"Pagi ini. Aku terasa sangat lain sekali. Sudah dekat dua bulan Zackry meninggalkan dunia. Dan sudah dua bulan juga aku tidak lagi bermimpi tentang Hayder. Pasti arwah Hayder sudah bahagia disisi atok dan neneknya. Melihat matahari yang menerangi terasa sangat lain sekali. Tak sama macam sebelum-sebelum ini. Cahaya yang dihasilkan sungguh luar biasa. Inspektor Fahmi sudah ketemukan aku dengan keluarganya. Mak dia boleh terima aku. Saudara mara dia semua boleh terima status aku yang merupakan seorang janda.
Kawan Inspektor Fahmi iaitu Bob sudah bebas dari penjara selepas kejadian dia menyelamatkan keluarga Inspektor Fahmi dan beberapa polis penjara. Dia sekarang membuka sebuah kedai makan bagi meneruskan kehidupan.
Hari ini aku akan jadi permaisuri untuk kali ke-3 dengan lelaki yang lebih baik berbanding Fareed dan Zackry. Inspektor Fahmi telah melamarku untuk dijadikan sebagai permaisuri hidupnya." Syamimi berucap sendiri dalam hatinya.
Dia memandang dirinya dalam cermin. Memang sangat lain wajahnya. Solekan dia tidak kusut atau muram macam sebelum ini. Dia tengok bingkai gambar Hayder yang ketika usia dua tahun itu. Haffiq ada edit hilangkan kesan lebam pada gambar asal itu dan pamerkan yang baru. Seolah-olah keadaan Hayder lebih bahagia.
Daun pintu dibuka. Kelihatan Puan Zahrah melangkah masuk ke dalam. Natasha dan Ain Sofiya pun ada sekali. Puan Zahrah senyum lalu menghampiri bakal menantunya itu.
"Manis wajahnya." kata Puan Zahrah. Tuturnya sangat lembut sekali. Natasha betulkan sikit solekan. Sementara Ain Sofiya bermain dengan boneka milik asalnya Syamimi.
"Terima kasih mak." ucap Syamimi. Dia tak pernah jumpa mak mertua yang baik. Masa dengan Fareed. Mak mertuanya jenis suka banding-bandingkan. Kalau Datin Syida dari awal perkahwinan memang benci. Allah hadiahkan Syamimi mendapat mak mertua yang lemah lembut sekarang.
"Mak yakin kamu boleh bahagiakan Fahmi macam arwah Nor Aida. Mak beruntung dapat menantu macam kamu. Cuma adik kamu ni entah bila nak kahwin??" kata Puan Zahrah sempat bergurau. Syamimi pun ikut ketawa. Natasha menjegilkan mata menahan nak marah. Kecik besar kecik besar dia tengok muka mak dia.
"Mak, Mimi akan buat yang terbaik untuk bahagiakan abang Fahmi." kata Syamimi berjanji akan bagi kebahagiaan pada suaminya. Puan Zahrah mengusap kepala menantunya.
"Tapi mak sedih. Mak tak dapat jumpa cucu tiri mak. Mak doakan kebahagiaan dia disana." kata Puan Zahrah. Syamimi sudah merah mata menangis.
"Terima kasih mak." Syamimi terus peluk mak mertuanya erat. Natasha yang melihat jadi sebak.
Syamimi dan Fahmi berada di atas pelamin. Memang situasi keluarga besar Fahmi sangat berbeza. Mereka semua kelihat wajah orang yang baik-baik. Terutama Puan Zahrah memang senyum tak lari dari wajahnya. Syamimi hampir menangis. Kerana inilah kebahagiaan yang dia mahukan. Dia mengimbas masa jaga Hayder di hospital.
"Hayder, makan sikit." Syamimi gaulkan bubur nasi. Ada sedikit cubitan ayam. Hayder buka mulutnya.
Dia kunyah sambil baring menyandarkan badan. Matanya tak lari dari wajah ibunya. Airmata ibunya jatuh mengalir ke pipi.
"Ibu, Hayder sebenarnya nak sangat kebahagiaan yang sebenar. Hayder letih ibu. Sakit. Ayah pukul Hayder setiap hari." Hayder mengadu dia dah tak tahan lagi. Syamimi meletakkan mangkuk bubur. Dia bangun dan terus peluk anaknya. Syamimi menangis. Hayder pun ikut menangis sekali.
Imbasan berlalu pergi. Semua ahli keluarga dan sanak saudara Inspektor Fahmi mahu bergambar bersama dengan pasangan raja sehari. Mereka pun dah tahu cerita pasal Hayder. Jadi, mereka pun kasihan dengan apa yang dah jadi.
"Hayder, kalau kamu masih hidup lagi. Inilah kebahagiaan untuk kita sayang." Syamimi berkata dalam hati.
++++++
Ain Sofiya menjerit sambil berlari. Tapi langkahnya terhenti apabila dia tengok bawah pokok yang biasa abangnya duduk takde. Ain Sofiya mencari-cari kemana abangnya tu dah pergi.
"Adik!" Hayder panggilnya. Ain Sofiya berpaling lalu dia menjerit dan lari ke arah abangnya dengan hati berbunga dan gembira.
Hayder sambar adik tirinya dan peluk agak lama. Ain Sofiya pun rindukan abangnya. Sudah lebih dua bulan abangnya tak datang dan dia pun tak dapat mimpi lagi. Hayder lepaskan pelukan.
"Jom main!" Ain Sofiya nak mengajak. Tapi Hayder menggelengkan kepala.
"Tak boleh lagi adik." jawab Hayder. Raut wajahnya berubah. Ain Sofiya mula rasa sedih.
"Kenapa?" soal Ain Sofiya.
"Selepas ni tempat abang bukan dekat sini. Abang akan ikut penghuni lain tinggal di kediaman. Abang akan bertemu atok dan nenek abang." kata Hayder. Ain Sofiya mula rasa sedih. Dia menundukkan kepala.
"Adik, sekarang ibu abang dah jadi mama adik. Bahagiakan ibu abang ya. Abang pun dah berada di tempat bahagia. Adik jaga diri baik-baik. Ingatkan abang selalu ya." Hayder bagi pesanan buat adik tirinya. Ain Sofiya menangis.
Hayder mengelapkan airmata adiknya. Dia peluk adiknya untuk kali yang terakhir. Ain Sofiya menangis teresak. Kali ni pelukan agak lama. Hayder juga menangis kerana akan berpisah.
"Maafkan abang ya adik. Lepas ni kita dah tak jumpa lagi." kata Hayder berpeluk lagi.
"Abang! Jangan pergi!" Ain Sofiya seboleh-bolehnya taknak lepaskan abangnya.
Muncul dua lelaki datang menghampiri. Mereka kelihatan bercahaya terang.
"Wahai umat Muhammad, sudah tiba untuk berjumpa keluarga kamu yang lain." kata salah satu lelaki cahaya itu.
Hayder leraikan pelukan. Dia pegang tangan salah seorang lelaki itu. Mereka bertiga mula berjalan ke arah satu cahaya seperti pintu. Hayder menangis saat nak pergi.
Ain Sofiya sudah teriak. Dia pun tak dapat nak ikut abangnya.
"Abang!!" Ain Sofiya jerit panggil abangnya.
Semakin lama semakin jauh Hayder tinggalkan dan terus menghilang sesudah masuk ke dalam cahaya itu. Ain Sofiya menangis disitu sendirian.
+
Ain Sofiya terbangun dari mimpi. Dia menangis dengan teresak menyebabkan ayah dan mamanya segera masuk ke dalam bilik tidur anak mereka. Syamimi terus dapatkan anaknya dan peluk. Ain Sofiya masih menangis.
"Kenapa ni sayang?? Kenapa menangis??" soal Syamimi sambil belek tangan atau wajah.
"Kenapa ni nak?? Bagitahu ayah." Inspektor Fahmi pun memujuk.
"Abang Hayder tinggalkan adik.." Ain Sofiya menjawab.
"Dia pergi mana sayang??" soal Inspektor Fahmi. Dia pegang tubuh anaknya. Terasa sejuk. Muka Ain Sofiya memerah kerana menangis.
"Abang kata.. Abang nak pergi tinggakkan Ain. Dia nak duduk dekat dengan atok dia. Nenek dia. Ain takde kawan nak main.." sampai tersedu-sedu Ain Sofiya menjawabnya. Syamimi pandang suaminya. Bahu Syamimi dipegang.
Kini, Syamimi pula berasa sebak. Bibirnya senyum kerana dia tahu kemana anaknya akan pergi. Inspektor Fahmi pegang bahu isterinya.
"Kita doakan dia ya." pujuk si suami.
Syamimi terus tarik tangan anak tirinya. Dia peluk dengan lebih erat untuk lepaskan rindu dia pada arwah Hayder. Syamimi juga masih merasa rindu pada arwah anaknya.
+++++++
SETAHUN SUDAH BERLALU
Syamimi menyediakan makan malam untuk keluarganya. Di ruang tamu Ain Sofiya sibuk melukis sesuatu di atas kertas. Majlis sanding Natasha juga berjalan dengan lancar. Akhirnya merasai juga Fahmi nak ada adik ipar yang boleh bahagiakan adiknya tu.
Syamimi duduk sambil mencedok nasi ke pinggan suami.
"Semalam mak call. Katanya bila nak balik sana?? Lagipun mak rindu dekat dalam perut ni." kata Syamimi sambil tunjukkan perutnya yang berusia 6 bulan itu.
"Nanti abang ambil cuti. Kita balik kampung." jawab Fahmi. Syamimi senyum.
"Dah setahun kita berumah tangga. Keluarga awak semua terima saya. Terutama mak awak. Dia tak habis-habis cakap pasal Hayder. Katanya saya bertuah ada anak macam Hayder. Sampai satu Malaysia berita kematian arwah walaupun kematian dia nak masuk dua tahun. Sudah setahun saya tak mimpi arwah Hayder. Cuma sekali je, tapi sekejap je." kata Syamimi, dia melepaskan keluhan ringan. Kalau ikutkan dia nak hari-hari mimpikan Hayder.
"Nanti kita ziarah kubur dia. Ain pun dah tak cakap pasal abang dia. Mesti dah boleh move on." ujar Fahmi sambil tunjukkan ke arah Ain Sofiya.
"Oh ya, semalam Anis call cakap nak datang. Dia kata nak sambut birthdaynya Ain. Ada suprise katakan." Syamimi baru teringatkan pasal Anis yang nak buat jamuan untuk harijadi Ain Sofiya.
Sesudah habis makan. Fahmi dan Syamimi pergi ke ruang tamu. Ketika itu, Ain Sofiya pun sudah siap melukis dan mewarna. Anak mereka itu sekarang sudah masuk tadika.
"Ain lukis apa tu?" Syamimi menyoal.
"Sinilah." Ain Sofiya panggil ayah dan mamanya untuk duduk sekali.
Mereka pun duduklah sekali. Nak jugak tengok lukisan yang dilukis itu. Sebuah pemandangan seperti taman bunga. Ada bukit-bukit memghijau. Tiada rumah tapi hanya kebun bunga dan sebatang pohon. Kelihatan sepasang suami isteri dan seorang anak kecil di tengahnya.
"Yang kiri ayah. Yang kanan ni mama. Yang tengah ni Ain." kata Ain Sofiya bagitahu.
"Yang wanita baju putih sebelah ayah ni siapa?" soal Fahmi nak tahu.
"Ni ibu.." jawab Ain Sofiya. Ada sedikit tersentap pada Fahmi. Anaknya melukis gambar arwah Nor Aida. Ibu kandung Ain Sofiya.
"Yang budak lelaki ni? Kenapa ada sayap putih?" soal Syamimi tunjukkan lukisan budak lelaki sebelah itu.
"Ini Abang Hayder. Sebab Ain ada nampak Abang Hayder terapung macam terbang. Nenek cakap. Abang Hayder meninggal dengan banyak kumpul pahala. Orang selalu aniaya abang Hayder dari kecil sampai usia 12 tahun. Nenek kata abang Hayder seperti malaikat kecil. Malaikat kan bersayap.." ujar Ain Sofiya membuatkan Syamimi tersentap. Sampai macam tu sekali Puan Zahrah katakan tentang anaknya.
Syamimi sentuh gambar lukisan Hayder.
"Hayder..." dia panggil anaknya perlahan.
+
PADA keesokan hari. Syamimi menyirap air di pusara Hayder. Pohon bunga tumbuh segar di sekeliling pusara Hayder. Rumput-rumput juga tumbuh menghijau dengan segar. Walaupun dah dicabut tetap tumbuh segar bugar seperti ada orang tanam benih rumput.
"Ya Allah, ampunkan dosa anak aku. Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh." Syamimi berdoa dalam hati. Kepalanya ditundukkan memandang tanah. Matanya dipejam rapat.
"Ibu?"
Syamimi mengangkat kepala. Terkejut dia dibuatnya. Bibirnya senyum. Airmatanya jatuh mengalir. Hayder datang dengan wajah yang sangat bahagia. Dia mengukir senyuman manis.
"Hayder?" Syamimi panggilnya. Dia dakap mahu Hayder datang peluknya.
Hayder terus berjalan ke arah ibunya. Dia terus peluk ibunya kerana dia pun rindukan. Syamimi menangis kerana dia masih boleh sentuh dan peluk anaknya. Bau Hayder sangat wangi. Wajahnya indah dan tidak lekok dengan senyuman.
"Hayder akan tunggu ibu di pintu syurga sana. Hayder akan tarik ibu. Kita akan disatukan semula di alam sana." kata Hayder. Perlahan-lahan tubuhnya bercahaya dan hilang sedikit demi sedikit. Sehingga Syamimi tidak merasai tubuhnya. Cahaya itu semakin menghilang dan diikuti kerlipan-kerlipan bintang kecil.
"Selamat Jalan Hayder. Tunggu ibu di pintu syurga.." Syamimi berkata.
Pemandangan ditunjukkan dari pusara Hayder sehingga ke langit yang biru dan terang itu.
-TAMAT-
Share this novel