Bab 1

Romance Series 7685

" mana awak , Farhan ? Saya rindukan awak ! "

Aku duduk si sebuah bangku yang terdapat di hadapan sebuah tasik . Teringat saat bertemu dengan Farhan buat kali pertama .

8 November .

" Lelaki semua tak guna ! "

Aku menjerit seperti orang gila .

" kenapa tinggalkan saya , Nazmi ? "

Air mata mengalir di pipi . Dia kejam . Tinggalkan aku ketika aku tidak mahu tahu erti kehilangan .

Nazmi meninggalkan aku kerana alasan aku bukan yang terbaik untuknya . Apakah itu alasan yang munasabah ?

" kita tak boleh bersama Ain , awak tu baik untuk saya "

Alasan cliche diberikan pada aku kerana aku terlalu baik ? Pergilah mampus dengan semua itu .

" Nazmi , awak tak sayangkan saya ke ? "

Mata mula berkaca . Aku bukan pelakon , aku tidak mampu tahan segalanya dalam hati . Hati yang aku berikan pada dia , dia telah hancurkan .

" saya sayangkan awak Ain , tapi awak bukan untuk saya . Saya harap awak jumpa yang lebih baik dari saya "

Nazmi pergi meninggalkan aku yang sudah terduduk meratap menangis dengan kepergiannya .

Kadangkala , aku berfikir .. Adakah aku terlalu bodoh , dipermainkan oleh lelaki ?

Dulu Nazmi sekarang Farhan ?

Saat aku ditinggalkan Nazmi , muncul seorang lelaki yang mengubat luka di hati . Dia membalut hati aku . Biar luka lama tidak berdarah kembali .

" awak kenapa sedih - sedih ni ? "

Dia menegur aku yang sedang menangis pilu . Teresak - esak menangis teringat kejadian tadi .

Sehelai tisu diberikan kepada aku . Tetapi aku tidak mengambil tisu itu .

Aku diam . Ketika itu aku belum mengenali Farhan .

" nama saya Farhan Aimin . Awak boleh panggil saya Farhan . "

Dia mahu berkenalan . Tapi tidak ku layankan kerana aku rasa bagai kerakap tumbuh di batu , hidup segan mati tak mau .

" awak , kenapa awak nangis kat sini ? "

Aku cuba menenangkan diri . Mahu berhenti menangis .

" awak , awak okey tak ni ? "

" saya .. "

Aku mula hendak bicara . Tetapi terlalu lemah , luka yang ditinggalkan terlalu dalam .

" awak bertenang . Cuba awak cakap perlahan - lahan "

Aku mula menceritakan semuanya . Dia mendengar tiap bait perkataan yang keluar dari mulutku . Wajah serius sambil mengangguk berulang kali .

Aku lihat dia mula faham .

" saya faham perasaan awak . Saya juga pernah ditinggalkan orang saya sayang ! "

Kami pernah merasai rasa yang sama . Dan apa itu ? Itu ialah rasa terluka kerana orang yang kami sayang .

" awak , saya minta maaf "

Aku rasa serba salah kerana terpaksa mengembalikan memorinya terhadap luka lama .
" tak apa . "

Dia tersengih . Dia nampak begitu selamba . Begitu mudah dia melupakan .

" benda tu dah lama , saya dah lupakan "

Aku rasa dia tipu , bukan mudah untuk lupakan orang yang kita sayang . Dia ada kenangan , kenangan yang dicipta bersama orang dia sayang . Kenangan itu yang menganggu fikiran .

" awak kena teruskan kehidupan , biarlah orang tu nak tinggalkan awak . Allah tahu apa yang baik dan buruk untuk awak . "

" bukan mudah untuk saya lupakan dia "

" memang . Tapi lama - lama nanti okeylah . Sentiasa senyum dan buat perkara yang awak suka . Kena happy selalu ! "

Apa aku mampu membuka helaian baru dalam buku kehidupan yang dikarang tuhan untuk aku ?

Dia bagai sebuah orang yang membuka tirai yang menutup aku . Bagai sebuah mentari memberi harapan dan menggembirakan semua orang .

" dah , jangan sedih ! Ambil ni lap air mata . Air mata awak tu berharga . Jangan beri dia jatuh lagi . "

Sehelai tisu ditawarkan kepada aku . Dan aku menyambutnya .

" terima kasih . "

Ucapku menghargai usahanya .

" sama - sama . By the way , nama awak siapa ? "

" Ain Areena . "

" cantik nama tu , macam tuan dia juga . Selamat berkenalan Reen "

" orang panggil saya Ain . "

" saya rasa Reen lagi sesuai . Cantik . "

Pujinya . Sedap je tukar nama panggilan orang .

" saya balik dulu ye . "

Dia meminta izin balik .

" baiklah . "

" jangan sedih lagi . Kalau saya nampak awak sedih lagi , saya tak nak kawan dengan awak "

Aku hanya tersenyum . Tidak begitu pasti , air mata ni boleh mengalir bila - bila masa .

Dia datang tepat sewaktu aku perlukan tempat untuk meluahkan perasan . Aku akui dia memang seorang yang baik . Tapi kemana dia menghilang ?

Adakah dia akan jadi seperti Nazmi juga ?

" Saya sentiasa tunggu awak kat sini , Farhan "

Aku akan sentiasa tunggu . Menunggu dia pulang . Pulang sekarang , Farhan .

Jangan menganggap kekasih kita segalanya , kerana jika kita hilang dia kita akan hilang segalanya .

Segalanya untuk Farhan . Itu bukan lah sesuatu yang aku boleh beri . Tapi untuk kehilangan , aku tidak boleh terima . Kerana , hati ni terlalu mencintai .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience