Bab 16

Horror & Thriller Completed 23924

Kali ini, tiada lagi tindakan manis ala gentleman. Walaupun mereka sudah declare.

Saat sebelah kaki keluar lalu bumi dipijak, Imran berkata sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Sorry, bang. Saya ingat abang tadi hantu ke apa ke. Saya takut.” Dan dia terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu. Automatik, dia terus tunduk lalu mengucup tangan lelaki itu. Penuh hormat. Dia berasa terlalu bersalah terhadap lelaki yang telah menyelamatkan dia dan Atieqah tadi.

Bersalah kerana telah mengesyaki lelaki itu sebagai hantu dan Atieqah pula menganggap lelaki itu sebagai orang gila.

“Astaghfirullahalazhim…” balasnya sambil menepuk-nepuk bahu Imran.

“Maaf, bang. Kitorang cemas sebenarnya tadi,” kata pula Atieqah sambil berjalan menghampiri Imran dan Mawi.

“Kena kejar dek ular, mana tak cemas,” jawab Mawi sambil tersenyum kecil.

“Bukan tua je, bang,” balas Imran dengan wajah yang serius.

“Hah? Ada berapa ekor ular?”

“Bukan ular, bang,” kata Atieqah sambil mencuit lengan Imran.

Mawi terlihat perlakuan itu lalu beristighfar di dalam hati. ‘Budak-budak muda…’

“Kenapa? Kamu kena kejar dengan pegawai pencegah maksiat ke?” tanyanya dengan mata yang bulat dan raut wajah yang serius sambil memandang Imran dan Atieqah. Perkara ini tidak boleh dibuat main, fikirnya. Yang salah tetap salah.

“Taklah…” jawab Imran sambil menggosok-gosok batang hidungnya sendiri. Malu.

Mawi diam, menanti mereka menerangkan.

“Hantu laut keluar tadi,” sambung Imran dan Atieqah mengangguk beberapa kali membenarkan.

“La… mimpi ke apa? Ini tasik, bukan laut.” Mawi kehairanan lalu memusingkan kepalanya ke arah tasik yang kelihatan indah disinari cahaya bulan.

“Biy, hantu airlah…” Atieqah mencuit lengan Imran.

“Ha, hantu air, bang. Kat tengah tasik tu. Gilalah! Tak penah saya tengok. Kecut perut saya dibuatnya,” tutur Imran sambil menggosok dadanya, meredakan jantungnya.

“Hantu air? Betul ke ni?” Mawi kehairanan.

“Abang nak pergi tengoklah.” Dan Mawi terus berpusing. Dia ingin menyiasat perkara itu.

‘Entah-entah budak-budak ni buat cerita, nak suruh aku blah. Nak buat hallah tu …’ fikirnya, sedikit marah.

“Jangan, bang!” Imran mencapai lengan Mawi.

“Jangan, bang. Tolong jangan pergi ke tasik tu, bang. Bahaya!” sokong Atieqah pula.

“Hantu air apa ni?” Mawi mengerutkan keningnya.

“Bang, betul. Jangan pergi. Bahaya. Ada hantu kat dalam tasik tu,” tokok Atieqah dengan wajah yang mendung.

Setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya bagai diwarnai ketakutan dan kesedihan.

“Betul ke ni?” tanya Mawi sambil merenung kedua-dua wajah itu. Ingin melihat riak mereka berdua.

“Ya, bang. Tolonglah, bang. Jangan pergi situ. Saya takut hantu tasik tu sedang tunggu mangsa.”

“Ya ke?” Dahi Mawi berkedut seribu. Dia mengetapkan bibirnya.

“Hmm… kalau macam tu. Tak jadilah abang nak memancing malam ni.”

Imran dan Atieqah mengangguk. serentak, mereka mengukirkan senyuman buat Mawi. Gembira kerana berjaya menghalang Mawi daripada membahayakan dirinya sendiri.

“Hmm… korang nak ke mana?”

“Entahlah, bang. Tak tau nak buat apa. Cemas pun tak ilang lagi ni,” beritahu Imran sambil memandang Atieqah.

“Biy, jom pergi Aeonlah. Duduk kat kopitiam. Tenangkan hati,” cadang Atieqah.

“Abang rasa, eloklah korang balik terus. Maaflah, abang bukan nak masuk campur.”

“Awal sangat lagi, bang,” jawab Imran sambil menengok jam di pergelangan tangannya.

“Ha… kalau macam tu, jom kita lepak kat mamak. Lepas dah isi perut, engkau terus hantar awek kau ni balik rumah. Jangan merayap-rayap malam-malam. Nanti selamat dari hantu air, jumpa hantu lain pulak,” gertak Mawi. Bukan gertak tetapi sebenarnya ingin memelihara maruah seorang gadis.

Imran tersengih-sengih, berasa tersindir. Atieqah tertunduk, tidak tahu apa yang harus dikatakan. Sesungguhnya, apa yang lelaki itu katakan, ada benarnya.

“Okey, kau ikut motor abang. Kita lepak mamak. Abang belanja. Sambil tu, kau orang boleh bercerita pasal hantu air ke hantu laut ke apa ke namanya tu. Abang nak tau,” pintanya, atau perintahnya.

Imran mengangguk dan dia menepuk bahu Atieqah, menyuruh girlfriendnya itu untuk masuk ke kereta. Bukankah mereka sudah… err. Takkan nak ulang lagi kot. Oops!

******

“Macam mana, pak cik. Pak cik percaya tak pada cerita saya tadi?” tanya Mawi kepada gurunya, Haji Roseli.

Seminggu sekali Mawi akan pergi belajar agama di rumah Haji Roseli. Pada mulanya dia hanya belajar mengaji, membetulkan tajwidnya. Kemudian ada permintaan daripada rakan seperguruannya meminta Haji Roseli melanjutkan tempoh pengajaran dan mengajar tentang tauhid, fekah dan sebagainya.

Kadangkala ada juga timbul perasaan malu kerana apabila usia sudah meningkat barulah dia terkial-kial hendak menuntut ilmu agama. Tetapi bak kata Haji Roseli, siapa pun tidak pernah terlambat asalkan ada kemahuan.

Haji Roseli bukanlah sesiapa di situ. Dia bukanlah seorang yang dikenali.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Haji Roseli mempercayai cerita Mawi itu atau tidak mengendahkannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience