Bab 22

Romance Series 7682

" kenapa kita tak boleh balik untuk pengebumian Farhan ? . "

Aku kesal . Angah tidak mengizinkan aku pulang untuk pengebumian Farhan .

" tak boleh , flight kita minggu depan . "

" apa masalahnya balik awal ? Ain nak tengok wajah Farhan buat kali terakhir ! Masa dia tenat hari tu Ain tak sempat nak tengok wajah dan nak minta maaf dengan dia pun Ain tak sempat . "

" tak boleh Ain , Ain tahu kan angah ke sini atas urusan kerja . "

Angah hanya fikirkan diri dia saja . Dia tak fikirkan aku langsung . Seharusnya dia faham . Letakkan diri dia dalam situasi aku yang sekarang ni .

" kalau macam tu biar Ain balik seorang ! "

" Ain , angah kata tak boleh tu tak boleh lah ! . "

Angah tinggi suara .

Aku terkejut . Aku tidak pernah melihat angah tinggi suara dengan aku .

Aku diam . Aku masuk ke bilik , malas hendak bertekak dengan angah lagi . Kalau bertekak sekalipun , itu takkan dapat ubah keputusan angah . Angah seorang yang tetap akan pendiriannya .

Maafkan saya Farhan , saya tak boleh balik tengok awak buat kali terakhir sebelum awak dikapankan dan dikebumikan .

Aku menangis di dalam bilik seorang diri . Andai saja ada mama di sisi akan aku luahkan segalanya .

" Ain . "

Angah mengetuk pintu bilik .

Aku tidak endahkan .

" Ain , angah minta maaf . "

Aku tetap tidak endahkan . Aku menutup telinga . Angah kejam . Semua orang kejam .

" bukan angah tak bagi Ain balik sendiri . Angah risau "

Aku bukan budak kecil yang tak boleh jaga diri sendiri . Itu saja alasan dia sebab tak bagi aku balik melihat orang yang aku sayang buat kali terakhir .

" Ain , bukalah pintu . "

Angah memujuk .

Aku keraskan hati . Aku taknak bercakap dengan angah .

" Ain , angah minta maaf erk . "

Pergilah , angah ! Ain nak sendiri .

" Ain . "

" baik angah pergilah , Ain nak sendiri "

Kemudian , aku tidak dengar sebarang bunyi angah di luar .

Cepatnya awak tinggalkan saya .

Awak janji walau apa pun jadi , awak takkan tinggalkan saya .

Tapi siapa aku untuk melawan takdir tuhan . Itu suratan untuk aku dan Farhan yang memang takkan bersama .

Aku terlena dalam air mata yang menemani malam

*
* *

Hari - hari aku di Sapporo seakan tiada makna , malah turut kehidupan aku tidak bermakna . Setiap hari aku hanya ditemani air mata kerana sebuah penyesalan yang aku kesali seumur hidup .

Hati aku mati untuk menerima sesiapa selain Farhan . Aku bukan orang yang patut ada di sisi dia , tidak ada sesiapa yang berhak berada di sisi dia melainkan Dia yang maha kuasa . Dia sudah tenang di alam sana .

" Ain . "

Angah menyapa .

Aku tidak memperdulikan angah .

" angah minta maaf sebab angah tinggi suara dengan Ain semalam . "

Aku mengesat air mata yang jatuh di pipi .

" Ain , angah minta maaf . Angah tak sengaja , Ain tahu kan angah sayang Ain "

" kalau angah sayang Ain , hantar Ain balik Malaysia . "

Angah diam . Aku tahu dia tidak dapat berbuat demikian .

" Ain tahu , angah tak dapat nak buat macam tu . Dah lah angah , Ain nak solat . Nak tenangkan fikiran "

Angah semestinya faham perasaan aku . Tapi kenapa susah sangat dia nak bagi aku pulang Malaysia .

" Ain tunggu kejap . "

Angah memberhentikan langkah aku .

" ni surat daripada Farhan . "

Surat yang ada ditangan angah mengejutkan aku . Farhan tulis surat sebelum meninggal ?

Eh , macam ada hint pula . Tahu - tahu je dia nak meninggal .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience