Chapter 8

Horror & Thriller Completed 3279

Pada keesokan harinya. Mak Limah berjalan kaki pergi ke sebuah rumah kampung untuk bertemu dengan Tok Moh. Dia mahu meminta bantuan Tok Moh untuk mengusir syaitan yang berada di rumah Zackry sekarang. Dia mahu roh yang berada dalam boneka itu segera pergi. Kalau masih ada memang akan ada pertumpahan darah lagi. Mak Limah tengok sekarang ni Syamimi dah banyak bersendirian dari bermain dengan bonekanya. Hanya kucing hitam dia jadi peneman.

Mak Limah membawa Tok Moh pergi ke rumah majikan dia. Apabila tiba disana, Tok Moh mula rasa sesuatu yang sangat luar biasa rumah. Ada satu energi yang sangat negatif sampai dia sendiri rasa dibelengu dengan kuasa kegelapan.

"Tolong bawa aku kepada boneka itu." Tok Moh meminta Mak Limah bawakan dia pergi menghadap Boneka itu sendiri.

Mak Limah pelawanya masuk. Minah menyambut tetamu datang. Waktu ini, Syamimi keluar pergi membeli belah. Mak Limah dan Minah membawa Tok Moh ke arah bilik di mana Syamimi menempatkan boneka itu. Tok Moh berhenti langkah seketika. Dia memandang ke arah bilik itu dari 10 langkah. Terasa ada aura yang jahat di dalam sana.

"Tok Moh, marilah sini." Mak Limah panggilnya.

Tok Moh memulakan langkah. Dia melihat Minah tolong bukakan pintu. Tok Moh sudah berasa aura yang terlalu kuat terbang keluar. Dia mahu melihat dengan mata kepala sendiri rupa boneka itu. Mak Limah tunjukkan patung itu. Tok Moh melihatnya.

"Boneka ini isinya jiwa seorang anak yang penuh dengan dendam. Kalau dia dibawa keluar dari sini. Akan ada satu bencana yang lebih besar." kata Tok Moh. Dia sememangnya tak berani nak memujuk untuk dibawa keluar.

"Kalau dia tak dibawa keluar. Nanti ada yang mati lagi." kata Minah. Tok Moh berpaling ke arah dua orang gaji rumah itu.

"Izinkan aku untuk berbicara dengannya." kata Tok Moh meminta kebenaran.

"Silakan tok." Mak Limah izinkan. Tok Moh melangkah masuk ke dalam. Pintunya ditutup rapat. Membiarkan Tok Moh uruskan.

Tok Moh nampak ada seorang kanak-kanak lelaki duduk di sisi boneka yang tinggi paras jiwa budak itu. Hayder memandang Tok Moh dengan pandangan marah. Aura hitam membara seperti api masih ada. Tok Moh memang rasa sangat kekuatan kuasa itu. Itu kuasa yang penuh dendam.

"Kalau kau berani menghalau aku keluar dari rumah ini! Akan aku binasakan manusia dengan amarah aku!" kata Hayder dengan satu ugutan keras.

"Jangan anakku! Jangan mengikut telunjuk Iblis yang memujukmu. Mereka itu akan menarikmu ke lembah neraka. Kalau kamu sayangkan ibumu, jauhkan dirimu dari ikut kata Iblis." Tok Moh mencuba untuk memujuk. Walaupun tak dapat pujuk supaya keluar dari rumah. Tapi dia boleh memujuk supaya jauhkan dari bisikan halus yang jahat itu.

"Aku tidak akan berhenti! Selagi dendam aku belum dilunaskan. Aku tidak akan berhenti!" kata Hayder masih berdegil dan hatinya keras.

"Sayangkan ibumu." kata Tok Moh menggunakan perkataan ibu untuk pancing.

"12 tahun aku hidup penuh dengan seksaan sejak aku kecil. Mendera aku semasa usia bayi. Hanya ibu menjadi penguat ketika aku perlukan! Aku melindungi ibuku walaupun aku tak tahu apa yang mahu lakukan! Sebab itu aku membunuh mereka yang sakitkan hati ibuku bila aku sudah tiada! Aku mahu ikut telunjuk Iblis untuk balas dendam!" kata Hayder memberitahu kehidupan derita semasa hayat. Dia menggunakan peluang ini untuk melihat manusia pula derita dan sakit.

Tok Moh gagal untuk memujuknya. Dia segera bangun dan tinggalkan jiwa kanak-kanak itu sendirian. Dia keluar dari bilik dan menutup pintu rapat. Mak Limah dan Minah menunggu setia di luar dari tadi.

"Macam mana tok??" soal Mak Limah.

"Dia degil. Aku susah nak bawanya keluar. Macam yang aku cakapkan tadi. Kalau aku bawanya pergi. Dia akan binasakan umat manusia. Api dendam akan bersatu dengannya selamanya. Dia cuma berdendam seorang satu jiwa saja. Dari kecil dia didera tanpa henti. Ibunya jadi tempat penguat dia. Kalau ibunya disakiti, dia ada bersama memujuk. Dia tak mampu kalahkan orang semasa hayat. Bila dia mati. Dia gunakan peluang untuk bunuh sesiapa yang buat ibunya menangis." kata Tok Moh panjang lebar. Mak Limah dan Minah saling berpandangan.

Minah teringat arwah Yati pernah baling patung itu semasa mereka bergaduh dengan Syamimi. Dan malam itu Yati telah dibunuh kejam. Mayat Yati dijumpai dengan 50 kesan tikaman di seluruh tubuh badan. Kepala, badan belakang, tangan dan kakinya.

Mak Limah pula mula kesal dengan apa yang dia dah buat. Nak meminta maaf sudah terlambat. Dia dan Minah akan jadi mangsa boneka puaka itu selepas ini.

+++++++

Willy berada di tanah lapang di sebuah taman permainan. Pada waktu ini, tiada kanak-kanak datang bermain lagi kerana masih tengah hari. Willy kelihatan duduk sambil menunggu seseorang. Dia berpaling ke arah lain. Kelihatan ada satu rumah di mana seorang suri rumah sedang menjemurkan kain pakaian.

Tiba-tiba, muncul kepulan asap berupa pintu. Kelihatan lebih 30 ekor kucing keluar dari kepulan asap hitam yang besar. Mata mereka semua merah menyala. Willy bangun untuk menyambut ketibaan. Seekor kucing hitam sepertinya mengetuai kumpulan itu.

"Aku Myers." kucing hitam yang bernama Myers perkenalkan diri.

"Aku Willy. Aku mahu minta pertolongan kamu semua." kata Willy nak bantuan dari kucing-kucing puaka itu.

"Bantuan seperti apa?? Ada manusia aniaya kaum kita?" soal Myers berjalan mengelilingi Willy.

"Bukan. Bantu aku hentikan perbuatan jiwa seorang kanak-kanak dalam satu boneka ini. Dia telah menyebabkan ibunya dituduh yang bukan-bukan." kata Willy merayu pada Myers dan geng kucing puaka lain.

Myers terus memanjat atas kerusi batu itu. Dia pusingkan badan menghadap Willy. Dia duduk sambil memandang kawanan kucingnya itu.

"Aku boleh rasakan naluri budak itu. Dia bukan bunuh orang mengikut hawa nafsu dia. Dia hanya dendam pada satu jiwa yang jauh lebih jahat darinya. Aku tidak akan hentikan kegiatan dia. Biarkan dia gunakan peluang ini untuk balas dendam. Kalau jiwa itu tidak dihapuskan. Ibunya akan mati!" kata Myers membuatkan Willy masih tak faham. Apa maksud Myers kalau mereka menghalang budak itu membalas dendam. Ibunya akan mati?

"Lelaki itu kahwin dengan ibunya bukan sebab suka sama suka. Tapi dengan satu tujuan yang ibunya tak nampak. Anak itu bertujuan untuk jatuhkan kuasa dan empayarnya supaya ibunya boleh membebaskan diri." kata Myers memberitahu perkara yang sebenarnya.

"Jadinya..."

"Jadinya, ibu budak itu sebenarnya telah masuk dalam sebuah perangkap suami dia sendiri." Myers menjawab dengan bongkarkan rahsia.

"Tapi dia membunuh mereka yang tidak berdosa." kata Willy. Myers memandang Willy tanpa membalas apa-apa.

Willy diam seketika. Dia baru teringat Hayder ada cakap. Dia bunuh keluarga Dato Isa kerana tak mahu Zackry kahwin dengan Amelia. Sebab Syamimi pasti akan diceraikan dan segala rancangan dia akan musnah macam tu saja. Jadinya, Hayder terpaksa korbankan empat nyawa bagi menghalang rancangan Datin Syida untuk satukan Amelia dan Zackry.

Apakah Zackry yang menjadi penyebab Hayder hilang selama tiga hari sebelum dijumpai mati dibunuh?

Willy terus bergegas pergi dengan langkah seribu untuk pulang ke rumah. Myers dan kucing-kucing puaka tadi telah ghaib dengan sekelip mata.

+++++++

Syamimi baru pulang dari pusat membeli belah. Dia buka pintu bilik yang menempatkan Boneka Hayder dan kucing hitamnya. Tapi, boneka Hayder yang ada di dalam. Willy pula entah keluar merayap kemana. Syamimi melepaskan keluhan berat. Dia segera menutup pintu bilik dan keluar untuk turun ke bawah.

Dia duduk sofa sambil termenung jauh. Mak Limah datang tiba-tiba bawakan minuman segelas untuknya. Syamimi terkejut dengan tindakan Mak Limah yang tiba-tiba buatkan air untuknya. Mak Limah duduk dengan tenang di sofa.

"Mimi, Mak Limah sebenarnya nak minta maaf sangat-sangat. Di atas kelakuan Mak Limah selama ni." Mak Limah memohon maaf di atas kelakuan tak elok dia pada Syamimi.

"Kenapa pula??" soal Syamimi. Dia masih rasa pelik dengan Mak Limah. Orang tua ni demam ke? Atau dia sekadar bermimpi.

Syamimi cubit pipinya. "Auch!" dia sentuh pipinya bila kena cubit. Memang sah dia tak bermimpi dan orang tua depan dia ni mungkin yang bermimpi. Nak je dia hulurkan kaki. Kalau pengsan maksudnya orang tua ni berada di alam realiti. Kalau tak pengsan tu mungkin mimpi.

+

DI KEDIAMAN rumah adiknya Inspektor Fahmi. Ain Sofiya sudah siap dengan beg bajunya. Memang dah jadi rutin Fahmi balik dari tempat kerja akan singgah rumah adiknya untuk ambil Ain Sofiya. Kali ini Fahmi mengambil anaknya dengan menunggang motosikal.

"Abang biar betul nak bawa Piya naik motor??" soal Natasha pelik dengan abangnya.

"Betullah. Dah cepat naik motor." kata Fahmi. Natasha dukung anak buahnya dan di tempatkan tempat duduk belakang. Sementara di bakul depan di letakkan beg comel serta boneka anaknya.

"Dah bye-bye dekat auntie." Fahmi menyuruh anaknya lambai.

"Ta-Ta auntie.." Ain Sofiya melambaikan tangan dengan motornya baru nak bertolak.

"Peluk badan papa tu." Natasha pesan pada anak buahnya. Ain Sofiya terus peluk badan papanya.

Fahmi terus tunggang motor untuk pergi meninggalkan kediaman rumah adiknya. Sepanjang perjalanan, Ain Sofiya genggam baju papanya dengan kuat agar tidak jatuh. Lagipun Fahmi tunggang perlahan supaya dapat santai dan bawanya bersiar-siar. Angin menampar wajah mereka dua beranak sepanjang jalan.

"Ain, papa nak pergi kedai runcit sekejap!" laung Fahmi dengan suara yang tinggi sedikit.

"Makan nuget!" Ain Sofiya menjawab. Dia sebenarnya dengar papa ada cakap sesuatu tapi tak faham apa. Sebab mereka berdua kena lempang kena angin.

"Okey! Nanti papa belikan aiskrim dan gula-gula!" kata Fahmi. Dia pun sebenarnya dapat dengar suara anaknya tapi tak jelas sangat.

"Tambah mayonis dan keju!" laung Ain Sofiya lagi.

Mereka dua beranak berbual sepanjang perjalanan walaupun apa yang Fahmi kata jauh bertentangan dengan jawapan Ain Sofiya. Ibarat seorang berada di huruf A dan seorang lagi berada di huruf Z.

++++++

Syamimi duduk di atas katil dan baringkan badan. Tubuhnya nak berehat seketika. Suaminya masih dingin terhadapnya. Syamimi pula yang sedih. Padahal dia tak melakukan apa-apa langsung. Yati meninggal dunia mungkin kerana insiden dia ada baling Boneka Hayder.

Syamimi teringat lagi semasa dia di soal siasat dua anggota polis. Syamimi tengok bukti telapak kasut yang mereka tunjukkan sama dengan tapak kasut boneka dia. Dan lagi kes Yati mati berkemungkinan angkara bonekanya.

Syamimi terus bangun semula. Dia segera keluar dari bilik tidurnya. Telinga dia terdengar akan bunyi vacum di lantai bawah. Pasti Mak Limah atau Minah sedang buat kerjanya.

Syamimi beranikan diri untuk membuka pintu bilik tidur yang menempatkan bonekanya. Kalau sebelum ni dia tak takut sebab dia tak tahu. Tapi, selepas beberapa insiden yang lepas telah buatkan dia fikir selama ini pasti kerja boneka Hayder. Di tambah lagi kematian Yati baru-baru ni.

Dia tengok Boneka Hayder berada di tempat asalnya. Mematung tidak bernyawa. Syamimi beranikan diri melangkah masuk ke dalamnya. Dia pergi ke arah boneka dia dengan langkah perlahan-lahan. Dia merapatkan diri dan ambilnya dengan berhati-hati.

Di angkat boneka itu dan mahu tengok dengan mata kepala sendiri. Syamimi pandang matanya dalam-dalam. Agak lama dia tengok. Dia mahu pastikan betul atau tidak Boneka Hayder ni bernyawa seperti yang dituduh Mak Limah? Semakin lama, semakin rapat dan terus rapat lagi pandangan dia pada mata biru Boneka Hayder itu.

Mata Boneka Hayder berkelip sekali. Lalu, ekor matanya memandang tajam pada Syamimi. Wanita itu terlepas tangan akibat terkejut. Boneka Hayder atas lantai. Syamimi terus bangun untuk melarikan diri mahu keluar. Kepala Boneka itu berpusing memandang ke arah pintu.

Daun pintu tiba-tiba tertutup dengan sendiri sebelum sempat Syamimi lari keluar. Syamimi terus ketuk-ketuk dan pulas tombol pintu. Dia berpusingkan badan semula. Matanya terbeliak bila tempat yang bonekanya jatuh tadi hilang. Syamimi beranikan diri melangkah sedikit ke hadapan.

Badannya membongkok sikit untuk periksa bawah meja. Dia periksa bawah kerusi pun tiada. Dia pergi ke arah katil. Dia turunkan badan dan baringnya. Dia mahu periksa bawah katil pula. Tangannya perlahan-lahan pegang kain cadar. Dia terus selak kain cadar. Tiada!

Syamimi bangun semula lalu berpaling menghadap pintu. Terkejut dibuatnya ada Boneka Hayder berdiri depan pintu seperti tidak membenarkan Syamimi keluar. Lebih menyeramkan. Di tangan kanan sudah genggam sebilah pisau. Boneka itu memandang Syamimi dengan pandangan yang marah.

"Hayder, tolong!" Syamimi arahkan Boneka Hayder bertenang.

Boneka Hayder mengagah membuatkan Syamimi menjerit sampai tubuhnya jatuh ke lantai. Kepalanya terhantuk pada batang kerusi sebelum pengsan tidak sedarkan diri. Sebelum matanya terpejam, dia masih boleh nampak Boneka Hayder datang padanya. Sebelum pandangan mula gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience