Bab 19

Romance Series 7682

Benar kata angah , aku tidak perlu berdendam .

" tapi , angah . "

Aku masih ragu - ragu . Bagaimana kalau dia mahu apa - apakan kami semua ?

" mungkin dia nak minta maaf bagi pihak Keyla , semua dah setuju nak jumpa Riz . Ain macam mana ? "

Aku berfikir seketika .

" baiklah . "

*
* *

" cik Ain Areena . "

Sapanya , pembantu Keyla apabila melihat aku .

" encik Riz , apa yang awak nak cakap dengan kami semua ? "

Soal along .

" saya berterus terang je . Saya nak minta maaf bagi pihak Keyla , saya dah cuba suruh Keyla fikir dulu sebelum dia buat macam ni . Tapi dia degil , dan dia dah terima akibatnya . Dia pun dah tak ada , jadi saya harap kamu semua maafkan dia "

Jadi , dia ingin meminta maaf bagi pihak Keyla .

" Ain macam mana ? . "

Soal mama .

" auntie macam mana ? . "

Aku lihat ibu Farhan . Wajah ibu Farhan kelihatan sedih , tapi dia sedaya upaya menutupnya .

" uncle ? . "

Aku melihat wajah ayah Farhan ? Ayah Farhan juga menunduk berfikir .

Sukar untuk ibu dan ayah Farhan , Keyla adalah ex Farhan . Tidak mungkin Farhan tidak pernah bawa Keyla jumpa ibu dan ayahnya .

Semua diam . Aku turut diam
Mata aku terbayang kekejaman dia terhadap keluarga aku . Segalanya berada dihadapan mata .

" hmm , macam ni lah . "

Ayah Farhan mula bersuara .

" arwah pun memang tak ada , kita maafkan je lah kesalahan dia . Tak baik berdendam ni , takut arwah tak tenang kat sana . Sesiapa yang pernah terkena dengan Keyla ni , maafkan je dia . Boleh ? "

Semua orang saling berpandangan antara satu sama lain . Aku pula masih menunduk . Terkenangkan segala perkara yang Keyla buat kepada aku dan keluarga .

" saya minta maaf terutama kepada cik Reen sebab cik Reen yang menerima kesan akibat semua ni . Saya tahu cik Keyla dah terdesak nak dapatkan Farhan semula , tapi Farhan pun dah ada pilihan dia sendiri iaitu cik Reen .

Aku rasa geram memikirkan segalanya tentang apa yang Keyla lakukan . Tapi berdendam itu bukan aku .

Abang memegang lengan aku . Berbisik mengatakan sesuatu

" Ain , maafkan je lah Keyla tu . Benda dah lepas , biarkan je lah "

Aku menarik nafas seketika .

" saya maafkan cik Keyla , saya maafkan segalanya yang dia telah buat kat saya dan keluarga saya . Tak ada dendam dalam hati saya untuk Keyla . Saya harap dia tenang di sana "

Memaafkan dan melupakan . Itu yang patut aku lakukan untuk Keyla .

" terima kasih cik Reen , saya hargai hati budi cik Reen yang sanggup maafkan cik Keyla lepas semua benda yang dia telah buat .. "

" berdendam bukan cara kami , kami diajar untuk saling memaafkan dan membalas dengan perkara yang baik . "

Balas along .

Keyla , saya harap awak tenang kat sana .

Saya ampunkan segala kesalahan awak Keyla , moga tuhan ampunkan segalanya . Semoga tenang di alam sana .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience