"Zein?" lancar saja nama itu meniti dibibir mungil Seri. Senyuman diukir seindah mungkin.
Ceria wajahnya bila Zein kini berada dihadapan matanya. Sedikit terubat rindu bila yang hadir saat ini adalah lelaki itu. Memang itulah niat asal dia kemari. Dan akhirnya hajatnya tercapai jua. Tak sia-sia aku tunggu kat sini. Berbaloi.
"Awak dah breakfast? Kalau belum jom breakfast sama. Saya pun sorang je ni..."
"Alone? Are you sure? Kalau kau sorang habis dia ni siapa? Hantu? Halimunan? Sampai aku tak boleh nampak dia?" Sindir Zein. Api cemburu sudah mencanak-canak. Kini sang ego pula sudah membisikan sesuatu ketelinganya.
'Zein, mana letaknya kuasa seorang suami kalau kau tak tunjuk sekarang? Dulu kau banyak berlembut dengan Munirah, hasilnya kau ditinggalkan demi lelaki lain. Nah sekarang, kes sama berulang. Kau masih nak percayakan dia? Waktu dia dengan Adrian boleh la kau percaya sebab mama ada sama backup dia. Sekarang dah terang-terang dia kantoi depan kau. Takkan kau nak biar aje? Mana perginya Tengku Zein Luftman yang dulu? Kau janji takkan tunduk dengan mana-mana perempuan kan? Tengku Zein Luftman yang dulu tak macam ni. Lembik, mudah mengalah hanya kerana seorang perempuan, dan kau nak biarkan maruah kau tercalar sekali lagi?'
"You're Tengku Zein Luftman Isn't it?" Soal lelaki itu pada Zein. Jari telunjuknya ditalakan kepada Zein.
Zein dan Seri pantas menoleh pada lelaki itu. Dia berdiri sambil membetulkan kedudukan coatnya.
"I'm Aryan Lee. Mr. Lee's son. Remember? We've met on our video conference last 2 weeks? Oh! You might be forgot, but not me. I was there with Mr. Lee while you guys on discussions." Salam dihulur. Senyuman juga dihadiahkan pada Zein.
Zein tersentak. Aryan Lee? Diakah wakil yang Mr. Lee hantar?
Mr. Lee tidak hadir kerana dia harus ke Brisbane, Australia bagi menguruskan anak syarikatnya disana. Oleh itu Mr. Lee menghantar wakilnya kesini bagi mewakili pihaknya.
Oh shit! Kenapa mesti dia! Zein sudah tidak tahu bagaimana harus mengekpresikan raut wajahnya. Terkejut. Marah. Teruja. Atau aku tumbuk sekali Aryan Lee kat sini kemudian pura-pura amnesia. Boleh?
Rasa terujanya untuk berjumpa Seri hilang begitu saja apabila sampai di hadapan cafe. Didepan matanya dia dihidangkan dengan aksi mesra pasangan itu. Hati menjerit tidak mahu mempercayainya namun mata sudah terlanjur menjadi saksi.
Disebabkan cafe ini dibina bertemakan gabungan kaca, maka pemandangan cafe dari dalam jelas dapat dilihat dari luar. Maka apa yang berlaku didalam cafe ini dapat dilihat jelas dari luar. Hati sudah marak dengan api cemburu. Makin meluap-luap api kebenciannya saat melihat si lelaki menyentuh bibir yang telah menjadi miliknya itu. Belum lagi renungan si lelaki bersinar-sinar pada isterinya bagaikan renungan seorang kekasih. Semua itu sudah buat Zein bagai hilang akal warasnya.
Zein dengan berat hati menyambut salam yang telah dihulur terlebih dahulu oleh Aryan. Namun senyuman yang diberikan hanyalah sekadar menyedapkan hatinya. Amarahnya cuba disembunyikan buat sementara. Kalau ikut hatinya tadi, mungkin sudah hancur muka Aryan dibuatnya.Ā
"If I'm not mistaken, our meeting should be on 10 o'clock. But you're seem too early than I expected." Ujur Aryan lagi sambil tersenyum sumbing.
Kau sindir aku? Aku tumbuk kau sekali baru kau tahu. Aku tahulah appointment kita pukul 10. Tapi, aku bukan turun sini nak jumpa kau. Aku nak jumpa perempuan yang depan kau ni. Guman Zein dalam hati. Ekor matanya sempat menjeling Seri yang masih menekur ke lantai.
"Unfortunately we're not. But I'm here to takes back my staff ... She's with you." Ah! Bedal lah. Janji tak obvious sangat yang aku datang sini sebab Seri. "Will you excuse us? I had something to discuss with her..."
"She's your staff?" Soal Aryan tak percaya.
Seri juga sama. Terkejut. Aku pekerja dia? Sejak bila?
"Yes she is. She supposed at my office but she being slacking off and that's why im here..." Alang-alang dah terlepas kata. Aku teruskan je lah drama gila ni. Apa nak jadi lepas ni, belakang kira. Janji aku puas hati.
Damn!
Terus buntang mata Seri dibuatnya. Rasa mukanya seperti baru saja menerima sebuah tamparan hebat.
Boleh dia cakap macam tu? Malu yang aku rasa saat ini sudah tak sama dengan rasa sakit hati yang aku alami. Sakit dikerjakan lelaki itu. Berkali-kali dia malukan aku depan orang ramai. Sekarang cerita yang sama berulang kembali. It's kinda like a dejavu.
Wajah Seri merah rasa. Tengang sekali. Apa yang dia fikir saat ini? Sudahlah dikatanya aku ni pekerja dia. Lepas tu tuduh aku malas a.k.a curi tulang pula.
Wajah lelaki itu diamati. Rautnya tidak seperti semalam saat mereka makan bersama. Kenangan semalam sekali lagi berlayar di depan mata, walaupun Zein tetap dengan sifat bekunya. Walau tanpa seurat senyum dibibirnya namun dia masih mahu melayan segala soalan yang aku ajukan padanya. Tapi saat ini, wajah itu sudah diganti dengan wajah asalnya, sombong tak berperasaan.
Seri menyentuh hot cuppocino yang masih tersisa dicawan. Disisipnya perlahan. Cuba menenangkan hati yang kacau-bilau dengan kerenah Zein yang kurang waras itu. Kalau aku ikut gila macam dia, mahu aku terbalikkan semua meja dalam cafe ni. Sia-sia aku datang sini kalau sekadar nak dapat tuduhan percuma dari dia.
Setelah menghabiskan minumannya. Kemudia Seri angkat sling bag bertali halus dan disangkut kebahu lalu menganggkat punggungnya.
"Thanks for your times Mr. Aryan. Surely we'll meet again." Seri ukur senyuman manis. Sengaja! Kau nak berdrama sangat dengan aku kan? So, be it.
"Shall we go now boss? I also want to know what is the urgent matters until you can't simply give me a call. I must be one of the important people in your company until you have to humble yourself to see me here." ujur Seri berhemah. Dia tahu akibat dari ucapannya itu, Zein akan bertambah marah dengnnya. Risk on me Zein. I'm not your toys. I'm your wife. And you couldn't treat me like that.
Aryan senyum penuh makna. Dia puji sikap tenang yang dimiliki oleh Seri walaupun 'tertangkap' curi tulang pada waktu bekerja.Ā Pada masa yang sama dia sepertinya mahu menyindir Zein. Yelah, boleh je call kalau urgent sangat. Tak payah susah-susah nak turun ke bawah semata-mata nak cari pekerjanya. His the boss. Just a simple call then each person in this building will surely run to him. It's as simple as that.
Zein terkulat-kulat ditempatnya. Kata-kata Seri tadi bagai peluru M23 yang tembus terus kekepalanya. Zein tertunduk seketika kemudian meluruskan pandangannya semula. Jelas matanya sedang menahan marah. Jawapan dari Seri itu memang tak dijangka. Perempuan kampung macam tu nak cabar aku?! Watch me.
Seri terus meninggalkan Zein dan Aryan ditempatnya.
"So I'll catch you at the meeting after this." Zein laju menyudahkan katanya.
"Sure!" Balas Aryan Lee.
Zein mahu beredar dari tempat itu dengan kadar segera. Kredibilitinya sebagai seorang ketua sudah tercalar. Seri harus diajar! Terus dia lajukan langkahnya mengejar Seri yang waktu itu sudah diambang pintu besar hotel.
"Jangan nak pergi macam tu aje lepas kau malukan aku." Gumamnya menahan marah.Ā Terus lengan kecil itu digenggam kuat.
"Apa ni?" Soal Seri terkejut.
"Ikut aku!"
"Lepas dulu. Saya akan ikut awak tapi jangan panda-paksa macam ni. Your staff is watching you."
Lengan Seri dilepaskan kasar.
Seri tidak melawan. Sebaliknya hanya akur dan mengikut langkah Zein. Banyak mata-mata sudah melihat kearahnya. Sebab itu Seri mendiamkan diri dan tidak mahu Zein mengheretnya masuk kedalam tadi. Kalau itu terjadi pasti akan ada cerita lain yang timbul.
Saat pintu lif terbuka luas. Lengan Seri direntap kuat dan ditarik masuk kedalam lif. Seri mengaduh kesakitan. Namun tidak dipedulikan oleh Zein.
Sakit? Hati aku lagi sakit. Lengan Seri masih belum dilepaskan. Manakala tangan sebelah kirinya menekan butang 56 daripada 62 butang yang ada. Butang G turut disentuhnya.
Fuhh! Tingginya! Mana dia nak bawa aku ni? Seri cuak. Tangan yang sakit sudah tidak terasa lagi apabila perasaan takut yang timbul. Bukan apa aku tak pernah lagi naik tinggi macam ni. Paling tinggi pun tingkat 12. Ini sampai tingkat 56. Air liur ditelan kasar. KLCC pun sampai tingkat 88 je. Ni lebih dari separuh tinggi KLCC.
"Kita nak pergi mana?" Soalku dalam ketakutan. Kalau tengok muka Zein sekarang ni, pasti dia nak balas dendam dengan aku.
"Diamlah!" Kasar jawapan yang diterima. Berdesing telinga Seri dibuatnya. Kan aku dah cakap, dia memang dia marah.
"Ini lif peribadi. Yang boleh masuk dalam ni hanya aku dan papa. So kau kira beruntunglah kan? Tak nak rasa bangga ke?" Bilangnya pada gadis itu. Killer smile miliknya dipamerkan.
Seri semakin resah. Peluh didahi mula timbul. Walaupun dalam lif ni sejuknya mampu buat aku pakai sweater, tapi tak boleh lawan panasnya senyuman Zein tadi. Macam ada benda yang dia akan buat.
"Terus terang boleh tak? Sebab apa awak bawak saya masuk sini? Nak bermesyuarat dalam ni ke?" Sindirku. Aku cuba lawan takut didalam hati. Suara juga aku keraskan sedikit.
Zupp! Mata Seri ditikam oleh mata helang Zein. Tajam. Seri diam. Serta merta keras badan dia jadinya.
"Not just a meeting... kalau aku rogol kau dalam ni pun boleh. Two, three rounds it shouldn't be a problem. And no one knows. Remember it's a private elevator." Zein buat muka tak bersalah.
Seri mengucap sebanyak mungkin. Rogol? Private elevator? Kalau jadi apa-apa pada aku pun, pasti tak akan ada orang tahu. Ya Allah, dia nak rogol aku ke apa? Berpeluh belakang badan Seri mendengarnya.
Lengan Seri dilepaskan dan naik memegang kejap dikedua belah bahu gadis itu pula. Tubuh Seri ditolak keras dan rapat kedinding lif. Wajah itu dijamah rakus oleh mata helangnya.
Seri menyeringai kesakitan. Sudah la tadi lengan aku yang sakit ni badan aku pula. Dia ingat badan aku ni bantal? Suka-suka hati nak campak kat mana-mana? Bila ingat kata-kata Zein, Seri jadi sangat takut. Badan sudah menggigil. Belum lagi peluh diseluruh badan semakin membasahi tubuhnya. Zein yang dilihat saat ini amat belainan dengan 'Zein' yang sebelumnya. Dah rupa pembunuh bersiri!
"A... a... awak nak buat apa ni? Lepaskan saya... saya nak balik!"
Posisi mereka hampir tiada jarak. Terlalu rapat. Seri dapat rasa nafas Zein diwajahnya. Nafas yang dihela amat kasar bunyinya. Seperti lembu jantan yang sedang marah.
"Lepas lah! Kalau tak saya jerit!" Amaran diberikan. Namun sia-sia. Dia hanya mendengar ketawa tak berperasaan Zein.
"Kau ni bodoh ke ape? Tak ingat aku kata ni private elevator? No one can enter here except me. Remember? So no point if you can scream or anything. No one can help you." Zein mengingatkan Seri dengan ugutannya.
"Awak saya mohon. Lepaskan saya. Saya betul-betul minta maaf walaupun saya tak tahu salah saya apa. Tolong la awak..."
"Tak salah? Apa yang kau buat berdua dengan Aryan tadi? Lupa kau tu isteri orang?" jeritnya kuat.
Seri mengeleng lemah. Dia tidak lupa siapaĀ dia dan isteri kepada siapa.
"Saya tak lupa saya isteri awak. Saya memang seorang tadi. Tapi tiba-tiba dia duduk situ. Saya tak kenal pun dia. Dia duduk sini pun bukan saya yang ajak..." Seri merendahkan suaranya. Dia tahu tak guna melawan Zein. Tak dapat untung. Malah rugi. Dan sekarang ini rugi yang dia dapat. Dibayar cash oleh Zein.
Seri melihat rahang Zein bergerak-gerak. Marah ke dia?
"Oh! Tak kenal... Tapi boleh pulak dia tolong lapkan mulut kau ye? Habis kalau dah kenal terus masuk bilik? Hotel? Gitu?" Zein masih dengan provokasinya.
"Astaqfirullah... Zein... Sampai hati awak cakap saya macam tu. Saya ni isteri awak tahu tak? Saya tahu halal haram. Apa yang awak tengok tu tak betul. Saya tak tipu awak... Dia memang nak buat macam tu tapi saya elak. Tak kena pun." Seri menjelaskan situasi yang sebenar. Apa yang Zein lihat, tidak sama dengan apa yang dilaluinya.
Terketar-ketar tangan Zein menahan marah. Giginya dikacip kuat. Matanya terpejam menahan marah.
"Masih berdalih? Aku belum buta lah! I saw what you've done infront of my eyes!"
"Memang bukan itu yang terjadi. Awak nak paksa saya mengaku buat apa?" Seri masih melawan. Tak mahu mengaku benda yang tidak dilakukannya.
Zein lepas tangan dari terus mencengkam bahu Seri. Namun beralih lupa mencengkam itu pada rahang wanita itu. Sakit sangat!
"Aku akan paksa sampi kau mengaku. Kau jangan ingat aku bodoh. Kau boleh mainkan aku macam tu aje? Dengan mudah percaya cakap kau bulat-bulat! Kau tahu tak, pengalaman lama mengajar aku untuk tak mudah percayakan perempuan. Lagi-lagi perempuan macam kau! Low life women. Tak sedar diri tu merempat. Orang dah kutip tapi masih tak pandai berterima kasih. Sekarang dengan client aku pun kau sempat menggatal. Mana maruah kau hah? Mak bapak kau tak ajar kau nak jaga maruah ke?" Hambur Zein tanpa belas.
Seri yang tadinya terkejut kerana rahangnya menjadi mangsa, kini air matanya pula yang tak henti-henti turun dari kelopak mata. Zein tak henti-henti menyakiti zahir dan bantinya sekaligus.
"Bukan ke kau patut balik terus lepas kau hantar bekas makanan tu? Kenapa kau stay? Sebab kau nak menggatal kan?" Garau suara itu masih terus mengetuk gegendang telinga Seri. Mendesak sekali bunyinya.
"Jangan tuduh saya yang bukan-bukan! Saya ada maruah untuk saya jaga, Zein. Tapi awak suka-suka hati cakap macam tu pada saya. Hak awak sebagai suami pun masih belum mampu untuk hina saya sampai macam tu sekali! I'm done with you Zein. You're too much!" Seri bangkang sekerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh suaminya itu. Walau dalam kepayahan mengeluarkan kata-kata kerana cengkaman Zein dirahangnya terlalu kejap. Sukar untuk dia mengeluarkan kata.
"Hoi! Aku pantang betul orang cakap pasal maruah tapi dia sebenarnya yang tak ada maruah!" Begegar kuat suara itu didalm lif.Ā Dilepaskan tangannya dari rahang itu. Zein tumbuk kuat dinding lif. Tapi dia tidak berhenti disitu, malah sekali lagi tangan itu naik ke leher Seri pula. Dicengkamnya kuat.
Seri sudah terbatuk-batuk. Dengan tenaga yang ada dia lepaskan pukulan bertubi-tubi ke lengan yang tiga kali ganda dari lengannya. Zein hanya ketawa. Dalam hati mengejek. Kau ingat kau boleh lawan aku? Sudahlah hatinya sakit. Ditambah dengan kata-kata Seri tadi. Dia nak mengalah untuk cintakan aku? No way!
"Awak..." ujur Seri dalam tersekat-sekat. Bagai nyawa sudah berada dihujung tanduk. Seri sudah tak melawan. Kedua tangannya sudah jatuh kesisi. Kelam penglihatannya saat ini. Mata juga sudah semakin rapat kebawah. Akhirnya dia pasrah kalau hujung nyawa ada ditangan Zein.
Badannya sudah lemah. Oksigen yang masuk juga sudah semakin menipis.
Zein bagaikan baru tersedar. Ya Allah! Apa aku dah buat ni? Tangan dilepaskan dari leher itu. Sejurus itu juga, tubuh isterinya sudah melorot rebah kelantai lif. Namun sempat Zein menyauk masuk kedalam pelukannya.
"Seri... Seri..." pipi itu ditampar sedikit. Berharap Seri akan sedar. Namun tiada jawapan dari isterinya itu. Tangan Seri diambil, nadinya dirasa. Ada!
"Oh my god! What I've done?!" Terus tubuh langsing itu dicempungnya. Menanti lif itu berhenti ditingkat 56. Pada asalnya dia mahu membawa Seri ke Personal Suite miliknya, tapi bila Seri seolah mencabar egonya. Jadi dia hilang akal warasanya. Sampaikan isteri sendiri hampir mati ditangannya.
Allahhuakhbar... Bodohlah kau Zein. Dalam cemas dia melihat kembali tubuh lemah itu. Setitis air matanya jatuh. Air mata yang mahal itu semakin laju bila melihat air mata Seri keluar dari celahan lereng matanya. Maafkan aku Seri... Berkali-kali aku sudah sakitkan kau.
Bila pintu lif terbuka, terus dia mempercepat langkahnya keluar dari lif yang seperti mahu menghempap dirinya.
Masuk kedalam suite mewah itu terus tubuh Seri di letak perlahan-lahan diatas tilam bersais king. Mata isteri masih terpejam rapat. Pipi Seri dielus menggunakan tangannya. Bekas cengkamannya pada rahang wanita itu meninggalkan kesan birat dipipi Seri.
Pin ditudung Seri ditanggalkan. Perlahan-lahan tudung itu dilepaskan dari kepala isterinya. Allah... Baru dia sedar betapa kuatnya cengkaman tangannya pada leher Seri. BerbekasĀ leher itu dengan jalur tangnnya. Merah dan lebam. Tak guna! Tak guna! Zein baik kau mati je. Kau ni binatang tau! Isteri yang patut kau lindungi, tapi sebaliknya menjadi pelepas amarah kau!
Zein letakkan jarinya ke permukaan kulit leher isterinya.
Tiba-tiba lagu 'That's what I like' nyanyian Bruno Mars memberhentikan lamunanya. Dia berdengus kasar. Siapalah yang ganggu aku waktu-waktu macam ni!
Merissa?! Ikon hijau itu ditolak. Teliphone diletak ketelinga.
"Okay. Im on may way now." Itu saja yang terlafaz dibibirnya. Iphone X dimasukkan ke poket seluar.
"Got to go... kau rest dulu. Kejap lagi aku datang semula..." dia seolah-olah berbicara dengan patung bila tubuh lemah itu tidak memberi sebarang respond. Dia tidak tahu bila Seri akan sedar, tapi dia yakin seri tidak akan berani keluar dari sini.
Zein tinggalkan Seri didalam suite mewah itu seorang diri.Ā
*******
Akhirnya kata sepakat telah diambil. HK Board Convension Meeting tetap akan berlangsung seperti yang ditetapkan.
Aryan selaku wakil dari ibu syarikat HK telah mengesahkannya. Dan Zein berasa sedikit lega. Pada awalnya mereka mahu mengubah jadual asal tersebut kerana ada wakil penting dari HK Group luar negara tidak dapat hadir. Tapi akhirnya mereka semua bersetuju dengan tarikh yang diberikan. Bagi pihak Zein pula pastinya dapat menarik nafas lega kerana mereka tidak akan menanggung rugi. Kos untuk mengadakan convention meeting itu menelan belanja hampir 3juta. Mahu tak rugi besar kalau terlepas.
HK Shipping Company adalah syarikat perkapalan terbesar di HongKong. Mereka mempunyai anak syarikat hampir diserata negara termasuk malaysia. HK Board Convention Meeting ini dilakukan setahun sekali dimana mengumpulkan semua board of directors, share holders dan ahli berkumpul dalam satu tempat untuk berbincang secara langsung mengenai hala tuju HK Company selepas ini dan perancangan seterusnya. Pacific View pula menjadi antara hotel yang bertuah kerana terpilih mengendalikan event tersebut.
Event ini berlangsung hampir seminggu, dan sebab itu jugalah kosnya menelan belanja yang sangat mahal. Semua tetamu yang dijangkakan hadir melebihi 300 orang. Semua aspek termasuk tempat tinggal mereka, makan minum, meeting room harus berada ditahap yang terbaik. Selain mereka semua kebanyakkannya berasal dari luar negara, mereka juga mempunyai pengaruh yang amat besar. Contoh terdekat adalah salah seorang board member HK company yang berada di Malaysia. Beliau berpangkat Dato' Sri dan juga mempunyai perngaruh terbesar dalam susun urus perkapalan di Malaysia.
"Thanks for your excellent job, Aryan. I couldn't do it without your helps. Not easy to persuade them." Puji Zein. Aryan memang sangat berkaliber. Sangat mudah dia meyakinkan ahli yang lain untuk menyetujui rancangannya.
"My dad sure gonna love this. He's actually really wanted to see you directly but unfortunately he can't make it. He says you're just like your father. And he likes to workingĀ with you for our future event." Ujurnya dalam senyum. Aryan juga sangat mengagumi Zein. Walau dia tahu Zein baru dalam dunia ini. Tapi berjaya memberikan service yang mereka inginkan. Win-win situation amat lah penting dalam kerjasama dua pihak.
"Wow! Sounds interesting. Does that mean we don't have to submit a new tender for future project?" Zein angkat sebelah keningnya. Jika tidak salah apa yang dia dengar, bermakna tahun depan Pacific View sekali lagi akan mengedalikan event gemilang mereka. Wajah teruja di gambarkan.
"Sure! If the cost are still remain and all member are pleasure with your service, why not. Im sure Mr. Lee don't have any objection." Aryan akan pastikan itu berlaku. Selain itu dia ada misinya tersendiri. Misi yang masih belum dilaksanakan.
"It's a great pleasure if you can confirm that. So anything problem please let me know. I'll do my best." Tambah Zein lagi.
"Sure no biggie. Ok got to go. Send my regards to your staff then."
"Huh? Who? My secretary?" Tanya Zein. Pastilah Merissa kan? Tadi pun bukan main dia tengok Aryan dengan Merissa berbual. Seronok macam hapa. Sampai aku dah sampai pun mereka tak perasan.
"No... I mean your staff at the cafe..." beritahu Aryan jujur. Dia senyum penuh makna.
Zein pulak rasa macam nak tercekik biji durian. Gila la kau apek. Tu bini aku lah! Rasa terkejutnya cuba dikawal.
Hannif yang sejak tadi hanya mendengar perbualan bosnya itu turut berkerut dahi dibuatnya. Hai punyalah ramai perempuan kat Hongkong sana, perempuan kat Malaysia ni juga yang dia minat? Matanya dibawa menghadap Zein. Zein beri jelingan maut. Aik kenapa pula dia jeling aku? Apa salah aku?
"Sorry to say this... but she's taken. Another word unavailable. You have to find someone else I think? Probably a runway model. Suit you well. I have one." Zein ukir senyum sumbing. Dalam hati dia amat bangga kerana dia yang lebih dulu dapat memiliki Seri. Kini dia rasa semakin tercabar bila semakin ramai lelaki yang mahu memiliki isterinya itu. Sebelum ini Adrian, kemudian Adam dan sekarang pesaing baru pula, Aryan Lee.
Ai... lain macam je bunyi bos aku ni? Dia suka dengan staff sendiri ke? Sejak bila? Bukan ke patutnya aku tahu dulu? Tak ada rahsia Zein yang selamat tanpa pengetahuannya. Mesti dia yang jadi mangsa untuk Zein meluah perasaan.Ā
Aryan terkejut besar. "Really? I thought she's single." Dia diam sejenak. Berfikir sesuatu mungkin. "Xiang ta zhe yang piao liang de nu hai dang ran bu rong yi bai tuo" (Perempuan cantik macam dia pasti susah untuk dilepaskan.) Namun kata-kata itu hanya dia saja yang dengar.
"She's really got my attentions. I don't know why. It's kinda funny you know. A Simple women like her does not need a weapon to kill... but I'm already dead in her hand." sambung Aryan. Itulah yang dirasa saat ini apabila mendengar Seri sudah dimiliki. Sukar untuknya berubah arah kepada gadis lain. Seri memang dah bunuh dia dari dalam.
Ayat tak boleh blah betul cina ni. Bersemut. Kau ingat aku heran ayat romantik kau tu. Aku 10kali lagi romantik dari kaulah! Malas je aku nak tunjuk.
"Wow! She's really means to you Mr.Aryan. I just hope one day I'll get someone like her too. Don't need a weapon to kill me inside. Fuhh! That's really deep." Hannif menambah.
Kemudian satu jelingan hebat diberikan oleh Zein pada Hannif. Terus Hannif menikus.
"Okay guys! End our meeting here. See you next month Aryan. Hopefully our next meeting, will surely shock you more." Ujur Zien bersahaja. Mahu melihat reaksi Aryan.
"Can't wait for that. Thanks again. Anyway, just let her know I'm really admire her." Ucap Aryan dengan muka yang tidak segembira awal tadi. Tadi dia teruja untuk bertanyakan status gadis misteri itu. Tapi bila dah tahu, dia rasa menyesal pula tanya. Aryan keluar dengan hati yang kecewa dan hampa.Ā
Keluar saja Aryan dari pintu mesyuarat, Hannif pantas melarikan punggungnya bersebelahan dengan kerusi Zein.
"Apa sal tu? Muram semacam je. Tadi bukan main excited." Soalnya terus.
"Eh kau ni. Jangan sibuk la!"
Hannif cebik. "Eleh kau pun. Itu pun nak rahsia. Nanti aku juga yang kau cari nak tolong settle masalah. Tak apalah kalau tak nak cerita lepas ni, kau settle masalah kau sendiri." Hannif sedikit merajuk.
Alah ni yang leceh! Melihat wajah macam Hannif, Zein mengalah. Huh! Susah kalau ade kawan suka paksa-paksa macam ni. "Dia berkenan dengan Seri..."
Sepotong ayat itu sudah buat Hannif melongo. "Kau biar betul? Macam mana boleh jadi macam tu? Seri bukannya pekerja Pacific View. Macam mana boleh ada sini?" Semua soalan itu ditanya dalam senafas. Wah ni cerita best. Jarang-jarang kes macam ni berlaku.
Fail yang tak berapa tebal terus dihayun ke kepala Hannif. Hannif mengaduh sakit. "Soalan kau dah macam airgun tahu tak! Tak bagi aku tarik nafas langsung. Kau ingat aku suka dia ada hati dengan bini aku? Kalau bukan sebab client tadi, memang habis dah muka dia makan penumbuk aku ni." Zein mengeluh kesat. "Dia jumpa Seri kat cafe, masa tu Seri baru lepas hantarkan aku breakfast."
Mulut Hannif sedikit terbuka mendengar penjelasan Zein. "Habis kenapa kau tak bagi tahu itu bini kau? Yang kau cakap pekerja kau tu ape pasal? Kan dia dah salah faham."
"Aku belum ready nak bagi tahu semua yang Seri tu bini aku. Aku malu sebab status, kedudukan dan harta aku hanya dapat perempuan kampung. Tak cool giler kot. Dengan status yang aku ada mustahillah aku mengaku macam tu aje." Zein sandar badan pada kerusi. Mata dipejamkan.
"Kau ni tak habis-habis dengan status kat tu. Status, kedudukan, harta tu boleh hilang sekelip mata Zein, tapi isteri macam Seri susah nak jumpa. Kalau kau cerai dengan dia pun belum tentu kau jumpa yang sama baik macam dia. Ni tak termasuk Munirah eh... Dia tu memang aku dah senarai hitam. Memang tak layak untuk kau. Cubalah kau buang sikit ego kau tu. Buka mata hati kau untuk terima dia. Aku tahu kau boleh." Nasihat Hannif pada sahabat baiknya itu.
Hannif tahu apa yang membuat Zein berkasar dengan Seri. Dia sudah mati rasa pada perempuan gara-gara Munirah. Wanita yang berjanji dengan cinta, tapi cinta itu juga yang merosakkan hidup Zein. Namun rasa kasihan pada Seri juga ada, Seri sering jadi mangsa pada lelaki ini. Kes Zein mengamuk bila tengok Seri dengan Adam dan Adrian juga buat dia rasa Seri tak patut terima hukuman itu. Wanita itu tak salah langsung.
"So dia dah balik ke?" Soal Hannif kembali setelah Zein lama mendiamkan diri.
Zein tarik nafas panjang. "Dia dalam suite aku. Pengsan lepas aku cekik dia."
"Apa!!!" Jerit Hannif. Bergema satu bilik meeting dibuatnya. "Kau dah gila apa?! Nak bunuh bini sendiri?!"
Sekali lagi fail sederhana besar menjadi makananĀ Hannif bila fail itu melekat elok dikepalanya. Hailah nasib kau kepala...
"Kau cakap slow sikit boleh tak! Aku tahulah kau terkejut. Kalau orang lain dengar macam mana?"
"Habis dia macam mana sekarang?" Suara Hannif mengendur sedikit. Tadi dia betul-betul terkejut dengan kenyataan Zein. Tapi dia tak sangka sampai menjerit. Gila betul Zein sampai cekik seri sebab cemburu.
"Aku tak tahu. Last aku tinggal dia, dia pengsan lagi."
"Kau check tak nadi dia? Jangan-jangan dah mati? Hisy! Jadi kes bunuh kalau dia mati, Zein."
Untuk kali ke tiga fail separuh tebal itu naik kekepala Hannif. Apa lagi menyeringai sakit la Hannif. Tulah cakap ikut sedap mulut.
"Belum la bodoh. Kau ingat aku boleh pergi meeting ke kalau dia mati." Geram sungguh Zein dengan Hannif. confirm lah aku dah dalam penjara kalau dia mati.
"Ni dah 2 jam weh kau tinggal dia. Kau tak risau ke?" soal Hannif risau. Kesian kau Seri.
"Aku nak pergilah ni. Ni pun aku nak kau gantikan aku untuk meeting dengan Dato Syukor dengan En.Roslan kat PWTC. Detail minta Merissa."
"Ye lah. Lagi?"
"Amboi. Kau sindir aku?" Zein senyum melihat telatah Hannif. Masam muka macam asam keping.
"Nanti cakap dengan Merrisa jumpa kat suite aku. Ada benda aku nak dia buat." Pesan Zein sebelum meninggalkan Hannif.
Kini hanya ada Seri saja dimindanya. Sebenarnya sejak tadi lagi dia tidak boleh duduk diam. Risau meninggalkan Seri seorang. Kalau bukan meeting ni begitu penting bagi Pacific View, pasti dia tak akan meningglkan Seri seorang didalam bilik.
Share this novel