Tuan Martis merehatkan diri di atas katil sambil tersengih. Dia memang tabik habis siapa yang keluarkan dia. Baginya penjara tak sampai sebulan dah macam tempat tinggal sementara. Memang dia lah yang merogol kanak-kanak malang berusia 8 tahun. Pandai keluarga budak tu mengadu polis untuk menangkap dia. Memang cari mati keluarga tu. Dia mencapai telefon bimbit dan mendail nombor orang.
Dia perintahkan anak buahnya mencari keluarga itu dan beri amaran mati untuk mereka. Kalau melaporkan lagi pada pihak berkuasa. Mereka akan mati dibunuh. Tuan Martis juga berjiwa psycho yang sama macam Pak Musa. Tapi orang tak tahu Tuan Martis juga salah seorang daripadanya.
Tuan Martis turun ke bawah. Rumahnya kini sepi selepas dia ceraikan isterinya. Orang gaji semua sudah berhenti kerja. Rumahnya pula terbiar dan meninggalkan habuk. Lagipun dia memang nak menjual rumah ni. Ada orang nak beli rumahnya buat tempat tinggal.
Tuan Martis duduk di kerusi. Dia mula mengimbas kejadian dia meminta orang untuk bakar sebuah sekolah asrama untuk anak-anak yatim. Puncanya, anak-anak yatim ada conteng sesuatu pada kereta kesayangan dia. Mereka semua tidak dapat diselamatkan dan mati hangus terbakar.
"Siapa suruh conteng kereta aku?? Memang cari nahas korang ni. Aku datang secara baik nak bagi hadiah berupa duit. Kau boleh conteng kereta aku.." Tuan Martis bebel seorang diri.
+
TIRAI petang telah berlalu pergi. Menggantikan tibanya waktu malam pula. Tuan Martis berada di ruang tamu bersama beberapa orang anak buahnya. Dia duduk dan berbincang perkara untuk kembangkan empayar syarikat dia yang hampir musnah disebabkan kes dia dituduh merogol kanak-kanak itu.
"Kalau tak kerana keluarga budak tu. Syarikat aku selamat. Aku ingatkan mereka jenis keluarga penakut nak buat report. Tak sangka berani rupanya! Lepas dah kena amaran bunuh, mesti serik." kata Tuan Martis matikan puntung rokoknya.
"Tapi memang boss yang buat kan dekat budak tu?" soal salah seorang pengikutnya.
"Memang aku yang buat semua tu. Sebab aku memang nak gunakan budak tu sebagai tempat pemuas nafsu aku. Kerja aku memang suka aniaya orang. Aku memang suka tengok budak-budak derita. Macam anak tiri aku yang dah mampos tu. Memang aku suka tengok dia derita masa betina tu keluar kerja. Dan kau, ingat tak masa aku panggil kau datang? Aku biarkan kau pukul anak tiri aku tu." ujar Tuan Martis dengan perbualan yang penuh sadis dan kejam.
"Ingat tuan.." lelaki yang bernama Linggam ingat sewaktu dia dera anak tirinya Tuan Martis.
"Sakit...!!! Aarrkkk...!!" Nuriman teriak kesakitan. Masa tu Linggam duduk bersila di atas tubuh Nuriman yang berusia 6 tahun masa tu. Tubuh lelaki berusia 34 tahun berbadan tegap duduk bersila.
"Ayah..!!!" Nuriman panggil Tuan Martis. Tersekat-sekat suara Nuriman panggil ayah tirinya.
Tapi Tuan Martis hanya senyum dan berpuas hati melihat anak tirinya derita disebabkan dera. Puntung rokok yang menyala dicucuh pada mata sebelah kanan Nuriman. Anak malang itu menjerit kesakitan dengan suara kuat. Linggam gelakkan saja dengan apa yang telah dia lakukan.
"Kau bodoh! Mak kau pun bodoh! Sama-sama binatang!" Tuan Martis tendang kepala Nuriman dengan kuat. Anak malang itu menjerit kesakitan. Tuan Martis dan Linggam mentertawakan tanpa sedikit pun belas kasihan terhadap anak itu.
Hari itu juga Nuriman telah pun meninggal dunia. Tubuhnya yang kecil dan kurus kerana tidak makan telah mati. Terlalu banyak kesan lebam dan luka yang dalam. Mata sebelah kanan menjadi buta kerana dicucuh puntung rokok yang menyala.
Bekas isterinya mengamuk sehingga membuat laporan polis. Berlaku pergaduhan besar sehingga Tuan Martis terpaksa tamatkan riwayat isterinya itu. Arwah bekas isterinya dibelasah teruk oleh kumpulan samseng yang dia upahkan.
Puntung rokok dicucuh untuk matikan api. Mereka masih bersembang lagi sambil merancang strategi lain nak menaikkan nama syarikat mereka. Linggam bangun untuk mengambil udara di luar rumah.
Dia memakai kasutnya dan pergi ke arah kerusi luar. Dia duduk dan melepaskan kepulan asap di ruang udara. Dia menyandarkan badan. Matanya memandang ke langit hitam.
"Hai..."
Linggam terus toleh ke arah suara yang menyapa. Terkejut dia dibuatnya. Depan dia sekarang atas sebuah Boneka berupa budak sekolah duduk atas rumput. Dengan dua belah kaki kedepan. Boneka itu memandang benda yang hanya ada di depan sahaja. Memandang dua kaki Linggam.
"Sejak bila Martis ada patung mainan?? Setahu aku dia tak pernah belikan anak tirinya sebarang permainan langsung." Linggam bermonolog sendiri. Dia berpaling ke arah lain untuk tengok ke dalam rumah.
Dan dia terus pusingkan kepala melihat boneka itu. Sekali lagi dia terkejut patung tersebut tiada di atas rumput tadi. Linggam terus bangun dan berlari ke arah pintu utama yang terbuka luas. Tiba-tiba, pintu tersebut menghempas tutup. Linggam terkejut. Dan mereka yang ada di dalam rumah pun turut terkejut sama.
"Wei! Buka pintu!" Linggam mengetuk pintu beberapa kali menyuruh mereka tolong bukakan.
Sementara di dalam pun mereka berusaha untuk bukakan. Keadaan menjadi panik seketika. Seorang lelaki yang berada di pintu cuba pulasnya tapi tak berjaya. Yang lain pun panik tapi tidak teruk.
"Takde kunci ke?" soalnya.
"Mustahil. Mana ada sesiapa kunci masa Linggam keluar." kata Tuan Martis. Dia menyuruh budaknya bukakan pintu.
"Tak bolehlah." kata lelaki itu.
Linggam masih menunggu mereka bukakan pintu untuknya. Dia pun pulas tapi tak berjaya. Kedengaran bunyi macam mesen dihidupkan. Linggam mula rasa seram-seram sejuk. Perlahan-lahan dia pusingkan kepala kebelakang.
Matanya belalak melihat dengan mata kepalanya sendiri Boneka tadi berdiri sambil pegang drill to jigsaw yang berada di tangannya. Mesin itu dihidupkan dan menekan butang start. Drill besinya berpusing dengan laju sekali.
Beberapa lelaki yang berada di dalam rumah terdengar bunyi sesuatu dari arah luar. Mereka segera bangun untuk tengok ke arah tingkap. Semua terkejut dengan apa yang di lihat.
"Tolong.. Jangan..." Linggam merayu pada Boneka berpuaka itu.
Boneka itu terus berlari laju ke arah Linggam dengan menghidupkan mesin itu. Drill besi mencucuk peha sebelah kanan Linggam. Lelaki berbangsa india yang malang itu menjerit kesakitan. Di dalam rumah sudah ketuk-ketuk cermin dan pintu beberapa kali untuk keluar membantu. Malangnya, mereka gagal pecahkan tingkap dan pintu.
Darah memancut keluar begitu banyak semasa mesin itu tebuk lubang di peha lelaki malang. Daging-daging mentah yang berkisar turut ikut keluar. Mesin drill jigsaw di tarik dengan rentap. Linggam menjerit sehingga dia terduduk melutut. Dia masih menjerit sambil melihat darah mengalir keluar banyak.
"Sakit??" Boneka itu bersuara. Linggam terkejut bila patung itu bercakap padanya.
Boneka itu dengar suara ramai-ramai dalam rumah. Dia berpaling dan melihat mereka semua berusaha hendak pecahkan cermin tingkap dan pintu. Boneka bermata merah itu jatuhkan drill jigsaw yang menebuk lubang. Dia mengambil mesin drill pemotong daging pula. Linggam cuba bertahan dengan mengerutkan dahi.
Boneka itu berpusing semula memandang ke arah Linggam. Mesin itu dihidupkan. Drill pisau bergerak. Linggam menggigil seluruh tubuhnya. Boneka itu berjalan ke arahnya. Dia memijak bahagian peha yang luka berdarah. Linggam menjerit dengan kuat. Mulutnya ternganga luas. Boneka itu terus cucuk mulut Linggam. Tubuh lelaki malang itu bergegar saat pisau memotong bahagian dalam mulutnya. Darah dan daging hancur ikut mengalir keluar dengan banyak.
DI RUANG DAPUR. Kelihatan Willy masuk dengan menembus dinding. Willy memanjat ruang atas meja. Dia memandang ke arah dapur. Gas dapur dinyalakan dan biarkan begitu. Willy terus turun semula dan berlalu pergi.
Mereka semua terkaku melihat Linggam telah dibunuh dengan tragis dan extreme. Salah seorang daripada mereka terhidu bau sesuatu. Tuan Martis pun ada terbau sesuatu yang macam hangit.
"Ini macam bau..."
"Gas...!!" Tuan Martis menjerit.
Boneka itu hidupkan sebatang mancis lalu dicampakkan ke dalam rumah. Gas yang sudah memenuhi ruang tamu telah munculnya sebuah api yang besar membakar kesemua. Mereka menjerit kesakitan akibat dibakar hidup-hidup. Ramai gagal menyelamatkan diri dan menjadi hidangan api yang menyala dengan marak.
Tuan Martis naik ke tingkat atas. Dia menggunakan tingkap atas. Tuan Martis ketuk tingkap dengan kuat berkali-kali. Namun gagal. Dia mengambil kerusi dan mengetuknya pada cermin sehingga pecah. Dia segera keluar apabila api mula membakar bahagian atas juga.
Dia melompat turun. Malang tak berbau apabila kaki ayamnya terpijak serpihan kaca yang kecil. Tuan Martis menjerit kesakitan sehingga tubuhnya jatuh menyembah tanah. Dia tidak berputus asa dan berusaha untuk mengheret tubuhnya.
Boneka itu mengambil sebilah pisau dan drill gergaji. Dia berlari ke arah sebelah kiri lelaki itu. Semasa tangan kirinya menyentuh tanah. Boneka itu menikamnya dengan pisau untuk kunci pergerakan. Tuan Martis meraung dengan kuat. Dia berpaling kebelakang. Rumahnya sudah terbakar di jilat api.
Tuan Martis terpandang seseorang. Kelihatan dua orang datang. Arwah bekas isteri dan arwah anak tirinya. Tuan Martis panggil mereka untuk membantunya.
"Kau bunuh anak aku!! Pembunuh..!! Pembunuh..!! Pembunuh..!!" bekas isterinya yang menjadi hantu jerit ke arahnya.
Nuriman patahkan puntung rokok. Dia menyalakan api. Apabila api membakar kertas dan serbuk dalamnya. Nuriman segera berlari ke arah bapak tirinya. Dia terus cucuh puntung rokok ke mata sebelah kanan Tuan Martis. Lelaki malang itu menjerti saat dicucuh puntung rokok. Nuriman masih berdendam lagi. Dia tengok sendiri Tuan Martis menderita.
Boneka itu hulurkan kapak. Nuriman mengambilnya. Dia terus potong lengan sebelah kanan Tuan Martis. Lengan kanan terputus dan darah mengalir keluar banyak. Dia meneruskan kerjanya dengan memotong lengan sebelah kirinya lagi.
Boneka itu biarkan Nuriman lakukan semuanya. Dia tengok hantu perempuan itu ketawakan Tuan Martis. Dia seronok tengok manusia durjana begitu dihapuskan. Nuriman terus memotong kedua-dua bahagian kaki Tuan Martis. Lelaki itu menjerit dengan deritanya.
Pisaunya ditarik dari tangan kiri Tuan Martis yang putus itu. Dia serahkan pada hantu bekas isteri kepada lelaki malang itu. Kelihatan Tuan Martis sudah hampir ke arah dijemput Tuhan tak lama lagi. Selagi nyawanya belum terputus. Dia masih terasa menderita lagi. Bekas isterinya terus tikam tubuh badan dan kepala itu berkali-kali untuk lunaskan dendamnya.
Di simpang luar yang tidak jauh dari kediaman rumah Tuan Martis. Seseorang yang berjubah hitam sambil mendukung Willy tersenyum puas melihat berakhirnya sebuah derita dan dendam oleh keluarga mangsa yang telah dianiaya oleh Tuan Martis. Orang itu mengusap badan Willy dengan lembut. Dia tak menampakkan wajah. Hanya bibir merah yang ditayangkan kerana cahaya lampu jalan. Malam itu menjadi malam tragis dan extreme bagi kematian Tuan Martis.
++++++++
Syamimi tersedar dari tidur selepas bunyi kilat berdentum di luar rumah. Dia terus bangun dan menyapu wajah. Dia mengalihkan pandangan melihat suaminya masih tidur lagi. Syamimi turun dari katil. Dia regangkan leher dan badannya bagi rasa selesa sikit.
Syamimi bangun dari katil dan keluar dari bilik tidur. Dia pergi ke arah bilik anak-anaknya. Pintu dibuka. Petir turut berdentum sekali. Cahaya kilat memancar bagi Syamimi boleh tengok suasana dalamnya. Lampu dipasang. Bibirnya tersenyum melihat anak-anaknya tidur. Dia melangkah masuk ke dalam. Pintu ditutup dengan perlahan sampai tutup sepenuhnya.
Dia menghampiri Willy dan Boneka Hayder. Dia duduk di sisi katil. Dia selimutkan Boneka Hayder supaya tidak sejuk. Sesekali dia menyapu wajah itu. Meskipun yang dia sentuh cuma plastik sahaja. Dia sentuh dan belai tubuh hangat Willy.
"Tidur ya anak-anak ibu." Syamimi bangun dan kembali keluar dari bilik tidur anak-anaknya.
Pandangan di alihkan ke arah ruang dalam bilik. Willy sudah tidur lena diulit mimpi. Boneka Hayder memalingkan wajahnya. Matanya dikerdip dua kali. Bibirnya bergerak mengukir senyuman sinis. Matanya berubah merah menyala.
Share this novel