Chapter 9

Horror & Thriller Completed 3279

Inspektor Fahmi berada di pejabat. Dia melihat gambar-gambar kes pembunuhan brutal yang lebih extreme pernah berlaku di Malaysia. Kes Pak Musa dan satu keluarga Dato Isa belum selesai. Kes Tuan Martis pun belum selesai. Dan yang terbaru kes seorang pembantu rumah Tuan Zackry dibunuh dengan kejam. Ada 50 kesan tikaman pada seluruh tubuh mangsa. Semua ni dia kaitkan dengan boneka kepunyaan perempuan yang mereka soal siasat itu. Dia pasti ada sebab kenapa kebanyakan mangsa yang mati ada kena mengena dengan Tuan Zackry sendiri.

"Haffiq!" Inspektor Fahmi bangun.

Haffiq buka pintu pejabatnya. Baru nak melangkah masuk. Inspektor Fahmi dah menyuruhnya ambilkan fail pasal perempuan yang mereka soal siasat baru-baru ni.

Haffiq pun pergilah mengambil fail tersebut untuk diberikan pada rakan sekerjanya. Entah apa yang dia nak buat dengan fail laporan pasal perempuan tu?

"Sekarang ni aku nak tahu motif dendam ni. Aku tak rasa pembunuh ni suka-suka nak bunuh orang tanpa sebab. Mesti ada sesuatu yang aku terlepas pandang." kata Inspektor Fahmi. Fail laporan itu dibuka. Dia baca isi laporan Syamimi tentang kehilangan anaknya tiga hari sebelum di jumpai mati tepi jalan.

"Berbalik pada kes pertama iaitu Pak Musa. Pak Musa pernah bekerja dengan Tuan Zackry sebagai bodyguard. Dan Tuan Martis ni adalah ahli perniagaan Kasus Holding. Bawah naungan Gold Mega Holding ni. Tuan Martis ada beberapa jenayah yang telah dilakukan. Hukuman dia setakat penjara saja tanpa ada hukuman yang lain. Keluarga Dato Isa ni adalah saudara rapat Tuan Zackry. Jadi, persoalan aku sekarang ni yang menjadi misteri. Kenapa satu keluarga Dato Isa dibunuh kejam? Kalau nak katakan konflik antara perempuan tu dengan keluarga Dato Isa sangat mustahil. Kalau nak kata keluarga tu bencikan isteri Tuan Zackry. Bila-bila masa saja keluarga tu akan dibunuh dengan kejam." ujar Inspektor Fahmi nak merungkai misteri sedikit demi sedikit. Sekurang-kurangnya dia hampir menemui jalan penyelesaian.

"Dari cerita kau ni. Tuan Zackry tu adalah suspek utama kes pembunuhan anak kepada isterinya. Dia kahwin dengan isterinya yang sekarang mungkin ada sebab. Tak silap aku bekas suami perempuan ni seorang penagih dadah. Ada rekod jenayah dia dekat sini." kata Haffiq tunjukkan laporan rekod jenayah Fareed.

"Mamat ni buruan kita. Dia hilang sudah dua tahun. Katanya larikan diri keluar sebab diburu ah long. Barua yang kena tangkap tu dulu dia ada seorang isteri dan seorang lelaki berusia 12 tahun." Inspektor Fahmi menebak sesuatu yang tak kena dengan kes ini.

"Jadinya??"

"Jadinya, boneka yang bersama dengan perempuan itu sebenarnya pembunuh yang kita cari. Untuk mencari klue mengapa dia bertindak sampai ke tahap psycho aku belum pastikan lagi. Soalnya sekarang, kita perlu cari bekas suami kepada perempuan yang kita soal siasat tu." ujar Inspektor Fahmi tekad untuk mengarahkan anggotanya memburu Fareed untuk membantu siasatan polis.

++++++

SEMENTARA di rumah Zackry. Syamimi perlahan-lahan mencelik mata. Dia berasa ada sesuatu yang melekat di dahi. Perlahan-lahan dia cuba sentuh. Dan rupanya ada macam plaster di tampal pada dahi. Syamimi buka mata keseluruhan. Nampak Boneka Hayder duduk di sisi katil bersebelahan dengannya. Syamimi mahu lari tapi Boneka Hayder jauh lebih cepat pegang kakinya. Syamimi batalkan niat untuk gerak.

"Ibu, jangan tinggalkan Hayder lagi. Hayder takde siapa-siapa selain ibu. Hayder tak berniat nak takutkan ibu. Hayder mahu melindungi ibu." kata Boneka Hayder merayu ibunya jangan pergi.

Ketika itu Syamimi masih takut lagi sebab yang ada di depan dia bukan anaknya, tapi Boneka Bernyawa. Syamimi cuba berlagak biasa tapi susah. Dia belum boleh terima lagi boneka itu adalah anaknya.

"Kenapa Hayder bunuh keluarga Dato Isa?? Hayder tahu tak! Tindakan Hayder tu melampau sampai ibu dianiaya. Ibu dipanggil perempuan sihir! Tu Mak Limah tu dari awal dapat tahu Hayder ni sebenarnya hidup! Hayder bunuh Yati!" kata Syamimi tak berpuas hati dengan kelakuan anaknya. Hayder tundukkan kepala. Dia menyesal dengan apa yang dah dia lakukan.

"Hayder tak berniat nak lukakan hati ibu. Hayder buat semua ni kerana mahu selamatkan ibu. Dengan menjatuhkan empayar dan kuasa Zackry." kata Hayder berlaku jujur.

"Apa maksud kamu?? Hayder tahu tak, uncle Zackry dah selamatkan ibu dari samseng-samseng minta hutang ayah kamu!" kata Syamimi meninggikan suara. Dia tak boleh terima dengan apa yang dah dilakukan oleh Hayder.

Boneka Hayder mengangkat kepalanya dengan pandangan mata tajam. Dahinya berkerut.

"Ibu jangan agongkan Zackry. Hayder benci dia! Ibu tak tahu selama Hayder di hospital waktu ibu tiada. Zackry banyak berbisik pada Hayder yang dia bencikan Hayder! Sebab Hayder ni datang dari benih bapak sial pukimak tu!" kata Hayder dengan suara kasar. Kali ini dia kelihatan dah tak tahan lagi. Api marahnya membuak bagaikan bara. Syamimi terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.

"Kenapa uncle Zackry tergamak kata Hayder macam tu?? Hayder anak ibu kan??" soal Syamimi, nafasnya turun naik setelah mengetahui kebenaran.

"Jadi, selama Hayder hilang tu uncle Zackry punya angkara??" soal Syamimi. Boneka Hayder mengangguk. Syamimi mengetap gigi. Patutlah selama ni dia pura-pura berbaik dengannya sebab nak kahwin dengan dia. Tapi, zuriat yang dikandungkan Syamimi tak mahu terima atas alasan datang dari benih bekas suaminya.

Bam! Bam! Bam!

Syamimi terkejut pintu bilik tidur dihempas kuat dari luar. Boneka Hayder kembali pada asalnya dengan patungkan diri. Daun pintu dipulas dan hempas kuat. Muncul Datin Syida bersama dengan Mak Limah.

"Perempuan gila..!! Pasal kau lah aku kehilangan bakal menantu aku!! Semua gara-gara kau dan patung setan kau!" kata Datin Syida menengkingnya. Mak Limah diam membisu. Dia menundukkan muka ke lantai. Sebenarnya sebelum dia meminta maaf pada Syamimi. Dia ada mengadu dengan Datin Syida perangai tak elok Syamimi.

"Aku satu keluarga malu bila orang kata anak aku dapat isteri penjenayah! Perempuan sundal!" Datin Syida menyumpah seranah.

Dia masuk ke dalam. Patung itu dirampasnya membuatkan Syamimi dan Mak Limah terperanjat. Datin Syida terus bawanya keluar. Mak Limah cuba tahan Datin Syida bawanya pergi.

"Datin, tolong lepaskan." Mak Limah merayu. Satu tamparan kuat dia bagi pada Mak Limah.

"Kau tak boleh harap! Dah lama aku suruh kau buang semua kucing dan patung dalam rumah anak aku!" kata Datin Syida memarahi Mak Limah.

Datin Syida bawanya keluar dari rumah itu. Syamimi keluar untuk mengejarnya. Mak Limah pun ikut sekali kejar Datin Syida. Mereka tak mahu sesuatu yang buruk bakal terjadi pada Datin Syida kalau di apa-apakan boneka itu.

Mereka tahan tubuh Datin Syida supaya jangan bawanya keluar. Syamimi memberitahu akan ada kecelakaan buruk berlaku. Datin Syida tendang mereka berdua supaya jangan menghalang kerja dia. Minah tak berani nak masuk campur. Dia pun takut sebenarnya.

Datin Syida segera pergi ke arah keretanya. Dia mencampakkan boneka itu di tempat duduk belakang. Datin Syida terus masuk ke dalam kereta bahagian pemandu. Kereta itu telah dibawa pergi. Willy berlari untuk mengejar tetapi sudah terlambat. Pasti akan ada nyawa bakal melayang.

"Allah! Mana telefon aku??" Syamimi yang berada dalam keadaan cemas segera mencari telefon bimbit. Dia menghubungi suaminya segera. Mak Limah pun berdebar sama. Entah apa yang akan dibuat oleh boneka itu?

"Hello??" kedengaran suara Zackry dalam talian.

"Abang! Abang tolong saya stopkan mak abang! Dia bawa keluar patung saya tu..." Syamimi merayu agar suaminya faham.

"Biarlah dia nak buang. Awak tu saya tengok dah macam orang gila! Cakap dengan patung!" kata Zackry sempat marahkan isterinya.

"Abang! Kalau abang bencikan saya! Saya tak kisah! Sekarang ni nyawa mak abang dalam bahaya!" Syamimi pula meninggikan suaranya. Kedengaran bunyi orang meletakkan panggilan. Syamimi mula menjerit marah.

"Ada suami pun tak guna! Kau memang sial! Kau lah penyebab anak aku mati dibunuh!" Syamimi bentak marahkan Zackry. Mak Limah dan Minah terkejut dengan kenyataan Syamimi.

Syamimi segera menghubungi Anis untuk meminta pertolongan.

Datin Syida sepanjang perjalanan mendengarkan lagu-lagu hits. Walaupun lagu cuba dipasang untuk temankan dia. Tapi, marahnya tu tak hilang-hilang lagi. Mahu saja dia tampar muka Syamimi kalau ikutkan hati. Sebab dia fikirkan anaknya. Dia sampai menampar muka Mak Limah. Sudah lama dia suruh buangkan tapi Mak Limah berdegil. Sama macam Syamimi.

Boneka Hayder bangkit dan duduk di tempat duduk belakang. Datin Syida masih tak sedar boneka itu telah bangkit. Pisaunya sudah sedia untuk bunuh mangsa yang baru. Datin Syida membawa ke sebuah tempat pelupusan sampah. Datin Syida memarkir keretanya di tempat meletakkan kenderaan. Dia turun dari kereta. Daun pintu belakang dibuka sekali. Datin Syida merentapnya dan bawa masuk ke dalam sebuah premis tempat pembuangan sampah.

+

USTAZAH DAHLIA terkejut bila Syamimi cerita arwah ibu mertuanya yang buang Boneka Hayder di tempat pelupusan sampah.

"Saya call Anis masa tu. Mujur Anis sempat sampai. Memang dia bawak kereta dengan rush sebab nak cari boneka tu. Kami berdua pergi dekat tempat pelupusan sampah. Saya ikut naluri saya sebagai seorang ibu masa tu." Syamimi menceritakan di mana dia dan Anis hampir putus asa.

"Patung tu kalau keluar dari rumah atau dibuang seseorang. Orang yang membuangkan akan kecelakaan." Anis sambung dengan menghabiskan ayat Syamimi.

"Lepas tu apa jadi? Dapat jumpa tak bonekanya??" soal Ustaz Zain nak tahu dengan lebih lanjut.

Ustazah Dahlia turunkan sikit suhu penghawa dingin. Dia nak bagi suasana ruang tamu sejuk sikit. Sambil dia dan suami boleh mendengar cerita tentang pembunuhan terpaling brutal. Dia berpaling memandang ke arah Boneka Hayder yang duduk di tepi.

"Boneka tu dapat jumpa tapi malam tu tragedi buruk berlaku. Mak mertua mati dibunuh sehingga hubungan saya dan abang Zackry jadi pergaduhan besar..."

Syamimi sambung ceritanya semula...

+

Syamimi dan Anis hampir putus asa mencari di tempat pembuangan sampah. Mereka ada bagitahu Datin Syida datang sini dan hantar sesuatu. Di suruhnya bakar atau tanamkan.

"Ya Allah, mana pulak dia pergi campakkan?? Aduh! Ya Allah, Anis aku tak kuat!" Syamimi mengeluh dengan tak tenang sekarang.

"Datin Syida ni melampau! Nanti mesti dia kena dengan patung tu! Allahuakhbar, mana dia bawa pergi??" Anis pun tak lepas dari mengeluh.

Syamimi dah pegang kepalanya. Terasa sangat-sangat sakit sampai otaknya nak meletup. Anis yang melihatnya sudah faham. Sahabat baik dia perlu jalankan rawatan. Iaitu bawanya ke sebuah kafe. Kalau dulu duduk satu rumah dengan Anis. Mesti kafe tempat yang dia pergi.

+

Mereka pesan minuman. Syamimi nampak sangat sedih sekali. Kalau dulu dia kehilangan anak yang dia kandungkan 9 bulan 10 hari. Dari kecil dia melindungi anaknya yang didera secara fizikal dan mental oleh bekas suaminya, Fareed.

Arwah anaknya tak pernah mendapat kasih sayang yang secukup dari ayah. Selama 12 tahun dia tak pernah merasa bagaimana suasana hari raya. Dia kenal puasa saja tapi seronok hari raya dia tak pernah rasa.

Setiap hari jadi mangsa pukul bekas suaminya. Kalau dia kena pukul, Hayder akan datang membela. Rumah tak pernah nampak meriah kalau suami seorang penagih dan kaki botol. Masa Hayder kecil dalam setahun sudah lebih 12 kali masuk hospital akibat didera. Syamimi pernah nak minta cerai. Fareed pernah ugut untuk bunuh Hayder kalau Syamimi nak bercerai dengannya.

"Anak aku bunuh orang, Anis. Dia bunuh bukan bunuh biasa. Sampai polis cakap mangsa-mangsa yang dibunuhnya tu mati dalam keadaan mengerikan." Syamimi meluahkan sambil menundukkan pandangan.

"Aku tahu tu semua Mimi. Aku pernah ada masa Hayder kena dera dengan suami. Mujur masa tu aku tergerak hati nak pergi rumah kau. Aku nampak dengan mata kepala aku. Fareed tu pergi cekik leher masa Hayder tadika lagi. Mujur tak mati dan sempat aku tendang bekas laki kau. Memang tak guna dia tu!" Anis memberitahu detik hitam pengalaman Hayder semasa tadika. Mujur masa tu dia nak ke rumah Syamimi. Sebab kata Syamimi, Fareed di rumah berdua dengan Hayder. Jadi, Anis punya firasat buruk mengatakan akan ada sesuatu yang tidak kena.

"Hayder sekarang dah bahagia. Dia duduk dengan atok dia. Nenek dia. Aku boleh nampak Hayder sandarkan badan di bawah pohon rendang. Dia berteduh disitu. Dah takde sesiapa lagi seksa dan dera dia, Anis." Syamimi meluahkan sambil tersenyum. Dia cuma membayangkan keberadaan anaknya sekarang.

Anis mengangguk perlahan tanda dia faham. Dia minum air jus buah berkarbonat. Matanya tiba-tiba kalih pada seseorang. Dia berhenti minumnya.

"Fareed???" soal Anis terperanjat. Syamimi pandang Anis, sebelum dia pusingkan badan dan melihat gerangan yang disebut Anis tadi. Syamimi pun terkejut sekali.

Fareed sebenarnya baru melintasi kafe dan ternampak mereka. Fareed pun terkejut bila dia nampak Anis dan Syamimi.

Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience