Chapter 14

Horror & Thriller Completed 3279

Seperti yang di maklumkan. Premis kilang lama yang terbiar itu diserbu oleh pihak polis dan juga pihak berkuasa. Ramai pekerja di situ telah ditahan untuk membantu siasatan. Segala barang yang digunakan mereka telah dirampas. Lebih mengejutkan, mereka turut menjumpai mayat-mayat manusia yang sudah dilapah dan dipotong. Di dalam setiap peti menyimpan daging. Mereka temui dalam bungkusan beberapa tubuh manusia yang sudah siap dipotong. Ada temui kepala, tangan kanan, tangan kiri, kaki, usus, jantung dan beberapa bahagian anggota badan manusia lain.

Mereka juga berjaya menyelamatkan beberapa orang manusia yang bakal jadi mangsa korban dan potong untuk dijual di tiga negara seperti yang dimaksudkan Haffiq itu. Pekerja-pekerja yang di tahan banyak dari warga Nepal, Bangladesh, Mynamar dan Vietnam. Beberapa warga tempatan juga ditahan. Mereka bertugas sebagai penjaga dan pemandu lori.

Inspektor Shah meredah masuk ke dalam bahagian pejabat. Dia acukan pistol ke arah pekerja-pekerja di ruang itu dengan menyuruhnya keluar untuk ditahan bagi tindakan lanjut.

Inspektor Shah keluar dari ruang pejabat. Dia pergi periksa di bahagian pejabat managernya. Mana tahu kalau-kalau ada fail yang boleh dibuat bahan bukti untuk tindakan pada pesalah. Kalau mengikut undang-undang mereka yang terlibat dalam membunuh manusia haruslah dihukum 302 kanun keseksaan.

++++++

Fareed menggigil ketakutan. Tubuhnya sekarang telah dibayangi dengan perkara yang dosa besar dalam hidupnya. Dia mula dibayangi mimpi ngeri bagaimana dia boleh tergamak mendera anaknya sendiri semasa kecil lagi sampai usianya 12 tahun. Sepatutnya dia sebagai seorang bapa. Dia perlu melindungi anaknya. Tapi, dia mendera sehingga banyak kali anaknya hampir dicabut nyawa.

Dia dibayangi di rumahnya. Hayder didera dan dibelasah tanpa belas kasihan. Di hantar ke hospital dan di hospital pula dikerjakan oleh Zackry sama. Dalam masa satu hari didera dengan dua lelaki.

Tiba-tiba, Fareed tak dengar bunyi suara orang. Dia macam berada di dunia dia sendiri tanpa manusia. Dia tak dengar lagi bunyi kunci sel yang dibawa oleh polis penjara. Fareed bangun dan pergi ke arah besi sel. Dia tengok dalam setiap sel kosong seperti tidak berpenghuni.

"Hello! Ada orang tak dekat sini???" Fareed panggil mereka. Suaranya bergema dalam ruangan sel yang luas itu. Dia pergi ke arah pintu dan takde mangga kunci. Jadi, dia buka dengan tenang.

"Terbukak?" gumamnya perlahan. Dia berjalan dengan berhati-hati sambil melihat setiap sel sepanjang jalan kosong. Ruang rehat polis penjara pun kosong.

"Mana semua pergi ni?" gumamnya lagi. Tiba-tiba, dia kendengaran secara halus suara budak macam menyanyi.

"Baby Shark doo..doo..doo
Baby shark doo..doo..doo
Baby shark doo..doo..doo
Baby shark..."

Kedengaran satu suara budak yang cukup familiar sekali. Dia yakin sangat itu suara arwah anaknya. Fareed terkejut apabila suara itu muncul bersama dengan figura yang tidak ada rupa arwah anaknya.

"Siapa kau??" lelaki itu menyapa. Boneka tersebut berhenti menyanyi. Dia pusingkan badan menghadap Fareed. Lebih menyeramkan, di gigi yang boneka itu gigit adalah sebilah pisau. Boneka itu meluahkan pisaunya dan pegang dengan menggunakan tangan.

"Hai bitch!" Boneka yang suara seperti Hayder menyapa Fareed.

Fareed segera buka langkah seribu dengan melarikan diri dari patung berpuaka. Boneka Hayder ketawa melihat Fareed lari macam penguin. Boneka Hayder jalan bagaikan terawang-awangan. Dia terlompat-lompat sambil sambung nyanyi lagu Baby Shark.

Fareed berlari ke arah sebuah bilik persalinan pakaian. Di dalam bilik itu gelap gelita tidak dihidupkan lampu. Dia tercungap-cungap kepenatan. Jantungnya berdebar-debar dengan sangat laju. Apa betul ke tu anaknya? Arwah Hayder merasuk boneka?

"La.. La... La... Laa..."

Kedengaran suara Boneka dari kejauhan yang seakan datang ke arah bilik persalinan itu. Fareed tekap mulutnya supaya tidak mengeluarkan bunyi nafasnya yang tercungap-cungap.

"Ayah oh ayah...
Di mana engkau pergi??
Kalau ayah tak munculkan diri..
Nanti aku cari...
Nanti aku cari..."

Boneka suara Hayder panggil Fareed sambil dendangkan lagu Bangau Oh Bangau. Boneka itu berdiri kaku sambil melilau untuk mencari. Tiba-tiba, dia terdengar dengan jelas bunyi degupan jantung orang yang sedang takut. Bibirnya tersenyum lebar dan sinis sekali.

"Ayah, Hayder dengar degupan jantung ayah. Tengah takut ke tu ha???" soal Boneka itu nada suara seperti seorang psycho sebenar.

Fareed tahan dadanya dan mulutnya. Bahasa tubuhnya menggigil ketakutan sekarang. Dia terdengar bunyi ketukan dari pintu bilik persalinan itu. Kedengaran suara Hayder nyanyi lagi.

"Di mana dia..
Ayah saya sayang...
Ayah saya sayang...
Ada di mana-mana...

Di mana dia...
Buah hati Hayder...
Buah hati Hayder...
Diiiii....."

Boneka Hayder sengih dan terdengar dengan jelas bunyi degupan jantung dan orang bernafas. Boneka Hayder pulas tombol pintu. Tapi, berkunci.

"Alaaa.. Pintu ni kuncilah. Takpelah, Hayder taknak kacau ayah main sorok-sorok. Hayder pergi dulu ya ayah.." kata Hayder dan kedengaran dia sambung menyanyi lagi. Semakin lama suaranya semakin tenggelam dan hilang.

Fareed beranikan diri untuk keluar. Kunci pintu bilik itu dibuka. Perlahan-lahan dia bukakan daun pintunya. Kepalanya dijengah keluar dulu. Dia pandang ke sebelah kanan dan kirinya. Kedua-dua belah kosong. Fareed terus keluar dari situ. Dia pusingkan badan di sebelah kiri setelah terdengar bunyi telapak kaki budak berlari.

Tanpa di sedari, di belakang Fareed adalah Boneka Hayder.

"Anak babi. Pusing belakang!" Boneka itu panggil Fareed. Lelaki itu berpaling. Serta merta Boneka Hayder pukul kuat kepala Fareed dengan cota. Fareed jatuh pengsan tidak sedarkan diri.

+

FAREED terasa sangat sakit kepalanya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Pemandangannya bewarna kelabu. Dia cuba untuk buka dengan lebih luas. Perkara pertama yang dia lihat adalah susuk Boneka Bernyawa. Boneka itu lambaikan tangan. Fareed mahu gerakkan badan tapi kedua-dua tangan sudah diikat mati. Dia di tempatkan di satu sel. Tubuhnya dalam keadaan telanjang bulat.

"Hayder, maafkan ayah. Tolong lepaskan ayah." Fareed merayu minta dilepaskan.

"Ehh.. Mana boleh. Ayah kena layan Hayder main tahu. Yelah selama ni ayah tak pernah nak manjakan Hayder. Selalunya ibu seorang saja. Ayah main dengan Hayder ea..." kata Boneka Hayder merayu seperti anak manja nak mengajak main.

"Hayder tolong.. Ayah mintak maaf. Ayah mengaku ayah salah.. Tolong Hayder..." Fareed tak berhenti-henti merayu.

"Tak boleh selagi permainan belum tamat.." kata Boneka Hayder. Dia bersiul sambil alunkan lagu Cupid yang popular di Korea Selatan.

Dia pergi belek-belek senjata tajam yang dia mahu gunakan sebagai permainan. Fareed dah gigil. Dia cuba berusaha untuk lepaskan diri tapi ikatannya terlalu ketat sampai tangannya luka berdarah.

"Ayah, kita main potong kaki nak??" soal Hayder. Di angkat gergaji yang biasa digunakan untuk memotong kayu.

"Ja.. Jangan Hayder!" Fareed terpekik menyuruh anaknya berhenti.

Boneka Hayder mengambil maker pen lalu dia buat garisan pada peha Fareed. Maker itu dicampak dan Hayder memulakan kerjanya. Fareed menjerit dengan kuat saat gergaji mula memotong kakinya. Hayder tarik ke depan ke belakang seperti sedang potong kayu. Darah membuak-buak mengalir banyak. Hayder ketawa bagai orang gila. Dia seronok melihat jeritan Fareed.

"Ayah tahan sikit ya. Hayder tinggal sikit lagi.." katanya sambil meneruskan potongan. Sebelah kaki kanan putus selepas dipotong. Hayder angkat kaki itu dengan menggunakan tangan kanan.

"Ayah, kaki ayah dah dipotong. Ayah ni robot ke boleh tanggal-tanggalkan badan?" soal Hayder sambil tersenyum. Dia ketawa riang sambil buat main. Darah pada kaki Fareed yang berada di tangan Hayder terpercik keluar sampai terkena muka dan baju tshirt yang dibeli ibunya.

"Bangsat kau!" Fareed jadi berang. Dia menjerit menahan sakit.

"Ayah, sampai hati ayah bangsatkan Hayder. Nanti Hayder report ibu. Tapi sebelum tu. Hayder nak selamatkan adik-adik Hayder kejap." ujar Boneka Hayder lalu dia terus pergi ke arah peralatan-peralatan tajam dan berbahaya itu. Hayder mencari pisau dan ambilnya.

"Ishh kaki sial ni kacau jelah!" Hayder campakkan kaki Fareed yang putus itu jauh.

Hayder pergi ke arah kemaluan Fareed. Dia genggam kemaluan dan juga dua biji itu dengan cengkaman kuat. Fareed menjerit lebih nyaring. Bahagian kemaluan dia terasa senak sekali. Hayder terus potong bahagian itu. Fareed menjerit dengan matanya belalak luas. Tubuhnya bergoyang-goyang dan getar kuat. Setelah dipotong, dia buang jauh-jauh.

"Hayder bukan apa. Nanti kalau dapat adik baru. Hayder taknak nasib adik-adik Hayder kena dera macam Hayder kena." kata Hayder bersahaja macam tengah melayan biasa. Sedangkan Fareed dah terlalu seksa dan derita yang ditanggung.

"Hayder.." Fareed dah lemah suaranya. Asyik menjerit dari tadi sambil menahan perit. Kelopak matanya mengalirkan airmata penyesalan.

"Selama aku hidup. Kau dengan anjing seekor lagi macam tak suka dengan kewujudan aku. Aku dari kecil sudah kena belasah oleh kau dua ekor. Jadi, untuk apa aku nak berbaik dengan kau?? Ibuku selalu didera oleh manusia bangsat macam kau! Jangan tanya kenapa jiwa aku tak tenang. Selagi korang berdua tak mati! Ibuku akan susah hati! Memang kau mintak mati, Fareed." Boneka Hayder mula naik amarahnya.

Dia angkat mesin gergaji yang selalu digunakan untuk terbang pohon di hutan. Kalau dalam filem seram dia digunakan oleh pembunuh bernama Leatherface. Mesin dihidupkan.

"Hayder..." Fareed panggilnya untuk kali terakhir.

"Pintu neraka menunggumu.." kata Boneka Hayder dengan ayat terakhir. Dia terus memotong dari bawah bahagian kemaluan. Fareed menjerit dengan lebih kuat lagi. Darah memancut-mancut seperti air yang melimpah banyak sehingga terpercik dan terkena seluruh tubuh Fareed dan Hayder. Mesin itu memotongnya sehingga bahagian kepala. Perlahan-lahan tubuh Fareed terbelah menjadi dua.

"Chucky pun surrender tengok aku." kata Hayder sempat bergurau.

+++++++

Satu bangunan penjara telah keluarkan bunyi siren kecemasan. Penghuni penjara dikejutkan dengan penemuan mayat Fareed yang terbelah dua itu. Banduan-banduan semua diarahkan keluar untuk bagi petugas-petugas hospital buat kerja mereka. Perlahan-lahan tubuh Fareed yang terbelah itu cuba dicantumkan sebelum dimasukkan ke dalam kanvas hitam.

Inspektor Fahmi tengok tanpa sedikit pun perasaan terkejutnya dengan apa yang telah terjadi. Baginya itu satu balasan atas kekejaman terhadap seorang kanak-kanak lelaki seperti Hayder.

Haffiq menghampiri Inspektor Fahmi. Mereka berdua menyandarkan badan sambil berpeluk tubuh. Membiarkan polis Inspektor dan beberapa detektif buat kerja mereka.

"Ni mesti kerja Hayder kan?" soal Haffiq. Kalau ikutkan tak perlu tanya pun pasti Fahmi sudah agak siapa dalang yang bunuh Fareed.

"Empayar Zackry hampir jatuh terduduk. Percayalah cakap aku syarikat Gold Mega Holding akan lingkup selamanya.." kata Inspektor Fahmi. Dia malas nak ambil tahu pasal mayat Fareed. Buang masa sebab dia dah ada maklumat lengkap sebelum habiskan penuh laporannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience