Chapter 1

Horror & Thriller Completed 3279

Kedai TOYS KIDZ telah dikejutkan dengan penemuan mayat Pak Musa mati dalam keadaan yang sangat ngeri. Inspektor Fahmi melepasi lintasan pita kuning bagi menghalang orang berpusu untuk melihat mayat. Pekerja-pekerja kilang di luar lintasan pita kuning sambil nak tengok. Ada yang sempat mengambil gambar keadaan mayat.

Inspektor Fahmi menyelak kanvas hitam yang membalut mayat. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Tak sanggup nak tengok bahagian kepala mayat sudah terkeluar sikit otaknya. Cebisan-cebisan daging dan darah segar juga mengalir. Dia melihat bahagian tubuh mangsa. Ada 32 kesan tikaman.

"Tuan, ini bahan bukti yang kita jumpa." Detektif Alina tunjukkan bahan bukti berupa pisau yang digunakan suspek. Inspektor Fahmi bangun dan mengambil bungkusan yang isinya pisau tajam.

"Dekat situ ada CCTV. Saya dah minta pengawal untuk periksa. Tapi, tak nampak kelibat suspek. Yang lebih aneh lagi. Nampak mangsa seorang diri dekat tempat kejadian. Dia melutut dan lepas tu kulit atas kepalanya terkoyak seperti kena siat dengan seseorang." Detektif Alina melaporkan apa yang dia tengok pada paparan CCTV.

"Mustahil takde kesan suspek?? Takkan nak tulis dalam laporan yang suspek bunuh adalah hantu?" soal Inspektor Fahmi. Detektif Alina tidak menjawab apa pun.

"Kita bawa mayat ni ke bilik bedah. Kita perlu siasat lagi siapa perilaku sebenar. Mustahil dalam CCTV tak detect siapa pembunuh tu??" Inspektor Fahmi mengarahkan anggota medic untuk bawa mayat. Dia sendiri nak periksa ruang CCTV. Dia masih tak percaya dengan Detektif Alina.

Dia bukan tak kenal dengan Pak Musa. Orang kuat ketua Polis Metropolitan. Di bandar Metropolitan ni dah macam tempat untuk Pak Musa buat jenayah. Tapi, cara Pak Musa adalah tikam lengan mangsa yang cari pasal. Penjara ni dah macam rumah kedua Pak Musa. Masih tak serik-serik lagi.

Pengawal keselamatan periksa CCTV. Dia mainkan rakaman malam tadi. Nampak Pak Musa sepak sesuatu. Macam tendang angin. Dan lepas tu nampak Pak Musa pegang lehernya. Seperti ada orang baru saja cekiknya. Tubuhnya nampak bergoyang-goyang. Dia melutut dan kelihatan menjerit. Inspektor Fahmi nampak dari CCTV yang menghadap muka Pak Musa. Nampak kesan toreh pada kedua-dua matanya tu.

Tiba-tiba, dia terkejut apabila kulit kepala Pak Musa terkoyak bagai di tarik seseorang. Tak lama kemudian, tubuhnya mula berlumuran darah macam kena tikam.

"Record video ni dan save. Bagi pada saya dengan segera." Inspektor Fahmi mengarahkan Detektif Alina record menggunakan CCTV.

Inspektor Fahmi berjalan keluar dari ruang CCTV. Dia masih berasa pelik dengan apa yang telah berlaku. Bagaimana seorang manusia boleh mati secara misteri? Inspektor Fahmi mula mengarahkan anggota untuk tahan kesemua pekerja dan kakitangan premis ini untuk siasatan lanjut.

+++++++

Syamimi keluar dari bilik tidur. Dia berjalan turun dari tangga. Di ruang tamu kelihatan suaminya sedang menonton siaran berita di kaca tv. Syamimi menghampiri suaminya. Dia melihat paparan yang bersiaran. Berita mengenai kematian paling mengerikan. Mangsanya adalah bernama Ahmad Musa Bin Daud.

Dia toleh memandang suaminya. Zackry menghela nafas. Nampak sedih pada raut wajah itu.

"Pak Musa ni pernah kerja dengan abang. Dia sebagai bodyguard yang sangat berguna. Orang takut bila nampak Pak Musa ni. Siapalah yang tergamak bunuh dia??" Zackry meluahkan isi hati. Rasa sedih dengan kehilangan orang yang dia percaya dan berguna pada dirinya suatu ketika.

"Sabarlah bang. Samalah macam saya. Kehilangan Hayder yang sangat saya sayang. Dia lah satu-satunya permata saya. Baru nak tengok dia membesar dengan sihat depan mata. Tapi tak mengapalah, Allah lebih sayangkan dia." Syamimi pun meluahkan. Dia faham suaminya sedih sebab kehilangan bodyguard paling dia percaya. Dan dia sedih kehilangan Hayder pada usia 12 tahun.

Zackry bangun untuk pergi ke bilik tidur. Dia masih sedih lagi mendengar berita ni. Memang Pak Musa terkenal dengan sikap panas baran dan psycho. Tapi hatinya baik. Dia takkan kacau orang kalau orang tak kacau dia.

Syamimi duduk sendirian di depan tv. Dia biarkan suaminya bersendirian. Dia tak mahu kacau suaminya seketika.

Meow~

Syamimi berpaling ke arah pintu utama. Kelihatan seekor kucing bewarna hitam ada di depan muka pintu. Syamimi bangun dari tempat dia duduk. Dia berjalan menghampiri kucing hitam itu. Di sebelah kucing ada sebuah boneka berupa budak sekolah duduk. Dengan dua kaki kedepan.

"Hai sayang.." Syamimi menyapa kucing hitam. Nampak sangat comel.

Anehnya, kucing hitam itu tidak takut dengan manusia. Dia belai dengan penuh kasih sayang. Sekilas pandang, kucing itu wajahnya hampir seiras dengan kucing lama dia. Syamimi tengok rantai loceng pada leher kucing itu. Namanya Willy.

"Willy..." gumam Syamimi.

Dia tengok untuk kali kedua. Willy sangat seiras kucing lama dia. Namanya Billy. Arwah Hayder dah anggap Billy macam adik. Sebab Hayder anak tunggal takde adik beradik lain. Dalam hidup Hayder hanya ada ibunya dan Billy.

Syamimi mula terbayangkan memori Hayder bersama Billy dulu. Mereka memang sangat rapat macam adik beradik. Billy mati diracun oleh bekas suaminya. Sebulan Hayder murung. Sehingga Hayder ditemukan mati dibunuh seminggu selepas sebulan kemurungan.

Ada sekeping kertas di sebelah boneka itu. Dia ambil kepingan kertas berlipat. Dia buka lipatan dan ada tulis bewarna merah.

"Tolong jagakan boneka ini dan Willy..." Syamimi membaca isi kandungan surat tersebut. Bibirnya tersenyum manis. Sebab gaya dari tulisan ini sama seperti Hayder tulis.

Dia teringat Hayder pernah bagi sepucuk surat. Syamimi buka lipatan kertas dan Hayder menulis sesuatu.

"Terima kasih ibu jagakan Hayder dan Billy..." Syamimi senyum dan melipat semula kertas itu. Dia menyapu rambut Hayder dengan lembut.

Imbasan telah pergi. Syamimi senyum membaca isi kandungan surat itu. Dia yakin sangat tulisan ini sama seperti gaya anaknya menulis. Dia mengambil kucing hitam dan boneka itu sekali bawa masuk ke dalam rumah.

Syamimi keluar dulu untuk pergi ke kedai membeli makanan kucing. Dia biarkan Willy di rumah buat sementara. Mak Limah yang merupakan orang gaji di rumah terkejut apabila ada kucing hitam dan boneka duduk di sofa.

"Siapa punya ni?? Bukan Tuan Zackry tak suka kucing ke?? Ini mesti perempuan tu bawa masuk! Dia tak tahu ke suami dia bencikan kucing?? Kalaulah Tuan Zackry tahu pasal ni. Mesti kena marah! Ni tak boleh dibiarkan. Nanti teruk Tuan Zackry mengamuk. Tapi tak mengapalah, yang kena marah perempuan sundal tu. Apa kata kalau aku mengadu dengan Datin Syida pasal perempuan sundal tu?? Yelah Datin Syida pun bukan suka dekat dia. Kesian kau Mimi, semua orang kat sini benci kau. Kenapalah muka tak malu kau boleh buat Tuan Zackry terpikat?" kata Mak Limah dengan sadisnya memanggil Syamimi sebagai perempuan sundal.

Dia melangkah menuju ke ruang dapur semula. Dia mahu selesaikan tugas yang masih tergendala lagi. Willy kucing hitam dari tadi memandang Mak Limah masa membebel seorang diri. Selepas bayangan Mak Limah hilang. Kepala boneka tadi berpusing memandang ke arah dapur. Dahinya berkerut hendak marah.

Mak Limah cuci pinggan di dalam sinki. Dia menyanyi sambil cuci menggunakan sabun. Tanpa sedar, seseorang telah berlari masuk ke ruang dapur. Mak Limah terus berpaling kebelakang. Tiada tanda-tanda orang masuk.

"Tuan??" Mak Limah panggil. Dia mungkin sangka Tuan Zackry ada masuk ke dapur tanpa dia sedar.

Mak Limah kembali sambung membasuh segala pinggan kotor. Kerusi duduk di tarik perlahan tanpa sedar. Seekor kucing memanjat atas meja. Mak Limah menutup paip sinki. Dia berpaling kebelakang. Terkejut teruk dia bila ada seekor kucing hitam berada atas meja makan sambil merenung tajam ke arahnya.

"Hei shuu! Shuu! Turun!" Mak Limah halau. Kucing hitam itu tidak berganjak sama sekali.

Mak Limah ambil senduk nak pukul. Dia toleh semula memandang kucing tadi. Kali ini, kucing tersebut bulunya tegak dan kembang. Dia tengok Mak Limah macam musuhnya. Mak Limah cuba nak halau tapi langsung tiada tanda-tanda kucing itu nak pergi.

Syamimi baru pulang. Kucing hitam itu terus tenang dan bergerak turun dari meja makan. Mak Limah menarik nafas lega. Kalau tidak, entahlah apa yang akan jadi padanya.

Syamimi terus masuk ke ruang dapur. Dia mengambil bekas yang besar sikit untuk isikan kibble buat kucing hitam itu. Mak Limah pandang Syamimi dengan muka tak sukanya. Tapi, Syamimi tak hairan sebab memang dari awal dia di rumah suaminya. Memang orang pandang dia semacam. Tetamu-tetamu lain pun pandang dengan sebelah mata. Mungkin sebabkan status dia seorang janda. Di tambah lagi, dia ketiadaan kedua ibubapa. Dan dia pun tiada harta macam suaminya.

++++++

SYAMIMI dahulukan makanan kucing. Boneka itu dia meletakkan di atas katil tidur. Dia sudah meminta izin suami untuk adakan satu bilik buat bonekanya. Atas sebab sayangkan isteri, dia terpaksa berikan satu bilik.

Zackry melihat Syamimi berikan Willy makan. Dia sebenarnya tak senang bila isterinya nak bela kucing. Entahlah hatinya tak berapa nak selesa. Syamimi melayan kucingnya makan dulu. Dia terus ke meja makan untuk menjamu selera.

"Abang kenapa?" soal Syamimi. Dia tengok suaminya macam tak suka dia bela kucing.

"Takde apa. Sayang kenapa degil? Abang kan tak suka ada kucing dalam rumah. Abang allergic dengan bulunya." Zackry meluahkan. Syamimi sedikit pun tak terluka.

"Saya sunyi. Bila bela Willy ni mengingatkan saya pada arwah anak saya. Sebab muka Willy ni saling tak tumpah iras rupa kucing arwah anak saya." Syamimi meluahkan. Zackry diam tak menjawab. Kasihan pulak tengok isterinya.

Syamimi pegang lengan suaminya. Zackry memandang isterinya. Tapi, dia faham apa yang isterinya hendak mengadu.

"Abang, benarkan saya bela kucing. Saya tahu abang geli tapi tolong bang. Izinkan saya untuk membelanya. Saya kesunyian dekat rumah." Syamimi merayu. Sayu Zackry tengok isterinya merayu ke tahap itu.

"Baiklah, tapi make sure segala najis dia awak bersihkan. Mak Limah geli dengan kucing. Yati dengan Minah pun geli." kata Zackry beri satu syarat buat isterinya. Syamimi senyum dan mengangguk. Dia akur asalkan dia dapat bela kucing.

Pada tengah malam. Mak Limah kemas katil untuk dia nak tidur sekejap lagi. Segala kerja rumah semua sudah dia selesaikan. Tinggal Yati dan Minah dia berikan sikit tugas menyediakan peralatan sebelum mulakan tugas pagi besok.

Mak Limah terus baring di atas katil. Dia mahu pejamkan matanya untuk tidur. Tiba-tiba, Mak Limah mencelik mata. Dia terkejut ada boneka budak sekolah itu melibas leher Mak Limah dengan menggunakan pisau tajam. Meninggalkan kesan garisan luka yang dalam. Mak Limah terus sesak nafas menahan kesakitan. Dia pegang batang leher yang terkeluar banyak darah.

"Mulut sial kau ni kan?? Sedap tak leher kena toreh? Kalau ikutkan hati. Aku bagi ini.."

Boneka itu mengangkat pisaunya lalu tikam lengan kanan Mak Limah. Wanita malang itu menjerit kesakitan. Dia tak boleh nak angkat tangan kerana mata pisau sudah tembus sekali dengan tilam tempat baring. Darah mengalir keluar banyak sekali.

"Puas hati kau betina?" soal Boneka puaka itu. Dia pegang batang pemegang itu. Di tariknya perlahan untuk keluarkan. Mak Limah menjerit kuat saat pisau itu dikeluarkan.

"Sakit...!!" Mak Limah tersedar dari mimpi mengerikan. Dia pegang lehernya. Takde kesan toreh. Dia tengok tangan sebelah kanan. Takde kesan kena tikam. Mak Limah menarik nafas lega.

"Celaka. Mesti perempuan tu nak sihir aku guna patung sial." Mak Limah mengomel. Dia pasti sangat benda ni angkara Syamimi.

Pintu bilik tidur terbuka dengan sendiri tanpa sedar. Muncul jari memegang tiang pintu. Perlahan-lahan muncul separuh wajah seseorang. Matanya membulat dan merah menyala. Bibirnya senyum menyeringai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience