Suasana di kediaman Tuan Martis huru hara dengan penuh jiran tetangga datang hulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran. Mereka semua tersedar selepas tercium bau benda hangus. Waktu itu, kesemua jiran satu taman berpakat keluar untuk hulurkan bantuan dengan memadamkan kebakaran. Tidak lama kemudian, baru pihak bomba datang padamkan.
Ambulan datang juga pada waktu malam apabila mereka diberitahu terdapat mayat seorang lelaki mati dengan kedua belah tangan dan kakinya dipotong. Ambulan hanya datang sebuah sahaja. Bila api sudah dipadamkan. Rupanya masih ramai lagi mangsa kebakaran. Dan pihak hospital telah dihubungi untuk menghantar beberapa buah ambulan.
Inspektor Fahmi segera ke tempat kejadian. Dia turun dari kereta dan berjalan. Melepasi pita kuning masuk ke dalam kawasan perumahan yang hangus terbakar. Apa yang dia nak siasat selain daripada mayat. Dia nak menyiasat kesan tapak kaki. Dia pergi ke arah mayat Linggam. Sah! Ada kesan tapak kaki yang Detektif Alina bagi semalam. Inspektor Fahmi mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit sebelum pihak forensik dan detektif lain jalankan kerjanya.
+
PADA keesokan harinya. Inspektor Fahmi segera keluar rumah untuk ke tempat kerjanya. Selepas selesai menghantar Ain Sofiya ke rumah adiknya. Dia perlu ke Balai Polis dulu untuk clock in tanda kehadiran dia datang bekerja. Dia pergi menghadap komputer dan keluarkan fail untuk meminta izin masuk ke sebuah premis tempat kerjanya Tuan Martis.
Dia keluarkan fail yang ada rekod jenayah lelaki tersebut. Inspektor Fahmi menulis beberapa point-point penting untuk di penuhkan dalam laporan dan siasatan dia sendiri. Haffiq mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam.
"Bro, nak gerak sekarang ke?" soal Haffiq. Inspektor Fahmi tidak menjawab pertanyaan, sebaliknya menulis saja.
Dia keluarkan telefon bimbit. Dia buka galeri bergambar dalam telefon. Dia tunjukkan sesuatu pada rakan setugasnya. Haffiq tengok gambar yang di ambil. Ada kesan telapak kasut seperti kanak-kanak berusia 12 tahun.
"Ni macam bekas tapak kasut yang kau tunjukkan aku kelmarin kan?" soal Haffiq. Inspektor Fahmi berhenti menulis. Dia memandang rakan setugasnya.
"Bekas tapak kaki ni sama macam Alina tunjukkan aku dekat tempat kejadian premis kedai mainan dan rumah Dato Isa. Kematian mereka ni sangat tragis sampai berpotong-potong anggota badan. Kematian Pak Musa dan Dato Isa satu keluarga sama dengan kematian Tuan Martis ni. Ada sesuatu yang tak kena dengan kejadian yang berlaku.." Kata Inspektor Fahmi masih nak mencari clue untuk dia boleh kenalpasti suspek dan motif pembunuhan.
Inspektor Fahmi mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia ternampak sebuah kotak mainan. Isi boneka tiada kerana Ain Sofiya sudah keluarkan dan gunakan untuk mainan. Inspektor Fahmi bangun dan pergi ke arah kotak mainan besar itu. Saiznya macam budak berusia 12 tahun.
"Kau kenapa tengok kotak mainan tu?? Tak buang lagi ke?" soal Haffiq. Inspektor Fahmi pandang rakannya. Entah kenapa selepas anaknya keluarkan boneka ni. Dia masih simpan kotak mainan.
"Aku tak tahulah. Nak tanya, Tuan Martis ni ahli perniagaan dalam sebuah syarikat Kasus Holding kan?" soal Inspektor Fahmi. Haffiq mengangguk sambil mengambil fail rekod jenayah arwah Martis. Dia buka laman muka surat dan mencarinya. Dia tunjukkan isi kandungan.
"Kasus Holding ni dibawah syarikat besar yang dinamakan Gold Mega Holding. CEO company milik Tuan Zackry. Sebenarnya, kau nak kata apa?" soal Haffiq memberitahu sambil bertanyakan kenapa mamat depan dia ni nak tahu syarikat milik Tuan Martis.
"Clue ni macam ada kena mengena dengan Tuan Zackry. Pak Musa meninggal dan bila aku tengok rekod jenayah. Dia pernah bekerja sebagai bodyguard kepada Gold Mega Holding. Dan Dato Isa satu keluarga telah dibunuh. Pun ada kena mengena dengan pertalian darah Tuan Zackry. Dan yang terbaru Tuan Martis. Takde pertalian darah dengan Tuan Zackry tapi syarikat dia dibawah naungan Gold Mega Holding." Inspektor Fahmi mentafsirkan sendiri mengikut logik akal.
"Kau jangan main gila! Tuan Zackry tu pengaruhnya kuat dan besar. Silap langkah kau mati." kata Haffiq menghalang rakan dia dari fikirkan yang bukan-bukan pasal Tuan Zackry.
"Aku bukan nak tuduh. Tapi semua yang berlaku ni macam ada kena mengena. Pembunuh ni bijak sebenarnya. Dia bunuh orang yang ada kaitan dengan Gold Mega Holding mahupun pertalian darah. Dia dah kahwin dengan seorang janda kan??" soal Inspektor Fahmi. Haffiq mengangguk kerana majlis perkahwinan Tuan Zackry ditaja oleh pelbagai pihak dan terpaling mewah di Bandar Metropolitan.
"Janda tu aku tak berapa nak kenal. Tapi, dia pernah datang balai untuk buat laporan polis mengenai kematian arwah anaknya. Dia siap bagi nama dan umur arwah anaknya." Haffiq membuka cerita setahun yang lepas.
"Siapa nama anaknya tu dan umur?" soal Inspektor Fahmi. Haffiq pejamkan mata dan cuba ingat semula.
"Semua dokumen tu ada pada aku. Nanti aku ambil. Dah jom pergi premis Kasus Holding." Haffiq mengajaknya sebelum banyak pulak yang mereka sembangkan nanti.
+++++++
Hari ini Anis nak datang melawat dia. Lagipun memang Syamimi sudah merancang nak panggil Anis datang makan di rumahnya. Zackry pula keluarga pergi outstation di luar negeri lain. Syamimi sudah hidangkan makanan kesukaan Anis. Spagethi carbonara. Memang makanan kegemaran Anis selalu.
Syamimi keluarkan Boneka Hayder dan di letakkan di atas kerusi sekali. Minah masuk ke dapur dan terkejut apabila ada Boneka seram itu. Dia melihat Syamimi sedang bancuh air manis.
"Perempuan gila. Dah tak siuman ke kau ni??" soal Minah dengan gelarkan Syamimi perempuan gila. Syamimi berpaling dan diam tak membalas apa-apa.
"Biarlah. Dia boleh temankan kawan aku makan. Kau tu keluar dari dapurlah. Sibuk je!" Syamimi membalas demi maruahnya.
"Kenapa ni Minah?" Yati muncul menghampiri Minah. Dia pun tengok ada Boneka duduk di kerusi makan.
"Ni ha, dia kata biarkan nanti kawan dia datang makan. Dah gila agaknya janda sundal ni." kata Minah mengejek dan menghina.
"Kau ni bodoh ke?? Waras lah sikit!" Yati angkat boneka itu dan membalingnya keluar dari dapur.
"Yati! Tu anak aku lah!!" Syamimi menjerit lalu dia tolak badan Yati. Dia segera pergi ke ruang tamu untuk ambil Boneka Hayder semula.
"Kau ni dah sah mental! Kenapalah Tuan Zackry boleh jatuh cinta dekat perempuan bodoh macam kau??! Bodoh!!" Yati menengkingnya kuat. Syamimi peluk boneka itu dan menangis.
"Gila.." Minah terus berlalu pergi selepas sempat mengatakan Syamimi tu gila.
Syamimi leraikan pelukan. Dia sapu baju yang dipakai. Rambut boneka dikemaskan semula. Syamimi senyum kerana dia seorang boleh rasakan kehangatan Boneka Hayder itu. Dia bangun semula dan membawa boneka itu ke dapur semula.
Tidak lama kemudian, Anis telah pun sampai dan Syamimi menjemputnya masuk ke dalam rumah. Syamimi dan Anis berada di dapur dengan menjamu selera. Anis memang suka spagethi carbonara yang Syamimi buat. Memang kuah keju dan cendawan dia pekat dan berlemak krim.
Selepas makan. Mereka duduk di ruang tamu menonton siaran tv. Syamimi tak lepaskan dari peluk Boneka Hayder tu.
"Cuba letak patung tu. Peluk taknak lepas." Anis menyuruh Syamimi letakkan boneka di atas kerusi.
"Taknak, nanti si Yati buangkan." kata Syamimi mula menunjukkan muka takut.
"Dekat sini kau kena buli ke??" soal Anis berubah wajah. Perlahan-lahan Syamimi mengangguk. Anis mengucap panjang. Entahlah bila nasib tak baik Syamimi ni berakhir? Menyangka kalau kahwin dengan Zackry hidupnya dah tenang. Tak sangka lain pula jadinya sampai ada kes kematian melibatkan keluarga besar Zackry sendiri.
Dia berpaling ke arah dapur. Melihat Mak Limah, Yati dan Minah di dapur menyiapkan kerja mereka yang tergendala. Anis menghela nafas. Dia melihat Syamimi mengusap rambut bonekanya.
"Mimi, aku nak majalah yang kau beli kelmarin tu." Anis tiba-tiba meminta Syamimi ambilkan majalah hiburan wanita.
"Ada dekat atas. Nah kau jaga Hayder ni." kata Syamimi serahkan boneka itu pada Anis. Dia hanya percayakan Anis seorang sahaja.
Anis mengikut Syamimi naik tangga ke atas dengan memandangnya. Selepas bayangan hilang. Anis terus memandang ke arah boneka Syamimi. Dia tengok boneka tu mahal harganya. Yelah bukan mudah nak buat satu figura manusia yang berusia 12 tahun. Tingginya tu macam kanak-kanak manusia yang bersekolah darjah 6. Sebab tu harganya mahal gila.
Tiba-tiba, Anis terkaku seketika. Matanya berkelip beberapa kali. Dahinya berkerut. Kepalanya berpusing untuk melihat ke ruang dapur. Anis bangun dan terus berjalan ke arah dapur tanpa disedari oleh sesiapa.
Anis terus mencapai pisau dan ketuk meja dengan mata pisau. Mereka bertiga yang sibuk di dapur terkejut apabila Anis muncul dengan memegang pisau.
"Ya Allah, Cik Anis buat apa disini?" soal Yati terkejut.
"Kau orang semua memang tak sabar nak aku lapah daging kau hidup-hidup, bukan?!" soal Anis dengan suara yang agak perlahan tetapi bunyinya psycho.
"Mana ada. Apa yang kami dah buat??" Mak Limah soal. Dia pun menggigil tengok cara Anis pegang pisau dah macam pembunuh sebenar.
"Kalau sekali lagi aku nampak kau buat Syamimi menangis kerana hinaan korang. Macam ni aku akan kerjakan...."
Anis mengambil seekor ayam mentah. Dia terus tikam badan ayam itu dengan rakusnya melepaskan segala kemarahan. Mereka bertiga dah takut sampai berdiri pun rapat-rapat. Anis tinggalkan saja dan dia berjalan keluar dari ruang dapur. Dia kembali duduk semula di atas kerusi.
"Anis, ni ha ada majalah dia." Syamimi muncul dengan menuruni anak tangga. Anis tiba-tiba berkelip beberapa kali. Dia terkejut tiba-tiba pandangan dia gelap seketika. Dia sangka dia dah mati.
Syamimi terus duduk dan meletakkan majalah itu di atas meja. Anis pandang Syamimi macam baru tersedar sesuatu. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum berbual macam biasa. Sesekali Anis berpaling memandang Boneka itu. Macam ada sesuatu yang tak kena.
++++++
Fareed telah tiba di kota Metropolitan yang pesat dengan bangunan-bangunan tinggi. Dia semenangnya rindukan tempat ini selepas melarikan diri dua tahun lalu. Bangunan-bangunan pada waktu petang begini nampak cantik. Dan ada yang sudah pasang lampu sebagai langkah awal sebelum langit petang menutup tirai. Apa yang perlu dia buat adalah mencari bekas isterinya semula. Dia nak menebus kesilapan dia yang lalu. Dia nak tebus kesilapan dia akibat perbuatan keji dia selama arwah anaknya masih hidup. Dia berjalan sendirian mencari di rumah kediaman lama dua tahun yang lalu dia tinggalkan itu.
Di kediaman rumah Zackry pada waktu malam. Yati sudah selesai menunaikan solat sunat selepas Isyak tadi. Dia selalunya solat agak lewat sedikit kerana perlu memenuhi kehendak orang dalam rumah. Walaupun Zackry tiada, tapi dia perlu pastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas.
Yati sedang baring sambil melayari laman web untuk menonton drama sebelum dia dibenarkan tidur dan berehat. Tiba-tiba dia teringat kejadian di siang hari. Di mana dia bergaduh besar dengan Syamimi. Dia baling boneka kesayangan Syamimi atas lantai. Dia teringat Mak Limah ada cerita pasal mimpinya. Dalam mimpi Mak Limah. Boneka milik Syamimi bernyawa dan mahu bunuhnya.
Yati terus lupakan pasal mimpi dengan buang semua tu dari kepala. Baginya semua tu mengarut. Dan mimpi hanyalah sebuah mainan tidur sahaja.
Daun pintu tiba-tiba terbuka dengan sendiri. Yati terus bangunkan badan dan memandang ke arah pintu biliknya yang terbuka sikit. Dia hanya boleh nampak suasana luar tu sipi sahaja. Kelihatan seseorang berjalan di ruang luar bilik tidurnya. Figuranya macam seorang lelaki dewasa.
"Tuan??" Yati memanggil lelaki itu. Dia sangkakan Tuan Zackry baru sahaja balik dari outstation.
Yati turun dari katil dan pergi ke arah pintu biliknya. Dia buka daun pintu seluasnya. Dia melihat Zackry berjalan di ruang tamu tanpa pedulikan apa-apa.
"Tuan?!" Yati panggilnya. Tapi takde sahutan dari Zackry.
Yati berjalan keluar dari bilik. Dia pergi ke ruang tamu dan mencari kelibat Tuan Zackry di ruang dapur. Takde sesiapa.
"Yati..."
Suara Tuan Zackry dari belakangnya membuatkan Yati berpaling kebelakang. Takde sesiapa di belakangnya. Dia tak nampak sesiapa di ruang tamu yang hanya sedikit terang disebabkan lampu malap dipasang.
"Yati..."
Yati berpaling kebelakang. Hampir menjerit bila Tuan Zackry berdiri betul-betul belakang badannya. Yati terus menjauhkan diri dan menarik nafas lega. Saja Tuan Zackry nak menakutkan dia.
"Tuan bila sampai??" soal Yati. Dia sebenarnya tak dengar bunyi kereta. Masa bila entah Tuan Zackry pulang? Lagi satu muka Tuan Zackry agak pucat.
"Belakang saya sakitlah. Tolong tengokkan boleh apa yang sakit?" Tuan Zackry meminta Yati untuk bantunya.
"Boleh. Tuan pusing badan. Biar saya periksa apa yang sakit." Yati menyuruhnya.
Zackry pusingkan badan menayangkan Yati badan belakangnya. Yati kaku diam tak terkata apa. Matanya terbeliak. Jantungnya berdegup kencang. Debaran takutnya terasa sekali. Tubuh badan belakang Tuan Zackry berdarah banyak. Kelihatan daging tubuh Zackry hancur. Darah mengalir keluar dan jatuh ke lantai agak banyak.
"Kenapa?? Nampak hantu??" soal Tuan Zackry. Dia kembali pusingkan badan menghadap Yati.
Yati mendongakkan kepala. Matanya terpandang kepala Tuan Zackry terkoyak menampakkan isi otaknya. Yati terus menjerit sehingga dia jatuh terduduk.
"Hoi betina..."
Yati pusingkan kepala ke sebelah kiri. Terkejut dibuatnya apabila Boneka milik Syamimi duduk di atas kerusi. Mata merah boneka itu memandang Yati dengan tajam sekali.
Pisau di keluarkan. Yati segera bangun dengan mencapai beberapa barang. Boneka itu turun dari sofa. Dia mengangkat dengan menayangkan pisau itu. Yati balingnya lalu dia melarikan diri ke arah biliknya. Boneka puaka itu mengejarnya dari belakang sambil mendengus kasar.
Yati menutup pintu lalu dikuncinya. Dia segera mencapai telefon bimbit. Pintu dipecahkan dengan mudah. Yati terkejut sehingga telefon terlepas dari tangan sebabkan takut.
"Pagi tadi kau hempas aku dekat lantai kan?? Kau maki ibu aku! Kau hina ibu aku! Kau memang mintak mati malam ni..!" Boneka Hayder meluahkan bicara dendamnya.
Yati menjerit meminta pertolongan. Boneka itu terus mara dengan menyerang. Dia melibas kaki dengan pisau. Yati menjerit kesakitan. Dia terus pergi ke arah meja solek dan pegang meja tahan diri dari jatuh.
Boneka itu tikam betisnya dua kali. Yati menjeritnya lagi. Darah mengalir keluar banyak. Dia terjatuh kerana kaki sebelah kanan sudah lemah akibat kena tikam. Boneka itu teruskan lagi dengan tikam badannya pula. Yati tahan menggunakan tangan. Dia tikam telapak tangan yang menghalangnya. Yati menjerit kesakitan.
Boneka itu cabutkan dan tikam ke dalam mulut saat Yati menganga luas. Darah mengalir keluar begitu banyak sekali. Dia tarik keluar semula pisau itu. Nampak Yati sudah dalam keadaan lemah sekali. Tubuhnya dibalut dengan darah sendiri. Dia terbaring lemah dan merayu agar jangan mengapa-apakan dia.
Boneka itu memijak badan Yati. Dia terus habiskan kerjanya dengan menikam tubuh itu berkali-kali tanpa sedikit pun tanda untuk berhenti. Malam hari itu menjadi saksi pertumpahan darah seorang lagi mangsa Boneka Hayder.
Share this novel