Pagi ini adalah pagi yang paling indah yang pernah aku rasa sepanjang beberapa hari aku menjadi isteri kepada Tengku Zein Luftman Tengku Zuriman. Disebabkan itu jugalah aku bercadang untuk buat breakfast kegemaran dia. Sandwich tuna with mayo. Mana tahu? Mestilah tanya tuan badan.
Setelah memasukkan bekas berisi sandwich tersebut kedalam beg kertas, aku ketepikan. Juga tak lupa aku selitkan nota ringkas untuk si dia. Berharap dia sukalah hasil air tangan aku.
Penampilan sandwich boleh kata memuaskan, tapi kalau rasa hanya Zein yang boleh tentukan. Sebab tekak orang lain-lain kan? Lebihan sandwich aku susun kedalam pinggan berbentuk segi empat. Selain sandwich, aku buat juga kuih seri muka dan mee goreng mamak style. Ini semua sebab terlebih excited punya pasal. Semua tinggal nak hidang saja. Jadi nanti kalau Bik Tom dengan Ainun turun, mereka dah boleh rehat.
Bila ingat hal semalam hati terus berbunga riang. Siap ada pelangi atas kepala. Disebabkan Zein tak jadi monster hijau semalam jadi banyak benda juga yang aku tanya pada dia. Salah satunya adalah makanan kegemaran dia. Zein rupanya tak makan hidangan berat pada malam hari.
Kiranya dia temankan aku makan jelah malam semalam. Dia pula makan chocolate larva cake yang aku buat. Semalam lepas makan dia terus pulang ke kondo. Bila tanya kenapa tak tidur sini, tahu jawab Zein apa?
'Aku tak sanggup ternoda
dengan perempuan gersang dan kampung macam kau.'
Kau rasa? Tu ayat nak bagi gantung diri ke bagi penumbuk biar terpelanting sampai ke negara Israel. Lagi baik kena aku bom sekali. Dia ingat aku hadap sangat duda psycho, gila, sejuk beku macam dia tu?
Eh kau... Konon tak dahap. Padahal semalam lepas dapat ciuman dari si duda psycho, gila, sejuk beku tu boleh pulak kau ala-ala terkapai-kapai hanyut dilautan biru. Puih! Tak boleh pakai cakap kau ni, Seri.
Seri tersenyum meleret selepas berdialog sendiri didalam hati.
"Amboi... bukan main lagi senyum kau pagi ni kan? Aku berdiri kat sini dekat 5 minit, sikit pun kau tak perasan. Senyum macam ade sesuatu aje. Semalam dapat jackpot ke?" Soal Bik Tom terus tanpa belok-belok.
"Bik Tom! Shuuu... Jangan cakap kuat-kuat. Nanti mama dengar." Seri kalut menutup mulut Bik Tom. Merah terus pipi putih itu. Malu bila dikata ada sesuatu berlaku.
Ikutkan memang tak kesah pun kalau mama dengar. Mama lagi suka adalah. Tapi malas nak menjawab apa terjadi semalam. Semalam aku perasan mama tengok aku turun dengan Zein dari dalam bilik. Mama pun apa lagi... bukan main dia senyum sampai telinga.
"La... aku tanya je pun. Jangan-jangan semalam ade jadi ape-ape tak? Sebab tu kau gelabah semacam je ni. Selalu kau tak macam ni..." Soal Bik Tom masih tak berpuas hati. Dalam diam dia suka menyakat Seri sebab budak ni nampak bertambah cantik bila tengah kalut.
"Bik, semalam tak ada jadi ape pun lah. Kami makan malam je. Dan... sekarang Seri nak pergi hotel nak hantar breakfast ni untuk Zein." Aku senyum selepas menghabiskan ayat.
"Yelah. Ni kau nak keluar Puan Sri dah tahu belum? Karang dia bising kat aku. Aku tak nak lah sebab kau aku dapat emej buruk dalam rumah ni." Ujurnya tegas.
Seri senyum mendengarnya. Tegas betul Bik Tom ni.
"Seri tak nak ganggu mama, semalam pun papa balik dah lewat malam. Tentu mama nak spend time lebih dengan papa. Nanti Bik Tom tolong inform mama ye?"
"Hey nasib aku sayang kau. Kalau tak malas aku nak sampaikan pesanan kau tu. Sekejap. Kau pergi naik apa? Suruh je lah Mus hantar. Dia pun tak ada kerja tu. Cepat sikit sampai." Ujur Bik Tom dengan memberi cadangan dengan wajah selambanya.
"Triple no bik. Seri tak selesa. Lagi pun Abang Mus tu driver merangkap bonzer papa. Tak mahu lah Seri. Dah la Abang Mus senyum pun tak pernah, dah tu macam agent 007 pun ade. Seram lah." Seri mengawangkan tangannya tanda tak mahu.
Bik Tom ketawa perlahan.
"Kan... aku pun pikir macam tu jugak. Ingat aku sorang je yang cakap dia macam tu." Bik tom masih dengan sisa tawanya. "Tapi kau jangan cakap pasal Mus depan Ainun..."
Aku angkat kening tinggi seperti menyoal.
"Mus tu pujaan 3 dara dalam rumah ni, terutama si Ainun tu..."
Aku melongo tak percaya. Biar betul? Kemudian aku senyum pula. Timbul idea nakal.
"Bukan 3 la bik. Empat. Termasuk... Bik Tom!" Terus aku capai beg kertas lalu keluar dari dapur. Takut dapat flying kick dari Bik Tom. "Ok la bik. Seri gerak dulu nanti lambat."
"Seri! Hati-hati!" Laung Bik Tom dari dapur. Kemudian dia senyum sendiri. Mendengar apa yang Seri katakan tadi, jiwanya jadi kacau. Gila la Seri ni. Aku mana suka mamat bonzer tu. Lain la kalau Shah Rukh Khan ke, Salman Khan ke. Ini Mus? Nehhi... nehhi... Khabi nehhi...
********
Setelah tiba ke destinasi yang ingin dituju, Seri turun dari teksi setelah duit bertukar tangan. Jejak saja kaki ke muka hadapan hotel, Seri jadi speechless.
Fuhh!
Ni ke Hotel Pacific View? Mata aku menerawang memandang setiap tingkat yang ada di hotel itu. Bermula dari tingkat bawah sehingga ke tingkat terakhir yang diatas langit sana. Entah berapa puluh tingkat la ni?
Tinggi betul. Dari luaran saja hotel ini sudah kelihatan exclusive. Apa lagi kalau didalamnya. Patut Zein tak cukup tangan nak handle seorang diri. Timbul rasa kasihan pada suaminya. Papa pula nak tambah lagi 1 cawangan di Pulau Pinang. Macam manalah nak handle semua tu.
Dengan teruja aku melangkah menuju ke bahagian receptionist yang setiap sedia menanti tetamu.
"Welcome to Hotel Pacific View. May I help you miss?" Ujur gadis yang bernama Alia itu. Dia melemparkan senyuman semanis.
Aku membalas senyuman itu.
"I'm Seri. Can I meet Tengku Zein Luftman?"
"Do you have any appointment?" Soal Alia.
"Ermm... No, I haven't. But I'm..." Alamak! Takkan aku nak bagi tahu aku ni isteri Zein. Mahu terngadah orang kat sini dengar. Mana Zein kasi heboh pasal dia kawin selagi majlis resepsi belum berlangsung. Aku pun satu, boleh pula lupa etika nak berjumpa dengan orang ternama ni. Nak kene appointment bagai. Ni pula pakai serbu aje. Aku sudah garu kepala yang dilapisi shawl. Apa aku nak cakap ye?
Alia dah pandang aku bagai menanti jawapan yang tak muncul-muncul.
"Morning Cik Merissa."
Seri menoleh pada nama yang digelarkan itu. Wanita yang mengenakan baju formal pejabat. Aku lihat sekilas. Simple but nice. Kemeja biru lembut dan dress pants warna kelabu. Rambutnya pula perang dan dibiarkan lepas.
"Morning Alia." Ujurnya ceria. "Anything for me?" Ujurnya sambil mengambil sebuah buku dan menulis sesuatu didalamnya.
"Nothing, Cik Merissa."
"Okay. Today Tengku schedule was very restrictive. So, any visitors who doesn't have any appointment, please call me first." Arahnya. Lembut tapi tegas. Penilaian Seri pada Merissa. Mungkin ini secretary Zein.
Alia mengangguk tanda faham.
"Arr....Cik Merissa!" Alia bersuara kembali bila sedar dia belum memberitahukan kehadiran Seri.
Merrisa tak jadi meneruskan langkahnya. Dia segera berpaling.
"Kenapa?"
"Cik ni nak jumpa Tengku." Ujur Alia.
Merissa mengalihkan pandangannya kepadaku. Aku senyum kemudian dia membalasnya.
Seri beri salam. Salam yang aku disambut mesra oleh Merissa. "Sorry if I'm bother. Actually I want to meet Tengku but I haven't made any appointment. But if possible, will you allow me to meet him?" Beritahu aku jujur.
"Oh. Sorry. But he hasn't come to the office yet. Any message perhaps?"
"It's alright then. Just give him this." Ujurku sedikit kecewa. Inilah resiko bila tidakk membuat sebarang temujanji terlebih dahulu. Aku hulurkan bungkusan itu kepada Merissa. Dia menyambutnya dengan ragu-ragu. Dahinya sedikit berkerut.
"Err.. Don't worry. It's just a food. Puan Sri Rania has made it for him..." bohongku. Sorry mama, Seri terpaksa jual nama mama.
"Oh?" Sedikit pelik Merissa rasakan tapi dia tetap menyambut bungkusan bewarna coklat itu. Belum pernah dalam sejarah Puan Sri Rania bagi makanan pada Tengku Zein. Ini pertama kali. Siap hantar ke hotel pula. Hairan.
Wanita bernama Seri itu dipandang tak jemu. Siapa perempuan ni? Penampilannya cukup sopan. Hanya menggayakan blaus longgar bewarna coklat dan palazzo putih beserta tudung bewarna cream. Tak lah serupa perempuan-perempuan yang selalu Zein bawa ke hotel. Takkan maid pula? Cantik sangat kalau maid. Isteri? Bila masa Zein kawin? Merissa masih berteka teki didalam hati.
"Sure. I'll handed to him. And you are?"
"Call me Seri."
Usai kerja menghantar makanan kepada Zein tidak seperti yang aku rancang, maka aku seperti hilang mood. Nak pergi mana lepas ni? Seri berkira-kira mahu pulang kerumah atau terus menunggu disini menanti Zein tiba. Akhirnya keputusan sudah diambil.
Seri menarik langkah ke cafe hotel yang terletak berhadapan dengan kaunter penyambut tetamu. Ia lebih memudahkan Seri untuk melihat setiap orang yang keluar masuk.
Seri mengambil tempat yang memuatkan 2 orang yang bersebelah dengan pintu utama cafe. Setelah punggung dihenyak di kerusi kayu yang bersalut kusyen itu, Seri melihat menu yang ada dimeja.
Tak tunggu lama, Seri didatangi pelayan wanita yang mahu mengambil pesanannya.
"A cup of cuppocino latte please." Ujurnya. Sambil menutup kembali buku menu. Wanita itu mencatit pesananku dan beredar dari situ.
Seri kalih pandangannya pada sekumpulan pelancong yang sedang sibuk menjamu selera. Melihat pelbagai bagasi berlainan saiz, Seri jadi ingat pertama kali dia menjejakkan kaki ke Teratak Rania. Dia tersenyum sendiri. Susah untuk aku lupa hari itu. Hari pertama dibanglo mewah itu aku paus dibuli oleh Zein, siap jatuh kolam lagi. Belum lagi kata-kata kesat yang Zein lepaskan. Semuanya jadi memori tersendiri dihati Seri.
Lamunan Seri terhenti apabila pesanannya tiba. Satu cawan cuppocino latte diletakkan dihadapannya beserta piring yang berisi 2biji coffee bun.
"Err... Sorry, but I didn't make any order of these." Ujurku hairan. Coffee bun yang didalam piring aku tolak sedikit dihadapan pelayan wanita itu.
"Oh! That's special for you. And also this..." Dia menghulurkan sekeping nota bewarna putih pula. Seri melihatnya dengan pandangan yang pelik.
"Ok miss. Anything else?"
Aku tersenyum dan menggeleng. Mawar nama pelayan itu. Kemudian dia beredar dari tempat ku.
Aku melihat kembali nota yang diberikan. 'A cup of cuppocino latte combined with coffe bun was a very perfect match. Enjoy your breakfast sweety.' Seri termangu ditempatnya.
Siapa yang kasi aku nota ni? Dia meliarkan pandangan kesekeliling kawasan cafe. Satu persatu meja yang ditempati oleh pengunjung aku amati.
Tak tunggu lama aku tertancap pada sebuah meja yang tak jauh dari aku. Aku focuskan mata kehadapan. Spek bulat aku betulkan kedudukannya pada hidung.
Seorang lelaki tidak jauh dari tempat aku duduk begitu mencurigakan. Aku tunduk melihat nota dan melihat kembali lelaki itu. Ah! Tak mungkin dia.
Melihat penampilanya saja aku rasa dia bukan calang-calang orang. His wearing a Full set of office attire! T-shirt V neck putih dipadankan dengan slim fit one button coat warna biru biru gelap. Rambut hanya disikat belakang. Memang cair la perempuan kalau tengok ni. Muka macho habis. Sikit bulu kat muka pun tak ada. Rupanya mengingatkan aku pada rupa Adrian Tan. Dia pun tak suka ada bulu-bulu dimuka. Rimas katanya. Nasib bulu kening lebat.
Badan dah tegap. Tapi tegap macam tu pun siap ada bodyguard? Tak agak-agak. 2 orang pula tu.
"Dalam cafe pun kena pakai bodyguard ke?" Soal Seri sendiri. Ah biarlah. Dia nak pakai berapa bodyguard pun bukan urusan kau.
Terus Seri melarikan pandangannya ke tempat lain bila mata itu bagai menikam matanya. Dia perasan ke aku tengok dia ke? Aduh la Seri. Padam muka kau! Tulah siapa suruh kau tengok dia macam nak tembus dinding.
Bukan dia! Sangkalku. Takkan orang se-smart itu yang berikan aku nota dan coffe bun ini? Aku cari lagi siapa agaknya telah memberikan aku nota ini. Disebabkan waktu begini, tidak ramai orang yang makan di cafe. Maka, mudah untuk aku melihat setiap pengunjung yang ada. Hisy! Semua berpasangan, tak pun berkumpulan. Memang tak ada yang mencurigakan langsung. Aku tunduk memandang air yang aku pesan tadi. Kemudian kepada coffee bun itu. Takut la pulak nak makan. Mana tahu dibubuhnya racun?
Seri tolak tepi piring berisi roti tersebut. Dia hanya minum air yang dipesan tadi. Kemudian waitress bernama Mawar datang semula ke meja Seri.
"Excuse me miss... This is another note for you." Aku pandang Mawar dengan kerut seribu dimuka. Lagi sekali?
Nota! Daripada tulisan tangan yang sama.
Muka Seri sudah sudah cuak. Mawar tahu pasti Seri risau. Masakan tidak, berturut-turut dapat nota yang sama.
"Can you tell me, who was giving me this?" Ajuku pada Mawar.
"Hmmm... Sorry miss. Saya hanya jalankan tugas saya." Kemudian Mawar terus berlalu.
Nota itu aku lihat semula. 'Your smile are just likes coffee. Two different things but had the same meaning. So addictive. Don't worry, the bun was safe for you to be eaten.' Erk! Bila masa aku senyum? Dan macam tahu-tahu je aku takut dia bubuh racun.
Seri pandang semula pada coffee bun tersebut. Rasa ragu pada mulanya dihapus dan diganti dengan rasa percaya setelah pasti nota itu mengharapkannya seperti itu. Membazir pula kalau tak makan. Kan ini salah satu rezeki juga.
Dikejauhan, DIA tersenyum puas bila wanita yang berjaya menarik perhatiannya itu memakan pesanan yang diberikan kepadanya. Entah kenapa sejak wanita itu masuk kedalam cafe, pandangannya tidak pernah lepas dari melihat kejelitaannya. Bukan tak pernah dia melihat kecantikan seperti itu sebelum ini, malah lebih cantik dari itu pun dia pernah jumpa.
Hampir keserata tempat dan benua yang dia pergi, belum pernah lagi hatinya berdetak begitu hebat hanya dengan melihat seraut wajah asing baginya. Hanya dengan memandangnya saja sudah mampu menenangkan hatinya yang saat ini sedang bercelaru. Celaru disebabkan pertunangan yang putus ditengah jalan.
Bekas tunangnya pun masih belum mampu menggetarkan hatinya. Walaupun jodoh itu aturan keluarga namun dia terima dengan terbuka. Cuma hati masih menidakkan penerimaan itu. Malas mahu menentang kehendak papa mama jadi dia turutkan. Tapi sudah tertulis bukan jodoh mereka, akhirnya pertunangan mereka putus jua. Dia tidak tahu sama ada mahu berterima kasih atau teruja selepas perpisahan itu terjadi, namun hati cukup berlapang dada. Tak mungkin tak ada kesan sedikitpun dihati? Ya ada, tapi tidak sampai menjejaskan kehidupannya.
Dia yakin akan ada wanita lain yang mampu menghadirkan rasa itu dalam hatinya. Dan kini tak sampai seminggu dia berpisah dengan tunangnya, hadir pula seorang yang sejak tadi mengganggu pandangan matanya. Siapa dia? Dari mana dia datang? Tak disangka di negara asing ini dia berjumpa dengan wanita tempatan yang berjaya mencuri tumpuannya.
Dia sudah menanam tekad untuk mengenali wanita yang berjaya mencuri perhatiannya itu. Walaupun tujuan asal dia ke sini disebabkan urusan busines semata, namun tak salah dia jika dia melencongkan sedikit ke arah kehidupannya. Ini soal hati yang memaks. Papa juga takkan bantah. Dia lagi suka adalah. Papa, wo zhaodaole wo de ai ren. (Papa, saya sudah jumpa kekasih saya.)
Dia atur langkah menuju ke meja yang diduduki oleh si gadis.
"Hello! If you don't mind, can I accompany you here?" Ujurnya pada Seri.
Seri panggung kepala. Bulat mata melihat sekujur tubuh itu berdiri tepat dihadapannya. Bertambah terkejut bila lelaki yang sama dilihatnya bersama bodyguard itu sudah ada didepan mata.
"Excuse me?!"
*******
Pintu kaca ditolak dari luar. Merissa berdiri disebaliknya pintu dan bersedia itu melakukan tugasnya seperti biasa.
"Morning Tengku. Today you have 3 meetings need your attention. Start at 10am with Mr. Aryan representative from HongKong. Meeting has been scheduled in this office. At the afternoon 3pm with Dato Shukur at PWTC and last one is... 5pm with Mr. Roslan also at PWTC. That's all Tengku." Lancar Merrisa membacakan jadual mesyuarat yang bakal Zein ikuti.
Zein memganggukkan kepalanya.
"Please arrange my meeting with Mr.Aryan at the confrence room and if it's possible, can you deal us some refreshment? Saya pun belum breakfast lagi." Beritahu Zein kepada pembantunya itu.
"Sure, Tengku. Anything else?"
"No. You may leave."
"Oh before I forgot, this is for you." Beg coklat itu diletakkan diatas meja kerja Zein.
"Saya tak terima sebarang hadiah Merissa. You know me." Zein memandang sekilas beg yang sudah ada diatas mejanya. Kemudian beralih pula pada file diatas meja. Mesti hadiah dari mana-mana kekasihnya.
"Nope! This time around you're wrong, Tengku. This made special for you... from Puan Sri Rania." Sambil sebuah senyuman diberikan kepada Tengku Zein Luftman.
"Mama? Really!? Siapa yang hantar?"
"Seri, Tengku."
"Hah?" Zein jadi terkejut beruk bila sepotong nama itu disebut. Terus beg kertas tersebut diambil dan dibuka isi didalamnya. Ada sebuah bekas kaca yang tersusun rapi didalamnya.
"Did she said anything else?" Ujur Zein sedikit kalut. Buat apa Seri datang sini? Setakat nak hantar benda ni pada aku. Apa motif dia? Ke nak hebohkan pada semua orang dia tu isteri aku? Dammit! Aku memang tak boleh percaya perempuan macam kau.
"No, she didn't. She just passed me that bag."
"Okay... Thanks Merissa. You may go now." Lega dirasa bila Seri tidak membocorkan rahsia mereka. Belum tiba saatnya lagi untuk mereka semua tahu.
Merissa mengangguk sekali kemudian terus beredar dari bilik mewah itu. Dia membatalkan hajatnya untuk bertanya lebih mengenai gadis itu. Biarpun pelbagai persoalan bermain dimindanya saat ini.
Ada nota terselit diatas bekas kaca itu. Nota dibaca 'Thanks sebab temankan saya makan malam semalam. I'll remember for entire life." Zein pamer senyum puas. Sungguh dia juga merasa hal yang sama. Makan malam berdua dengan Seri memberikan satu suasana baru bagi dirinya. Tidak pernah dia rasakan sebelum ini dengan mana-mana wanita lain walaupun dengan Munirah. Adakah dia benar-benar jodohku?
Hati Zein semakin berbunga-bunga bila melihat isi bekalan yang dibawakan untuknya. Ini mesti Seri yang buat, bukan mama. Sebab mama tak pernah ada masa untuk masak.
Sandwich tuna yang dibuat oleh Seri sangat menarik perhatian mata dan lidahnya. My favourite! Patut la tanya macam-macam kat aku semalam. Rupanya ada agenda lain. Zein menguntum senyum.
Sedikit terharu kerana Seri sanggup menghantar makanan untuknya. Walaupun makanan di hotel lagi sedap dari ini. Tapi tetap tak sama bila dibuat dengan hati yang ikhlas dan lebih penting air tangan seorang isteri.
Langsung tangan laju mengambil potongan sandwich yang telah dipotong segi tiga itu lalu disua kemulutnya. Kunyahan demi kunyahan sehingga habis ditangan lalu diambilnya lagi. Pandai dia buat. Kena dengan taste aku. Kebetulan dia memang belum bersarapan dikondo, jadi menu ini memang kena dengan waktunya. Tiba-tiba minta teringatkan sesuatu. Bekas kaca itu disusun semula kedalam beg kertas lalu menuju ke muka pintu. Mencari Merissa.
"Merissa pukul berapa Seri hantar makanan tu?" Soalnya bila sampai ke meja Merissa.
Merissa bulat mata. Fuhh! Ini betul-betul out of mind ni. Tengku Zein Luftman aka boss ego, fussy, pemarah macam dia datang meja aku semata-mata nak tanya pasal seorang perempuan? Selalu perempuan yang tanya dia. Boleh masuk record book ni. Sejak aku kerja dengan Tan Sri Zuriman pun dia tak pernah macam ni.
"Around 8am Tengku. Why?" Kali ini kecurigaan betul-betul mendesak hati Merissa untuk mencungkil siapa Seri sebenarnya.
Zein kalih mata ke jam tangan berjenama Louis Moinet Magistralis di tangannya. Sekarang baru 9.10 pagi.
"Please you check for me, if she still there. Now!" Arahnya.
Kalut Merissa mengangkat ganggang telipon dan mendail nombor penyambut tetamu. Setelah memastikannya Merissa kembali meletakkan ganggang di tempatnya.
Zein masih menanti dengan sabar.
"Tengku, she's in the cafe right now."
Masih sempat lagi kalau aku nak jumpa Seri. Desisnya dalam hati.
"Make sure the meeting set up perfectly. I don't want to hear any complaint from them. Make them comfortable. I won't be long." Pesan itu diberikan sejurus Merissa menyudahkan katanya. Terus dia menghilang dari pandangan pembantunya itu.
Merissa jadi termangu-mangu ditempatnya. Kenapa Tengku begitu teruja? Siapa Seri baginya?
Share this novel