MHSA Bab 24.

Romance Completed 1165588

"What?!"

Serentak kata-kata itu keluar dari bibir Puan Sri Rania dan Madam Julian bila Adrian menceritakan perkara yang membuat Seri menangis seperti sekarang.

Puan Sri Rania sudah panas punggung. Hey! Tak habis-habis Zein ni buat masalah. Malu betul Puan Sri Rania dibuatnya.

"Zein ni betul-betul buat Aunty naik darah tau, Adrian. Boleh dia cakap macam tu dengan Seri. Aunty tak boleh terimalah." Marah Puan Sri Rania. Entah syaitan apa yang dah masuk dalam badan budak tu sampai cakap tak fikir perasaan orang lain langsung.

"Entahlah Aunty. Ian pun tak tahu nak cakap ape dah. Zein suka sangat tuduh Seri yang bukan-bukan." Adu Adrian lagi. Sedih melihat Seri sedari tadi masih tak henti mengeluarkan air matanya. Adrian juga sakit hati melihat Seri begitu.

"I'm so sorry Rania. I bersalah juga dalam hal ni. Tak sepatutnya I minta Seri teman Adrian kat sini." Julian pula dihimpit rasa marah pada diri sendiri. Kalau bukan sebab dia, hal ini tak akan berlaku.

Rania dan Julian kalih melihat Seri yang masih dalam kesayuan.

Entah apa lah yang difikirkan oleh Seri saat ini. Dimalukan didepan orang ramai pastinya meninggalkan kesan hebat dihati wanita itu. Belum lagi kalau ada wartawan yang nampak.

"Julian, Adrian, I'll better make leave now. Seri pun still in shock. She need rest." Pamit Rania kepada kedua beranak itu. Dia mahu segera pulang untuk selesaikan masalah ini bersama Zein.

"Sure Rania. I'll call you later."

"Seri... Don't blame yourself. If you need someone to calm you down, just give me a call. I always have time for you." Pesan Adrian pada Seri.

Seri hanya diam saja. Tiada jawapan untuk pesanan itu. Yang dia mahu sekarang adalah suaminya. Hanya dia yang boleh mengubati luka hati ini. Walaupun dia juga yang menghancurkannya berkali-kali.

***

Zein tiba di kondo miliknya tepat pada jam 9 malam. Baru ura-ura ingin merehatkan tubuh setelah berhempas pulas menyiapkan tugasan dipejabat. Zein mendapat panggilan dari mama menyuruh dia ke Teratak Rania. Banglo mewah 3 tingkat itu dinamakan sempena nama mamanya yang juga merupakan tanda cinta papa pada mama.

"Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu weekend? Mama tahu kan Zein penat. Keje kat office tu belambak. Mama boleh pulak pentingkan diri macam ni." Nadanya sedikit tidak puas hati Zein lantunkan pada Puan Sri Rania. Sebenarnya nak mengelak dari diajukan soalan cepumas oleh mamanya. Tak lain pasti hal Munirah.

Tak tunggu lama Zein terus pada persoalan asal dia kenapa dia dipanggil ke sini. Dah la kepala masih serabut dengan hal office. Sejak peninggalan papa kemarin, Zein tak cukup tangan untuk handle Pacific View seorang diri. Daripada service sampailah ke marketing, ade saja yang tidak memuaskan hatinya. Padahal semua itu telah dipersetujui oleh papa sebelum dia ke Pulau Pinang.

Zein benar-benar tertekan.

Selepas menghantar Munirah ke kondonya, Zein kembali ke pejabat semula kerana ada meeting penting dengan pihak management. Last minute pula dia diberitahu. Semua harapkan dia saja. Apa guna ada manager kalau tak boleh nak settle hal kecil macam tu. Bodoh!

"Busy? Keluar dengan Munirah tak busy pula?" Sindir Puan Sri Rania pada anak tunggalnya itu.

"Oh... Jadi perempuan tu dah mengadu pada mama? Apa lagi yang dia adukan? Suka nak tunjuk diri tu baik mengalahkan Malaikat. Hipokrit!" Tegang urat leher Zein menghamburkan kata. Stress sungguh bunyinya.

"Berapa kali mama cakap, mama tak suka Zein berhubungan dengan Munirah lagi. And for your info, Seri tak ada cerita sedikit pun hal buruk pasal kamu. Kamu saja yang selalu buruk sangka pada dia. Sudah-sudahla tu Zein. I'm getting tired all of these."

"We're just friend ma... Tak salah pun." Suara yang sedikit tegang tadi sudah mengendur.

"For now you can say it just a friend. Soon? Who knows it might be more than that. I know her very well, Zein. She has full trick to trap you in. Why don't you learn from the past?" Rania mencebik.

Bukan dia tak percayakan Zein, dia lebih tidak percaya pada Munirah. Munirah boleh menghancurkan rumah tangga Zein dan Seri yang baru saja dibina. Rania tak tahu apa motif Munirah kembali kepada Zein, tapi dia memang tak sedap hati sejak diberitahu kepulangan Munirah ke Malaysia. Pengalaman lama mengajar dia banyak perkara tentang Munirah. Sesungguhnya Munirah jenis manusia yang tak boleh dipercaya. Silap dirinya juga kerana tidak mengenal siapa Munirah sebelum dikenalkan kepada anaknya dulu.

"Ma, apa salahnya kalau Zein kembali semula pada Munirah? Zein baru jatuhkan talak 1 pada dia. We can still get back together. Yang mama berkeras sangat tak kasi Zein rujuk dengan Munirah ni kenapa? People can change ma..." ucapnya.

"Mama akan berkeras kalau manusia tu bernama Tengku Munirah Tengku Maliq. Cukuplah mama tengok kamu seperti mayat hidup bila dia tinggalkan kamu. Kamu baru nak hidup normal, dia datang semula. Itu yang mama tak suka. Lagipun Munirah bukan manusia yang boleh dipercaya. Seribu satu muslihat yang dia ada. Mama percaya kalau kamu teruskan perhubungan kamu dengan dia, tak mustahil rumah tangga kamu akan hancur, Zein." Beritahu Rania panjang lebar.

"Ma... I know very well what I'm doing. Hal Munirah biar Zein yang selesaikan. Lagipun dia tak buat apa-apa pun yang buat Zein sakit hati. Lainlah dengan menantu kesayangan mama tu. Sehari tak buat Zein sakit hati tak boleh. Mahu gila Zein dibuatnya." Zein tayang muka tak puas hati.

"Zein dah salah faham. I was there with Adrian's mother. Tapi Aunty Julian ajak mama pergi butik kawan dia. Seri tak curang dengan Zein pun. Apa yang buat Zein marah sangat pada Seri hah? Sampai sanggup malukan isteri sendiri depan orang ramai. Nasib reporter tak ada. Kalau ada? Tak ke malu kita satu family? Boleh tak lain kali Zein fikir dulu sebelum buat sebarang tindakan." Ujur Rania bersungguh-sunguh. Rania harap penjelasan itu cukup untuk buat Zein sedar yang Seri tak pernah ada niat untuk curang dibelakangnya.

"Yang mama backup sangat perempuan tu pasal apa? Zein yang patut mama risaukan. Bukan perempuan tu."

"Perempuan tu ada nama Zein. Jangan la panggil dia macam tu seolah-olah nama dia tak layak untuk kamu sebut. Dia dah berkorban banyak untuk kamu Zein. Cuba kamu hargai apa yang dia dah buat." Pujuk Rania lagi.

Zein menyadar kasar pada permukaan sofa. Dia masih marah dengan apa yang dilihatnya di cafe tengah hari tadi. Dia memang tak boleh tengok Seri bersama lelaki lain. Malah sewaktu bersama Adam dulupun kepalanya bagai mahu terbakar. Inikan pula Adrian, lelaki yang lebih dulu mengenali Seri.

Rancangan untuk lunch bersama Munirah juga akhirnya dibatalkan terus dan menyebabkan Munirah sangat marah. Ah! Pedulilah dengan dia tu. Nanti esok-esok ada lagi malangut kat office aku. Bukan aku tak tahu.

Dia mengaku nama Seri sikit sebanyak sudah mula menapak dalam hatinya namun dia cuba menolak rasa yang mula hadir. Mana layak perempuan seperti itu menghuni hati aku! Malah dia tak layak untuk dapat sedikitpun hati aku. Setelah sekian lama aku jaga hati ini untuk tidak terluka lagi. Tapi nama Seri sudah menghakis benteng yang dibina selama ini.

Akal yang meminta dia berbuat begitu. Kini akal dan hati juga saling berperang sesama sendiri. Sebelah kata sayang, selelah kata benci.

Lamunan Zein terhenti bila Bik Tom datang menatang dulang berisi chocolate larva cake dan kopi panas.

"Minum Puan Sri, Tuan Muda." Ujur Bik Tom. Gelas diletak diatas meja kopi dihadapan Puan Sri Rania dan Zein.

"Eh... bila masa Bik buat kek chocolate ni?" Soal Rania pelik. Setahunya Bik Tom tak pandai buat segala jenis kek. Cerewet katanya. Mungkin Ainun yang buat agaknya. "Ke Ainun yang buat?" Rania bertanya kembali.

"Bukan saya atau Ainun yang buat Puan Sri, ni Puan Muda yang buat. Balik tadi dia terus ke dapur buat kek. Tak sihat pun boleh buat kek lagi. Tadi pun hampir-hampir nak pengsan dah kat dapur. Tu saya suruh dia pergi rehat. Ni saya bagi Puan Sri dengan Tuan Muda rasa. Sedap chocolate larva cake ni." Kata Bik Tom jujur. Memang sedap sebab aku dengan Ainun dah 'rembat' tadi kat dapur.

Bukan niat nak melobi Puan Muda itu, tapi itu kenyataan. Seri tak seperti wanita-wanita yang Zein bawa balik kerumah. Tak senonoh adalah. Menempel aje dengan Zein. Malah Munirah yang pernah jadi wife Zein dulu pun tak pernah turun kedapur. Nak makan bersama pun jarang sekali. Lagi nak masakkan untuk suami. Jangan-jangan nak masak untuk tekak sendiri pun tak lepas.

Zein yang mendengar penjelasan Bik Tom, terus memandang kek chocolate yang dihidang dihadapannya. Kek itu berbentuk seperti cawan kecil dan ada taburan ising dan strawberry dihias keatasnya. Juga ada ais cream vanila disisinya. Nampak sedap. Tapi rasanya belum tentu.

"La... ye ke? Tadi saya dah suruh dia rehat. Hmm... tak apa lah Bik. Terima kasih. Ni kalau papa ada mesti papa suka. Chocolate cake is his number one darling." Serta merta sejuk hati Rania bila melihat kek dihadapannya. Hai, pandai betul ambil hati Seri ni. Tak jadi nak marah Zein.

Rania kerling Zein yang tiba-tiba terpegun melihat kek dihadapannya.

"Dia mana mama?" Soal Zein pada mamanya.

"Ada kat dalam bilik. Tadi dia kena migraine. Tu yang mama suruh dia rehat. Tak tahu pula dia buat kek ni. Kamu pergilah tengok isteri kamu tu. Dari tadi duduk dalam bilik aje. Makan pun tak. Risau mama ni. Kalau boleh Zein bagi Seri makan sekali ye?" Ujur Rania. Lega apabila Zein mahu bertanyakan keberadaan Seri.

"Eh, makan la dulu kek ni. Penat dah Seri buat." Suruh Rania bila Zein bangun dari sofa yang didudukinya.

"Nantilah ma... nak tengok dia dulu. Kang pengsan dalam bilik air pula. Zein pula yang kena marah." Kata Zein berupa sindiran kepada mamanya.

Rania senyum herot. Eleh! Cakap la risau. Tapi tak mengaku.

Laju kakinya mengatur langkah ke bilik yang mereka tempati sebelum ini. Dengan rasa marah bercampur baur dia menolak kasar daun pintu apabila tombol sudah dipulas. Aku harus membuat perhitungan dengan wanita itu hari ini juga. The wedding ceremony must be cancel.

Melihat sekujur tubuh itu sedang merengkot tidur sambil membelakanginya. Dia tak jadi mengeluarkan sebarang kata. Kata-kata marah yang dirangka dalam kepala juga hilang entah kemana. Yang kini tinggal hanya ada arahan dari akal untuk mendekati wanita itu. Rambutnya Seri yang panjang dibiar lepas. Perlahan-lahan kaki menapak mendekati Seri, Seri kelihatan sedang memeluk sebuah kain berbunga kecil sambil ada sekeping gambar terselit dipegangan tangannya.

'Gambar siapa tu?' Desisnya didalam hati.

'Entah-antah gambar boyfriend dia.'

Zein memanjangkan tangan untuk melihat gambar tersebut. Perlahan-lahan dia menarik agar tidak disedari tuannya.

Hah? Gambar siapa ni? Gambar itu diambil dan dilihat. Baju yang dipakai oleh wanita dalam gambar tersebit sama seperti baju yang Seri peluk sekarang. Cuma baju itu sudah lusuh sedikit. Kalau diperhatikan, wajah wanita itu ada menyerupai wajah Seri. Mungkin ini agaknya mak dia. Hmmm... boleh tahan cantik.

Dia kembali meletakkan gambar itu ditempatnya semula sambil mata mengerling ke wajah ayu isterinya. Masih terlihat ada air mata yang membasahi wajah wanita itu.

Zein mengambil tempat dibelakang Seri sambil tangan kanan diletakkan dihadapan Seri. Disebabkan tubuh itu kecil saja, maka Seri sedang elok berada ditengah celah bukaan lengannya.

Tubuh itu berpaling dengan tiba-tiba. Zein terpaku.

Dia tergamam seketika. Seraut wajah itu dijamah dengan pandangan mata. Seri hampir tiada cela diwajahnya. Flawless. Namun bibir yang merah sewaktu dilihatnya di cafe tadi, kini sudah sedikit pucat. Leher blaus yang berbutang itu terdedah hingga ke pangkal dada dipandang tak putus. Zein telan air liur.

Aku tak boleh kalah dengan pandangan mata aku sekarang ni. Lebih dari pada ni aku pernah nampak. Control Zein... control. Pujuk Zein pada hati lelakinya.

Aku mengaku aku marah kau tadi sebab aku cemburu. Aku tak boleh tengok kau bermesra dengan orang lain. Semua yang kau ada hanyalah hak milik aku Seri. Senyum kau pada Adrian tadi buat aku marah sebab aku tak pernah dapat senyuman seperti itu daripada kau. Atau sebenarnya aku yang tak nampak bila setiap kali kau senyum pada aku?

"Bila awak balik?" Itu soalan Seri setelah matanya dibuka perlahan-lahan. Dia terjaga kerana terhidu haruman datang dari seseorang yang amat dia rindui. Dalam kesamaran malam, Seri masih dapat melihat tubuh lelaki itu sedang melihatnya tanpa tahu apa maksud disebalik renungan itu. Dia marah lagi ke?

Lamunan Zein tadi terhenti tiba-tiba bila ada suara lembut yang menyapa deria telinga. Wajah wanita itu berkerut sedikit.

"Tadi." Jawabnya biasa saja. Suaranya cuba dikawal sebaik mungkin. Tak mahu Seri mengesyaki sesuatu. "Migraine kau macam mana?"

Seri bangun lemah. Walaupun rasa denyut dikepala masih terasa, dia gagahkan juga untuk bangun. Wajahnya saling berhadapan dengan lelaki itu. Lengan kekar Zein diusap perlahan.

"Saya nak sandar kepala saya kat sini boleh?" Soalan Zein dibiarkan tak berjawab. Dia hanya mahu sedikit masa lelaki itu untuknya. Dapat sekejap pun jadilah.

Aik? Ambil kesempatan nampak. Zein jeling Seri dengan ekor mata. Kesian pula aku tengok kau ni tak bermaya macam ni.

Anak mata seri dilihat hanya merenung anak matanya. Zein tak sanggup merenung gadis itu. Dia memang kalah dengan pandangan redup Seri.

Zein bangun dari tempat duduknya.

Seri mengeluh kecewa. Dia tahu permintaan itu mungkin terlalu besar untuknya. Perlahan kepala ditundukkan ke bawah. Sudahlah Seri, jangan diharap pada yang tak sudi.

Zein menghantar kaki di sisi kepala katil lalu duduk dan bersandar padanya.

"Sini..." arahnya ringkas.

Seri berpaling kearah suara itu. Eh mana?

"Sini lah..." Arahnya ringkas.

Seri memusingkan kepalanya kebelakang. Dilihat Zein duduk bersandarkan kepala katil. Seri tersenyum bahagia bila Zein menuruti kemahuannya. Dia cuma minta untuk menyandar pada lengan, tapi Zein malah memberi lebih dari itu. Tanpa menunggu lama Seri merapat kesisi Zein. Kepalanya disandarkan pada dada bidang itu. Sambil tangan merangkul erat pinggang suaminya. Ahhh...selesanya.

Amboi, ambil kesempatan lagi. Tadi cakap nak sandar pada lengan je. Ni? Kepala dah la kat dada aku, tangan pulak dengan senang hati landing atas perut aku. Eh kau ni... pantang kasi can kan?

Omelan itu hanya bicara didalam hati. Walhal Zein terima saja apa yang Seri lakukan pada dirinya. Rasa tenang menyusup masuk kedalam hati.

"Thanks..." ujurnya perlahan. Mata dibawa terpejam.

Hilang semua sakit kepala yang datang tiba-tiba. Malah sudah bertukar rasa tenang dihati sekaligus dikepalanya.

"I'll give you 5 minutes..." ujur Zein. Terdengar suara Zein sedikit tersekat-sekat. Namun masih mampu didengari. Dalam erti kata lain Zein cuba mengawal debar di dadanya.

Namun, haruman dari rambut Seri serta merta menerpa masuk ke dalam rongga hidungnya. Makin kacau hati Zein dibuatnya. Sudahlah akal tak mampu bekerja sama dengan tuannya. Ditambah pula haruman bunga lavender yang mendamaikan hati membuat Zein semakin tak keruan Zein jadinya. Hisy... jangan kau nak lebih time ni Zein... Kang menangis anak orang kau kerjakan.

Jantung Zein sudah mengepam darah dengan lajunya. Ini pun dah rasa nak tercabut dari tangkai. Kenapa macam ni sekali jantung aku berkerja bila bersama dengan Seri. Dan... kenapa aku turutkan kehendak dia tadi? Kan dah tak pasal-pasal kau sendiri yang kalut. Bodoh la kau Zein. Macam ni gaya, bukan dia yang sakit malah kau juga akan sakit sama dek semua organ badan tidak bekerja dengan betul.

"5 minit pun dah cukup." Perlahan saja jawapan yang dikeluarkan oleh Seri.

"Kau ni kalau sakit memang mengada-ngada kan? Antibodi kau ni tak cukup kuat lawan penyakit. Itu asyik sakit je. Kau kena banyak makan vitamin C. Macam nilah jadinya bila kurang vitamin dalam badan. Sikit-sikit sakit. Sikit-sikit demam." Bebel Zein pula. "Ke kau buat-buat sakit macam ni cuma nak perhatian aku aje?" Kasar saja suara yang keluar. Mahu menidakkan kata hati.

Sekali aku luku kepala Zein ni mau benjol seminggu. Orang tengah sakit kepala boleh dia kata aku saja buat macam ni nak perhatian dia. Wait... ingat pesan mama Seri. Be patient.

"Saya rela sakit seumur hidup, kalau itu lah yang dapat menarik perhatian awak pada saya." Tu dia ayat! Memang tak boleh blah langsung. Klise sangat kau kan? Ayat minta hantuk dinding!

Pedulilah janji dia tersentuh dengan apa yang aku cakap. Kepala ni memang dah tak sihat, ayat yang keluar pun macam ayat cari mati.

Zein terpana. Dia terus terdiam tanpa mengeluarkan sebarang kata. Ucapan yang keluar dari bibir Seri itu sangatlah menghiris hatinya. Bukan itu yang mahu dia dengari.

"I'm sorry for today. Saya betul-betul tak buat seperti yang awak tuduh. Me and Adrian..." lemah kata itu hadir tapi dihentikan oleh Zein.

"When I'm with you, I don't want to hear others name except mine. Is that clear?" Ujurnya memberi arahan.

Zein apa yang kau nak sebenarnya? Kau tak suka dia, tapi arahan kau tadi macam cemburu pula bunyinya.

"Don't get me wrong. Aku cuma tak suka kau cakap pasal lelaki lain."

Ah Sudah! Lagi la obvious ayat tu. Bodoh! Bodoh! Bodoh! Macam nak kerat 24 je lidah ni dah. Memang lah lidah tak tu tak bertulang.

"Woi! Kau dengar tak aku cakap ni?" Angin Zein naik dengan sendiri bila Seri tidak memberi sebarang respond.

Sunyi.

Zein menurunkan sedikit kepala dan melihat Seri dari kesamaran malam.

La... kau tidur? Aku tengah bercakap dengan kau, kau tidur? Hai la kau ni. Tapi bagus juga sebab kau tak dengar apa yang aku cakap tadi. Zein menarik nafas lega. Sebuah senyuman lahir tanpa diduga.

Entah mengapa, tangan kiri Zein naik mengusap kepala Seri. Dia juga tak menyangka akan hal itu. Reflex mungkin. Otak kau! Reflex apa jadahnya. Kalau nak buat tu buat je lah, tak payah nak salahkan tindakan sendiri. Tak salah pun. Cuba kau tak payah nak sekat kata hati kau lagi Zein. Engkau, Tengku Zein Luftman bin Tengku Zuriman memang dah sukakan perempuan kampung ni. Cuma ego kau yang tinggi melangit tu, kau perlu campak pergi lautan hindi. Biar hilang tidak ditemukan lagi.

Seri tersenyum di dalam belaian suaminya. Rasa diri sedang terbang melayang. Dia bukan tak dengar kata-kata Zein tadi. Tapi pura-pura tidur. Malas mahu berdiskusi hal remeh. Bak kata Zein, we don't need others between us. Soal munirah, dia akan bertanya lain hari.

Usai 5 minit berlalu...

"Ok dah..." Ucap Seri sejurus mengangkat kepalanya dari tempat 'persandarannya' tadi. Tubuhnya dijarakkan sedikit dari sisi suaminya.

Zein termangu. Cepat betul 5 minit tu berlalu ya? Tak puas pula rasanya. Tulah kau ikutkan ego kau.

"Awak dah makan? Saya hidang makan untuk awak ye?" Cepat-cepat Seri menghabiskan ayatnya. Sedar dia diperhatikan dengan mata helang Zein. Tak selesa jadinya.

Bergegas dia berpaling. Sejurus Seri mahu bangun dari duduknya, tapi dia terduduk semula bila ada tangan kasar yang merentap lengannya itu.

Berkerut Seri melihat jari kasar itu melingkari lengannya. Seri panggung kepala meminta penjelasan. Namun apa yang dia terima malah membekukan jasadnya.

Tangan kekar itu sudah melekap kejap dikedua belah pipinya. Seri terpempan dengan tindakan drastik suaminya.

Bibir dia dan Zein bertaut lama. Pada awalnya Seri menolak kerana tindakan itu sememangnya tidak dia jangkakan. Namun kucupan hangat yang diterima dari Zein membuat Seri terleka jua.

Baru Seri ingin sampai ke langit tujuh, Zein menjarakkan wajahnya sekaligus membuat Seri terpinga-pinga. Seri lantas mengaru pipi bagi menghilangkan malu. Tersedar dia sudah terbabas jauh dengan ciuman hangat dari bibir Zein tadi.

Hisy buat malu aje!

"Only me can give you an order. And that's my payment for letting you lean on my chest. Dah jom makan." Kata Zein sejurus menyudahkan 'kerjanya'.

Zein bangun meninggalkan Seri yang masih terpinga-pinga. Sampai di muka pintu, Zein kembali berpaling.

"Cepatlah! Tadi kata nak hidangkan aku makan. Ke... kau nak aku makan kau kat sini?" Sakat Zein kembali.

"Hah?!" Aku kejung badan. Gila apa nak makan aku. Mana kenyang. Eh kejap. Ke 'makan' yang dia maksudkan tadi tu... Erk!

Dengan sepantas kilat aku bangun dari tilam. "Ok... ok... saya pergi buat sekarang." Seri pantas mengikat rambut ala bun style dan mencapai spek bulatnya lalu disangkut ke batang hidung. Sudah siap Seri berlalu melintasi hadapan Zein. Tak sanggup lagi nak mengangkat muka sebab aku pasti, mulut itu takkan lepas untuk mencari silap aku.

"Kejap!" Arahan yang keluar dari mulut Zein memberhentikan langkahku.

"Kau nak keluar dengan keadaan macam ni ke?" Perlahan Zein memusingkan badanku menghadapnya. Langsung tanpa dipinta, Zein membutangkan semula satu-persatu butang blaus yang entah bila sudah terbuka. Aku menunduk melihat apa yang dimaksudkan. Mak! Hampir separuh badan aku sudah terdedah. Bila masa pulak 'hantu' ni buka butang baju aku?

"Macam mana boleh..." kata-kataku terhenti disitu.

"I know I'm a good kisser, tapi takkan sampai kau sedar aku buka butang baju kau?"

Muka aku sudah merah seperti udang kena bakar. Kurang hajar sungguh! Dalam ambil kesempatan, sempat lagi kau kena kan aku kan? Geramnya!

Zein sempat menghadiahkan senyuman nakal pada Seri sebelum berlalu.

Aku bunuh kau Zein! Arggg!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience