Bab 16

Romance Series 7682

" dengar tak saya cakap . Saya sayang Ain Areena , selamanya nama dia di hati saya . Takkan ada yang boleh ganti dia sebab dia sangat istimewa untuk saya . "

Aku diam . Aku tak tahu nak cakap apa lagi . Malu sangat . Kalau perkara macam ni , tak payahlah beritahu satu dunia .

" I LOVE YOU , REEN ! "

Dia jerit lagi sekali .

" i love you too "

Balas aku .

" apa dia ? Saya tak dengar lah "

Farhan pura - pura tidak dengar .

Mengada betul , nak juga aku jerit . Farhan Aimin saya sayang awak .

" alahh , cakap lah sekali lagi . "

" taknak , nanti awak tak dengar "

Aku buat - buat merajuk .

" yelah , saya dengar . Cakap lagi sekali boleh ? "

" saya sayang awak juga . "

Aku lihat dia tersenyum bahagia . Aku juga begitu .

Memandang langit bersama dia buat aku rasa bahagia . Hanya dia yang ada di hati aku . Kini dan selamanya dia .

*
* *

" cik Keyla . Cik nak saya buat kali ni ? "

Soal Riz .

" kali ni biar I buat sendiri . Biar I sendiri yang hancurkan Ain Areena . "

Sebilah pisau berada ditangan Keyla .

" I harapkan you tapi rancangan you gagal . Tak guna betul lah , rugi je I bayar anak - anak buah you . Tapi you tengok diorang kat mana ? Diorang kat penjara dan polis sedang buru I dengan you ! "

Polis sedang memburu mereka berdua . Tetapi Riz dan Keyla dah rancang dengan teratur . Keyla dan Riz menutup sebahagian wajah mereka ketika bertemu dengan orang - orang yang mereka upah untuk membuat onar di butik mama Reen . Sekiranya orang - orang upahan mereka ditangkap , Keyla dan Riz boleh terlepas .

" maafkan saya cik Keyla . "

" nampaknya I kena buat sendiri semua ni "

" semua ni tak akan jadi kalau cik Keyla bunuh Ain Areena masa Farhan tinggalkan dia "

Kata - kata Riz buat Keyla naik angin .

" I dah kata kat you , Farhan tak tinggalkan dia ! "

" maksud cik Keyla ? "

" I ugut Farhan , kalau perempuan tu masih dekat dengan Farhan . Perempuan tu akan hilang selamanya dari Farhan . I ingat I dah berjaya sebab Farhan betul - betul tinggalkan dia "

Riz tekun mendengar kata - kata Keyla .

" rupa - rupanya dia tak tinggalkan perempuan tu , sebaliknya ikut kemana je perempuan tu pergi . Setiap kali I nak dekat dengan Ain Areena , Farhan bertindak dulu ! Pernah sekali I cuba acukan pistol pada perempuan tu . I dah nak tembak , tapi Farhan tiba - tiba berada kat depan I . I tak jadi tembak sebab I sayangkan Farhan . I taknak hilang dia buat kali kedua "

" buat apa perjuangkan cinta cik pada orang yang memang tak ada hati kat cik lagi ? . "

Riz yang paling faham Keyla . Keyla tak ada sesiapa . Hanya ada Riz dalam hidupnya .

Tapi kali ini dia sendiri tak faham kenapa Keyla masih mahukan Farhan . Kalau dicari lain , takkan ada yang mahu menolak dirinya .

" I menyesal sebab tinggalkan Farhan dulu , I sedar , waktu I dengan Ariel dulu . I tak bahagia . Hanya Farhan boleh buat I bahagia .Tapi I lambat , Farhan dah jumpa orang yang rawat hati dia . I tak sangka perempuan macam dia boleh ada ruang yang istimewa di hati Farhan . "

" I nekad nak bunuh Ain Areena , I nak bunuh sesiapa je yang dekat dengan Farhan . I takkan tukar fikiran "

" cik . Tolong fikir masak - masak ! "

Riz sedaya upaya cuba menghalang . Keyla tak fikir nasib yang akan menimpa dia jika rancangan dia gagal .

" tak ada siapa yang boleh halang I ! "

Keyla sudah nekad .Kunci kereta diambil lalu dia keluar dari biliknya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience