Pada keesokan hari. Kediaman rumah mewah milik Datin Syida dipenuhi dengan begitu ramai orang menghadiri dan mahu tengok apa yang berlaku. Beberapa buah kenderaan polis dan tiga ambulan berada di tempat kejadian. Keluarga besar Tuan Zackry datang berkumpul. Seluruh adik beradik dan sanak saudara juga hadir sama.
Zackry sampai terduduk melihat mayat ibunya dibawa keluar. Semua ahli keluarganya menangis meratapi pemergian Datin Syida dalam sebuah tragedi berdarah. Ada lebih 70 kesan tikaman di seluruh tubuh mangsa. Inspektor Fahmi berada di dalam bilik yang jadi tempat kejadian bunuh. Dia tengok telapak kasut sebagai bahan bukti. Memang sah kasut itu bukan sembarangan. Pasti ada yang tak sehingga nyawa Datin Syida boleh melayang.
Zackry ditahan untuk siastan lanjut mengenai kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun pada tahun lepas. Semua ahli keluarga terkejut bila saudara mereka ditahan oleh polis. Pulak tu polis berpangkat inspektor.
Inspektor Fahmi membawa fail tentang kes penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di tepi jalan. Ketip pada fail dibuka. Dia keluarkan beberapa helai kertas laporan tentang insiden penemuan mayat itu.
Inspektor Fahmi masuk ke dalam bilik siasatan. Dia pandang ke arah Zackry. Dia keluarkan sesuatu dari sampul. Dia campakkan pada Zackry. Lelaki itu melihat. Gambar tersebut adalah gambar milik Hayder. Dan ada beberapa kepingan gambar mayat.
"Aku tahu kau kenal budak ni." kata Inspektor Fahmi agak kasar sikit.
"Aku tak kenal." Zackry jawab bersahaja. Polis itu mula naik geram. Mujur Haffiq tahan supaya banyakkan bersabar. Sebenarnya, Tuan Najib sudah ada di luar bilik soal siasat.
Inspektor Fahmi menghempas meja. Memandang barua yang ada di depan mukanya. Kalau dia bagi penumbuk memang sedap. Macam mana dia buat dekat Fareed. Dia akan buat dekat Zackry jugak.
"Kau pehal tengok aku macam tu?? Dah memang aku cakap yang aku tak kenal budak ni sial." kata Zackry agak kasar bunyinya. Inspektor Fahmi agak terkejut lalu dia ketawa sinis.
"Wow.. Kau sial kan aku? Ni aku tanya kau. Gambar-gambar mangsa ni semua sial kan?? Yelah, mangsa pertama nama sial tu Pak Musa. Oh si sial tu mati kena bunuh. Padahal dia gangster kut. Satu lagi gambar mangsa empat sial mati dibunuh. Oh ya, kalau tak silap aku tiga daripada sial ni ada pertalian darah dengan kau kan?" airmuka Zackry merah menahan marah. Di jeling polis berpangkat inspektor itu.
"Fahmi!" Haffiq panggil rakan sekerjanya. Agak keterlaluan dalam soal siasat suspek mereka. Inspektor Fahmi tahannya dari teruskan ganggu tugas dia.
"Kau dengar sini baik-baik. Semua ni ada kena mengena dengan kau sebenarnya. Satu persatu kejadian yang menimpa mereka ada kena mengena dengan kau. Pak Musa mati dibunuh. Dia pernah bekerja di bawah syarikat kau. Padahal dia orang kuat kau yang boleh naikkan nama dan empayar kau.
Gambar kejadian kedua. Keluarga Dato Isa. Merupakan sepupu rapat kau juga jadi mangsa bunuh. Gambar ketiga ni rumah Tuan Martis. Dia adalah CEO dan ahli pernigaan Kasus Holding. Di bawah pimpinan Gold Mega Holding. Company kau sendiri kan?? Gambar keempat adalah orang gaji kau sendiri, Yati tu. Dan yang kelima adalah arwah mak kau.
Aku ni dah cukup baik nak berunding dengan kau. Nak kau bekerjasama dengan kitorang. Tapi kalau bahasa kau kasar dekat aku! Sepuluh kali ganda aku lebih kasar. Aku mintak kerjasama dengan kau untuk jawab soalan aku pasal budak ni. Kenapa kau bunuh Hayder??" soal Inspektor Fahmi tunjukkan gambar mayat Hayder setahun lalu.
"Aku dah kata aku tak bunuh! Bapak dia berhutang dengan ah long! Apa kena mengena dengan aku?? Sudah cukup susah aku selamatkan mak dia dari dikejar gangster sebabkan laki dia! Kau kalau nak cari pergi cari dia!" kata Zackry memaksa dua polis tu buru Fareed.
"Kitorang dah soal siasat Fareed.." Haffiq menjawab buatkan Zackry agak terkejut.
"Fareed ada bagitahu dia pernah kerja dengan kau. Bukan setakat business biasa rupanya kau! Satu keluarga kau tak pernah tahu aktiviti gelap kau rupanya. Fareed ada bagitahu, dia berhutang dengan kau dekat satu juta ringgit. Kau ugut dia bunuh kalau hutang tak diselesaikan. Tapi, kau menculik Hayder untuk menjual organ budak tu pada warga asing untuk dijadikan makanan." kata Inspektor Fahmi berjaya melangkah satu lagi masalah yang akan selesai.
Dia menghempas meja dengan tangannya. Pandang Zackry dengan renungan tajam. Airmuka Zackry berubah sikit.
"Aku nak tanya satu lagi soalan. Apa motif kau kahwin dengan Syamimi?" soalan itu tidak dijawab Zackry. Malah, lelaki itu juga bangun. Haffiq menyuruhnya duduk semula.
"Kau jangan biadap dengan aku inspektor. Kau ada anak bukan??" soal Zackry dengan bunyi psycho.
"Kau jangan libatkan anak aku dalam kes kau. Kalau betul kau tak bersalah. Bahasa psycho kau aku tak gentar sedikit pun." Inspektor Fahmi balas dengan tenang tapi sedikit garang bunyinya. Zackry dan Inspektor Fahmi memandang antara satu sama lain. Pandangan mereka bagaikan ada tarikan arus elektrik di tengah-tengahnya.
+++++++
Syamimi sudah jumpa semula boneka kesayangan dia. Dia meletakkan di atas meja menghadap ke arahnya. Dia masih terkejut kenapa sampai macam tu sekali anaknya marahkan dekat orang lain. Dia faham Hayder dari kecil kurang dapat kasih sayang yang cukup dari insan bernama ayah.
Boneka itu berkelip dua kali. Dia gerakkan kepala dan memandang ke arah ibunya. Dia mengulum senyuman manis di bibirnya.
"Hayder, kenapa bunuh orang yang tak bersalah? Ibu tahu Hayder marahkan Zackry. Tapi kenapa arwah mak mertua ibu Hayder bunuh??" soal Syamimi dengan tenang. Dia dah tak takut pada boneka bernyawa tu. Sebab di dalamnya ada Hayder.
"Dia hina ibu. Dia maki ibu. Ibu tetap panggil dia mak mertua. Ada pernah dia anggap ibu ni menantu dia?? Hayder bunuh keluarga Dato Isa sebab perempuan mahukan Zackry kahwin dengan anak Dato Isa. Ibu pasti akan diceraikan. Dan segala rancangan Hayder untuk jatuhkan empayar Zackry akan hilang." kata Boneka Hayder berlaku jujur.
"Hayder, ibu minta maaf selama ibu jadi ibu kepada Hayder. Ibu jarang ada di rumah untuk jaga kamu. Mengharapkan bekas suami ibu saja. Maafkan ibu ya sayang." Syamimi meminta maaf dengan meluahkan rasa kesalnya.
"Ibu jangan risau ya. Hayder takkan pernah sakiti ibu. Hayder akan jaga ibu sampai bila-bila." kata Boneka Hayder.
Perlahan-lahan mata Syamimi berlinang menangis. Dia terus ambil boneka itu dan peluknya erat. Dia terlampau rindukan anaknya. Terasa hangat pada boneka yang di peluknya. Dia tak rasa tubuh plastik itu. Dia menangis dengan semahunya.
+++++++
Inspektor Fahmi dengan Inspektor Shah berjalan berjalan keluar dari pejabat berdua untuk pergi rehat satu jam dahulu. Sekarang pun memang waktu lunch mereka. Mereka berdua keluar dari bangunan untuk ke arah kereta Merecedes merah milik Fahmi. Kedua-duanya masuk ke dalam. Mereka tunggu Haffiq kerana rakan sekerjanya itu nak makan sekali.
Inspektor Shah berpaling ke arah kawan satu tugas. Melihat airmuka Inspektor Fahmi tak ceria langsung. Dari wajahnya, kelihatan mata Inspekor Fahmi berkaca.
"Kau kenapa?" Inspektor Shah soal. Risau tiba-tiba kawannya menangis dah kenapa.
"Ain Sofiya tu hidup sudah dekat 5 tahun. Satu bekas pun tak pernah aku tinggalkan dekat tubuhnya. Kalau aku marah pun babap dia perlahan tapi takde sampai lebam. Masa arwah tu kecil. Setahun dah banyak kali pergi hospital sebab kena dera. Allahuakhbar, kalau aku ada masa tu. Aku tolong arwah Hayder tu." Inspektor Fahmi meluahkan. Dia bersimpati terhadap Syamimi dan arwah Hayder. Nasib dua beranak itu terlalu gelap dan penuh derita sehingga nyawa di antara mereka melayang.
Haffiq berlari dalam keadaan tergesa. Dia terus masuk ke dalam kereta dan ingin memberitahu sesuatu.
"Wei korang berdua dengar sini. Ini atas arahan Tuan Najib. Kita perlu tahan Zackry untuk jangka masa lama. Dan tahan sekali Fareed tu. Sebabnya Tuan Najib nak berjumpa Syamimi dan boneka tu. Selama ni family besar Zackry tak tahu yang Zackry ada buat kerja lain. Syarikat Gold Mega Holding ni dia gunakan sebagai shield untuk dia lakukan kegiatan lain. Masyarakat dan orang lain tak tahu. Sebab tu Zackry cepat kaya dengan hidup terlampau mewah." kata Haffiq melaporkan apa yang dia dengar dan baca.
"Semua ni kerana Fareed yang bagitahu kau kan??" soal Inspektor Shah.
"Ya, Fareed memang pernah bekerja di bawah Zackry dulu. Dia berhutang dengan Zackry sebanyak satu juta. Kau nak tahu kenapa terlampau banyak?? Sebab Zackry ni menjual perempuan untuk dijadikan sebagai pelacur. Dan sebahagian perempuan dia bunuh dan organ di ambil untuk dijual kepada tiga negara. Thailand, Myanmar dan Vietnam." Haffiq memberitahu pada dua rakan kerjanya.
"Jadinya, kes kematian Hayder ni ada kena mengena dengan Zackry?? Tapi untuk apa Hayder jadi mangsa Zackry??" soal Inspektor Fahmi nak tahu juga mengapa Hayder yang kena?
"Ya, Fareed ni diugut Zackry untuk bayar semua hutang satu juta itu kepadanya. Sebab setiap seorang pelacur bernilai dekat RM100ribu ringgit duit Malaysia. Tapi, kesemua mereka ni dibunuh secara misteri. Mereka ni pernah masuk dalam paparan berita di kaca tv dan surat khabar sebagai kes dibunuh oleh pembunuh bersiri. Itu yang sampai Fareed melarikan diri. Tak bawa anak isterinya.
Hayder hilang selama tiga hari tanpa khabar berita. Sebenarnya, Hayder diculik sebab nak ugut Fareed supaya munculkan diri. Kalau tidak, Hayder tu akan dibunuh kejam oleh Zackry dan konconya. Hayder ni diorang nak jual organ pada tiga negara yang aku sebutkan tu." Haffiq menerangkan segala-galanya.
"Allahuakhbar, sebab tu sekarang ni tragedi yang melibatkan nyawa adalah dendam dari jiwa seorang budak pada Zackry." Inspektor Fahmi mengucap panjang.
Inspektor Fahmi mahu keluar kereta. Tapi Haffiq dan Inspektor Shah menghalangnya. Dia taknak Fahmi buat kerja gila dengan pergi belasahnya Zackry. Mereka perlu cari ruang dan ketenangan sebelum bermulanya operasi nanti. Inspektor Fahmi memang dapat jangka akan ada operasi berkaitan dengan sebuah sindiket pemerdagangan manusia ni nanti.
Share this novel