MHSA Bab 35.

Romance Completed 1166704

Munirah genggam gelas wain yang ada di tangannya. Wajah Seri dan Zein yang kelihatan sangat mesra masih tidak boleh dihapuskan dari mata dan fikirannya. Mata yang sudah basah dengan air mata dibiarkan. Bunyi bising musik di Zouk Night Club menjadi penemannya saat ini.

Dulu, tempat inilah dia dan Zein menghabiskan waktu malam bersama. Tempat yang dia duduki sekarang adalah tempat sama setiap kali mereka datang ke sini. 

"Zein... I miss you. I really do..." Rintih Munirah. Dia bagaikan tak boleh menerima hakikat yang Zein sudah benar-benar tunduk dengan perempuan itu. Cinta yang mereka bina selama bertahun-tahun hancur hanya dalam dua minggu saja. Hebat sangatkan layanan wanita itu berbanding dia? Apa kelebihan yang dia ada yang tidak ada pada aku? 

"How dare you treat me like that, Zein! How dare you! Kenapa cepat sangat you berubah?" Air mata masih tak putus-putus membanjiri pipi yang dihiasi dengan solekan nipis. Terus minuman yang digelar air kencing syaitan itu ditelan masuk ke dalam rengkungnya. 

"Aku berjanji kau akan menderita sama macam yang aku rasa sekarang. Malah akan lebih sakit dari apa yang aku rasa. Kau takkan bahagia dengan perempuan jahanam tu, Zein. Tak akan!" Jerit Munirah sedikit kuat. 

"Zein, I love all about you. Your kiss... Your touch... everything... Why are you doing this to me? Why..." Munirah memeluk tubuh. Membayangkan Zein sedang memeluknya sekarang. Bila dia sedar kembali, ternyata hanyalah halusinasi saja. Dicapai kembali gelas yang berisi wain itu. Habis di dalam gelas wain ditambahnya lagi. 

"Munirah? You buat apa sini?" Soal lelaki itu yang sudah semakin hampir dengan dirinya. Matanya sudah menjalar keseluruh tubuh seksi Munirah. Night dress yang munirah pakai sungguh menggoda pandangan mata lelakinya. Dari leher sampailah ke dada terdedah malah sudah sedikit melorot ke bawah. Kainnya pula terbelah hingga ke atas peha. Menampakkan kulit halus dan gebu wanita itu. Dari dulu lagi Munirah memang sudah dikenali dengan wanita daring.

"Bad?" Munirah panggung kepala. Tangan menongkat dagu. Kepalanya sudah berat. Mana taknya habis separuh botol wain untuk dia seorang diri. Bayang Badrul sudah menjadi 2 kali ganda. 

"Need an accompany?" Pelawa Bad. Sambil bibir tak lekang mengukir senyum menggoda. 

Setelah kecewa dengan apa yang dilihatnya di parti Burn tadi. Dia juga perlukan teman untuk meredakan panas di hatinya tika ini. Sebab itu dia berada di sini. Untung-untung ada 'ikan' yang boleh dijadikan mangsanya. Dan benar, masuk saja ke sini sudah ada ikan yang masuk dalam jaringnya. Nampaknya kenyang aku malam ni. Tak dapat Seri, dia ni pun boleh. Buat-buat hilang 'haus' aku.

"Nooo! Not anyone. I need Zein. Go awayyy!" Tolak Munirah dengan tangan bagai menyuruh lelaki itu pergi dari pandangannya. 

Badrul merenggus. Huh! Ingat aku akan pergi macam tu aje? Ikan sudah terhidang di depan mata. Masakan kucing duduk diam saja. 

Tiba-tiba Munirah bangun. Pandangannya jadi berbalam. Pening! Jalan pun sudah terhuyung-hayang. Badannya lemah. Tak mampu lagi mengangkat kaki dan akhirnya dia jatuh kepelukan Badrul yang tika itu masih di hadapannya. 

" Zein... I miss you babyyy.... I tahu you akan datang sini jumpa I." Gumam Munirah. Pada pandangannya Badrul itu adalah Zein. Kerana dia pun sudah lalok dengan penangan air kencing setan yang ditelannya tadi.

Badrul dapat mendengar setiap butiran yang Munirah keluarkan. 

Zein? Huh! Tak habis-habis lelaki tu. Kemudian dia tersenyum senget. Ok, malam ni 'Zein' teman you ya. Inilah peluang yang akan dia gunakan sebaiknya. 

Munirah dirangkul dan di bawa keluar dari Zouk Night Club. Tubuh wanita itu dibawa masuk ke dalam kereta Audi miliknya. Kemudian kedengaran bunyi enjin membelah jalan Kuala Lumpur.

* * *

Kelihatan pasangan itu keluar dari Grand Place Hotel. Nampak mesra saja. Adam yang berada di ruang lobby terus menurunkan majalah di tangannya. Kenapa dengan aku ni? Aku tak suka dia tapi kenapa aku tak boleh tengok dia dengan orang lain. Sewaktu Tasya senyum pada Adrian lagi hatinya sudah semacam. Tak keruan. Aku suka Tasya ke? Persoalan yang masih belum terjawab.

Bila hati memberontak mahu mendekati Tasya dan Adrian, terpaksa Adam ikutkan kata hatinya. 

Nampak gelak ketawa mereka, hatinya jadi makin sakit. Niatnya mahu menghampiri pasangan itu dibatalkan. Baik aku terus pergi dari sini. Dari hati aku makin sakit melihatnya. Kaki tidak jadi diteruskan ke arah pasangan itu sebaliknya terus melencong keluar dari Grand Place Hotel. Namun ada suara yang memanggilnya. Adam berhenti dan berpaling. 

Tasya!

Adam cuba mengawal perasaannya. Wanita itu dan temannya menghampiri Adam. 

"You dah nak balik ke?" Soal si gadis. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Tasya tak menyangka dia akan berjumpa Adam di sini. Sepatutnya dia sudah lama pulang. Tapi kenapa dia masih ada di sini lagi? Betul kata Seri. Ni mesti kes cemburu. Tak sedar bibir menyungging senyum.

"Hmm..." Jawab Adam ala kadar. Bila dia melihat Adrian, lelaki itu sedang berbual dengan telefon

"I pun dah nak balik ni. Adrian yang hantar I." Beritahu Tasya bersungguh-sungguh.

"Aku tak tanya pun. Kau nak pergi mana, nak baik dengan siapa, naik apa. Non of my business." Suara cuba dikawal sebaik mungkin. 

Tasya terkejut dengan kata Adam kemudian mencebik. Eleh! Non of my business, aku tak layan kau baru kau tahu. 

Melihat wajah Tasya berubah Adam jadi serba salah. Kasar sangat ke apa yang aku cakap kat dia tadi? 

Ah! Aku kesah apa? Setakat minah tak cukup kain ni, aku peduli apa? Lurah pun sana sini terdedah. Macam ni nak jadi wife aku? Huh! Kirim salam aje lah. Kalau macam Seri memang aku tak fikir panjang dah. Macam ni? 100 kali aku fikir pun memang tak lah jawabnya.  

Sekali lagi penampilan Tasya menjadi bahan tontonannya. Memang lain betul Tasya dengan Seri. Memang lah tak sama. Muka pun lain-lain. Jauh panggang dari api. Mana nak samanya. Tapi Adam akui Tasya bukan tak ada rupa. Ramai saja yang minat dengan wanita ini. Namun entah apa yang buat dia asyik nak mengejar aku saja. Naik rimas pun ada. 

"Upss... sorry. Did I disturbing you guys?" Soal Adrian setelah memasukkan handphone ke kocek seluarnya. 

"Jom Adrian. Kita balik. I pun dah penat. Nak rest." Ajak Tasya. Tak mahu berlama-lama di situ. Di saat mahu mengorak langkahnya beredar dari depan Adam. Dress labuh yang menyentuh lantai digenggam sedikit tinggi agar boleh berjalan dengan selesa. Tapi Adrian lebih dulu memberhentikan langkahnya. 

"Tasya... I'm so sorry... Ermm..." Adrian tak terus menyudahkan kata-katanya. Dia jadi serba salah. Belakang kepalanya digaru. "Kalau you balik dengan Adam boleh tak? I've got an urgent call. My friend needs me in his place now. So..." Adrian diam. Aduh! Bersalahnya nak teruskan. Tiba-tiba bakal rakan kongsinya mahu berjumpa sekarang kerana ada hal lain selepas ini. 

Adrian diam seketika. Reaksi Tasya membuat dia radar bersalah. Ini Seri punya pasal. Rupanya ini planning dia. Tak pasal-pasal aku terbabit sama. Tasya tahu akan hal itu. Ini salah satu rancangan Seri dengan meminta aku hantar dia pulang untuk buat Adam jealous. Tapi lain pula yang jadi. Last minute call yang tak dapat dia elak.

"It's alright Adrian. Don't be sorry. I boleh ambil cab. No need to worry," tokok Tasya. Dia tak mahu membuat lelaki berdarah cina itu jadi serba salah. Bukan salah dia pun. Senyum diukur dibibirnya.

"But, at this hour mana nak jumpa cab? Kalau ada pun, might be dangerous for you. Too late" Adrian dengan nada prihatinnya. Jam ditangan dilihat. Sudah jam 12 malam. 

Kata Adrian tadi buat Tasya merasa sangat terharu. Baiknya lelaki cina ni. Tak macam yang depan aku ni. Ego! Sombong! Harap muka je handsome. Tapi harem, tak boleh pakai. Sempat lagi Tasya mengutuk Adam dalam hati.

"It's alright, Adrian. I ni perempuan KL. I know what to do. Dah lah cepat pergi. Nanti kawan you tunggu lama." 

"Okey kalau macam tu. You two, take care..." Ujur Adrian kemudian terus meninggalkan dua pasangan itu. 

Adrian sempat bersalam dengan Adam sebelum meninggalkan lelaki itu dengan Tasya. 

Tasya mengeluarkan handphone di dalam clutch bagnya. Beberapa saat dia berbual dengan seseorang. Adam menjadi pendendar saja. Tak pula dia berganjak dari tempat itu. Selepas handphone ditutup, Tasya melangkah beberapa kaki dari Adam. Walau Adam masih di situ, Tasya tidak berniat untuk bertanya apa. 

Tak lama, tanpa mengatakan apa-apa Adam pergi dari tempat itu. Terus Tasya seperti mahu menangis. "Really? Kau tinggal je aku kat sini? Lelaki tak guna! Menyesal aku suka kat kau. Benci!"

Pin! Pin! Pin!

Terkejut Tasya dibuatnya. Bila kepala didongakkan, Adam sudah merenungnya dari dalam kereta. Tasya bingung. Dia buat apa? Tunggu kawan dia ke? Tasya pusing kepala ke kiri dan kanannya mencari 'orang' yang Adam tunggu. Tak ada pula. Dia tunggu siapa sebenarnya? Aku? Tak mungkinlah. Tadi dia tak cakap nak tumpangkan aku pun. 

"Tengok siapa lagi tu? Cepatlah naik! Tadi kata penat sangat." Sergah Adam dari dalam kereta. Matanya sengaja dikecilkan. Memek mukanya marah. 

Tasya terkebil-kebil. Lah? Aku ke manusia yang dia tunggu tu? Macam susah je nak percaya. Walau masih ragu-ragu dengan ajakan Adam, tapi tetap Tasya melangkah ke arah kereta Audi 7s warna putih itu. Selepas meloloskan dirinya ke dalam perut kereta. Adam terus menekan padel minyak dan meninggalkan perkarangan hotel.

"Thanks. Sorry dah susahkan diri nak hantar I balik." Ucap Tasya selepas mereka lama mendiaman diri. Hanya bunyi musik dari corong radio saja kedengaran. 

"Baru tahu ke kau tu menyusahkan? Kalau bukan sebab kau kawan baik adik sepupu aku tak hingin aku hantar kau balik..." 

Saat itu barulah Adam tersedar. Bagai mahu menampar mulut sendiri bila lain yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari mulut puakanya. Tasya sudah diam tak berkutik. 

Alah! Sahlah dia merajuk nanti. 

Tasya yang mendengar kata itu terpelosok hiba. Kata-kata Adam tak ubah seperti dilibas dengan cambuk. Sakit dan perit. Sungguh mulut dia dengan Zein sama-sama saja longkang. Sepupu kan? Mana nak lari jauh. Nasib aku dengan Zein dah kenal lama. Kalau tak, pasti layanan Zein pada aku pun serupa layanqn Adam saat ini. 

"I memang dari awal tak nak menyusahkan you. Tapi you yang ajak I naik. Kalau macam tu, I lagi sanggup naik Grab or cab," balas Tasya. Kemudian menoleh laju memandang pada luar tingkap. Tengok luar lagi sedap mata memandang dari tengok muka singa lapar dalam kereta ni. 

Dan.... begitulah suasana di dalam kereta Adam sehingga mereka sampai ke rumah 2 tingkat milik keluarganya. Selepas mengucapkan kata terima kasih, Tasya terus turun dari kereta itu tanpa menoleh lagi. 

Lama Adam mendiamkan diri sebelum kembali memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah mewah itu.

* * *

Sepanjang dalam kereta, Zein tak mengeluarkan sepatah suara. Sampai di kondo miliknya juga dia tetap membisu. 

Pita suaranya seperti tidak berfungsi. Kebisuan itulah yang buat Seri rasa nak buat bodoh saja. Tapi kalau aku buat bodoh, siapa nak jadi pandainya? Zein? Memang tak lah. Sampai sudahlah kalau nak tunggu dia yang buka mulut dulu. Seri pula tak suka nak bermasam muka lama-lama. Bukan datang kebaikan. Yang ada buruk je sepanjang masa. 

Zein tak lain nak Seri yang pujuk dia. Tapi si isteri pula buat macam tak ada apa-apa. Makin berasap la hati dia. Sudahlah di majlis Burn tadi, Seri tak habis-habis jadi bahan tontonan lelaki. Belum lagi 2 ekor monyet yang selalu buat matanya sakit dan hatinya terbakar. Siapa lagi kalau bukan Adam dengan si apek, Adrian tu. Dua orang ni memang suka jadi hangger kat ampaian rumah orang ke? Tergantung di mana-mana.

Zein henyak punggung ke atas sofa. Badan yang letih diajak berehat. Sekali merehatkan mata dan hatinya. Kepalanya tengah kusut sekarang. Tak boleh fikir. Padahal baru pagi tadi kau janji tak nak sakitkan hati dia lagi. Dah tu ini apa? Diam kau ni serupalah sakitkan hati dia juga. 

"Awak nak apa-apa tak? Sebelum saya naik atas," soal Seri. Mahu tak mahu dia juga yang pertama harus buka mulut. Kalau aku buat fiil aku macam pagi tadi, baru kau tahu. Huh!

Mulut Zein terkunci rapat. Malu dengan perangai sendiri. Pagi tadi cakap lain, sekarang jadi lain. 

"Kalau tak ada apa saya naik dulu lah. Tapi kalau nak sesuatu ketuk je pintu bilik saya." Ujurnya lagi setelah hanya mendengar hela nafas encik suami. Ibarat suara sudah dikubur. Ditanam 700 ribu kaki ke dalam tanah. Sepi. Kalau disusun Zein dengan cengkerik, bunyi cengkerik lagi kuat dari nafasnya. 

Bila hanya diam yang dia dapat, Seri mahu berlalu. 

"Kau memang tak ada apa-apa kaitan dengan monyet dua ekor tu kan?" Soal Zein dalam mata terpejam.

Monyet? 

Siapa? Adam dengan Adrian? Monyet? Wah... wah... wah... Sedapnya panggil anak orang macam tu kan? 

Tak semenggah betul perangai kau kan? 

Habis kalau dia orang tu monyet, kau tu apa? Tapir? Orang hutan? Tak habis-habis dengan cemburu buta dia. Takkan tak ada mata? Boleh tengok macam mana aku layan Adam dengan Adrian tadi. Aku dah sebaik mungkin jaga hati dia. Tapi masih juga aku yang disalahkan. 

Seri mendongak ke atas. Seolah-olah udara yang dihela bagaikan susah untuk diserap masuk ke dalam rengkung.

"Apa yang awak masih tak puas hati sebenarnya? Dan dah berapa kali saya bagi tahu, saya TAK ADA apa-apa HUBUNGAN dengan dengan dia orang tu. Masih tak percaya ke?" Kata tak puas hati sudah dizahirkan. 

Ikutkan cemburu dia saja. Habis cemburu aku ni macam mana? Yang dia kena raba sana sini dengan perempuan tadi tu tak apa pulak? Oh ya! Dia kan lelaki. Ada kuasa. Dia boleh buat pilihan. Jelek aku dengar!

"Kata-kata kau tak menggambarkan apa yang kau buat. Kau kata tak ada, tapi perbuatan kau sebaliknnya." Zein sudah membetulkan duduknya. Kedua siku diletak atas peha. Sambil kedua tangan digenggam satu sama lain. Dagunya naik duduk di atas genggaman tangan itu.

"Sekurang-kurangnya tak ada aksi-aksi pegang memegang yang saya buat. Tapi awak? Siap rela dipegang. So siapa patut soal siapa sekarang ni, awak atau saya?" Seri pulang paku buah keras. Kali ini dia juga mahu seperti Zein. Menyoal tanpa periksa terlebih dahulu. 

Zein terpempan. Mendengar hujah yang si isteri berikan kepadanya, buat dia berfikir semula. 

Ya! Tadi lengannya dipegang oleh gadis-gadis yang dulunya menagih cintanya. Tapi dia nak buat macam mana? Sudah ditegah masih juga buat benda yang sama. Zein merenung lantai. 

"So? Do you have a viable answer for me? Or you wanna staves off?" Pilihan diberi. Seri masih di tempatnya. Melihat Zein masih dengan kebisuan, dia atur langkah menghampiri lelaki itu. Perlahan-lahan badan dilurut ke bawah. Duduk berlutut memandang Zein. Jari jemari Zein, Seri taut kemas. Kemudian sebuah kucupan hinggap kekura tangan Zein.

"Saya tunggu jawapan awak. Tapi, kalau awak tak ada jawapan tu. Biar saya yang beri jawapan bagi pihak awak. Awak nak cakap, awak tak salah kan? Awak nak cakap awak tak pernah minta dia orang buat macam tu pada awak kan? Atau awak nak cakap, awak dah puas tegah tapi dia orang tetap goda awak?" Seri mencari mata Zein untuk ditatapnya. Satu yang Seri perasan mengenai Zein. Dia suka kalau bercakap terus melalui mata ke mata. Seolah-olah tiada pembohongan. Bercakap melalui hati ke hati. Begitulah agaknya.

Bagai angin yang menghembus syahdu ke telinga Zein. Itu yang dia rasa. Rasa tenang. Setenang air yang mengalir. Begini hebatkan dunia ciptaan Seri Ayuni. Sampai dia tak mampu untuk menoleh ke dunia lain. Dunianya lengkap dengan serba serbi. Tak kurang apa pun. Cukup nyaman dan damai. Tak perlu gunakan tongkat kekayaan, hanya dengan pujukan dan kata-katanya, Seri sudah bawa dia ke dunianya. 

"Awak tak cakap pun, saya tahu awak takkan duakan saya kan? Sebab sampai saat ini pun, saya belum dapat hati awak sepenuhnya. Lagikan perempuan lain. Hati awak ni kan diperbuat hanya untuk saya... So, hanya saya seorang saja yang akan memiliki hati awak, itu yang awak janji pada saya kan?"

Dan lagi, Seri tak sudah mengeluarkan senjatanya. Butir bicara yang selalu menenangkan. Sungguh kalau kau tak kuat iman, memang kau akan terperosok jauh dek penangannya. Sentuhan dan kata-kata yang hadir sekaligus dari wanita bernama Seri Ayuni ini bagai 'pain killer' buat Zein. 

Sesungguhnya hati aku dah lama kau miliki Seri. Cuma aku yang takut nak terima hakikat. 

"Kau pergilah naik. Aku nak rehat. Kau pun mesti penat." Hanya itu saja yang mampu dia katakan sebelum berlalu pergi. Anak tangga didaki. Meninggalkan Seri yang masih berlutut di tempatnya asalnya. 

* * *

Seri menelan liur sendiri melihat pantulan diri dihadapan cermin. 

Gulp!

Air liur ditelan lagi. Kali ini yang turun bagai batu-bata. Kesat dan perit. 

Betul ke apa yang aku buat kali ni?

Tak salah ke percaturan aku kali ni?

Atau aku akan dimalukan seperti 2 hari lepas. Memori kembali menerawang. Kalau dia tolak aku lagi macam mana? Sudahlah hari tu lepas ditolak aku macam nak hantuk kepala sendiri. Akal ni suka memalukan tuan sendiri. Tapi itulah Seri. Semakin susah semakin dia suka. Semakin orang itu menolak semakin dia geram. 

Melihat Zein naik dengan wajah sayu tadi, Seri jagi hilang punca. Nak marah pun tak boleh. At last aku juga yang mengalah. Dan akhirnya inilah hasilnya. Senjata terakhirnya! Berbekal hadiah yang mama berikan, dia harus buat Zein jadi miliknya. Seutuhnya.

Sekali lagi badan yang menyarung lingerie merah itu dipandang lagi. Potongan lingerie itu teramat la seksi. Kainnya pula diperbuat dari satin dan lace. Tali halus giler! Cutting dileher pula berbentuk V dengan bukaanya memang sangat luas. Hanya ngam-ngam menutup 2 biji nasi lemak saja. Yang lain semuanya terdedah. Bila pandang bawah pula, hanya sampai atas betis. Kalau tunduk confirm nampak panties. Haih, macam nak serah diri betul gayanya. Sampai aku yang pakai ni pun serupa tak pakai apa-apa. Udara sejuk masuk menyerang ke setiap permukaan kulitnya. 

Aku rasa dalam banyak-banyak dress tidur yang mama hadiahkan, dress ini saja ini saja yang agak sedikit 'sopan' berbanding dress tidur yang lain. Jangan tanyalah bagaimana bentuknya, sebab aku sendiri malu nak cakap. Ini pun dah kira tak selamat. Kalau Zein tak tergoda juga, aku tak tahulah nak cakap macam mana. 

Seri sanggul tinggi rambutnya menampakkan lehernya yang jinjang. Bibir dioles dengan sedikit lip gloss, supaya dapat menaikkan lagi rona di wajahnya. Setelah puas dengan penampilan diri Seri ambil lapisan luar lingerie untuk menutup seluruh tubuhnya yang agak terdedah itu. 

Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke bilik Zein. Pintu bilik Zein dibuka ambil mata melilau mencari susuk suaminya. Aik dah tidur ke? Baru pukul 11 malam, takkan dah tidur? Selalu waktu ni Zein belum tidur lagi. Kalau tak dibawah menyiapkan kerja office, dia akan menonton TV.

Kaki menderap ke tempat Zein tidur. Perlahan-lahan Seri naik ke atas tilam bercadarkan warna hitam itu. 

Jangan ditengok warna comforternya, sebab warna memang dah serupa orang sedang berduka. Tapi lihat pada tubuh pemilik comforter ini. Memang seksi habis! Terus mood nak menggoda naik bertingkat-tingkat. Hehe... Gatal betul bunyinya. Tapi gatal untuk suami sendiri tak apa kan? Untung-untung dapat pahala.

"Awak..." mendayu sungguh sapaan Seri Ayuni kepada suaminya. Suara kenalah bagi sehabis menggoda. Mama bilang En.Hot orangnya manja. 

Sepi. 

Aik En.Hot betul-betul dah tidur ke? Seri cuba lagi. 

"Awak..." kali ni kasi meleret lebih sikit

"Hmm..."

Uit En.Hot jawab lah. 

Seri makin teruja. Seri kembali melihat penampilan dirinya. Okay! Cun. Walaupun rasa macam tak berbaju. Tapi mama cakap ini petua untuk pikat suami. So, this is it. 

Zein sangka dia sedang bermimpi. Sebab dia rasa suara itu sangat dekat di telinganya. 

"Kalau saya panggil awak abang, boleh?" Pinta Seri. Seri duduk bersebelah Zein yang tika itu sedang baring terlentang dengan mata tertutup dan tangan kanan berada di atas dahi. Tiada baju yang disarung ketubuhnya. Yang ada hanyalah seluar panjang dan jarang berwarna putih. Kaki pula bersilang sesama sendiri. Ini bukan dia yang tergoda, aku yang digoda. Hisy... Sabar Seri... Sabar.

Aik! Peliknya. Takkan mimpi macam dekat saja bunyinya. Terus Zein buka mata. Bila dia berpaling ke sisi, Zein melihat wanita itu sangat hampir dengannya. Is it real? 

Zein memandang tunak mata Seri pelik. Ini sah Seri. Buat apa dia kat bilik aku ni?

"What the are you doing here? And stop call me abang. I'm not your brother. Dah shoo..." Terus Zein bangun dari pembaringan. Saat mata Zein tertancap pada wajah di hadapannya itu, hatinya berdegup kencang. 

Mak ai! Ni gadis kampung millennium ke apa? Punya la seksa aku tengok. Sepantas kilat Zein memaling wajah ke tempat lain. Pandang dinding lagi selamat. Walaupun siren dah bunyi kuat. Tanda-tanda dia berada di zone bahaya. Zein telan air liur. En.Hati jangan nak memandai-mandai ya? Aku cincang lumat kau nanti! Behave!

Niatnya untuk merehatkan diri jadi terbantut bila kehadiran Seri bagai menggugat hati dan emosinya. Mana taknya pakaian dia dah sama dengan model baju tidur! Lingerie merah menyala pula! Kain dahlah jenis satin. Yang dalam jangan tanya okey. Sebab tak sempat nak tengok!

Ini godaan 18sx ke apa? Dia ingat iman aku ni tebal sangat ke? Senipis kulit bawang je tau! Kalau perempuan lain tu boleh lah pejam mata buat-buat tak nampak. Ini isteri sendiri dan yang penting dah halal. Mana boleh buat pejam mata aje. Lagilah haru-biru jadinya. Encik jantung pula jangan kata, macam tengah racing di Formula 1. Lajunya 300km/h. Kalau seperti ini gayanya, jantung aku yang terus berhenti berdetak sebab bekerja lebih had. 

Mendung terus wajah Seri. Nampak encik suami seakan tak hairan langsung akan kehadirannya. Dah lah dia bersungguh-sungguh menggoda si suami. Tapi suami buat tak tahu saja. Dia tak ada nafsu ke? 

Coi! Mulut... Masakan tak bernafsu, dia tu lelaki lurus la. Tak bengkok pun. 

Habis, aku sikit punya terdedah ni takkan dia tak tengok langsung. Tengoklah tu pandang pun dah arah mana. Tembok tu lagi seksi dari aku yang serupa tak berbaju ni? 

No Seri, make it tonight is your night. Feed his ego. Suara hati berbisik.

"Abang..." 

Strategi ke seterusnya. Panggilan abang masih dikekalkan walaupun dan kena sembur tadi. Tapi, who cares? Panggilan itu akan buat suasana lebih romantik kan? 

Zuppp! 

Allah! Apa pula ni Seri? Janganlah kau panggil panggilan yang terlalu menggoda tu. Aku tak kuat dah ni. 

"Malam ni, kalau... saya... tidur... sini... bolehhh..." Lenggok suara yang sengaja di lunakkan.

Terus tegak bulu roma Zein. Tak sangka suara yang menyapa telinganya itu sangat menggodanya. Tak! Tak boleh! Aku kena keluar dari sini. Ada juga dia ni aku terkam. Tadi pun suara serupa kucing nak mengawan. 

Zein pantas mengorak langkah. Tapi belum pun sempat langkah diatur, Seri sudah menarik tangannya. 

"Abang nak pergi mana?" Pura-pura Seri bertanya. Padahal dia dah tahu bahawasanya encik suami sudah mahu lari darinya. Adakah Zein sudah kalah dengan godaanya? Dalam hati sudah mengukir senyuman. Sikit lagi Seri...

"Tadi kau kata nak tidur sini, kau tidur la. Aku tidur luar." Jawab Zein tergagap-gagap. 

Seri bangkit dari duduknya. Berdepan dengan si suami. "Maksud sayang... SAYANG NAK TIDUR SINI DENGAN ABANG. DALAM BILIK NI." Perkataan itu ditekankan. Gelaran dirinya juga sudah ditukar. Dari saya ke sayang biar tambah kacau hidup Zein.

Pulak! 

Sayang? 

Terus Zein padang Seri. "Kau kenapa? Sakit?" Kening Zein berlipat. Tangannya naik kasar ke dahi isterinya. "Kenapa malam ni kau lain macam sangat ni?" Atau lebih tepatnya, kenapa kau lebih agresif dari sebelum-sebelum ni?

Seri beri senyuman menggoda pula. Kini kedua tanggannya naik merangkul leher Zein. Kepala turut didongakkan. 

"Bukan kat situ yang sakit... Tapi... Dekat sini..." Seri ambil satu tangan Zein dan diletak ke permukaan dadanya yang terdedah. 

Zein kejung. Otaknya sudah jem. Seperti sedang berlaku litar pintas di dalam otak. Tadi cuma kata-kata saja. Kini sentuhan pula. Dan tangan yang naik melekat ke dada isterinya itu diperhati sekilas lalu kembali mencari mata siterinya. 

"Dapat rasa tak?" Soal Seri setelah mendekatkan bibirnya ke telinga Zein.

Dapat rasa tak? Soalan apa tu? Memanglah aku dapat rasa nasi lemak kau tu. Lagi mahu tanya ka?

"Apa yang kau nak buktikan ni, Seri?" Soal Zein pula. Cuma suaranya kini sudah tak setegang tadi. Bergetar sedikit. Air liur juga sampai kering. Halkumnya turun naik. Kembang kempis hidung apabila haruman yang sudah masuk ke rongga deria baunya sudah bagaikan candu. 

"Sayang cuma nak buktikan yang sayang hanya milik abang... bukan orang lain." 

Kini tangan Zein dibawa pula menyentuh pinggangnya. Kemudian dia melekapkan kepalanya ke dada bidang suaminya itu. Tubuh itu dipeluk erat. Seperti tak mahu dilepaskan.

Sentuhan dari kulit ke kulit sudah buat Zein bagai nak gila. Memang betul-betul luar biasa aksi isterinya kali ini. Setiap lekuk si isteri juga sudah dapat dirasa oleh tangan kekarnya. Bila berpelukan begini, makin terasa tubuh itu di tubuhnya. 

Seri memang tak mengenakan pakaian dalam ke? Sengaja? Hanya lingerie semata-mata yang dipakai. Kalaupun ada jubah nipis, namun fungsinya hanya untuk membaluti tubuh putih wanita itu. Tetap Zein dapat rasa setiap lekuknya. 

"Kau yakin nak buat ni, Seri? Kau tak menyesal?" 

Ya! Itulah yang dia ingin tahu dulu. Kalau sudah buat, kemudian Seri akan menyesal kemudian hari. Apa gunanya? Kalau ini yang Seri mahu, dia sebagai lelaki sudah pasti tak akan menolak. Lagi pula ini bukan pertama kali Seri menggodanya. Sudah berkali-kali. Cumanya dulu, dia tak ada perasaan pada wanita itu. Tapi kini, perasaan itu sudah hadir. Malah sudah hampir berbunga. Buktinya pagi tadi dia sudah meluahkan isi hatinya. 

'Now, my heart and my soul is yours.' Itulah yang dia katakan pada Seri. Dan itu memang lahir dari hatinya yang paling dalam. 

Cumanya, perasaan cemburu saja yang membuatkan dia kembali meragui cinta Seri padanya. 

"Sayang takkan menyesal... Apa yang sayang buat pada abang memang sayang ikhlas. Dari dalam hati. Dan ini juga salah satu bukti cinta sayang pada abang. Tak boleh ke abang tunaikan?" 

Seri dapat rasa jantung Zein sudah berdegup sangat laju. Membuat dia hanyut seketika dalam suasana itu. mendengar degupan jantung suaminya buat dia rasa tenang. 

Bagaimana lagi mahu Zein gambarkan gembiranya dia saaat ini. Walaupun ini bukan pertama kali Seri menggambarkan rasa cintanya, tapi bagi Zein ia tetap yang pertama. Memang tak boleh disangkal rasa cinta Seri padanya.

Akhirnya Zein membalas pelukan dari isterinya itu. 

Seri pula yang kejung dibuatnya. Tiba-tiba bicara romantis yang dikarang untuk Zein, hilang beterbangan entah kemana. Satu sentuhan Zein padanya sudah buat dia kejung tak berkutik. Inikah lebih dari itu? 

"Be ready. You'll be mine in any minutes from now." Bisik suara garau itu ke telinga Seri.

Terus tubuh Seri melayang ke udara. Kerana tak menyangkakan tindakan Zein itu, Seri terus memaut batang leher Zein. Mata mereka saling bertentangan. Saling menghantar bahasa hati masing-masing.

Tubuh Seri diletak ke permukaan tilam dengan perlahan. Baju tidur Seri dibahagian luarnya sudah Zein lurut kebawah. Tinggallah tubuh itu dengan lingerie yang sangat menggoda matanya. Sungguh cantik Seri pada pandangan mataya. Sanggul Seri dilerai. Terus bergejolak nafsunya. 

Akhirnya sudah selamat bibir mungil itu kebibirnya. Penuh lembut sentuhan itu Seri rasakan. Dari bibir turun pula ke leher jinjang isterinya. Entah berapa kali leher itu 'digigit'. Tak cukup di situ. Kini bibirnya bermain pula ke dada isteri yang sudah sejak tadi terdedah. Desahan nafas mereka sudah semakin kedengaran. Gejolak asmara juga sudah mula kedengaran. 

"Sayang..." Zein angkat muka. Wajah isterinya ditenung penuh kasih. Tangannya bermain di setiap lekuk pipi Seri. Nafasnya juga sudah tak teratur. "You really wanna do this? No regret?"

Tanpa ragu Seri mengangguk. Ya! Dia mahu dirinya menjadi hak mutlak Tengku Zein Luftman. Hanya dia.

Zein senyum sebagai balasan. Tangannya naik menolak tali satin night dress yang di pakai oleh isterinya. Dengan lafaz doa, Zein memulakan tugas sebenarnya sebagai suami. Memberikan nafkah batin pada si isteri. Kerana dia juga sudah lama tidak merasakan nikmat sentuhan seorang wanita, maka dia akan buktikannya pada malam ini. 

Jadilah malam itu sebagai bukti cinta mereka. Hanya Zein dan Seri saya yang merasakan nikmat malam pertama mereka. Dari perlahan sudah bertukar rancak. Mereka saling membisikkan kata-kata cinta. Zein rela melakukan tugasnya sebagai suami, dan Seri pula menerima sentuhan hangat dari suaminya. Nyata Zein buat dirinya benar-benar menjadi milik lelaki itu. Desahan nafas mereka dapat didengari di setiap ruang bilik itu. 

Jangan ditanya bagaimana penangannya. Nyata sudah terbukti, Zein seorang suami yang 'pandai' dalam menggauli dirinya. Sampai Seri lupa siapa Zein sebelum ini. Yang ego, beku, tak berperasaan. Yang ada kini, hanya kata-kata romantis dari bibirnya. Sentuhannya juga tak sebeku sebelum ini. Zein yang tidak berperasaannya sebelum ini sudah betukar kepada lelaki yang paling charming sekali.

Share this novel

Nurul Liza
2021-08-23 05:06:13 

aikkk...egtkan ade smbungan kat mane2,mcam tgntung je,mjlis khawin,dendam badrul+munirah???

Ejan Din
2020-11-25 09:03:09 

Terus terang Saya suka cerita ni... saya just nak bg idea tuk menyedapkn lagi novel you... this just in my mind... if you want just take it... geram juga sikap Surya pd seri, sifat ibu/bapak angkat n papa/mama mentua yang sempurna dgn kasih sayang, menyentuh hati saat mama ZL menyuruh ceraikn seri... ending antara seri n zein best Saya setuju... oh ya... 1 lg hampir lupa.... kes seri kena tolak dlm kolam tu mcm x ada penyelesaian trsikp 1 nanak yg bole menaikkn mood extrim, TAPI KALAU cerita ni ditambah bab pasal..... munira n badrul dendam dorg ditimbulkn konflik tuk mengganggu hubungan zein n seri tp atas kesetiaan Dan kepercayaan dendam it gagal, watak tasya n adam ditimbulkn wujudkn hubungan dorg dgn berapa agenda ringan2 mn kala adrian digandingkan pula dgn marrissa bibit2 cinta sbg penyelamat konflik antara Munirah + Badrul VS Zein + Seri, walaupun watak kecil adam, tasya, adrian, marissa tp bole menimbulkan impak dlm sebuah jalan cerita itu jelas , c pendendam pun kandas dan yg trakhir Majlis Persandingan yg diadakan pun berjalan lancar... pastu bg la 1 atau 2 tahun kemudian... lahirlah zein n seri junior dapat kembar boy n girl.... The End

Raenuga Valli Paramanathan
2020-11-23 11:12:26 

x sambung lg ke sis?


NovelPlus Premium

The best ads free experience