Bab 20

Horror & Thriller Completed 23924

Mawi menarik sehelai kertas tadi lalu menempatkannya di hadapan Haji Roseli. Mudah untuk berbual, fikirnya.

“Jala tu dah tutup gua hantu tu ke, pak cik?”

“Insya-Allah, dengan izin ALLAH, dah tutup dah. Benda tu pun dah dipenjarakan dah.”

“Ya ke, pak cik? Tapi saya tak nampak pak cik buat apa pun.” Mawi sudah tidak boleh menutup mulutnya. Memang sedari tadi, dia ingin tahu bagaimana gurunya itu menguruskan tuan tasik itu.

“Cikgu mengaji engkau ni, Mawi, bukan kecik anak,” sampuk Hamidon dengan tawa kecil.

Mawi merenung Hamidon, dan kemudian memandang Haji Roseli. Dia mahukan jawapan.

“Memang zahirnya pak cik tak buat apa-apa. Tapi dengan izin ALLAH, pak cik tinggalkan tubuh pak cik tadi dan pak cik pergi bertarung dengan jin jahat tu. Jin itulah yang menimbulkan suasana takut dengan kuasa pukaunya dan dengan cara itulah, dia dapat memuaskan keinginannya untuk makan. Lagi orang takut, lagi dia suka. Tapi kalau ada lawannya, dialah yang takut.”

“Wow…” Mawi kekaguman.

“Tak ada apa-apa wownya, Mawi. Semua ni pun dengan izin ALLAH jugak. Pak cik hanya memohon dan berusaha. Selebihnya itu, kasih sayang ALLAH yang melimpah ruahlah yang banyak menolong. Sesungguhnya dengan ilmu ALLAH yang digunakan di jalan yang betul, keupayaan manusia sebenarnya tak ada batasnya.”

“Pak cik! Saya nak belajar, pak cik!”

Hamidon hanya tersenyum. Dia tahu, sahabatnya itu boleh menjadi besar, boleh menjadi tinggi, jika diperlukan. Namun kebolehan sebegitu, bukan untuk dicanangkan. Itulah sebabnya, sehingga ke hari ini, Hamidon mengunci mulutnya. Bak kata Haji Roseli, tidak ada yang istimewanya kita ini. Wujud kita semua adalah sama sahaja, kecuali ketakwaan dan keikhlasan menghambakan diri kepada ILAHI, itu yang lebih utama.

“Banyak ujiannya, Mawi.”

“Tak apa, pak cik. Saya sanggup.”

“Banyak keindahan duniawi kena ditinggalkan.”

“Kena tinggalkan? Tapi… pak cik pun kawin. Ada anak, ada cucu. Ada kereta.”

“Kawin tu sunnah.”

“Ish, budak Mawi ni. Kereta tu kan keperluan.” Hamidon berpura-pura ingin melepuk Mawi.

“Haah, betul cakap Midon tu. Mawi, kereta tu supaya senang pak cik nak bergerak. Mak Cik Sakinah kau tu, tak larat dah nak naik bas turun bas. Pak cik pun tak larat,” akui Haji Roseli.

“Mawi, engkau tahun ni dah kena piat telinga ke belum?” seloroh Hamidon sambil berpura-pura ingin memiat telinga Mawi.

Haji Roseli ketawa. Hamidon pun ketawa. “Mawi ni…”

******

“Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu kusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada ALLAH. Dan (ingatlah) contoh-contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.” (Al-Hasyr: 21)

-tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience