Tuan Najib datang untuk bertemu dengan Syamimi. Dia nak tahu dengan lebih lanjut apa yang telah berlaku ke atas dirinya dan juga arwah anaknya yang dibunuh setahun lalu. Waktu ini, Syamimi berada di rumah mewahnya. Minah dan Mak Limah sudah berhenti kerja secara tiba-tiba selepas mereka diberitahu oleh Syamimi bahawa Zackry sebenarnya ada membuat kerja penculikan orang.
Rumah banglo yang dahulunya indah dan tenang bertukar sepi tanpa penghuni kecuali Syamimi. Dia pun akan dibawa pulang ke rumah Anis semula kerana Zackry mungkin akan dipenjarakan dalam tempoh yang lama. Syamimi masih terasa hati dengan suami dan bekas suaminya.
"Puan, boleh saya tengok boneka puan?" Tuan Najib mahu tengok dengan mata kepala sendiri boneka yang dimaksudkan Detektif Alina. Dia siap berikan segala gambar bukti kesan tapak kasut itu.
Syamimi bawanya dan meletakkan dengan elok kedudukan boneka itu. Tuan Najib mengangguk tanda hormat kerana Syamimi bagi kerjasama. Tuan Najib tarik nafas dalam-dalam. Dan kali ini dia akan cuba berinteraksi dengan patungnya.
"Nama dia Hayder kan?" soal Tuan Najib nak kepastian. Syamimi mengangguk beberapa kali.
Keluhan berat diluahkan. Dia akan berinteraksi untuk pertama kali. Dia mulakan dengan bismillah.
"Hayder, anak baik." Tuan Najib panggilnya. Matanya melilau seluruh ruang tamu. Dia tak ada rasa macam satu kehadiran. Syamimi pun turut melilau sekali.
Boneka Hayder berkelip mata dua kali dan beri respon dengan gerakkan tangan serta kaki. Bahasa tubuhnya juga bergerak memberi sebarang respon untuk Tuan Najib tahu yang Hayder sudah sampai.
"Hayder budak baik kan?" soal Tuan Najib. Pandangan Boneka Hayder terhadap Tuan Najib agak redup. Sepertinya dia nak mengecam siapa lelaki itu.
"Hayder dari kecil memang anak yang baik. Kalau dia nakal pun saya marah biasa. Sejak dia kecil dia didera bekas suami saya. Sampai terpaksa bedah bahagian kepala. Kerana tempurung kepalanya retak. Dulu saya bekerja di sebuah kilang. Kalau saya keluar bekerja. Saya terpaksa tinggalkan Hayder sebab tempat kerja saya bising bunyi mesin.
Ada masa saya kerja ikut shift. Sekejap pagi. Sekejap malam. Selama saya keluar bekerja. Waktu itu Hayder didera. Sebab dia mahukan susu. Tapi, bekas suami pernah cekik dia suruh diam. Bekas suami saya tekap mukanya pakai bantal nak buat Hayder diam. Saya terpaksa balik kerana kecemasan. Bila suami kata Hayder tak bergerak. Saya terus pantas bawa Hayder pergi hospital. Sampai di sana doktor dan beberapa jururawat bekerja keras untuk selamatkan Hayder." Syamimi meluahkan isi hatinya. Mengucap panjang Tuan Najib bila mendengarkan.
"Seminggu Hayder di hospital. Masa tu saya menangis tengok ada wayar dah cucuk-cucuk badan Hayder. Kecil lagi time tu. Baru berusia dua tahun. Doktor kata Hayder ada kesan lebam seperti kena pukul dengan benda yang keras. Itu yang saya syak, bekas suami saya ada belasah Hayder masa saya takde. Anis pernah bergaduh dengan bekas suami sebab masa dia hantarkan makanan. Dia tengok Hayder baring atas lantai tanpa alas. Dia dicekik sampai muka Hayder merah. Hayder menangis ketika itu. Suaranya nyaring dan kuat sebab dia derita. Dia sakit..." Syamimi menangis semahunya. Tuan Najib pun mengesat airmatanya sebab terlampau sedih.
"Setahun boleh dikira lebih 10 kali Hayder masuk hospital. Masa tu saya kenal Zackry. Tak tahu Zackry ni boss bekas suami. Saya sangka adanya Zackry, boleh temankan Hayder. Tapi selepas Hayder cerita yang Zackry bencikan Hayder. Dia pernah tutup muka Hayder nak bagi anak yang saya kandungkan tu mati. Sudahlah didera bekas suami saya. Lepas tu dekat hospital dia didera Zackry dengan tutup muka pakai bantal. Allah! Allah! Allah!" kali ini Tuan Najib dah tak tahan. Dia mengelap airmatanya dengan menggunakan tisu. Syamimi menangis dengan kuat. Airmata Boneka Hayder juga mengalir keluar.
Tanpa disedari. Inspektor Fahmi, Inspektor Shah dan Haffiq rupanya sudah berada di pintu semasa Syamimi menceritakan kesemuanya. Haffiq kesat airmata dengan menggunakan tisu yang dibeli. Ini semua kerana Haffiq yang bagitahu Tuan Najib nak ke rumah Zackry untuk bertemu Syamimi.
Tuk! Pintu diketuk sekali.
Syamimi dan Tuan Najib terkejut dengan tiba-tiba di luar rumah ada tiga anggota polis.
"Fahmi?? Shah?? Haffiq?? Buat apa sini??" soal Tuan Najib terkejut bila pekerja bawahan dia muncul depan pintu.
Inspektor Fahmi mengesat airmata. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia menghampiri dengan sopan bila nak lalu depan ketuanya. Dia perlahan-lahan tunduk dan duduk melutut depan Boneka Hayder itu. Dia pegang pipi dan rambut walaupun ianya hanyalah sebuah patung plastik sahaja.
"Anakku.." Inspektor Fahmi panggil boneka itu dengan memanggil anak. Inspektor Shah dan Haffiq terkejut. Tuan Najib juga terkejut sama. Syamimi tidak terkecuali terkejut sekali.
"Anakku, ayah akan balas balik perbuatan Zackry dan Fareed terhadap kamu. Ayah akan banteras semua kegiatan perdagangan manusia ni. Kematian Hayder takkan ayah sia-siakan. Darah akan dibalas dengan darah." kata Inspektor Fahmi berjanji akan menuntut bela kematian Hayder.
"Dia main-mainkan??" soal Haffiq tak percaya dengan nada suara berbisik.
"Aku tak rasa dia main-main. Macam betul pun ada." jawab Inspektor Shah perlahan.
Inspektor Fahmi mengelap sikit airmatanya. Dia sedu sikit. Matanya berpaling memandang ke arah Syamimi. Bibirnya terukir senyuman manis.
"Awak jangan risau. Kematian Hayder tidak sia-sia. Saya akan membanteras habis-habisan." Inspektor Fahmi berazam. Ada sedikit berbunga dalam hati Syamimi. Perasaan cinta terhadap Zackry telah terkubur. Kini, dia cuba buka hati untuk Inspektor Fahmi pula. Walaupun masih beristeri kepada Zackry. Batasnya dengan polis itu masih haram lagi.
+++++++
"Inspektor Fahmi tu ayatnya macam nak buat saya ni isterinya. Memang saya tahu saya masih isteri kepada arwah Zackry. Cinta saya kepada Zackry dah hilang selepas Hayder ceritakan perkara yang sebenar." Syamimi menceritakan bagaimana bermulanya detik-detik percintaan antara Inspektor Fahmi dan Syamimi.
"Kiranya. Ada bunga-bunga nak berkembang mekar disitulah.." Ustazah Dahlia mengusik. Syamimi senyum saja.
"Selepas tu, Tuan Najib adakan operasi besar-besar untuk banteras jenayah pemerdagangan manusia ke?" soal Ustaz Zain nak tahu selanjutnya.
"Dia ada umumkan untuk jalankan operasi. Tapi, operasi mereka gagal dan Tuan Najib hampa. Sebabnya gudang dan bangunan yang digunakan kumpulan tu telah dikosongkan. Tapi mereka berjaya selamatkan beberapa wanita warga asing dan kanak-kanak kecil dalam usia 5 dan 6 tahun.
Mereka buat siasatan ke atas mangsa-mangsa. Kebanyakan anak-anak terbiar ni adalah anak-anak warga asing. Kumpulan tu menculik kanak-kanak ni untuk dibunuh dan organ akan dikeluarkan lalu dijual pada tiga buah negara. Thailand, Myanmar dan Vietnam..." Syamimi memberitahu.
Ustaz Zain dan Ustazah Dahlia menggelengkan kepalanya. Mengucap panjang mereka terhadap jenayah berat yang dilakukan itu. Kenapalah masih ada manusia yang tergamak menjual organ manusia? Tidak takutkah mereka dengan balasan Allah SWT?
"Hari demi hari, Hayder hampir berjaya lingkupkan empayar dan kuasa Zackry. Ada sekali malam sebelum beroperasi. Saya tak tahu masa bila Hayder keluar dari rumah. Sebabnya, esok pagi ada berita pasal dua kereta terbabas dan pemandu lori dibunuh. Dekat belakang lori, mereka diselamatkan oleh anggota polis. Semua tu mangsa terdiri dari warga asing..." Syamimi memulakan ceritanya.
+++++++
DI SEBUAH GUDANG lama. Kelihatan beberapa wanita warga asing di paksa naik ke dalam badan lori belakang. Mereka ini akan di hantar ke sebuah kilang di mana mereka gunakan sebagai tempat proses daging manusia. Kilang itu memang kilang lama dan terletak jauh dari kawasan kediaman yang ramai orang.
Kelihatan beberapa orang lelaki bekerja dan sibuk kira berapa ramai yang bakal menjadi mangsa. Malam hari ini hujan akan turun dengan lebat. Langit malam sudah beberapa kali cahaya seperti nak memberitahu bahawa akan turunnya hujan pada malam hari.
"Dah cukup. Jom gerak cepat sebelum hujan." kata ketuanya menyuruh beberapa anak buah bersedia. Mereka akan mengiring lori dengan dua buah kereta. Dua orang pemandu lori sudah naik masuk ke dalam badan lori bahagian pemandu dan sebelahnya.
Mereka mula bergerak meninggalkan bangunan gudang lama itu. Dua buah kereta mengetuai lori dengan berjalan di bahagian hadapan. Kereta pertama di naiki oleh ketua dan dua orang lelaki sebagai penjaga. Dan kereta kedua dinaiki empat lelaki sebagai penjaga. Mereka semua bersenjatakan pistol dan senjata moden.
+
SEMENTARA di hadapan sebuah premis kedai mainan. Hayder berjalan lalu dia buka pintu itu dengan menggunakan kuasanya. Kuncinya dibuka. Alarm dimatikan. Pintu dibuka dengan sendiri. Hayder berjalan masuk ke dalam bangunan premis kedai mainan itu. Dia berjalan pergi ke arah kawasan tempat mainan bentuknya figura manusia. Hayder berhenti dekat kawasan berkaca. Di mana dalam kaca ada empat patung figura sebenar manusia remaja. Dua jantina lelaki dan dua jantina perempuan.
Dia melihat pada nama itu. Darren. Vanessa. Andy. Stella. Empat boneka lagenda ini sangat terkenal suatu ketika dahulu. Mereka adalah boneka psycho yang lebih lama sebelum kehadiran Mickey, Donald dan Hayder. Mulutnya terkumat kamit membaca satu mantera hitam. Dia hembuskan ke arah empat Boneka figura itu. Matanya keputihan bagi sedikit kuasa darinya kepada empat patung itu. Hayder menanti dengan penuh sabar. Dia melihat dan menunggu. Tiba-tiba, mata Boneka Darren memerah menyala. Hayder senyum dan misinya bermula.
+
DUA BUAH KERETA dan sebuah lori masih jalan di kawasan jalan lurus. Di tepi-tepinya adalah hutan tebal. Kereta yang paling hadapan terpaksa beam lampu besar untuk buka jalan dengan cahayanya. Kerana sepanjang perjalanan mereka gelap gelita tanpa lampu tepi jalan. Sekelilingnya tidak bercahaya dan gelap. Langsung tidak nampak hutan di tepi mereka.
Pemandu dan lelaki yang duduk di sebelahnya macam ternampak sesuatu di hadapan. Ketika itu dia memandu tidak terlampau laju atau perlahan. Dia memandu biasa sahaja. Dia macam nampak bentuk figura seperti manusia berdiri di tengah-tengah jalan.
"Apa tu?" pemandu itu gumam nak tahu apa benda di depannya.
Semakin mereka hampir. Kelihatan figura bentuk perempuan remaja bergaun putih labuh. Rambutnya blonde kekuningan. Kepalanya menunduk ke bawah memandang jalanraya. Lelaki itu mainkan beam lampu dan bunyikan hon.
Kepala perempuan itu bergerak memandang ke arah kereta yang di pandu. Matanya merah menyala. Pemandu itu terus brek secara mengejut. Ketuanya menjerit dan panik tiba-tiba. Kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan. Satu lagi juga brek mengejut dan terbabas sekali. Kecuali lori sempat brek emergency. Mangsa-mangsa dari warga asing di dalam badan lori sudah ketakutan. Mereka berpelukan satu sama lain.
Kereta yang kedua ada empat orang lelaki. Mereka keluar sambil membawakan senjata moden. Mereka pergi ke arah kereta pertama yang terbabas dahulu. Sayangnya semua sudah terbunuh dalam kemalangan. Tiba-tiba, kedengaran suara meminta tolong dan tangisan. Mereka berempat memandang antara satu sama lain. Suaranya itu datangnya dari dalam hutan.
Apa yang anehkan bagi mereka. Tiada satu pun rumah penduduk di kawasan sini apatah lagi kenderaan. Kerana jalan ini mereka akan lalu untuk ke sebuah kilang lama itu. Jadi, suara siapa kedengaran menangis dari dalam hutan?
Mereka berempat mengangkat senjata dan segera bergerak perlahan-lahan untuk masuk ke kawasan dalam hutan. Mereka hunuskan senjata moden. Mana tahu kalau-kalau ada binatang buas. Ataupun ada hantu lain.
Tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan bunyi orang berlari dekat kawasan semak yang lalangnya panjang. Mereka berempat hunuskan senjata moden. Salah seorang daripadanya berjalan dengan langkah berhati-hati. Mereka di dengarkan satu lagi bunyi dari arah belakang. Segera mereka berpusing dan acukan senjata mereka.
Salah seorang daripadanya terdengar satu suara sedang bercakap. Tapi, kedengaran berada depan dia. Malangnya depan mereka gelap takde satu pun cahaya lampu. Dia keluarkan lampu picit dan mahu suluh apa ada di depannya. Apabila di tekan suis, muncul muka Boneka Darren dengan mata merahnya. Boneka itu segera melibas batang leher lelaki itu dengan pisaunya.
Mereka bertiga terus hunuskan ke arah rakan mereka yang cedera itu. Boneka lelaki tadi hilang masuk dalam kawasan yang gelap. Seorang daripadanya pergi ke arah suara perempuan menangis. Dia tidak sedar dua rakannya lagi telah ditarik sesuatu dan dibunuh.
Lelaki itu nampak ada perempuan bergaun putih duduk cangkung dan menangis. Lelaki itu hunuskan senjata ke arah perempuan tersebut.
"Hei.." lelaki itu mahu sentuh. Tapi dengan berhati-hati sampailah dia berjaya sentuh walaupun perlahan.
Perempuan itu terus tunjukkan wajahnya. Matanya merah. Lelaki itu terkejut dan hampir nak jatuh. Perempuan boneka itu bangun dan terus tikamnya sehingga mati dibunuh.
PEMANDU lori dan rakan di sebelahnya masih tertunggu-tunggu apa yang jadi. Mereka tak dibenarkan keluar sebab takut kalau-kalau ada penceroboh. Pemandu itu sempat pasang lagu dan menyanyi. Rakan yang duduk di sebelahnya tengah tengok telefon. Pemandu itu tiba-tiba terhenti nyanyian. Dia cuba panggil rakan sebelahnya dengan tolak-tolak badan.
"Apa dia???" lelaki itu tak senang nak rehat. Dia pandang muka kawannya yang berada di bahagian pemandu.
"Tu apa tu???" lelaki itu tunjukkan sesuatu. Rakannya tadi tengok apa yang ditunjukkan.
Dia tercengang. Mana tidaknya. Mereka nampak ada empat orang. Terdiri dari dua lelaki dan dua perempuan. Mata mereka merah menyala memandang ke arah lori itu.
"Sial gerak sial!" kawannya dia mula takut tiba-tiba.
"Apa benda ni anjing??? Bangkai betullah!!" dia pun panik. Di buka semula enjin lori. Sebaik sahaja enjin bunyi. Dia mula tekan minyak biar lorinya berjalan.
Sedang mereka nak meninggalkan kawasan tempat kemalangan. Tanpa disedari, Boneka Hayder sudah berada di tempat duduk belakang. Di keluarkan pisaunya. Dia terus tikam kepala pemandu lelaki itu.
"Argh!" pemandu itu menjerit kesakitan. Brek di tekan secara mengejut lalu berhenti mendadak.
Rakan di sebelahnya terkejut lalu dia tarik keluar pistol. Dia terus acukan ke arah Boneka itu. Kepala boneka tersebut memandang rakan pemandu di sebelahnya. Matanya keputihan. Perlahan-lahan tangan lelaki yang pegang oistol bergerak. Mulutnya ternganga luas tiba-tiba. Pistol digerakkan ke arah mulut ternganga. Lelaki itu menjerit sebab tubuhnya dikawal sepenuh oleh Boneka Hayder. Dia tekan picu dan menembak diri sendiri. Kepalanya pecah.
Beberapa wanita warga asing terdengar bunyi beberapa kaki orang di luar badan lori. Boneka Hayder berdiri di belakang pintu. Di belakangnya, empat boneka yang dia panggil ada bersama. Mata Hayder bercahaya warna warni.
"Hello panggilan kecemasan??" ucap pegawai polis yang berada di dalam talian.
"Saya nak buat laporan mengenai kejadian kemalangan di sebuah kawasan...." Boneka Hayder melaporkan kejadian kepada pegawai yang bertugas itu.
Share this novel