia jadi hantu semula? Akan buat aku sakit lagi? Dan aku akan terima saja? Huh! Kau rela ke saban hari terima semua yang dia buat pada kau? Pukul, maki caci, tuduh tu tuduh ni, after that he treated you like a princes. Weird tahu. Dia dah macam pesakit mental!
Astagfirullah… Apa yang kau cakap ni Seri?
Terkebil-kebil Seri bila Zein memegang lehernya. Namun mata Zein masih melekat diwajah Seri.
"Aku ubat sikit, kalau sakit kau bagi tahu. Jangan diam je." pesannya. Bila hanya melihat Seri terkebil-kebil begitu, dia jadi geram. Kepala Seri diluku.
"Auuw!"
"Puas dah tengok muka aku? Lain aku suruh lain yang kau buat..." Gumamnya.
"Dengar..." itu saja jawapan yang Seri beri. Huh! Baru nak terharu dengan apa yang dia buat. Sekali kena luku. Sakit pulak.
Zein terus melakukan tugasnya. Perlahan-lahan cream itu disapu kerahang dan seterusnya keleher Seri yang merah. Ini kalau dibiar boleh jadi birat dan lebam. Lambat ubat boleh jadi biru. Ini semua kau punya pasal lah. Yang kau berkasar dengan dia kenapa? Dah tak pasal-pasal leher dia merah.
"Ahhh! Sakit..." Pantas tangan Seri naik ke tempat yang dirasakan sakit. Belum pun sempat tangannya sampai...
Zein menyambar tangan itu dari terus mengenai kulit leher yang baru diletakkan ubat. Diturunkan tangan itu dan diletakkan keatas pehanya sambil tangan miliknya itu menindih diatas permukaan tangan gadis itu. Terasa peha itu keras seperti batu. Namun cukup hangat sentuhannya.
Seri tergamam lagi. Apa ni? Dia nak buat sexual harassment kat aku ke? Parah ni Seri. Mr.Hot dah tak sedingin aisberg tapi dah jadi Mr.Hot sepanas lahar. Bahang macam duduk kat gunung berapi. Haba menyapu muka. Tangannya cuba ditarik. Tak berjaya. Malah semakin kemas pula genggaman Zein ditangannya.
"Did I ask you to move? Nothing isn't it? So don’t even try." Amaran Zein berikan. Garau suara itu keluar dari rengkung milik tuannya.
Gulp! Warning!
Bahana betul lah Mr.Hot ni, macam gitu punya amaran pun aku dah kecut perut. Kalau lebih dari tu? Arghh! Aku tak sanggup nak fikir.
Sakit dileher sudah semakin hilang. Bagus juga ubat yang dia sapu kat leher aku ni. Sejuk aje lepas tu kejap je dah hilang sakit. Bengkak hilang sekali tak?
"Mungkin lepas ni leher kau tak sakit lagi, tapi bekas dia... mungkin lambat sikit hilang." ujurnya perlahan. Kepala ditundukkan kebawah. Menyesal atas kekasarannya.
"Aku betul-betul minta maaf. Aku..."
"Hilang kawalan?" Seri menyambung ayat suaminya.
Zein tidak beriaksi.
"You know what? Sometimes I wish I could hurt you the way you hurt me. But I know, if I'd a chance to, I couldn't Saya dah tak tahu macam mana lagi nak tunjuk rasa sayang dan cinta saya pada awak. Walau saya cuba jelaskan pada awak, awak tetap tak percaya saya. Saya tak sama macam dia..." gemersik suara Seri cuba mendamaikan kekeping hati milik Tengku Zein Luftman.
Zein seolah-olah terkunci mulutnya.
Betulkah apa yang Seri katakan? Terdengar sungguh ikhlas ditelinganya. Sebesar itukah cinta kau pada aku Seri? Memang aku yang bodoh tak nampak semua tu. Aku hukum kau atas kesalahan orang lain. Memang tak adil untuk kau. Tapi bukan ini yang aku nak dengar. Aku nak kau mengalah dari terus mengejar cinta aku yang sememangnya bukan untuk kau. Cinta aku tak layak untuk siapa pun. Bukan kau atau untuk perempuan lain.
"Aku nak kau lupakan janji yang kau buat malam tu." Sepotong ayat itu keluar jua akhirnya.
Seri terpana. Wajah lelaki itu dipandang tak berkelip.
"Kau takkan berjaya. Aku bukan lelaki yang sesuai untuk kau. Kau pergilah cari kebahgian kau sendiri. Kalau sekarang kau minta aku ceraikan kau... aku akan buat. Aku tak nak kau terseksa hidup dengan aku." kata-kata yang terluah seakan memakan sedikit demi sedikit isi hatinya.
"No! Saya takkan tarik semula apa yang dah saya dah janjikan. Saya takkan mengalah mudah dengan awak. Kalau saya yang minta sekalipun, bukan sebab saya mengalah dengan awak tapi saya buat sebab nak tengok awak bahagia." Seri tarik nafas dalam lalu dihembusnya perlahan-lahan. You have to be strong Seri. For him...
"Kalau saya tak berjaya takluki hati awak, kenapa awak tak tolong saya? Awak tak beri saya peluang langsung. Bagi saya awaklah lelaki yang tepat yang dah Allah kirim pada saya untuk bimbing saya sebab saya tahu kebahgian saya hanya ada pada awak. Tersiksa atau bahaginya hidup saya semua Allah dah tentukan. Tapi kita sebagai hamba-Nya kena buat yang terbaik untuk pelihara kebahagian kita...."
Jeda
"...tapi kalau betul awak dah tak perlukan saya, tak nak tengok muka saya lagi, awak tahu apa yang awak buat kan? Saya tak akan ulang banyak kali. Bukan sebab saya penat untuk perjuangan saya, tapi saya takut awak yang akan lebih tersiksa bila awak sekat kebahagian awak. Dan andaikan satu hari nanti saya tak ada bersama awak lagi, saya nak awak tetap jadi Tengku Zein Luftman yang dulu. Seorang Zein Luftman sebelum Munirah hadir dalam hidup awak. Sebab saya tahu awak tak macam tu." Seri bangun dari duduknya bila dirasa air matanya sudah tak boleh dibendung lagi. Sungguh dia tak sangka Zein sanggup berkata begitu padanya. Seolah-olah dia tiada erti langsung. Tak wujud.
Seri memandang pada luar cermin dimana tergambar seluruh pemandangan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Sesaknya jalan-jalan disini sama sesak dengan hati aku sekarang. Air mata yang sudah jatuh membasahi pipi, diseka laju.
'Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.' Itulah yang wujud dalam diri Zein sebenarnya. Ketakutan... Ketakutan membawa dia kepada kegelapan. Ketakutan membawa mengundang amarah. Amarah membawa dia kepada kebencian, dan akhirnya kebencian buat dia penderitaan.
"Saya nak balik... nanti mama risau." Seri kerling sekali Zein yang sejak tadi mendiamkan diri disofa. Seri mahu membiarkan Zein berfikir sedalamnya. Mahu dia beri peluang pada diri sendiri.
Seri meyarung kembali shawl yang telah Zein tanggalkan sewaktu dia pengsan tadi. Siap saja terus sling bagnya ditarik lalu digantung kebahu. Ura-ura meninggalkan Zein disitu, terasa begnya ditarik dari belakang. Seri berpusing. Hey, main tari-tarik beg pula.
Zein masih ditempat yang sama. Diatas sofa buatan luar negara mungkin... manalah aku tahu.
"Lunch is on the way here... temankan aku." Zein bersuara tapi masih tak mengangkat kepalanya.
Seri hairan lagi. Sungguh dia rasa Zein ni memang ada DID (Dissociative Identity Disorder). Bercelaru sungguh perangai dia. Kejap baik, lepas tu jahat balik. Kadang tak berperasaan... Yang mana satu perangai awak yang sebenarnya ni Zein?
Seri juling mata ke atas.
"Ada selera ke nak makan dengan perempuan kampung macam saya? Tak jijik? Saya ni kan sesuainya kat tempat-tempat kotor." Seri pulang paku buah keras.
Sejenak.
Cup!
Seri terpinga-pinga. Apa jadi tadi? Mukanya sudah memerah.
Ya Allah... sabar ajelah dengan perangai orang yang bernama Zein Luftman ni. Cepat sungguh dia bertindak. Tak cakap apa-apa tiba-tiba aku ditarik, didudukan atas riba dia. Plus dapat kiss percuma kat bibir lagi. Ekau hado?
"Itu je cara nak kasi kau diam. Kan aku cakap banyak kali..."
"...yeah i get it. Only you can give me an order... Yeee.... Saya dah hafal. Tak payah cakap banyak kali. Tapi tak payah la suka-suka nak cium orang. Rimas tahu!"
"Bukan kau suka ke? Sebelum-sebelum ni pun kau tak cakap apa-apa bila aku cium kau?" Zein angkat sebelah keningnya.
Seri menyerigai.
Mampus! Salah cakap lah pula kali ni. Malunya! Walaupun semua ciuman itu datang dari Zein, tapi aku terima dengan rela. Sikit-sikit rasa terkejut tu adalah tapi semua tu ibarat dia lepas gian. Aku pulak ikutkan aje gian dia. Ergggg... tak suka bila orang tanya benda yang kita tak buat tapi paksa kita cakap kita buat.
"So... Setuju tak teman aku lunch?" Zein kembali bertanya. Pandangannya menusuk tajam.
"Apa lagi pilihan yang saya ada? Kalau saya tak nak pun awak tetap paksa kan? Dictator!" Seri meregus kasar. Geram la aku dengan Mr.Aisberg ni.
"Good! Nampaknya kau dah faham aku. Aku memang tak suka orang bantah apa yang aku cakap."
Seri mencebik dan mengajuk cakap Zein tadi.
"Mulut tu... Kau jangan sampai aku jadikan kau lunch aku hari ni. Aku tengah lapar ni..."
Seri bungkam terus. Sedar dia seperti mahu 'dimakan' oleh Zein, Seri terkial-kial bangun dari pangkuan lelaki itu. Errk... menyampah!
Dalam hati Zein sudah ketawa mengekek-ngekek. Comel betul! Muka merah padam. Hilang sedikit rasa bersalahnya pada Seri. Seri pula seperti biasa, apa yang dilakukan padanya dihadapi dengan tenang. Kagum juga rasanya. Betullah kata Hannif, gadis seperti Seri memang susah nak jumpa. RARE.
***
Sesi makan tengah hari kami hanya bertemankan bunyi sudu yang berlaga dengan garpu. No talk. No eyeshots. Just pretended like we don't know each other. Mungkin ini style Zein waktu makan. Tenang mengucah tanpa gangguan.
Cuma aku tak sangka dia ni sangat membazir. Begitu banyak yang dia order, tapi apa yang dia makan? Just a chicken grilled with salad. Kau rasa? Jaga calories sangat kan? Makan pula penuh dengan tertibnya. Aduh aku tak leh blah dengan mamat jenis macam ni. Perfectionist.
Aku makan apa? Apa yang dia order aku makan semua. Janji aku kenyang sudah. Yang jadi masalah aku sekarang, makanan yang lebih ni? Membazir kalau buang. Banyak lagi tak bersentuh.
Zein mengambil napkin dan menyapu mulutnya. Lap mulut pun bukan main macho kau kan? Herrr!
Berbakul-bakul kutukan yang diterima oleh Zein tanpa dia sedari.
"Do you think I do not know you were scolding me in silence."
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Tersedak aku dibuatnya! Macam mana dia tahu aku tengah kutuk dia? Magician ke dia ni? Kebolehan membaca fikiran orang... Ke fikiran aku je? Zein janganlah buat aku seram dengan kau. Macam ni susahlah aku nak kutuk kau dalam diam. Dalam diri aku ni ape je yang kau belum serang? Semua dah kau serang habis-habisan tahu!
Upss! satu je lagi belum... Diri ni macam dah tak ada tempat untuk aku dapatkan privasi aku sendiri. Habis kau caras! Udara yang aku sedut ni pun nasib Allah bagi free untuk kita semua sedut, kalau tak... itu pun kau sekat. Tak guna!
"Mana ada...?" Seri menafikannya. Kembali mengunyah makanan yang masih tersisa dimulut.
"Don't lie to me. From your eyes I can see..."
"So bagitahulah apa yang saya fikir pasal awak?" cabar Seri.
"About my diet... I'm a perfectionist... I'm a macho man... and last one, you think I'm a magician who can reads people's mind."
"Hah?!" Air liur aku telan laju.
"Silly! What is in your mind, it's too easy for me to predict. You should know how to hide it." ujurnya bersahaja.
Seri sudah terkulat-kulat. Mati akalnya bila semua rahsia diketahui oleh Zein. Melihat Seri begitu Zein senyum senget. Seri sudah hilang selera makannya. Hidangan di pinggan dibiarkan tak bersentuh.
"Lepas ni Secretary aku datang, aku nak kau ikut dia." Bilangnya.
Seri melihat Zein dengan kerut dahi.
"Ikut dia pergi cari baju kerja dengan makeover diri kau."
"Tapi kenapa? Nak buat apa semua tu?" Soal Seri kaget. Apa lagi bala lepas ni?!
"Start from tomorrow you would become my PA. Dan aku tak nak PA aku nampak selekeh."
Lagi dan lagi. Zein masih dengan mulut longkangnya.
"Buat apa jadi PA. Jadi isteri sudahlah. Ni nak jadi PA pula. Dahlah cakap orang selekeh. Selekeh apanya?" Seri melihat baju yang tersemat ditubuh. Dia bangun dan angkat sedikit bajunya mahu melihat apa yang kurang. "Ok la dress-up macam ni? Nak makeover ape lagi? Nak suruh saya jadi macam Dato' Vida. Siap crown atas kepala?" ujurnya mengejek.
Terus tak semena-mena napkin yang sudah digunakan oleh Zein dicampak kemuka Seri. Mata Seri membulat. Napkin yang sudah berada ditangannya digenggam kemas. Geramnya aku!
"Remember my rules? Only..."
"Yeee... ingat! Tak payah nak jadi keset sorak nak ulang banyak kali. Tak habis-habis, nak ugut aku dengan rules yang entah bila dia buat..." Seri hilangkan diri kebilik air. Malas mahu bertekak dengan Zein lagi. Apa saja soalan dia pasti tinggal tanda tanya saja. Rasa geram sangat. Nak tumbuk muka Zein tapi tak boleh. Tak pasal-pasal ada rules bagai.
Zein sudah meletus dengan tawanya. Seri... Seri... She's really different. Something about her. Marah tapi comel.
Tak lama bunyi loceng dari pintu masuk kedengaran. Zein kemuka pintu. Dia tahu siapa yang ada diluar. Memang sedari tadi dia menantikan kehadiran setiausahanya itu.
Pintu terbuka dengan luas. Tanpa melihat siapa yang masuk, Zein kembali ke meja makan.
"I tak tahu pula you ada personal suite. Amazing. Since when?"
Terkejut dengan suara itu, Zein pantas menoleh. Mata terpejam rapat. Oh God! not again.
Macam mana dia tahu aku ada sini? Zein cuba menenangkan perasaannya. Kenapalah dalam situasi macam ni dia ada dalam ni. Tanpa mengiraukan soalan yang keluar dari wanita yang tak diundang itu, Zein mengeluarkan IPhonenya. Nombor Merissa dihubungi.
"Merissa! Where are you? I said Now! You late, you will be fired!"
Jeritan itu mengejutkan Seri. Pantas dia berlari keluar. Shawl di capai dan dililit dikepala ala kadar. Nak cepat punya pasal. Tapi apabila dia keluar, dia rasa nak pitam, terkejut disebabkan kehadiran seseorang yang tidak disangka-sangka. Munirah!
"Awak... macam mana..." Tak habis lagi ayat, Munirah sudah mencelah.
"Oh! Patut la I call you, you tak angkat. So sebab inilah kan?" Dia berjalan mendekati Seri. Mahu melihat Seri dengan lebih dekat. Munirah berjalan sambil memusingkan diri disekitar wanita itu.
"Ini pilihan family you Zein?" Sejujurnya dia tak percaya. Malah sejak pertama kali mereka berjumpa. Ini kali kedua dia melihat Seri setelah kali terakhir sewaktu dia dan Zein keluar lunch bersama. Hari itu tidak mampu dia lupakan dengan mudah. Kerana dialah aku dengan Zein tak jadi lunch bersama. Zein terus hantar aku pulang selepas marah melihat wanita itu bersama dengan lelaki lain.
"To be honest, she's really not your type. Not even close actually. I tak habis fikir, macam manalah your mum and your dad make a decision to marry you to this girl? You pernah cakap dengan I, you akan dapat perempuan yang jauh lebih bagus dari I, but too bad dia bukan saingan I. Dari pakaian dia pun dah nampak sangat dia ni like an 'antique object'. Sesuai letak dalam muzium. Don't you think, baby?" ulas Munirah tentang penilaian dia pada Seri.
Kurang ajar sungguh minah ni. Dia kata aku barangan antik! Sesuai letak kat muzium?!
Heyyyy... Seh aku macam nak keluar dari badan dah ni. Suka-suki je kutuk aku macam tu. Ber-baby-baby pulak dengan laki aku.
"Why do you care? Dia memang bukan taste I. Tapi dia taste mama dengan papa. So secara tak langsung I kena sukalah dengan taste dia orang. Ni you dari mana tiba-tiba ada kat sini. Siapa bagi tahu?" Zein jawab ala kadar. Malas betul aku melayan perempuan macam ular plastik ni.
"Easy peasy Baby... ke lubang cacing pun I akan cari you. We're like a magnet." jawab Munirah.
Seri sudah berasap kepala. Dengan dia, kau siap ber-I-You, Dengan aku, kau-aku. Seri merengus. Dahlah suara macam kucing nak mengawan. Seri pergi meninggalkan dua manusia itu menuju ke sliding door. Nak ambil angin lagi baik. Duduk dalam ni aku yang ber-hangin tengok muka dia orang.
"Did I ask you can leave us?" Suara garau itu kedengan lagi. Seri paku ditempatnya.
"Habis awak nak saya buat apa? Ambil 'minute meeting' awak dengan Cik Munirah." Laju mulut itu menjawab.
Zein sudah kembung pipi menahan tawa. Dalam keadaan cemas macam ni pun Seri masih sempat buat lawak.
"Excuse Me! Tengku ok... Tengku Munirah... don't forget that." Munirah membetulkan ucapan Seri. Bibir dicebik. Gelaran itu sangat penting baginya. Pangkal name itu yang membezakan dia dengan orang lain.
Seri Juling mata 360 darjah. Allah! Overnyelah 'Tengku plastik' ni.
"Muni, Enough! Please, go back. I don't need you here." Zein sudah bangun dari persemadiannya. Bengang betul dia rasa.
"Baby... You patut halau THAT women. Not me! This is unfair! Tengoklah tu... pakaian entah apa-apa, muka macam Betty La Fea ada hati nak hidup dengan you. Please la... Tak sesuai kot. Jauh sangat dari taste you. Lain la I, barulah sesuai dengan you. Kita ada rupa, berkedudukan, dikenali... Orang kata enggang sama dengan enggang, pipit dengan pipit. Pipit tak boleh sama terbang dengan enggang. Betul tak baby?" Munirah dengan gediknya. Lengan Zein di usap dengan penuh menggoda.
Entah bila masa dia dekat dengan Zein, Seri pun tak tahu. Yang Zein pula biarkan saja orang pegang-pegang dia.
Seri sudah hilang sabar bila direndahkan begitu. Api yang tadi perlahan sudah merebak keseluruh hatinya.
" Tengku..." Kata-kata Seri sekali lagi dipotong. Bukan Munirah yang buat tapi Zein.
"Non of your bussines Muni. Although she's not my taste, you have no right to judging her like that. And yes! She's not your compatitor because she already won. Now go! I don't want to see your face again. Get lost from my sight." Zein sudah memuntahkan laharnya. Muka juga sudah merah. Dia juga susah kalau Seri dengan Munirah bergaduh.
"I tak nak! Dia yang patut keluar. Bukan I." Munirah menolak. Marah bila Zein lebih memilih Seri.
"Betullah tu Tengku Zein Luftman. Biar saya saja yang keluar. Saya pergi dulu. Assalamualaikum..." Seri sudah bersedia mengatur langkah. Malas mahu berlama-lama. Duduk disitu pun tak guna, dia bukan dihargai. Walaupun sedikit terharu bila Zein membelanya tadi. Tapi dia tak mahu hanyut sendiri. Mungkin itu hanya alasan Zein mahu meyakinkan Munirah yang dia sudah melupakan wanita itu. Hakikatnya Seri tak berfikir begitu. Malah Seri dapat rasa Zein masih menyimpan perasaan pada Munirah.
Laju kaki diatur mencari lif yang terdekat. Namun sudah beberapa kali dia berpusing-pusing, tiada satu pintu lift pun yang dia jumpa. Tiba-tiba ada jari kasar yang melingkari jari-jemarinya.
"I said not to leave me with her. But you still did. Now you have to pay for your own action." Terus tubuh itu ditarik lalu kembali ke personal suite miliknya.
"Mana Tengku Munirah?" Soal Seri bila bayang wanita itu sudah tidak ada didalam bilik.
"Kenapa? Nak tarik rambut dia?" Zein menyoal kasar. Seri dikerling sebelum menuju ke kerusi rehat yang selalu dia gunakan bila berada disini.
"Boleh ke?" Seri balik bertanya.
"Kau sanggup rambut kau yang panjang tu kena rentap dengan dia? Kalau kau sanggup, aku tak kesah." Ujurnya seperti tak hairan.
Seri menggeleng laju. Tak kuasa aku. Dahlah rambut ni asset nombor 2 aku paling berharga.
"Jadi lupakan..." Kalau boleh aku pun taknak rambut kau yang cantik tu jadi habuan si Munirah. Sambung Zein dalam hati.
"Dia dah balik tadi lepas aku halau dia. Ni aku nak warning kau. Kalau ada Munirah lagi, aku nak kau jangan jauh dari aku." Pesannya lagi.
Seri pergi menghampiri Zein. Dia duduk berhadapan dengan lelaki bermata coklat itu. Kalau kau tak jadi singa lapar macam ni, nampak lain la pulak. Habis aku selalu dapat versi dia asyik mengaum aje. Versi cool macam ni belum lagi.
"Kenapa?" Seri sudah mahu melompat gembira.
"Kata nak pikat hati aku? Kalau dia ada, dah confirm kau yang kalah. Sebab kau tahu aku sayangkan dia macam mana kan? So tak payah tanyalah."
Sepotong ayat itu buat Seri lebih rela tengok lantai dari tengok muka Zein yang tak berperasaan tu. Tak guna handsome tapi beku. Dia tak pikir ke sebelum cakap. Haih.
"Come Merissa..." gamit Zein pada setiausahanya itu.
Seri menoleh pada nama yang disebut. Senyuman diberikan.
Merissa kerut dahi. Eh! Ni perempuan yang pagi tadi. Macam mana ada dengan Tengku?
"Kenalkan my wife... Seri Ayuni."
"Apa?!"
Share this novel