Bab 11

Romance Series 7682

" dah lah tu , main - main "

Belum sempat aku cakap , Farhan dah potong . Tak baik main sergah je orang tengah cakap .

" saya tak pernah main - main dengan cinta kita "

Lagi sekali ! Sudahlah , aku cair .

Abang - abang aku apalagi jadi monyet lah .

" best lah adik ipar aku ni , sweet and sporting gilerr ! "

Kata angah . Terhibur dengan Farhan .

" hambar . "

Kata aku .

" astagfirullah al azim , korang berdua buat bising apa lagi kat luar ni . Angkat cepat kotak - kotak tu ! "

Mama dah bagi arahan buat kali kedua . Jadi apa lagi ? Bertungkus lumus abang - abang aku dengan Farhan angkat kotak - kotak tu masuk dalam . Dengan aku sekali terjebak .

*
*
*

" awak , awak nak aiskrim tak ? "

Soal Farhan kepada aku .

" nak . "

Dah macam budak kecil aku minta aiskrim dekat Farhan . Dia pun layan je aku punya perangai budak - budak . Lepas tolong mama kat butik , aku dengan Farhan terus keluar jalan - jalan kat taman tasik . Tempat kitaorang selalu pergi .

" kejap erk . "

Dia pergi beli aiskrim .

Beberapa minit kemudian , dia datang balik .

" nah , aiskrim . "

Aiskrim dihulurkan pada aku .

" terima kasih . "

" sama - sama kasih "

Ish , nakal .

" Farhan , terima kasih sebab tolong saya dengan abang - abang angkat barang tadi . "

Ucapku memandang dia .

" awak ni , jangan cakap macam tu . Aris dengan Amir tu dah macam keluarga saya tau . Kenalah tolong "

Aku senyum pada dia . Hari - hari aku bahagia kerana ada dia .

" apa ni , makan aiskrim comot sangat ni ? "
Kat pipi ada aiskrim , hidung pun ada . Comot sangat lah , Farhan makan aiskrim . Umur tu bukan umur kanak - kanak lagi , makan aiskrim comot sana - sini "

Aku mengambil tisu dari dalam tas tangan aku lalu diberikan kepadanya .

" awak lah lap kan untuk saya . "

Eh , mengada pula Farhan ni . Mahu kembali ke zaman kanak - kanak .

" jangan nak mengada . Lap sendiri ye "

Dia kalah . Dia lap sendiri pipi dengan hidung dia yang comot tu . Mahu aku yang bersihkan ? Memang tidak lah .

Tapi ,

" awak apa ni ! "

Pipi aku kotor sebab kena aiskrim dia . Dia pun satu dah kenapa bagi aiskrim kat muka aku .

" haha "

Dia boleh gelak .

" ish , saya tak suka lah . "

Aku memang tak suka kotor - kotor ni .

" sorry , sorry . Mari sini saya lap muka awak yang comel tu . "

Tisu yang ada ditangannya diusap lembut pada wajah aku .

" jangan buat macam tu lagi . "

Aku memberi amaran kepadanya .

Aku lihat dia gelak lagi .

" kelakar lah tengok muka awak kena aiskrim . Patutnya saya ambil gambar tau tadi . Lepastu saya jadikan cover wallpaper handphone saya "

" ish , dah lah saya kenyang . Malas nak layan awak . "

Aku mencari tong sampah untuk membuang sampah .Kenyang ke makan aiskrim je ?

Mata memandang kiri dan kanan cari tong sampah . Selalunya ada disediakan kat tempat kami duduk tu . Tapi kenapa hari ni tak ada ?

Tapi nasib baik aku jumpa tong sampah . Jauh sikit dari tempat kami duduk . Farhan masih lagi makan aiskrim dia tu . Farhan memang jenis menghayati makanan . Sebab tu lah lambat makanan dia nak habis .

" You Ain Areena ? "

Seorang wanita menegur aku . Umur rasanya lebih kurang aku . Asal muka dia tu ? Make up tebal semacam . Kasut berapa inchi dia pakai ?
Dari atas ke bawah aku tengok dia . Cantik tu cantik tapi , Hmm .

" ye , saya . Ain Areena . Maaf , cik siapa ye ? "

" nama I Keyla Irish "

Keyla ? Keyla kan nama ex Farhan . Eh , jangan - jangan .

" mesti you dah pernah dengar nama I kan ? Keyla Irish . I ex girlfriend Farhan "

Dia memperkenalkan diri sebagai ex Farhan . Memang dia ex Farhan . Dan dia berani mengaku sebagai ' bekas ' .

" apa tujuan awak jumpa saya ? "

" sebab I nak dapatkan Farhan balik "

Begitu mudah dia jawab . Setelah dia yang tinggalkan , dia nak balik ?

" awak yang tinggalkan dia "

" I tak kisah pasal cerita lama . Yang penting I nak Farhan balik . Perempuan macam you tak layak nak dekat dengan Farhan . Farhan lagi layak dapat I daripada you . Keluarga you memang ajar you supaya rampas boyfriend orang ke ? . "

Dia dah libatkan family ni . Aku rasa suhu badan aku dah naik 40 darjah celcius ni . Dia dah kata diri dia ' bekas ' .

" macam ni cik Ain Areena . I rasa you patut tinggalkan Farhan "

" kalau saya tak nak ? "

Sengaja mahu menguji kesabaran dia . Kesabaran Keyla Irish .

" I ada cara nak buat supaya you tinggalkan Farhan . You ingat sini , you ingat I akan biarkan you bahagia dengan Farhan ? Memang tak lah sebab perempuan macam you tak layak nak dapat Farhan "

" saya rasa awak yang tak layak dapatkan Farhan . Macam saya cakap tadi , awak yang tinggalkan dia . Jadi ? Awak nak salahkan saya , sebab saya rampas boyfriend awak . Cik Keyla sendiri yang tak hargai usaha dia untuk cik Keyla . Cik Keyla keluar dengan lelaki lain . Entah berapa banyak dah lelaki cik keyla tipu . Cik Keyla sama macam sampah . Dah lah sampah , lepas tu nak jilat balik ludah yang cik Keyla buang kat tepi jalan . Menyedihkan lah ! "

" Baik awak jangan ganggu hidup saya dan Farhan . Banyak lagi lelaki kat luar sana , mungkin boleh terima awak . Insha Allah boleh ubah awak jadi baik "

Tak pasal - pasal nak kena cakap panjang lebar dengan dia . Perempuan macam dia ni takkan faham .

" hoi , perempuan . Kau jangan nak ceramah aku kat sini erk . "

Tangan dia hampir naik ke muka . Aku bakal ditampar .

Tetapi tangan dia ditepis oleh Farhan . Keyla terkejut .

" kau jangan berani nak tampar dia erk . Keluarga dia tak pernah nak tampar dia . Walau apa pun jadi , aku takkan balik kat kau lah . Kau jangan ganggu hidup aku dengan Reen lagi . Sampah macam kau memang tak layak nak jadi menantu ibu aku ! "

" jom , Reen . Kita balik "

Farhan memegang tangan aku . Lalu pergi dari tempat itu . Aku pun memang taknak tengok muka dia . Kenapa boleh jumpa Keyla kat sini ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience