Chapter 2

Horror & Thriller Completed 3279

Inspektor Fahmi pandang laporan pada skrin komputer. Dia masih pelik bagaimana seorang lelaki yang teramat psycho boleh mati dibunuh oleh psycho yang jauh lebih misteri? Memang pelik sebab kematian Pak Musa sangat tragis. Pak Musa orang yang paling digeruni dekat Bandar Besar Metropolitan. Semua orang tak berani nak sentuh. Dan dia merupakan bekas tentera berpangkat General.

Pada umur 30 tahun masa tu dia dah jadi seorang sarjan. Padahal tentera yang seusia dia masih leftenan muda. Tapi, orang tak tahu aktiviti Pak Musa semasa muda memang dah teruk. Dia memang mempunyai kabel besar. Dia banyak suap orang atasan dengan menjadi kaki kipas. Dan dia pernah tidur dengan isteri-isteri pihak atasan untuk dia dapat naik pangkat dengan cepat.

Aktiviti Pak Musa mula kantoi selepas penukaran ketua dalam kem. Dia kantoi bersetubuh dengan salah seorang isteri kepada komander. Perkara itu telah sampai kepada pihak atasan. Sehingga dia dan komander itu telah dipecat dan dilucutkan jawatan menjadi seorang tentera.

Dan akhirnya Pak Musa menjadi bodyguard untuk beberapa golongan VIP termasuk Tuan Zackry. Dia juga seorang gangster yang paling gerun sekali. Dia pernah jadi buruan polis kerana disyaki terlibat dalam satu pembunuh brutal terhadap satu keluarga. Suaminya itu telah berhutang dengan ketua gangster. Dan apabila suaminya tidak dapat di jejak. Isteri serta anak-anak menjadi mangsa bunuh dengan kejam. 15 tahun dia dipenjarakan. Tapi belum sampai sebulan sudah dibebaskan. Pak Musa suap orang dalam dengan berikan rasuah.

Namun, kematian Pak Musa sudah tersebar luas. Ramai bersorak gembira kerana lelaki psycho itu sudah mati dibunuh oleh pembunuh misteri lain. Ada yang nasihat pada tukang sorak supaya hormat arwah. Kematian Pak Musa telah cetuskan pergaduhan netizen di media. Ramai yang bersorak dengan kematian. Angka yang bersimpati cuma 1 peratus sahaja.

Detektif Alina melangkah masuk ke dalam bilik Inspektor Fahmi. Di tangan polis perempuan itu ada beberapa kepingan kertas kandungan beberapa gambar bukti yang dijumpai di tempat kejadian.

"Alina, kalau saya beri rakaman CCTV pada ketua. Dia boleh terima tak?" soal Inspektor Fahmi. Detektif Alina menggelengkan kepala.

"Memang mustahil tuan. Walaupun dalam paparan takde suspek. Tapi, ketua pasti tak akan terima. Confirm kena reject teruk ni." kata Detektif Alina. Dia faham sangat Tuan Najib memang tak suka laporan yang tak lengkap. Silap haribulan di koyakkan kesemua kertas laporan. Dan dipaksa buat semula yang baru.

Inspektor Fahmi melepaskan keluhan berat. Apa yang dia nak cakap pada Tuan Najib berkenaan rakaman video CCTV? Takut dia dituduh edit supaya muka dan bentuk tubuh suspek tidak dikenalpasti. Lambat laun akan menutup seluruh periuk nasi pekerja premis Toys Kidz tu.

"Saya rasa tuan perlu terangkan perkara yang sebenar. Memang saya dan tuan tengok sendiri rakaman tu. Memang takde langsung gambaran atau bentuk bahasa tubuh suspek yang bunuh mangsa." Detektif Alina berikan cadangan. Sama ada Inspektor Fahmi boleh terima ataupun tidak. Itu belakang cerita.

++++++

Mak Limah keluar dari bilik stor yang digunakan untuk membasuh pakaian kotor. Di dalam satu bilik stor memang digunakan khas untuk laundry. Ada beberapa mesin basuh baju dan mesin pengering sekali. Mak Limah nampak Syamimi melayan kucing hitam belaan. Entah kenapa dia terasa berdebar sangat bila tengok kucing tu.

Matanya di alihkan perhatian memandang ke arah sebuah boneka yang duduk di kerusi single. Lebih menyeramkan. Boneka itu memandang tepat pada Mak Limah. Pandangannya betul-betul tajam dan langsung tidak lari.

"Mak Limah??" Yati menyapa membuatkan Mak Limah tersentak. Dia terus pandang ke arah Yati.

"Kenapa??" soal Mak Limah. Raut wajahnya pucat seperti takut dengan sesuatu. Yati berkerut melihat muka Mak Limah.

"Kenapa pucat?? Mak Limah tak sihat ke?" soal Yati, dia pelik bila tengok muka Mak Limah lain sekali.

"Tak. Takde apa-apa."

Mak Limah mengelak dengan gunakan peluang untuk pergi dari situ. Dia terus mencari sesuatu kerja untuk dia buat dan melupakan pasal kucing dan boneka tu. Macam semalam nampak kucing tu sudah menegak bulu. Pandang Mak Limah macam Mak Limah ni kucing asing. Ibarat musuhnya. Dan dia bermimpi kena leher kena hiris macam nak sembelih. Tambah lagi tangan kanan dia pun terasa sakit macam ditusuk benda tajam.

Mak Limah duduk dalam bilik. Kerjanya sudah siap separuh dan akan sambung kemudian. Dia nak berehat seketika bagi kuatkan semangatnya balik. Mak Limah baringkan badan dahulu. Dia cuba nak buang segala pemikiran pasal boneka tu. Dia nak lupakan pasal mimpi.

Dia mengalihkan kepala. Dia nampak ada telefon bimbit. Mak Limah bangunkan badan. Telefon bimbit disambar dan menekan skrin. Dia mencari nama Datin Syida. Dia membuat panggilan segera.

+

SYAMIMI masih melayan Willy yang sedang baring sambil buat bunyi purr dia. Rasa tenang jiwa Syamimi. Sekurang-kurangnya dia tak sunyi. Dia pandang ke arah boneka itu. Dia tengok muka boneka itu saling tak tumpah macam muka arwah anaknya. Ada sedikit iras kerana arwah Hayder ada rupa cina sikit. Dengan mata bulatnya dan cantik.

"Dengan ini. Ibu panggil kamu Hayder." Syamimi menamakan boneka itu dengan nama Hayder.

Di ambil boneka itu dan peluknya seperti peluk anaknya sendiri. Perlahan-lahan matanya mengalir. Walaupun badan plastik, sejuk dan keras. Tapi Syamimi macam terasa kehangatan seperti sedang peluk anaknya.

"Hayder, ibu rindu nak dengar suara Hayder panggil ibu ni 'ibu'. Ibu rindu sangat-sangat sayang." Syamimi meluahkan isi hati. Perasaan rindu dia terhadap Hayder tidak akan pernah hilang dari memori.

Mak Limah keluar dengan membawa telefon bimbit. Dia pergi ke arah Syamimi yang duduk masih peluk boneka puaka itu.

"Mimi.." Mak Limah panggil. Syamimi melepaskan pelukan dan toleh ke arah Mak Limah.

Telefon di hulurkan. Syamimi ternampak pada skrin nama Datin Syida masih dalam talian. Dia letakkan semula boneka itu di atas kerusi dan baringkan. Dia ambil telefon itu dan menjawab.

"Hello.. Assalamualaikum, mak.." Syamimi sapa dengan baik.

"Waalaikumsalam.. Eh, kau tak payah panggil aku mak! Selama kau kahwin dengan anak aku! Jangan sesekali kau panggil aku mak! Aku takde nak bermenantu bodoh macam kau! Terutama betina janda macam kau!" Datin Syida basuh Syamimi sepuas hatinya.

"Maaf mak.. Eh salah-salah.. Maaf Datin.." Syamimi merendah diri meminta maaf walaupun bukan salahnya.

"Ni aku nak tanya kau! Kenapa kau bela kucing?? Kau tahu kan anak aku tu benci kucing tahu?!" Datin Syida mula persoalkan Syamimi membela kucing.

"Tapi, nanti saya kesunyian dekat rumah. Takde kawan nak berbual." Syamimi meluahkan. Kedengaran suara Datin Syida pura-pura buat bunyi sedang menguap.

"Kau sunyi itu bukan masalah aku! Sekarang ni aku nak kau buang kucing dekat rumah anak aku! Kalau kau berdegil, aku sendiri halau kau keluar! Kau faham??!!" Datin Syida bagi amaran. Wajah Syamimi berubah. Matanya berkaca ingin menangis.

"Ha satu lagi aku nak cakap. Sebenarnya, aku dah merisik seorang perempuan yang jauh lebih cantik dari kau. Aku nak anak aku kahwin dengan perempuan tu. Jadi, kau akan di jadikan sebagai pembantu rumah disitu. Kau faham??" ujar Datin Syida sengaja buatkan Syamimi bersedih.

"Kau tak payah nak buat suara sedih. Kau ingat aku nak simpati?? Maaflah, kau takde dalam list pilihan menantu aku!" kata Datin Syida. Dia segera matikan telefon.

Syamimi terus hulurkan semula telefon pada Mak Limah. Dia menangis bila terkenangkan nasibnya bertambah lebih malang. Mak Limah merampasnya kasar. Dia terus bergerak pergi dari situ. Syamimi mengambil boneka Hayder itu. Dia meletakkan boneka depan dia.

"Hayder, kenapa nasib kita berdua sentiasa membawa malang? Apa dosa ibu sampai keluarga uncle Zackry tak sukakan ibu? Tapi ibu bersyukur. Sekurang-kurangnya anak ibu sudah berada di sisi Allah SWT. Hayder dah tak perlu nak tengok ibu menangis setiap hari. Kalau dulu Hayder selalu ada waktu ibu sedih. Sekarang, ibu menangis takde siapa datang pujuk. Hanya mengharapkan Willy dan boneka ini sebagai peneman ibu di kala sedih. Ibu tak tahu sampai bila ibu akan dikurung dalam ruang yang gelap? Takde sinar untuk ibu lagi. Takde cahaya penyelesaian buat ibu. Ibu teringin nak ikut Hayder disana..."

Syamimi terus ambil patung itu dan peluknya kuat-kuat. Dia menangis dengan semahunya. Willy menghampiri Syamimi dan geselkan badan pada peha sebagai tempat bermanja. Dia pun macam faham tuan dia menangis sekarang.

+++++++

TAMAN BEAUFORD

Suasana taman bunga di Beauford sangat tenang. Taman ini memang penuh dengan pelbagai tumbuhan bunga-bunga indah. Di sini tempatnya dimana Syamimi akan duduk untuk tenangkan diri. Dia membawa beg besar berisi kibbles. Willy juga dibawa bersama dengan dia.

Kelihatan Anis datang dari jauh menghampiri Syamimi. Dia menyapa Syamimi yang duduk jauh termenung memikirkan nasib apa akan jadi selepas dia minta Anis jagakan Willy. Anis duduk bersebelahan Syamimi. Dia belai kucing hitam itu.

"Kau pasti nak bagi aku?" soal Anis, dia sebenarnya nak menolak. Sebab dia kasihan Syamimi takde kawan. Sekarang, Syamimi bukan single mom lagi. Kalau dulu ada Anis sebagai tempat dia meluah.

"Mak mertua aku tak bagi. Katanya, abang Zackry tu allergic dengan bulu kucing." Syamimi memberitahu. Anis melepaskan keluhan berat.

"Zackry tu bagi tak kau bela?" soal Anis nak tahu point utama itu.

"Dia bagi. Tapi, katanya najis perlu di cuci setiap hari. Sebab semua orang dalam rumah tu alah." Syamimi menjawab.

"Zackry bagi tapi mak mertua kau tak bagi. Sekarang ni, kau kahwin dengan Zackry. Bukan dengan Datin Syida tu. Kalau suami kau dah bagi, Datin Syida takde hak langsung." Anis menasihat. Memang betul sebenarnya Syamimi perlu ikut suruhan suami, dan bukan mak mertua.

"Tapi, kalau aku tak buang Willy ni. Aku yang akan dihalau keluar." Syamimi memberitahu membuatkan Anis melepaskan keluhan berat.

"Kalau Datin Syida halau kau keluar. Kau fikir Zackry tu takkan cari kau ke? Dia pasti akan gaduh dengan mak dia sebabkan aku." kata Syamimi, dia kalau boleh taknak sampai seorang anak lelaki gaduh dengan mak kandung sebabkan isteri.

"Kalau ikutkan masalah ni. Mak mertua kau tu kena pertimbangkan sikit. Kalau dah anak kesayangan dia tak kisah kau bela kucing. Dia patut senyap!" Anis membidas balik. Dia kasihan tengok Syamimi bernasib malang semenjak ada Hayder dulu.

"Tapi, dia ada cakap. Dia nak kahwinkan abang Zackry dengan perempuan pilihan dia. Kau rasa, Anis?" soal Syamimi menjeling Anis. Terkejut Anis dibuatnya bila Syamimi memberitahu.

Anis mengucap panjang. Memang gila dan melampau mak mertua Syamimi. Belum sampai setahun dah mula tunjuk belang. Anis sebenarnya tak berapa nak terkejut kalau perangai Datin Syida. Sejak sanding Zackry dan Syamimi dia tahu Datin Syida satu keluarga tak suka Syamimi. Jangankan keluarga itu saja. Seluruh ahli keluarga pun tak rasa seronok. Masing-masing pandang Syamimi macam orang asing. Hanya Anis dan beberapa kawan Syamimi lain yang seronok. Tapi, bukan seluruh keluarga besar Zackry.

"Macam nilah Mimi. Aku nasihatkan kau, belalah kucing hitam ni. Dia perlukan kau, dan kau perlukan dia. Tu boneka kau tu. Kalau kau rindukan Hayder, kau peluklah boneka tu. Kau anggaplah dia macam anak kau sendiri." Anis berpesan supaya Syamimi teruskan membela dan menjaga. Dia tahu kawan baiknya perlukan itu semua. Lagipun, dia dan Syamimi susah nak jumpa selepas Syamimi sudah jadi isteri orang.

"Terima kasih Anis. Kalau aku perlukan kawan yang bernyawa. Aku cari kau." Syamimi sempat mengusik, lalu dia ketawa. Anis pun tumpang gembira sebenarnya. Dah lama dia tak nampak Syamimi ketawa macam tu. Selalunya, dia jumpa Syamimi bersedih setiap hari. Macam takde sinar bahagia buat Syamimi.

Semasa Syamimi dan Anis berbual berdua. Kepala boneka itu berpusing. Dia memandang sesuatu yang dia terlihat secara tak sengaja. Kelihatan beberapa orang perempuan sedang berjalan. Dia pernah nampak perempuan tu ada di majlis sanding Syamimi dan Zackry. Dan perempuan itu bergelak sakan dengan Zackry siap bertepuk tampar. Padahal, Syamimi masa tu ada duduk di sebelah Zackry lagi. Mata boneka itu perlahan-lahan merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience