Bab 23

Romance Series 7685

" bila masa Farhan tulis surat untuk Ain ? "

Soalku , hairan .

" dua tahun lepas , sebelum kemalangan . Dia nak beri Ain masa hari jadi Ain , tapi dia tak sempat . Jadi , dia beri kat angah . Dia suruh angah beri kat Ain . Tapi angah sendiri pun lupa pasal surat ni . Bila dapat berita pasal Farhan semalam . Angah terus ingat pasal surat ni . Mujur angah bawa surat ni dalam beg angah "

" perkara penting macam ni angah boleh lupa ? "

Aku rasa hendak marah lagi . Sudah terlalu banyak perkara yang aku marah dan kesalkan .

Aku mengambil surat itu dari tangan angah .

" angah minta maaf , Ain . "

" angah ingat dengan minta maaf boleh hidupkan Farhan balik ke ? "

" Ain kena redha dengan pemergian Farhan . Ain tak boleh terus macam ni "

" dah lah angah , tak payah cakap pasal semua benda tu kat sini ! "

Pintu bilik aku hempaskan .

Kenapa baru sekarang angah bagi surat ni ? Sudah terlambat .

*
* *

Selesai solat , mata aku melihat surat yang aku letakkan di atas meja . Aku mengambil surat itu lalu aku baca .

Assalammualaikum , bakal zaujahku . Selamat hari jadi yang ke - 26 . Tua dah awak , haha . Jangan marah sebab saya cakap awak tua , umur kita kan sama . Semoga awak panjang umur , sihat selalu disamping keluarga yang tercinta dan bahagia bersama saya . Cehh ! Semoga cantik selalu . Saya nak tulis panjang ni , jadi awak kena baca sampai habis .

Reen , sepanjang saya mengenali awak . Tak pernah sekali saya sesali . Awak umpama mentari yang menyinari hidup saya . Teruskan berada di hati saya dan jangan pernah hilang dari saya kerana hidup ni takkan sempurna tanpa awak . ( cliche gilerr ayat ni , awak tahu kan saya bukan jenis lelaki sweet . Haha ! )

Tak dapat saya nak gambarkan betapa istimewanya awak sebagai perempuan kedua dihati saya selepas ibu . Senyuman awak , ketawa awak buat fikiran saya melayang . Haha , tak tahu kenapa ? Tapi itulah hakikatnya .

Pertama kali , mata ini melihat air mata awak yang jatuh ketika awak menangis dilukai dia yang tak menghargai awak . Hati saya terus berkata , air mata awak sangat berharga . Saya takkan awak menangis sekali pun . Tapi awak suka nangis . Tiap kali nangis , saya yang kena pujuk . Penat tau ! Haha , gurau . Tapi saya tak kisah , sebab saya pernah janji untuk buat awak bahagia.

Jangan gaduh dengan along dan angah awak tu . Diorang tu baik walau kadang - kala mulut puaka . Haha ! Along dan angah nak yang terbaik untuk adik dia . Siapa lagi adik dia selain awak , Ain Areena . Saya ? Bakal adik ipar tak rasmi .. Haha ! Cepatlah - cepatlah rasmikan . Eh ! Haha , gurau !

Andai kata saya tak ada lagi di dunia ni , jangan jadikan saya yang terakhir , jangan menangis atas kepergian saya dan jangan ikut jejak saya . Teruskan hidup awak dan saya minta maaf sebab tak dapat bagi kehidupan yang awak inginkan . Jaga ibu dan ayah saya sebab diorang adalah segalanya bagi saya . Cari je pengganti saya kalau saya dah tak ada . Jangan berkeras hati , awak perlu lelaki yang lebih baik dari saya . ( Eh , apahal pula cerita pasal mati masa birthday awak ni ! Sorry , teremosi pula . Hehe )

Saya sayang awak tau ! Takkan pernah hilang rasa cinta tu dari hati saya . Sorry sebab tak ada hadiah , hadiah saya hanyalah doa dan semoga kita dapat bersama . Lupakan masa lalu dan kita bina kehidupan baru . Jangan lupa call saya hari - hari sebab setiap hari saya rindu awak !

Your Love ,
Farhan Aimin .

" siapa yang boleh ganti awak Farhan ? "

Takkan ada yang boleh ganti Farhan dalam hidup aku . Takkan ada . Kunci hati saya hanya ada pada awak . Rindu dan sayang saya hanya untuk awak .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience