Chapter 15

Horror & Thriller Completed 3279

MAHKMAH tinggi telah bersetuju memutuskan penceraian Zackry ke atas Syamimi dengan beberapa bukti dari pihak wanita. Nampak airmuka Syamimi sudah senyum selepas Puan Magistrate berkata. Di luar dewan mahkamah, Inspektor Fahmi dah tersenyum bahagia. Dia bersorak secara perlahan. Memang ini yang dia nanti-nantikan. Haffiq dan Inspektor Shah menghampiri rakan sekerjanya. Mereka pun menumpang gembira.

Syamimi keluar dari dewan dengan muka bahagia. Waktu itu, Inspektor Shah sudah menanti di luar. Dia tepuk tangan tanda wanita yang bakal menjadi mama kepada Ain Sofiya. Beberapa polis masuk ke dalam untuk membawa Zackry keluar dari dewan mahkamah.

Zackry menjegilkan mata tak berpuas hati. Dia tahu sangat ini mesti angkara Inspektor Fahmi yang mahu Zackry dan Syamimi bercerai. Dia sempat pusingkan kepala memandang Syamimi. Wajahnya tak lekang dari senyuman.

"Terima kasih ya temankan saya." kata Syamimi nak berterima kasih pada Inspektor Fahmi kerana temankan sepanjang kes dibicarakan.

"Tak mengapa sayang. Saya buat semua ni untuk sayang dan arwah Hayder." Inspektor Fahmi balasnya. Terukir bibir senyuman kerana masih wujud lagi lelaki yang sebaik-baik seperti Inspektor Fahmi.

"Woo~~." Inspektor Shah dan Haffiq sempat mengusik.

Selepas kes pembicaraan penceraian Zackry ke atas Syamimi. Empayar Zackry telah musnah kerana pihak polis dan pihak berkuasa telah sita kilang lama dan merampas segala harta benda. Rumah banglo mewah juga disita dan dijadikan sebagai kes. Datin Syida telah menjadi korban pada awal. Saudara mara Zackry semakin menjauhkan diri sebaik sahaja berita mengetahui Zackry yang merupakan dalang dalam sebuah sindiket pemerdagangan manusia. Kehidupan Zackry telah musnah dan hutang dia dengan orang luar semakin meningkat gara-gara mereka sudah pun membayar untuk beli dagangan manusia.

++++++

Syamimi dan Anis berjalan masuk ke kawasan tanah perkuburan. Mereka pergi ke arah sebuah pusara yang dihias indah. Kedua-duanya duduk di kerusi yang telah disediakan untuk waris keluarga. Syamimi melihat pusara Hayder bersih. Pokok bunga ros yang ditanam kembang mekar. Bau wangi muncul datangnya dari pusara Hayder.

"Assaalamualaikum Hayder. Ibu dengan auntie Anis ada datang." Syamimi memberikan salam buat anaknya. Dia pun mulakan bacaan Yaasin kepada arwah anaknya.

Beberapa ketika kemudian, kelihatan Inspektor Fahmi datang sekali bersama adiknya Natasha dan anak gadisnya. Mereka baru lepas menziarahi pusara arwah Nor Aida iaitu isteri Fahmi dan ibunya Ain Sofiya. Mereka berjalan menghampiri Syamimi dan Anis.

Ketika ini Syamimi menyiram air di atas pusara Hayder. Anis pula duduk sambil membaca surah Al-Fatihah beberapa kali. Matanya tak lari dari melihat pusara bersih itu. Syamimi sibuk cabutkan rumput.

"Assalamualaikum..." Inspektor Fahmi menyapa.

"Waalaikumsalam.. Ohh awak rupanya." Syamimi terima kehadiran pelawat pusara anaknya.

"Awak, ni lah keluarga saya. Ni Natasha adik perempuan saya.." Inspektor Fahmi kenalkan. Natasha terus salam dengan Syamimi dan Anis.

"Dan yang kecil comel ni, Ain Sofiya." Syamimi hulurkan tapi Ain Sofiya tak balas pun. Dia takut sebab dia tak kenal lagi.

"Budak-budak.." gumam Natasha. Anis senyum saja sebab faham.

"Ain, auntie Syamimi tu akan jadi mama Ain." kata Inspektor Fahmi memujuk anak kecilnya.

"Mama Ain??" soal Ain Sofiya manja. Ayahnya mengangguk. Ain Sofiya pandang Syamimi yang bakal jadi mama barunya.

"Sini dekat auntie.." Syamimi panggil. Perlahan-lahan Ain Sofiya berjalan ke arah Syamimi. Dia hulurkan dua tangannya. Terus Syamimi sambut dan peluknya. Terubat sikit rindu dia nak peluk anak.

Ain Sofiya berasa ada satu lagi tangan yang peluknya. Dia toleh kepalanya. Rupanya ada seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 12 tahun turut peluknya. Yang lain tak nampak gerangan Hayder yang peluk Ain Sofiya dan Syamimi.

++++++

"PENCERAIAN saya dengan Zackry dirancang oleh Anis dan Fahmi. Mereka yang bagi saya bukti melalui satu fail untuk diserahkan pada peguam dan Puan Magistrate. Memang dari surat yang Inspektor Fahmi bagikan sudah ada banyak bukti boleh dikaitkan bahawa Zackry banyak mengabaikan saya. Ditambah lagi ada rekod jenayah paling berbahaya." Syamimi menceritakan kejadian dia bercerai dengan Zackry. Ustazah Dahlia menarik nafas dalam-dalam.

"Masih ada lagi orang buat kerja sindiket dagang manusia." Ustazah Dahlia mengeluh. Tak faham dengan sesetengah orang.

"Kalau nak hidup mewah dan kaya. Jual daging manusia." kata Ustaz Zain.

"Mereka tak takut dengan azab neraka ke??" soal Ustazah Dahlia tak berpuas hati.

"Kalau mereka kenal Allah. Takdenya nak buat jenayah macam ni." Ustaz Zain menjawabkan. Isterinya melepaskan keluhan berat.

Ustazah Dahlia berpaling memandang ke arah Boneka Hayder. Dia sapu rambut dan wajah plastik itu.

"Hayder anak yang baik. Dia buat perkara ni kerana dendam dan mengikut hawa nafsu syaitan." kata Ustazah Dahlia bersimpati ke atas nasib Hayder.

"Syamimi, teruskan cerita.." Ustaz Zain menyuruhnya.

++++++

Semenjak Syamimi menjadi single mom. Dia dah tak rasa sedih atau nak menangis lagi. Pembalasan suaminya sudah terlaksanakan. Dia langsung takde rasa sedih atau belas kasihan. Selama 12 tahun anaknya tanggung derita sendiri akibat didera. Dia lebih bersimpat terhadap arwah Hayder berbanding Fareed.

"Dah jadi single mom. Dah bebas nak buat apa saja. Kalau dulu ada suami. Asyik kena pukul. Anak kena pukul. Cerai kahwin untuk kali kedua. Suami macam tak peduli. Masa kematian Yati, siap merajuk dengan aku. Kau ada declare dengan perempuan tu ke apa??? Bodoh punya Zackry! Aku harap perkahwinan yang ketiga ni aman. Ain Sofiya dah sukakan aku. Natasha pun okey. Tinggal tunggu nak jumpa mak ayahnya saja. Aku berharap jodoh aku untuk kali ini lebih panjang sampai bila-bila." Syamimi bermonolog sendiri. Dia tak sedar Anis dari tadi dengar dia bebel seorang diri. Anis pun lama tak tengok airmuka Syamimi tampak bahagia selepas bercerai.

"Kau kalau nak jodoh kekal bahagia. Kau kena solat yunk." Anis bersuara tiba-tiba. Terkejut Syamimi lalu dia malu sendiri. Dalam fikiran dia pasti Anis ada dengar dia bebel sendirian tadi.

Syamimi pun teringat dia sudah lama tinggalkan solat. Masa zaman ada Hayder, dia mengajar Hayder solat kalau nak masuk syurga. Dia teringat masa Hayder berusia 6 tahun dulu.

"Ibu, kenapa orang Islam kena solat?" Hayder menyoal semasa dia kecil dulu.

"Erm.. Macam mana ibu nak cakap ea.. Sebagai seorang Muslim memang kita digalakkan untuk menunaikan solat lima waktu. Itu cara kita untuk berterima kasih kepada Allah kerana berikan kita hidung untuk bernafas, berikan kita kaki untuk berjalan, berikan kita tangan untuk capai sesuatu, berikan kita mulut untuk bercakap benda baik, berikan kita mata untuk melihat." kata Syamimi. Sebenarnya dia pun agak jahil tapi dia cuba yang terbaik buat anaknya. Dia tak mahu anaknya mati dalam keadaan jahil. Dan dia tak mahu anaknya masuk neraka.

"Ibu, kalau betul Allah bagikan tangan kaki kita untuk perkara baik?? Kenapa Hayder asyik kena pukul? Adakalanya ayah pijak perut Hayder. Tiga hari Hayder tak lalu makan sebab sakit bu.." Hayder mengadu membuatkan Syamimi hampir nak menangis.

"Sini sayang.." Syamimi panggil Hayder. Anaknya itu bangun lalu peluk ibunya. Syamimi balas peluknya dengan lebih erat.

"Ibu ada sayang. Ibu ada.." Syamimi pujuknya.

Imbasan telah pergi. Syamimi mengambil wudhu' bersama Anis. Dia rasa nak menangis bila mengingatkan betapa jahilnya dia sudah lama tinggalkan solat. Fareed dulu mengamuk masa dia nak solat. Sampai kain telekungnya dibakar depan mata dia. Dekat situ dia sudah tinggalkan solat kerana kain telekung tiada. Mujurlah Anis ada sepasang lagi dan boleh juga dia gunakan.

Mereka tunaikan solat. Setelah solatnya selesai. Anis berdoa sekejap dan membiarkan Syamimi duduk berzikir. Anis tanggalkan kain telekung dan terus bangun untuk keluar dari bilik.

"Ya Allah, ampunkan segala dosa aku. Ampunkan segala dosa Hayder. Ampumkan dosa ibu dan ayahku. Matikan aku dalam khusnul khotimah. Satukan aku dan Hayder di dalam syurgamu Ya Allah. Satukan kami aku dan Hayder bersama ibubapaku di syurga.

Ya Allah, kuatkanlah jodohku dengan Inspektor Fahmi. Berikan aku seorang suami yang boleh melindungi aku. Aku teringin untuk berumah tangga dan tinggal bersama keluarga yang baik-baik. Kau makbulkan kami.."

+

"Ya Allah, kuatkan aku untuk disatukan dengan Syamimi. Anak aku, ibubapaku, adikku dan saudara mara ku supaya menerima perempuan yang sebaik Syamimi. Kau ampunkan dosa bakal isteriku. Kau ampunkan dosa Hayder. Kau ampunkan dosa arwah isteriku, Nor Aida..." Inspektor Fahmi berdoa selepas menunaikan solat. Ain Sofiya duduk di bahagian belakang sambil menadah tangan. Dia tertoleh ke arah sebelah kanan ayahnya.

Kelihatan Hayder meletakkan jari telunjuk ke bibir supaya diam. Hayder tersenyum yang sangat manis. Wajah Hayder kelihatan bersih dan tampan. Tubuhnya bercahaya dan berkain baju putih keseluruhan. Ain Sofiya sudah tak boleh tahan nak panggil.

"Abang!" Ain Sofiya dengan tiba-tiba terpanggil. Hayder membulat biji mata sambil meletakkan jari dibibir menyuruh diam. Sesekali ayahnya berpaling sikit sebelum dia sambung berdoa. Sesudah aminkan doa. Dia pusing kebelakang. Tengok anaknya pandang ke arah lain sambil tadah tangan. Dia tak tahu ayahnya dah habis solat.

"Amin..." Inspektor Fahmi pegang tangan kecil anaknya lalu tolong aminkan doa. Ain Sofiya terus pandang Hayder yang kali ini di sebelah kiri ayahnya yang menghadap ke arah dia.

"Ain ni kenapa bising masa ayah doa?? Ain cakap apa tadi?" soal Inspektor Fahmi menegur.

"Ada abang tadi." kata Ain Sofiya sambil tunjuk sesuatu di sebelah kiri Fahmi. Inspektor Fahmi pun berpaling untuk tengok.

"Takde pun. Abang mana pulak ni? Ain kan anak tunggal ayah. Ada abang ke?" soal Inspektor Fahmi.

"Tapi abang ni Ain nampak masa jumpa mama. Dia peluk Ain dengan mama." kata Ain Sofiya membuatkan Inspektor Fahmi dah boleh agak siapa 'abang' yang dimaksudkan anaknya.

"Anak ayah mesti nak ada abang kan??" soal Inspektor Fahmi. Ain Sofiya mengangguk lemah. Ayahnya senyum saja dan tak marah.

Dia teringat Syamimi ada cakap yang arwah Hayder masa usia 12 tahun pernah kata nak ada adik. Sebab kalau ada adik dia boleh jaga dan melindungi adiknya. Tapi sayang seribu kali sayang. Hajatnya tak kesampaian dan Hayder pergi dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience