Suasana bangunan penjara menjadi kecoh apabila banduan-banduan mula membuat rusuhan besar-besaran dengan bergaduh bersama polis penjara dan juga banduan dari kalangan geng Bob. Inspektor Fahmi, Inspektor Shah dan Haffiq berlari ke arah kumpulan banduan yang sedang membelasah polis-polis penjara.
Inspektor Fahmi nak mencari Zackry. Dia tahu rusuhan yang sedang berlaku ni pasti angkara Zackry kerana tak berpuas hati pasal kes penceraian tu. Zackry kini berdendam besar dengan Inspektor Fahmi sekarang.
"Bob..!!" Inspektor Fahmi berlari ke arah Bob sedang bantu salah seorang polis penjara yang dipukul tu. Bob bantu bangunkan polis itu sebelum pergi ke arah kawan polisnya.
"Binatang tu mana??" soalnya.
"Aku tak tahu sekarang ni!" jawab Bob. Dia sempat tumbuk salah seorang banduan yang datang nak pukulnya. Inspektor Fahmi pun tendang banduan itu sama.
"Sekarang aku nak tanya kau! Macam mana benda ni berlaku???" Inspektor Fahmi kemukakan soalan serius.
"Aku tak tahu. Masa semua tengah makan. Tiba-tiba Zackry mengamuk sampai dia bunuh budak aku! Itu yang aku dan geng aku mengamuk balas balik! Tapi, aku tahu kenapa dia mengamuk. Zackry baru cerai dengan isteri dia kan??" soal Bob apabila dia pun dapat berita tentang penceraian Zackry dan Syamimi dari kawannya polis penjara tu.
Dalam berlaku kekecohan. Beberapa banduan lelaki gelak besar selepas berjaya tahan seorang polis penjara perempuan untuk dijadikan tempat pemuas nafsu seks mereka. Muncul Haffiq dan Inspektor Shah datang membantu. Dan juga beberapa orang dari geng Bob turut bantu sama belasah banduan yang hendak merogol polis wanita itu.
"Gila! Gila! Semua gila sekarang!!" kata Haffiq naik marah.
"Wei, dekat luar ada sekumpulan gangster datang!" jerit seorang banduan memberitahu ada kumpulan gangster ingin ceroboh masuk. Mereka kelihatan dari kumpulan yang diketuai oleh Zackry. Tujuan mereka adalah untuk membantu gang Zackry yang berada dalam bangunan penjara.
Inspektor Fahmi dan Bob keluar dari pintu utama. Di luar begitu ramai kumpulan gangster yang ingin menyerang mereka di dalam. Semuanya bersenjatakan pedang, kayu besbol dan pisau.
"Bob, kau stay dengan aku." kata Inspektor Fahmi.
"Aku faham." Bob menjawabnya.
+++++++
Ain Sofiya berada di sebuah taman yang indah. Kelihatan dia berlari-lari mengelilingi Hayder yang duduk sambil melihat adiknya lari sebabkan mengejar seekor rama-rama yang warna warni dan unik bentuk badan serangga itu.
"Adik suka?" soal Hayder senyum.
"Suka! Tangkap!" Ain Sofiya berjaya tangkap rama-rama itu.
Keliling mereka tidak ada satu pun bangunan. Hanya sebuah taman yang terlalu cantik dan susah untuk digambar betapa cantiknya. Taman yang ada di bumi langsung tidak sama dengan yang ada di tempat lain. Ain Sofiya tutup tangan supaya rama-rama tak lari.
Dia pergi ke arah abangnya. Dia duduk dan perlahan-lahan di angkatnya. Hayder pun tengok sama. Rama-rama itu mula terbang perlahan-lahan. Hayder dan Ain Sofiya melihatnya dengan rasa bahagia.
"Bye bye rama-rama yang cantik!" Ain Sofiya laung sambil melambaikan tangan.
Kelihatan seorang wanita dewasa datang ke arah mereka. Ain Sofiya terus tengok gerangan wanita itu. Dia macam pernah nampak. Ayahnya pernah tunjukkan dia gambar sebenar muka ibunya.
"Ibu..!" Ain Sofiya terus bangun dan lari ke arah Nor Aida. Hayder tengok saja gelagat adiknya itu. Nor Aida sambut anaknya dan peluk.
"Maafkan ibu sayang. Selepas ibu lahirkan anak ibu. Allah jemput ibu duduk di sisinya.." kata Nor Aida pada anaknya.
"Ibu, adik nanti ada mama baru. Abang Hayder cakap mama tu ibu dia." kata Ain Sofiya memberitahu. Nor Aida senyum sambil menyapu wajah comel anaknya.
Hayder datang menghampiri dan memgusap kepala adiknya. Ain Sofiya berpaling memandang abangnya.
"Abang, adik nak kejar rama-rama." kata Ain Sofiya tak berpuas lagi nak main.
"Pergilah main." Hayder menyuruhnya.
"Yeaayyy!!" Ain Sofiya bersorak gembira lalu dia lari semula ke arah kumpulan rama-rama bewarna warni itu.
+++++++
Selepas insiden yang berlaku ke atas bangunan penjara. Mereka yang terlibat telah ditahan semula untuk membantu siasatan. Sampai terpaksa memanggil polis dari beberapa kawasan lain datang untuk hulurkan bantuan. Kelibat Zackry tidak diketahui keberadaan. Hanya Bob tidak ditahan kerana dia terlihat banyak bantu polis-polis tadi.
Inspektor Fahmi mula risaukan keadaan Syamimi. Harini Syamimi katanya nak keluar membeli belah di sebuah pasaraya bersama Natasha dan Ain Sofiya.
Air tin soya dibuka. Dia minumnya untuk hilangkan dahaga. Tadi baru diberi rawatan kerana ada beberapa bahagian luka terkena pisau dan pedang. Inspektor Fahmi jenis berjiwa kental dan kelekakian. Kalau tumbuk-tumbuk ni sudah jadi hobi dia. Bertumbuk dengan kaum yang sama jenis dia dah biasa. Lagi satu dia pernah bergaul dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap lain untuk ambil cerita mereka semasa melakukan operasi.
Sebab tu dekat penjara ramai banduan yang ada pangkat kenal Inspektor Fahmi. Mereka hormat Fahmi sebagai polis dengan beri kerjasama.
"Fahmi, ada orang nampak Syamimi, adik dengan anak kau kena tangkap!" Haffiq menjerit ke arahnya. Terbeliak biji mata polis itu bila mengetahui ada sesuatu yang buruk telah pun berlaku. Dia segera berlari dengan pantas. Bob pun mengikutnya dari belakang. Haffiq juga kejarnya sama.
+
SEBELUM KEJADIAN
Syamimi dan Natasha masuk sebuah kedai butik baju. Ain Sofiya berpelukan dengan Boneka budak sekolah itu. Itu bukan Boneka yang dirasuk Hayder. Memang Boneka itu sudah lama dia beli dari awal. Syamimi membelek kain baju untuk berhias diri. Dah jadi single mom kena pandai cantikkan diri. Kucingnya Willy berada di rumah. Anis pula tak dapat ikut sebab kena pergi kerja.
"Kakak, cuba baju ni. Cantik dengan tona warna peach." kata Natasha samakan baju itu dengan bakal kakak iparnya.
"Cantiknya. Kamu memang jenis pilih butik-butik mahal rupanya. Abang tak bising ke??" soal Syamimi tengok dress yang dipakai Natasha bukan harga jenis bundle. Semuanya mahal-mahal dan memang citarasanya tinggi.
"Dia tu cemburu. Ada bebel jugak tapi Tasha balas balik. Memang jenis Tasha kalau dia start, Tasha akan balas balik." kata Natasha kenal dengan abangnya kadang bising beli barang berjenama. Takut nanti rosak di bebelnya.
"Dah lah jom ke ruang perfume. Tasha nak belanja kakak perfume yang harganya RM2300 tu. Ni ha Gucci Bloom. Sebab muka kakak ada iras-iras japan. So perfume Bloom ni based on jasmine and sakura. Memang sesuai sekali." kata Natasha sambil tolong Syamimi pilihkan perfume yang sesuai.
"Mahalnya Tasha.." Terkejut Syamimi dibuatnya. Dia kalau beli pun yang harga RM10 je.
"Diamlah!" sepatah je Natasha balas. Dia tak suka kalau dia nak belanja tapi orang tu kata mahal bagai.
"Kakak ni macam abang. Itu hari Tasha belikan dia perfume Dior Sauvage pun abang kata mahal. Tapi Tasha suruh dia diam!" kata Natasha. Dia ada belikan abangnya perfume sebab perfume abangnya tu nak habis.
"Berapa harganya tu??" soal Syamimi nak tahu. Natasha jeling kakak iparnya sambil tersengih.
"RM1500." katanya bersahaja. Tapi Syamimi yang terkejut macam nak terputus nyawa.
Setelah selesai membeli belah. Mereka tiga orang keluar dari butik tersebut. Ain Sofiya berjalan-jalan di tengah mereka sambil peluknya boneka yang dia beri nama Baby tu. Dia yang kecil dan pegang patung figura manusia besar kanak-kanak 12 tahun. Adakala susah dia nak pegang tapi dia tak boleh tinggalkan patungnya seorang diri.
Tiba-tiba ada dua buah van berhenti tepi jalan dengan kedudukan parking tak betul. Daun pintu dibuka dan muncul beberapa lelaki bertopeng. Syamimi dan Natasha terkejut bila kumpulan itu meluru ke arah mereka. Dengan pantas tangan mereka ditarik secara paksa oleh kumpulan itu. Ain Sofiya di dukung dan dibawanya masuk ke dalam van tersebut. Bonekanya telah tertinggal semasa dia didukung secara paksa.
Pintu van ditutup dan mula bergerak meninggalkan tempat itu. Natasha di tempatkan bahagian belakang. Sementara Syamimi peluk erat Ain Sofiya. Anak kecil itu menangis kerana patungnya telah tertinggal dan mungkin akan hilang di ambil orang.
"Hoi! Siapa korang ni ha?? Apsal culik-culik orang ni?? Aku tak kenal kau lah!" Natasha marahkan mereka. Dia pandang ke arah lelaki yang duduk di sebelah pemandu.
"Woi kau sial! Siapa kau??" dengan keadaan marah. Dia terus tendang kepala lelaki yang duduk di sebelah Syamimi tu.
Dua lelaki yang berada di sebelah kanan dan kirinya halang. Natasha mengelibas macam cacing kepanasan nak melarikan diri. Tapi niatnya terbantut kerana kudratnya tidak kuat macam lelaki. Lelaki yang kena tendang tadi terus tumbuk perut Natasha. Gadis itu menjerit kesakitan dan senak.
"Sudah....!!!!" Syamimi menjerit ke arah mereka.
Dia lepaskan pelukan Ain Sofiya lalu menampar lelaki yang tumbuk bakal adik iparnya. Lelaki yang kena tampar tadi mahu pukulnya pula.
"Sudah!" tiba-tiba lelaki yang duduk di bahagian sebelah pemandunya bersuara. Dia buka topeng kepalanya. Dia tayangkan wajahnya sambil melemparkan senyuman sinis.
"Zackry??" Syamimi gumam.
++++++
Pada waktu malam, Inspektor Fahmi masih berada di pejabat. Dia sekarang dalam keadaan tidak tenteram dan mahu mencari fail pasal rekod jenayah dan kes-kes terdahulu. Dia buat kerja sekarang dah tak profesional. Nafasnya naik turun naik turun kerana amarahnya sudah memuncak sampai kepala.
Haffiq dan Inspektor Shah melangkah masuk ke dalam. Mereka berdua bawa beberapa dokumen fail seperti yang di minta. Inspektor Fahmi tak bercakap dari tadi kerana masih marah. Memang orang tak berani nak ajak Fahmi berbual kalau lelaki itu berada dalam keadaan marah.
Bob pun ada di pejabat Fahmi sama. Dia tak dibawa masuk penjara kerana Inspektor Fahmi mahu Bob bantunya menjejak keberadaan kumpulan Zackry.
"Baik aku dah jumpa! Jom Bob!" arah Inspektor Fahmi sudah jumpa lokasi sulit. Dia bergegas bangun keluar. Bob pun bangun dan ikutnya sama.
Selepas Inspektor Fahmi dan Bob keluar. Haffiq mahu tengok keberadaan lokasi sulit yang diberitahu. Mungkin Bob ada bagitahu sebab Bob pun salah seorang ketua kepada satu puak kongsi gelap.
+
SEMENTARA di kawasan kilang mainan yang mencipta boneka budak sekolah. Kelihatan Boneka Hayder memanjat pagar untuk menceroboh masuk ke dalam. Pengawal yang bertugas sedang tidur keletihan. Boneka Hayder berlari dengan pantas ke arah sebuah gudang yang menyimpan patung-patung mainan sudah siap untuk dibawa keluar nanti. Pintu keselamatan terbuka dengan sendiri. Paparan CCTV dia hilangkan saluran sementara. Alarm kecemasan dia tutupkan dahulu.
Pintu dibuka. Kelihatan begitu banyak boneka yang sama rupa dengannya. Setiap tingkat ada boneka. Dan di tengah-tengah mereka susun pun ada boneka. Semuanya kelihatan sempurna dan sama rupa dengan Boneka Hayder.
Mata Hayder kemerahan dengan mulutnya terkumat kamit membacakan satu ayat untuk hidupkan benda tak bernyawa ni. Setelah membacanya. Dia menunggu dengan penuh sabar.
Satu daripadanya mata menyala merah. Kepalanya bergerak-gerak sikit. Dan seterusnya, boneka kedua dan ketiga dan akhirnya semua mata bertukar merah. Mereka semua mula bergerak-gerakkan kepala dan tangan sebelum kaki mereka berdiri jejak lantai. Kepala mereka semua berpusing memandang ke arah Boneka Hayder yang merupakan ketua kepada mereka. Boneka Hayder senyum sinis dan dia mulakan rencananya.
Share this novel