"Okay, siap!"
Senyum terukir dibibir bila melihat hasil masakan yang terhidang didepan mata. Puas!
Puas sangat bila melihat hasilnya sama seperti yang dilihatnya di dalam paparan gambar di internet. Resepi dari Chef Michael Symon itu memang sangat mudah untuk dilakukan. Sekarangkan sudah zaman mudah alih dan canggih. Dengan kuasa dihujung jari saja sudah mampu menghasilkan suatu hidangan bertaraf hotel walaupun rasa belum tentu sama. Air tangan orang kan berbeza-beza, betul tak?
Chicken chop with black pepper sauce dan pasta aglio e olio with peperoni itu dipandang sekali lagi sebelum Seri berlari ke atas untuk memanggil Zein.
Pintu bilik suaminya itu diketuk dari luar. Tiada sahutan. Seri ketuk sekali lagi. Sama. Masih tiada yang menyahut. Maka Seri mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke dalam memandangkan sebentar lagi mereka akan pergi ke Pasific View semula.
Seperti yang Zein janjikan semalam, mereka telah mengambil cuti selama setengah hari bagi meluangkan masa membeli barang-barang keperluan rumah.
Tidak disangka proses berbelanja menjadi sangat lambat bila Zein seolah-olah mahu memborong satu supermarket. Tahulah banyak duit, tapi tak perlulah borong satu kedai. Alasannya dia tiada masa untuk pilih sebab ada meeting petang nanti. Jadi apa yang di depan matanya semua dimasukkan ke dalam troli. Tak pakai pilih dan tilik tarikh luput. Apa yang dicapai terus dimasukkan saja. Yang aku pula tugasnya mengeluarkan semula apa yang dia sudah masukkan. Penat tahu tak!
Mulanya dia marah. Tapi aku peduli apa. Lagipun duduk dua orang saja. Kebanyakkan yang dia ambil pula kami tak perlukan sangat. Katanya lagi, dia takkan ada masa lagi untuk teman aku belanja selain hari ni. Soalnya sekarang, kalau tak ada masa untuk berbelanja, kena ambil satu supermarket lah ya? Macamlah semua barang-barang tu tak ada tarikh luput. Contohnya produk tenusu. Itu sebab aku jadi mangsa keadaan semalam! Hisy, jadi geram pula bila Zein langsung tak mahu dengar kata. Hanya kata dia saya yang diguna pakai.
Tok... tok...tok...
Pintu bilik berwarna hitam itu Seri ketuk dari luar. Tiada sahutan. Seri ketuk lagi. Sama. Masih tiada tanda-tanda orang menyahut. Jadi Seri mengambil keputusan untuk masuk saja. Bila tombol pintu dipulas Seri segera meloloskan tubuhnya dicelah bukaan pintu dan pintu itu ditutup kembali. Kaki dipanjangkan ke segenap ruangan bilik itu.
MasyaAllah!
Luasnya bilik ni! Dua kali ganda bilik yang sekarang aku duduk. Kombinasi warna hitam dan kelabu menjadi pilihan. Bermula dari pintu bilik, dinding, wardrobe, katil, curtain hinggalah ke set cadar semuanya bewarna hitam!
Obsesnya!
Aku jadi teringat salah sebuah artikel yang pernah aku baca. Di situ menjelaskan beberapa keperibadian orang yang taksub pada warna ini. Ciri-cirinya dia seorang yang serius, secretive, mempunyai keinginan yang kuat untuk sesuatu benda, independent, perfectionist, dictator, prestige, mystery dan tidak emosional. Tapi! Bab tak emosional tu, aku tak setuju langsung. Sebab dia tak macam tu pun. Emotional all the times! Tetapi ciri lain dari tu, memang karakter dia.
Bilik yang dicat dengan warna hitam itu juga dicampur dengan warna kelabu disesetengah tempat. Contohnya di atas katil size king tak berkepala ini, hanya disandar rapat pada dinding yang telah dicat warna kelabu jenis momento. Di situ juga ada lampu sorot yang kecil menyuluh ke atas kepala dinding bagi menambah auranya. Bilik ini tidak mengunakan lampu yang banyak. Hanya beberapa lampu sorot yang melekat di dinding saja digunakan sebagai lampu utama. Juga ada lampu meja di kiri dan kanan kepala katil bertujuan untuk mengekalkan mood romantik. Set comforter dari sarung bantal hinggalah ke cadar juga bewarna hitam. Disebelah kiri ada sliding door yang menghubungkan balkoni luar yang ditutup dengan curtain juga berwarna hitam.
Manakala disebelah kanan bahagian hadapan katil ada sebuah bilik khas yang cukup luas juga dicat bewarna hitam. Di dalamnya pula menempatkan 5 jenis wardrobe closet tidak berpintu yang berlainan design juga bewarna hitam. Wardrobe itu menempatkan kesemua milik peribadi Zein bermula dari puluhan set jam, kasut, tai, coat, t-shirt yang kebanyakkannya bewarna hitam, kemeja, seluar, perfume, bathrob dan kotak-kotak segi empat warna hitam yang aku tak tahu apa isinya. Bilik khas itu pula dilindungi oleh sliding door jenis kaca lutsinar yang membolehkan kita melihat terus isi kandungan di dalam bilik khas itu. Dari susun atur memang sangat terperinci. Dari lampu hinggalah ke perhiasan dalaman memainkan peranan masing-masing.
Blupp! Tak tertelan air liur bila memikirkan berapa kos untuk mendapatkan hasil seperti ini. Kalau aku, dapat tilam dan bantal pun, sudah bersyukur sangat.
Overall... cantik, exclusive dan menunjukkan sisi maskulin pemiliknya.
Namun belum beberapa minit aku berada disini, seluruh penglihatan aku seolah-olah gelap gelita! Sesak tidak dapat bernafas aku dibuatnya. Aku geleng beberapa kali. Bolehkah kalau aku minta Zein tukar warna bilik ini bila aku jadi 'permanent resident' di dalamnya? Aku tercuit geli hati bila mendengarkan kata hati bersuara. Tak sedar senyuman terbias dibibir mungilnya. Kau dah tahu jawapannya, Seri.
Sedang Seri ralit menerawang seisi bilik itu, tak sedar ada orang yang sudah lama memerhatikannya dari pintu bilik air. Zein yang baru siap mandi dengan hanya bertuala paras bawah pinggang sangat terkejut bila melihat susuk tubuh isterinya sedang leka meneroka seisi biliknya. Tepi bahu dibawa bersandar pada bingkai pintu. Mahu melihat lebih apa yang ingin dilakukan oleh Seri selanjutnya. Tapi bila Seri mengatur langkah keluar bilik, Zein segera berjalan mendapatkan Seri.
"Kau buat apa dalam ni?" Soal Zein dengan suara khasnya. Garau dan serak basah.
Seri berpaling bila namanya diseru.
Allah!
Bagai nak terlompat keluar jantung bila melihat Zein hanya menyarung tuala putih paras pinggang hingga ke lutut. Mak oi body! Juling biji mata aku tengok!
Masa bertunang dulu sempatlah aku tilik dia. Muka memang dah stocked hero hollywood. HOT habis. Rambut coklat pekat, mata coklat cair dan ada jambang nipis. Body jenis lean. Tapi aku tak sangkalah pula bila dia tak berbaju macam ni, dia punya HOT naik jadi tahap kuasa 3.
Ini kali ke dua aku berdepan dengan dia yang tak berbaju. Pertama kali adalah di dalam toilet. Tak sengaja okay! Ingat tak? Alah, yang masa dia tengok aku tak naked dalam bilik air tu. Ha... Ingat kan? Sekarang ni aku pula yang tenung dia macam nak tembus terus dinding. Badan memang cari makan betul. Macam baru lepas tertelan dummbell! Berketul-ketul.
Bisep dia tu... fuh! Dada dah macam bantal hotel. Perut pulak dah tak serupa perut aku tengok, dah macam roti bun 8 ketul yang tersusun kat situ. Jadi lapar pula tiba-tiba.
Ya Allah!
Seri, mata kau jaga elok. Kau tu perempuan. Malulah sikit.
Bila Zein semakin mendekat air liur Seri seakan tidak tertelan. Badan itu masih belum kering sepenuhnya. Masih ada sisa air dibadan. Rambut juga masih basah.
Sexy ke seksa ni?
Bila derapan kaki Zein berhenti betul-betul di depan mata, Seri sudah hilang arah. Dia mahu keluar dari bilik itu secepat mungkin. Tak mahu berlama-lama. Ini pun sudah seperti ada parkinson disease yang tiba-tiba datang menyerang. Terketar-ketar satu badan.
Hey, semalam helok je? Siap kau yang offer lagi. Ni hari apa kes?
Ni kes aku tak readylah. Apa lagi. Tiba-tiba mentol di kepalanya teringat akan ugutan Zein semalam sebelum dia keluar dari biliknya.
'Once you've entered my room... I'll not let you go until I have all of you.'
Kemudian tak semena seperti sudah ada lampu merah siap sirent kuat berbunyi di atas kepalanya.
WARNING!
Laju kaki Seri atur mencari arah ke pintu keluar. Belum pun sempat dia memulas tombol pintu itu, Zein sudah memaut lengannya dan membawa badannya rapat ke dinding bilik wardrobe.
Terkebil-kebil Seri bila Zein merenungnya penuh menggoda. Bau yang terbit dari tubuh lelaki itu buat Seri leka seketika. Hanya mata yang saling merenung. Tiada kata yang terluah. Bila berdepan begini baru Seri tahu tingginya hanyalah paras bawah dagu Zein saja.
Rendahnya aku.
Zein merapatkan bibirnya ke telinga Seri. Nafas yang sedikit kencang itu dapat Seri rasakan. Leher Seri yang terdedah kerana rambut panjangnya sudahpun disanggul tinggi membuatkan Zein melabuhkan bibirnya di situ. Zein bawa kepalanya tunduk sedikit agar dia dapat menjejakkan bibirnya. Semakin lama semakin dekat.
Cup!
Leher itu kemudiannya dikucup penuh kasih. Sekali masih belum cukup baginya. Kemudian kedua dan seterusnya ketiga hinggalah dia hanya meleretkan bibirnya di daerah yang sama. Lama bibir Zein bermain dengan leher Seri. Puas sebelah kanan dia beralih ke sebalah kiri pula. Kedua tangan Seri diangkat ke atas dan di lekapkan ke dinding sambil tangganya pula menyulam dan mengunci jari jemari runcing itu. Wangian yang ada pada Seri semakin buat Zein tergoda.
Lavender!
Zein memang sukakan haruman itu.
Bila Seri rasa bibir basah itu sudah bermain-main dengan lehernya, Seri hanyut. Untuk seketika dia terbuai dengan godaan itu.
Sungguh Zein sangat pandai membawa dia terbang bersama. Seri tidak menolak tindakan Zein. Kerana dia juga mahukan hal yang sama. Semakin lama semakin mereka hanyut. Tapi bila dia teringatkan sesuatu, Seri menurunkan tangannya dan dibawa melekat ke dada suaminya. Tubuh kekar suaminya ditolak perlahan. Nafas kencang Zein dirasakan melanggar kulit mukanya. Seri bawa wajah mendongak sedikit agar dia dapat melihat wajah suaminya itu. Jelas persoalan terlayar diwajah suaminya malah kedua tangan Seri masih melekap di dadanya.
"Sss-sa-saya dan nak keluar. Sorry saya tak sengaja masuk sini. Saya hanya nak panggil awak makan. Tapi tak sangka awak... tengah mandi..." Jelasnya tergagap-gagap. Memang itu niat asal dia kemari. Bukan sebab ini.
"You're stopping me just to say that?" Keluhan dilepaskan. Zein menjarakkan sedikit tubuhnya. Tangan Seri yang saat ini masih di dadanya diturunkan.
Zein berpaling kesisi. Malu dengan tindakan sendiri kerana tidak dapat menahan nafsunya. Nasib baik Seri menahan, Kalau tidak aku tak dapat bayangkan apa jadi lepas tu. Aura yang Seri bawa sangat kuat. Dia betul-betul hanyut.
"Sorry... I have too. Nanti makanan sejuk. Tak sedap dah." jawab Seri perlahan. Dia tahu kelakuannya tadi sudah mengecewakan Zein. Dia juga mahukan hal yang sama. Tapi Zein dan dia harus kembali ke hotel, jika tidak mungkin dia tidak akan memberhentikan perbuatan itu. Biarlah dia di sini hingga pagi esoknya. Dia rela.
"Lagipun kita kan kena pergi hotel semula lepas ni... You'll have a meeting with Dato' Harun right?" Seri cuba beri alasan yang munasabah. Alahai Zein. Kesian pula bila dia tak dapat beri apa yang Zein mahukan.
"It's okay. I'm just teasing you. Tak sangka pula kau tergoda." ujur Zein bersahaja. Cuba menutupi rasa terkilan.
Seri pula tercengang mendengarnya. He did what?! Test aku? Seri tarik muka. Aku ni bahan ujikaji dia kah?
Merah padam Seri dibuatnya.
Fine! Kau test aku tadi kan? Now it's my turn.
Seri tarik lengan Zein kuat sehingga tubuh itu berpaling ke arahnya. Kedua tanggannya sudah melilit kemas ke leher Zein membuatkan dada lelaki itu sudah rapat dengan dadanya. Kemudian mata Zein direnung dengan menggoda. Satu tangan turun bermain di dada bidang lelaki itu. Manakala tangan yang satunya menarik wajah Zein turun ke bawah dan mencium lama bibir itu. Dengan tak disangka Zein melilit pinggang Seri dengan kedua tangannya. Buat Seri semakin melekat ditubuhnya. Entah tertinggal di mana malu Seri. Kemudian tubuh Zein ditolak kuat hingga rebah ke atas tilam. Dengan gaya mengoda Seri naik ke atas badan Zein. Zein sudah pegun dengan tindakan drastik isterinya. Seri berhenti bilamana wajahnya sebaris dengan wajah suaminya.
"Sorry Mr. Hot, I'm teasing you too. Tak sangka pula tergoda." Seri memulangkan paku buah keras. Sambil bibir tersunggung tawa halus. Sempat jari menyepit hidung mancung Zein. Mata Zein sudah terbentuk. Kemudian Seri terus bangun dari tubuh suaminya. "See you at the down stairs hubby... Don't be late okay!" Pesannya lagi dengan mengangkat tinggi tangan kanannya sambil menayangkan tuala yang berwarna putih.
Ketawa Seri pecah di situ juga.
Terbelalak mata Zein dibuatnya. Itu kan? Itu kan tuala yang aku... Bingkas dia bangun dan melihat bawah perutnya.
OMG!
Tapi bila masa dia buka tuala aku? She played on me? Dammit! Dammit! Dammit!
"Seri....!" Bergema satu bilik bila jeritan Zein kedengaran. Zein bangun mahu mengejar Seri. Sudah tak peduli dengan dirinya yang sudah seperti orang hidup di zaman purba tidak berbaju. Janji dia kena dapatkan Seri. Namun belum sempat dia menangkap Seri, Seri sudahpun berlari kemuka pintu dan menutup rapat pintunya.
Sungguh Zein tak sangka Seri punya akal seperti itu untuk mengenakannya. Berani betul dia.
Kepala Zein gelengkan berkali-kali. Merah padam mukanya bila melihat tiada apa yang menutupi tubuhnya. Ini kes naked dalam rumah sendiri ke apa?
Pelakunya adalah Seri. Dan mangsanya adalah aku sendiri! Can you imagine that?
Argggg!
* * *
Zein memotong cebisan itu lalu menyuap chicken chop sedikit demi sedikit kedalam mulut.
Masih tertib dalam menyuap makanan. Dia kan Mr.Perfectionist. Mestilah semua benda kena perfect.
Sambil makan mata Zein memerhatikan Seri yang masih tidak lekang dengan senyum dibibir. Tu mesti ketawakan aku pasal kes tadi lah tu. Zein jadi hilang selera makan. Dia ambil gelas yang telah diisi dengan fresh orange dan disua ke bibir. Kemudian dihempas kuat gelas itu ke atas meja. Tanda protes.
Seri terhinjut kedua bahunya. Terus mati senyuman Seri. Muka Zein dilihatnya. Amboi stressnya muka!
"Kau kenapa asyik senyum dari tadi? Dah gila? Nak aku hantar kau ke hospital mental ke?" Soalnya kasar. Sudahlah tadi dia mahu tahap nak bunuh diri atas pelakuan bini sendiri. Sekarang dia senyumkan aku pulak. Dia ingat aku ni apa?!
Seri sungging bibir. Macam nak ketawa terbahak-bahak kat sini.
"Ha'ah saya memang tengah gila ni... Saya gilakan awak. Gilakan semuanya yang ada awak. Rambut, mata, hidung, bibir, lengan, dada, perut... dan ini yang paling latest tu...." Mata Seri dibawa memandang ke bawah badan Zein dan bibirnya dimuncungkan. "Your second asset..."
Mata Zein membulat.
Damn. Not again!
Pantas napkin yang baru dilap ke bibir dibaling tepat kemuka Seri. Satu-satunya aset paling berharga telah diceroboh pandang oleh Seri. Plus dalam keadaan yang paling memalukan. Dalam sejarah, Seri adalah wanita pertama yang buat dia begitu. Even Munirah pun tak pernah. Bukan calang-calang perempuan kampung ni.
Seri sudah meletuskan tawanya.
"Kau jangan buat aku cancel meeting aku hari ni sebab kau. Kang ada aku kunci kau dalam bilik tak bagi kau keluar." Geram Zein dengan Seri bila Seri tak habis-habis mengenakannya. Aku yang lelaki ni pun dah tebal berinci-inci. Takkan dia tak rasa malu langsung?
Pervert!
"Okay-okay, sorry ye abang sayang. Saya janji saya tak buat lagi macam tu. Lagipun kita masih banyak lagi masa." Seri kenyit sebelah mata. "Kan saya dah janji yang saya akan sentiasa bersama awak. Dah lah cepat makan. Nanti kita lambat. Tadi pun, Kak Merrisa dah call banyak kali remind pasal meeting petang nanti. Report dah saya siapkan tadi. Tinggal tunggu awak review je lagi." Seri mengalah bila melihat Zein seakan tidak suka berbahas mengenai hal itu. Malu lagi lah tu!
"Kau memang macam tu ke dengan lelaki?" Soal Zein tiba-tiba. Dulu yang Zein nampak Seri ni seorang yang pemalu. Tapi lain pula lepas kahwin. Gatal dia naik bertingkat-tingkat. Lemas aku!
Cewah lemas ke suka? Mengaku aje lah Zein oi!"
"Macam mana tu? Saya tak paham la." Saja buat tak paham. Aku tahu apa yang dia maksudkan. Ingat aku ni tak tahu malu ke? Hey aku ni perempuan ok. Mestilah malu. Gila apa saja-saja nak menggatal dengan lelaki lain. Aku buat macam ni bersebab.
"You know what I mean, don't you?" Zein masih menuntut jawapan Seri. Dia sudah letak garpu dan pisau di pingganya. Dagunya ditongkat menggunakan tangan yang digenggam sesama sendiri.
"Maksud awak saya macam tadi dengan lelaki lain?" Seri angkat kening sebelah.
Zein mengangguk sekali. Wajah Seri yang bersih ditenung lama. Sungguh ada suatu yang lain tentang Seri yang menariknya untuk lebih mengenali wanita itu.
Semalam lepas keluar dari bilik Seri, dia sedar Seri ikhlas dengannya. Tak Seperti Munirah yang selalu mahukan yang terbaik. Tidak boleh ada salah dimatanya. Namun Seri tak begitu. Seri boleh menerima baik dan buruknya.
"Tak. That was my first." Jawabnya jujur. Betul apa. Dia yang buat aku jadi macam tu. Sebab nak rebut hati kau. So aku kenalah lebih agresif. Hello! I'm not a typical women village okay.
Dalam hati Zein melepaskan nafas lega. Dia tahu Seri macam mana orangnya. Tapi dengan apa yang dia buat kat aku tadi, mungkin tanggapan aku salah pada dia. Risau juga kalau dia macam Munirah.
"Aku tak percaya. Kau macam dah biasa buat." Zein sengaja mencurigainya. Mahu Seri berkata lebih. Sebab Seri bukan lagi seperti Seri yang dia kahwini seminggu yang lepas. Dia sudah berubah 180 darjah. Drastik pula. Tak ke pelik tu. Mana dia dapat semangat macam tu sekali? Ada apa-apa ke yang aku tak tahu?
"Saya hanya buat pada awak saja. Suami saya yang sah. Tak ada maknanyalah saya nak menggedik dengan lelaki lain. Lelaki terlajak duda sorang ni pun susah nak tackle. Lagikan lelaki lain..." Seri meneruskan suapannya. Malu memang ada, tapi bila ia melibatkan Zein, aku kena tepis jauh rasa malu tu. Atau sumbat malu aku tu terus dekat lubang tanah. Tanah terus 7 kaki dalam tu.
"Itu salah satu usaha kau nak buat aku jatuh cinta kat kau ke?" Soal Zein langsung. Dia semakin tertarik dengan kenyataan Seri tadi. Seolah-olah Seri lakukan hal itu hanya untuk dirinya. Sungguh dia rasa dihargai.
"Hmm... sort of." Seri mengangguk dengan jawapan. Itu baru sikit. Masih banyak lagi yang belum aku buat. Memang mama banyak membantu.
"Okay. I'll wait for more. Tapi aku tak rasa kau berjaya. Kau tahu aku jenis macam mana. Mungkin kau boleh dapat badan aku, tapi bukan cinta aku."
Seri gigit bibir bawah. "Okay. Challange accepted!"
* * *
Setelah meminta Merissa memperkenalkan Seri kepada Semua staff, Zein masuk ke dalam pejabatnya bagi meneruskan kerja yang masih tergendala. Hari ini dia ada meeting penting dengan Dato Harun, ayah kepada Badrul Huzaif. Tiba-tiba dia mendapat panggilan dari Badrul mengatakan ayahnya tidak dapat hadir dan mewakilkan dirinya.
Bukan pasal meeting yang dia fikirkan, tapi kehadiran Badrul yang menjadi persoalannya sekarang. Sebelum ni jika ada meeting bersama Dato Harun, Badrul tidak pernah turut serta, malah jika melibatkan dirinya sekalipun. Dia jarang hadir. Apakah ada maksud lain kedatangan Badrul kesini?
Tidak lama Badrul sampai lebih cepat dari waktu yang ditetapkan. Sekarang baru jam 2 petang. Meeting berlansung jam 3 petang.
Sejam awal?
Amboi ni kes terlebih excited ke apa?
Sejurus punggung dihenyak kekerusi, Zein terus mengajukan soalannya. Tak mahu berlama-lama lagi. Kerana dia dapat rasa Badrul ada niat lain. Bukan hanya meeting ini. Mungkin ini hanyalah alasan dia saja. Kenapa Zein harus fikirkan Seri? Ah! Belum tentu firasatnya betul.
Meeting yang hanya mengambil masa 1 jam itu akhirnya berakhir juga. Namun banyak yang Zein tidak puas hati. Apa taknya dari tadi Badrul seakan-akan tak fokus pada meeting itu. Hanya badan di sini, tapi fikiran entah kemana-mana. Kalau hal business memang Zein akui Dato Harun lagi berkaliber, berbanding Bandrul.
"Kau kenapa ni Bad? Tak fokus je aku tengok? Susahlah nak deal macam ni kalau kau tak fokus. Tadi yang bersungguh nak gantikan ayah kau. Sekarang kau macam main-main pun ada. Kau jangan bazirkan masa aku Bad." Zein akhinya buka bicara. Dia tak mahu Badrul tak serius kerana bukan dia saja yang akan rugi. Pacific View juga.
"Sorry la. Aku bukan sengaja. Ada sebab kenapa aku tak fokus." Jawabnya acuh tak acuh. Memang aku ada niat lain kesini. Sebab tu aku suruh papa pass project ni pada aku. Wajah itu yang dia gila begini. Gila untuk memiliki gadis itu.
"Tapi jangan sampai bawa ke pejabat aku. Ini namanya tak profesional. Aku tak suka macam ni. Kerja aku banyak lagi dari nak melayan kau yang macam orang angau ni." Zein menegur Badrul terang-terangan.
"Betul tu. Memang aku tengah angaukan seseorang. Aku tak boleh fokus sejak aku jumpa staff kau yang hari tu. Seri kan nama dia?" Badrul tiba-tiba berubah teruja.
Dush!!!
Rasa macam kena tumbuk kuat dimuka. Pengakuan Badrul tadi memang Zein anggap sangat keterlaluan.
Berani dia nak berangan pasal bini aku? No way!
"Dia tu dah jadi milik orang. Kau tak payah lah nak kacau dia. Dia perempuan yang baik-baik."
"So what? Sekarang ni zaman duit Zein... Perempuan akan cepat berubah bila tengok duit. Aku yakin dia sama macam perempuan lain yang hanya nakkan duit aku. Kalau perempuan lain aku boleh rampas. Kenapa bukan dia?"
Ah! Kusut! Perlu ke aku bagi tahu pada dia yang Seri tu isteri aku? Tapi aku belum sedia.
"So besok malam ni kau datang tak party rumah Zack? Dengar dia nak kenalkan dengan girlfriend baru dia. Model tu... sambil-sambil tu boleh cuci mata." Soal Badrul setelah Zein lama mendiamkan diri. Kenapa tiba-tiba dia diam bila aku soal pasal Seri?
"Tengoklah nanti macam mana." Acuh tak acuh saja Zein menjawab.
"Kau ni macam ada bini kat rumah aje. Sekarang ni pun kau dah lama tak hang-out sama-sama. Kau kenapa sebenarnya?" Soal Badrul masih tak puas hati. Sah, Zein memang ada simpan sesuatu dari dia.
"Mana ada... Eh Okaylah! Aku keluar dulu. Pasal perbincangan kita tadi, jangan lupa kau bagi tahu pada Dato Harun.
Share this novel
hahahaha....kalako weiii..malu tpnmau