Chapter 18

Horror & Thriller Completed 3279

Anis telah dijemput oleh Inspektor Shah dan Haffiq untuk ke lokasi kejadian. Anis tahu Syamimi memang perlukan dia dalam waktu-waktu kejadin ini sekarang. Beberapa buah kenderaan polis sudah bergerak untuk selamatkan Inspektor Fahmi sekarang. Setiba mereka disana, kelihatan mayat bergelimpangan seperti baru lepas dibunuh.

Bob, Natasha dan Ain Sofiya keluar dari kawasan semak selepas kelihatan beberapa buah kenderaan polis sampai. Bob melambaikan tangan panggil mereka. Natasha dan Ain Sofiya menangis kegembiraan. Beberapa buah kereta polis brek secara emergency. Parking mereka bersepah.

Anis turun dari kereta peronda polis dan pergi ke arah Natasha dan Ain Sofiya. Bob dibantu oleh seorang anggota yang periksa keadaanya. Yang polis lain acukan lalu melangkah masuk ke dalam. Haffiq menghampiri Bob.

"Fahmi dengan Syamimi kejar Zackry." kata Bob. Perbualan itu di dengari oleh Anis.

"Kau tahu tak Fahmi ikut jalan mana??" soal Haffiq. Bob cuba tarik nafasnya dalam keadaan dada sakit.

"Ada satu lorong yang menuju ke sebuah kawasan perumahan lama. Berkemungkinan Zackry disana." kata Bob memberitahu semasa dia dan Inspektor Fahmi nak datang. Bob perasan ada satu kawasan perumahan lama yang terbiar.

"Okey Bob terima kasih. Kejap lagi ambulan sampai. Kau pergi rawat diri kau." kata Haffiq. Dia toleh ke arah Natasha dan Ain Sofiya. Mereka masih berpelukan dalam keadaan ketakutan.

"Saya tahu kat mana. Jom!" Anis nak mengajak Haffiq pergi ke kawasan perumahan lama yang kosong itu. Dengan pantas mereka berdua pergi ke kawasan rumah itu.

+++++++

KAWASAN PERUMAHAN LAMA

Fahmi matikan lampu. Enjin kereta dimatikan tapi break tak dinaikkan. Membiarkan kereta bergerak masuk ke kawasan perumahan lama yang terbiar. Lebih kurang sudah 20 tahun selepas penduduk situ di arahkan keluar berpindah. Seperti yang Inspektor Fahmi ceritakan. Kawasan ini dikosongkan kerana ada cerita mistik.

Brek ditarik lalu kereta berhenti terus. Inspektor Fahmi keluarkan pistolnya. Nafasnya naik turun naik turun dengan rasa marah.

"Jom tangkap Zackry.." Fahmi mengajak bakal isterinya untuk menangkap Zackry. Syamimi mengangguk dan ikut seperti yang disuruh.

Mereka berdua turun dari kereta. Berjalan dengan langkah berhati-hati untuk mencari dan mendengar keberadaan Zackry. Fahmi tak pasti Zackry ada pistol atau tidak. Sebab semasa berlaku serangan Boneka-boneka tadi. Zackry terus melarikan diri.

"Awak, sembunyi dulu." Fahmi mengarahkan Syamimi untuk bersembunyi. Boneka Hayder tarik ibunya sembunyi. Mereka sorok di salah satu pokok yang agak besar. Syamimi peluk anak bonekanya.

Fahmi dapat rasa keberadaan Zackry. Dia nampak ada sebuah rumah yang sudah lopong pada tingkap. Pintu pun hilang. Tingkap tingkat atas juga hilang dicuri. Sebab dia macam perasan bayangan yang bentuk figura manusia. Dia pasti itu adalah Zackry.

Fahmi berjalan dengan langkah perlahan-lahan untuk masuk ke dalam rumah itu. Dia pergi ke ruang dapur. Pistolnya di acukan ke arah sesuatu macam bayangan bentuk manusia. Dia pun tak pasti tu orang ke atau sesuatu barang yang tinggi macam manusia?

Pistol tiba-tiba muncul dan di acukan ke arah Inspektor Fahmi.

"Kau letak pistol kau.." suara Zackry arahkan dia meletakkan pistolnya.

"Taubat Zackry. Ingatlah mak kau dekat kubur sana. Kau tak kesian ke dekat arwah mak kau??" soal Inspektor Fahmi. Tangan dia dua-dua belah diletakkan di bahagian kepala.

"Kau ingat aku kisah dia mampos?? Biar dia dekat neraka sana! Kerja dia menyusahkan hidup aku! Sibuk nak cari jodoh untuk aku! Semua yang aku suka! Dia tak suka!" kata Zackry langsung takde nak tapis. Di hamburnya arwah Datin Syida.

"Ada sebab dia tak suka!" kata Inspektor Fahmi. Zackry agah mahu tembak membuatkan Fahmi terus pejam. Risau kalau dia betul-betul lepaskan tembakan. Mahu bersepai kepalanya.

"Macam Syamimi. Aku sukakan dia kau tahu.." ujar Zackry perlahan. Suaranya kedengaran sebak.

"Itu sebab kebodohan kau sendiri! Kau sukakan Syamimi tapi arwah Hayder kau benci! Apa salah anak tu???" soal Fahmi geram bila barua ni sukakan Syamimi.

"Sebab Hayder tu dari airmani hina Fareed. Kau tahu kan Fareed tu berhutang dengan aku dekat satu juta. Tapi musibat tu menghilangkan diri. Sebab tu aku bunuh Hayder!" kata Zackry nak membentak.

"Ha bagus! Baguslah tu! Bertindak mengikut hawa nafsu! Bunuh anak orang dengan alasan bodoh! Sekarang ni empayar kuasa kau jatuh! Syarikat muflis! Rumah kena sita dijadikan kes! Mak kau meninggal! Asbab kau bunuh Hayder atas alasan dia daripada airmani binatang yang mati tu! Benda tu dah ditujukan pada kau balik, syaitan!" Inspektor Fahmi bercakap kasar. Dengan geram Zackry terus menembak perut lelaki tu.

Syamimi dan Boneka Hayder terdengar bunyi tembakan. Suara Fahmi kedengaran menjerit sekali.

"Allah! Hayder, ayah kamu tu.." kata Syamimi risau bila suara Fahmi dengar. Hayder terus pegang tangan ibunya.

"Ibu, pandang mata Hayder." Hayder suruhnya. Syamimi yang tak tahu apa-apa terus ikut saja. Mata Hayder keputihan. Syamimi terkejut tapi dia terpaksa akur. Lama kelamaan, Syamimi rasa kabur pada pandangan. Dan tidak lama kemudian. Dia pejamkan matanya.

"Maafkan Hayder, ibu." kata Hayder melihat ibunya pejamkan mata.

Tidak lama kemudian, Syamimi mencelik mata dan matanya bertukar warna merah.

+

Inspektor Fahmi terbaring lemah. Sudahlah perutnya kena tembak. Zackry pijaknya dengan kuat. Fahmi menjerit dengan kuat sebab sakit. Zackry senyum bahagia melihat derita. Pandangan itulah yang dia pernah buat pada Hayder. Arwah Hayder ditikam bahagian perut sebelum pijaknya. Dia sengaja pijak untuk tengok muka sengsara kanak-kanak malang itu.

Zackry toleh memandang ke arah pintu depan. Kelihatan Syamimi muncul depan pintu dalam keadaan matanya dipejam. Kepalanya menunduk kebawah. Tangan kirinya ada sebilah pisau.

"Awak??" Zackry panggilnya.

Syamimi angkat kepalanya dan matanya terbuka. Zackry dan Fahmi terkejut mata Syamimi merah menyala. Wanita itu mengangkat pisaunya. Dia senyum lebar lalu menjerit.

Zackry segera berhenti pijak Fahmi dan terus melarikan diri. Syamimi terus berlari untuk kejarnya. Zackry berlari naik ke atas. Inspektor Fahmi cuba untuk bangun. Dengan keadaan dirinya yang masih sakit selepas di tembak pada bahagian perut tadi. Dia masukkan jarinya untuk tarik keluar peluru. Dia meraung kesakitan semakin nak tariknya. Kalau dibiarkan dia akan mati nanti.

Zackry berlari ke arah sebuah bilik. Syamimi berjalan mengejar dari belakang. Dia terus tendang pintu bilik yang Zackry berada. Lelaki itu terkejut apabila Syamimi berjaya tolak pintu bilik dengan menggunakan kaki.

"Awak! Tolong jangan! Letakkan pisau tu!" Zackry suruhnya. Syamimi senyum menyeringai. Di angkat pisau itu sambil tayangkan.

"Syamimi!" jeritnya supaya Syamimi bangun.

"Siapa Syamimi??! Aku Hayder, bangsat!!" kata Hayder yang sudah merasuk tubuh ibunya.

"Hayder??" terkejut Zackry dibuatnya.

"Kenapa?? Kau terkejut??" soal Hayder melalui jasadnya Syamimi.

"Kalau kau terima aku dulu tanpa fikirkan aku dari benih siapa. Hidup kau tidak akan susah macam ni. Mak kau yang mati tu boleh hidup balik. Empayar kau takkan musnah langsung. Syarikat kau takkan muflis. Rumah kau takkan disita polis. Tapi kerana kebodohan kau membunuh aku. Dari awal masa aku kecil kau cuba nak matikan aku.

Kau sukakan ibuku, tapi kau membenci aku! Kau culik dan kurung aku dalam sebuah gudang semasa aku nak pulang dari sekolah. Tiga hari aku tak diberi makan. Aku tak diberi minum. Tidur atas simen yang sejuk. Kau belasah aku setiap kali masuk bilik yang kau kurung aku. Kau kencing atas muka aku. Aku lemparkan aku najis! Aku maki aku! Kau hina aku! Atas alasan aku ni datang dari benih musibat yang mati tu! Kau sebenarnya keturunan syaitan!"

Syamimi segera menyerang Zackry dengan melibas dengan menggunakan pisau. Dia tinggalkan kesan pada dada lelaki itu. Zackry menjerit kesakitan sampai jatuh terbaring. Syamimi tikam tangan lelaki itu. Tidak cukup lagi, dia tikam sebelah kiri tangan lelaki itu.

Syamimi menggunakan pisau untuk cungkil dua biji matanya. Zackry menjerit sambil hempas-hempas lantai kesakitan. Bola mata dicampak jauh-jauh. Dia terus tamatkan dengan tikam Zackry bertubi-tubi dengan melepaskan geram.

Inspektor Fahmi muncul di luar pintu bilik. Haffiq dan Anis pun baru sampai. Ada boneka kosong berada di tangan Anis. Inspektor Fahmi terus tarik badan Syamimi yang tak berhenti tikam Zackry. Dia terus peluk dari belakang dengan kuat.

"Hayder! Keluar dari tubuh ibu sayang. Ayah ada disini. Tolong jangan seksa ibu lagi, Hayder. Kalau sayangkan ibu. Sayangkan ayah. Sayangkan adik Ain. Dengar cakap ayah! Hayder, keluar dari tubuh ibu sayang." Inspektor Fahmi berusaha untuk pujuk anak tirinya yang merasuk ibunya itu. Haffiq sudah acukan pistol ke arah mayat Zackry. Sambil dia tengok Fahmi pujuk Hayder dalam tubuh Syamimi.

Perlahan-lahan mata merah menghilang. Syamimi kini mula tersedar. Dia tengok tangannya dan kotor dilumur darah. Syamimi nampak dengan mata kepalanya dia sendiri Zackry sudah menjadi mayat.

"Allah abang!" Syamimi terus menggigil. Lututnya mulai lemah. Haffiq, Anis dan Fahmi bantunya.

"Sayang jangan takut. Abang takkan dakwa sayang." kata Inspektor Fahmi.

+++++++

Selepas kejadian itulah. Anis bawanya ke rumah Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia. Mereka mahu meminta pertolongan untuk tarik semula Hayder keluar dari boneka itu.

Boneka itu diletakkan di atas meja. Ustaz Zain menadah tangan untuk berdoa supaya jiwa dendam kanak-kanak itu keluar. Ustaz Zain pegang kepala boneka itu. Dia melaungkan azan. Mata boneka itu merah dan kembali merah. Warna matanya berubah-ubah setiap kali di laungkan azan. Syamimi menyaksikan dengan sendiri Ustaz Zain berusaha untuk keluarkan.

Doktor Ariana dan Sonia pun turut menonton sama. Mereka kasihan dengan Hayder. Budak tu anak yang baik. Tak pernah melawan cakap ibunya. Tapi akibat dendam kerana sejarah hitam menyebabkan dia menjadi agresif. Ini pun Sonia yang meminta Mak Esah hidupkan semula jiwa Hayder untuk menjadi seorang algojo.

Setelah semuanya selesai. Jiwa anak itu tenang. Ustaz Zain sudah berjaya bawanya keluar dengan selamat. Dia yang hantarkan Hayder pergi ke tempat yang lebih baik. Ustas Zain nampak Hayder dibawa terbang oleh dua cahaya naik ke langit. Hayder sempat berpaling.

"Terima kasih ustaz." katanya sebelum menghilang.

"Patung ni kamu nak ambil?" soal Ustazah Dahlia pada Syamimi. Wanita itu mengangguk kerana dia mahu bonekanya semula.

Ustaz Zain serahkan dengan baik. Dia tahu dengan boneka ini sajalah kenangan yang Syamimi ada sekarang. Kehilangan anak baginya sama macam kehilangan ibubapa.

Mereka beransur pulang ke rumah. Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia melambaikan tangan. Selepas bayangan mereka pergi. Ustazah Dahlia melepaskan keluhan berat. Dia sedih mendengar cerita Syamimi.

"Kasihan arwah Hayder kan bang. Tergamak ayahnya dera budak tu. Saya ni nak tampar Aiman dengan Kirana pun tak sampai hati. Paling pun saya rotan biasa je." Ustazah Dahlia mengomel. Ustaz Zain tak jawab apa pun. Biarkan isterinya bebel seorang diri.

"Awak dengar tak Doktor Ariana dengan Sonia cakap pasal Mak Esah dan Kuntum??" soal Ustaz Zain. Ustazah Dahlia cuba ingat balik.

"Ada. Eh tapi bukan mereka dah dihapuskan ke??" soalnya kembali. Seingat dia Mak Esah dan Kuntum sudah dihapuskan.

"Ini bermaksud, kejadian Hayder ni dengan Karmila ni berlaku dalam tahun yang sama cuma situasi tu berbeza. Berkemungkinan besar Doktor Ariana dan Sonia jumpa dulu sebelum si Karmila tu." kata Ustaz Zain. Isterinya mengangguk faham. Boleh pula serentak dua kejadian dalam tahun yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience