Kediaman rumah Zackry kecoh dan huru hara. Di luar kediaman sudah berkumpul beberapa kenderaan polis dan ambulan. Kejiranan kanan dan kiri datang berkumpul di luar pita kuning itu. Kelihatan Minah menjerit memanggil nama Yati. Di dipegang oleh beberapa orang jiran lain. Ada yang tenangkan. Mak Limah pun terpekik sampai menangis.
Syamimi juga di luar dengan berpeluk boneka kesayangan dia. Dia pun sedih dan bercampur terkejut. Macam mana Yati boleh mati dibunuh? Sedangkan malam itu pintu rumah dan tingkap semuanya dikunci. Mak Limah menjeling ke arah boneka itu. Dia memang dah tahu itu semua angkara patung berpuaka.
"Kau...!!" Mak Limah terpekik sambil tunjukkan ke arah Syamimi.
Semua orang yang berada di luar pita kuning memandang ke arah Syamimi. Inspektor Fahmi pun tengok juga apa yang telah berlaku disana. Mak Limah naik berang terus menyerang Syamimi. Dia merampas boneka itu. Syamimi pertahankan sampai dia terlepas tangan. Boneka itu dihempas atas tanah lalu dipijak-pijak.
"Jangan!! Mak Limah berhenti!" Syamimi menjerit. Dia berlari mendapatkan bonekanya dengan menolak badan Mak Limah. Polis perempuan datang untuk leraikan pergaduhan disitu.
Syamimi terus ambil semula patungnya dan dipeluk. Dia memandang semua arah. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah walaupun dilarang sama sekali. Dia tak kisah semua tu. Dia lari naik ke atas walaupun di panggil polis yang
"Semua ni pasal patung dia! Patung tu sebenarnya hidup!" Mak Limah menjerit macam orang dah tak waras. Inspektor Fahmi mendengarkan semua itu. Dia memanggil Detektif Alina yang sedang buka buku nota menulis laporan.
"Alina, panggilkan perempuan yang peluk patung tadi. Kita tahan dia untuk siasatan." Inspektor Fahmi mengarahkan. Detektif Alina akur suruhan lalu dia bergegas masuk ke dalam rumah.
Pintu diketuk beberapa kali. Alina pulaskan tombol. Boleh dibuka. Rupanya tak berkunci. Alina tolak pintunya. Dia melihat Syamimi menangis di atas katil sambil berpeluk kuat bonekanya.
"Puan, kalau tak keberatan. Boleh ikut saya pergi balai untuk membantu siasatan?" Detektif Alina menyoal dengan jaga hatinya sama.
"Saya tak salah. Anak saya tak salah. Perempuan tua tu dengki lebih!" Syamimi mempertahankan diri. Detektif Alina melepaskan keluhan berat.
"Maaf puan. Ini arahan ketua saya. Memang saya nak minta sangat. Tolong bagi kerjasama pada kami. Saya tak..." belum sempat Detektif Alina habiskan ayatnya. Dia terpandang telapak kasut boneka yang dipeluk itu. Detektif Alina teruskan memujuk dan berpura-pura tak nampak.
Syamimi mengangguk dan berikan kerjasama dengan mengikut polis itu nak bawanya ke balai untuk membantu siasatan. Dia keluar tidak bergari. Dan hanya peluk boneka tanpa sedikit pun dia nak lepaskan. Matanya menjeling ke arah Mak Limah dan Minah. Semakin hari semakin benci dia pada dua orang gaji tu.
Sepanjang dalam kereta polis. Syamimi diam membisu. Dia tak takut ikut polis. Tapi dia takut selepas kes ini. Dia bakal kehilangan kasih sayang suaminya. Kalau dapat tahu isterinya ditahan polis. Sudahlah keluarga mertua tak sukakan dia. Takut nanti ditokok tambah cerita yang bukan-bukan. Mak Limah bukan boleh dipercayai langsung. Nanti ada je dia mengadu pasal perangai Syamimi pada Datin Syida.
Syamimi duduk dalam bilik soal siasat. Dia dilayan tidak kasar sangat. Mereka layan dengan baik dan sopan lagi. Kerana Syamimi cuba disoal siasat saja. Inspektor Fahmi dan Haffiq masuk ke dalam bilik itu.
Melihat Syamimi masih peluk sambil mengusap rambut bonekanya. Tadi mereka berdua diberitahu Detektif Alina pasal boneka itu. Jadi, segala bahan bukti berupa gambar kejadian bunuh dulu dikeluarkan. Inspektor Fahmi duduk menghadap Syamimi. Manakala Haffiq berdiri sambil berpeluk tubuh.
"Puan, letak patung tu atas meja. Puan jangan risau. Kami tidak akan mengapa-apakan patung puan." Inspektor Fahmi berkata dengan janji tidak akan apa-apakan boneka itu. Syamimi ikut saja dengan meletakkan boneka itu di atas meja.
Inspektor Fahmi luruskan kaki boneka itu. Matanya memandang ke arah tapak kasut boneka. Dia mengambil gambarnya dengan menggunakan telefon. Haffiq meletakkan beberapa kepingan gambar di depan Syamimi.
"Puan kenal tak bekas tapak kasut ni?" soal Haffiq. Syamimi tengoknya lalu dia tengok tapak kasut bonekanya.
"Ni macam kasut Hayder. Tapi percayalah bukan Hayder yang bunuh." kata Syamimi berharap dua polis itu percayakan dia.
"Hayder tu siapa? Boneka ni ke?" soal Inspektor Fahmi. Perlahan-lahan Syamimi mengangguk.
"Satu lagi soalan. Puan ke wanita yang datang ke balai polis setahun lalu? Membuat laporan tentang kematian anak puan?" soal Haffiq nak tahu sama ada Syamimi orangnya atau bukan.
"Saya. Saya yang buat laporan pasal anak saya yang mati dibunuh semasa perjalanan pulang dari sekolah. Tiga hari dia menghilang sebelum ada orang jumpa dia mati di tepi jalan. Setahun saya makan hati dan tinggal di rumah kawan baik saya. Saya banyak meluahkan pada dia. Setahun saya murung sebelum Abang Zackry melamar saya." Syamimi meluahkan perasaan sedih.
"Saya faham perasaan puan. Persoalan saya, puan ada bermain sihir ke??" soal Inspektor Fahmi sebab dia nak selesaikan kes dia. Tuan Najib sudah beberapa kali turun ke pejabatnya.
"Seumur hidup saya tak pernah gunakan sihir atau bermain dengan perkara itu." ksta Syamimi dengan jujurnya. Inspektor Fahmi dan Haffiq saling berpandangan. Haffiq melepaskan keluhan berat.
"Maaf puan. Bukan apa sebab baru-baru ni banyak kes bunuh dengan kesan tapak kasut yang sama. Tapak kasutnya tu sama dengan boneka puan ni. Dan mangsa-mangsa bunuh ni semua ada kaitan dengan syarikat utama suami puan. Gold Mega Holding. Terutama satu keluarga Dato Isa. Ada pertalian darah dengan suami puan." kata Inspektor Fahmi. Dia percaya Syamimi tak bermain sihir. Itu saja.
"Percayalah tuan. Memang saya tak bermain sihir atau gunakan perkara yang jauh dengan agama. Saya masih ada iman lagi." ujar Syamimi tetap berkata benar. Inspektor Fahmi terdiam seketika. Rasa kasihan sebenarnya dengan Syamimi. Nampak dari airmuka dia memang tak buat perkara yang jauh dari jalan Allah SWT.
Nak atau taknak. Haffiq terpaksa menghantar Syamimi pulang semula selepas siasatan polis. Inspektor Fahmi melepaskan keluhan berat. Tapi dia memang rasa ada sesuatu pada patung kepunyaan Syamimi.
Haffiq masuk ke dalam pejabat rakan sekerjanya selepas menghantar Syamimj pulang. Dia duduk menghadap lelaki itu.
"Kau kenapa??" soalnya.
"Aku ni macam nak percaya atau tak je perempuan tu tak main sihir. Sebab melalui bukti-bukti yang kita tunjukkan dekat dia. Aku boleh rasakan boneka dia tu lain dari anak aku punya. Ain tu ada je boneka macam perempuan ni punya. Tapi, bila aku tak pandang patung tu sebab fokus dengan perempuan tu. Pandangan mata kiri aku ni macam terlintas sikit. Aku macam perasan patung tu tenung aku. Dia tak macam patung biasa." Inspektor Fahmi memberitahu. Haffiq semacam sesuatu. Nak percaya cerita rakan sekerjanya atau tak.
"Aku rasalah kan. Perempuan yang kita soal dia tadi sebenarnya mental illness. Satu penyakit yang tak semua orang ada. Kan tadi dia bagitahu dialah perempuan yang buat report polis pasal kehilangan anak dia tiga hari sebelum dijumpai mati tepi jalan. Sebab tu dia kata patung dia tu anak. Nama Hayder lagi." kata Haffiq memberitahu. Dia nak menyedarkan rakan sekerjanya bahawa petunjuk semakin hampir.
"Jadi, kau nak kata perkara ni adalah mainan mistik??" soal Inspektor Fahmi. Dia kalau boleh nak siapkan laporan tanpa melibatkan perkara yang mistik. Dia taknak perkara lama berulang semula.
"Ya. Patung tu sifatnya sempurna. Bila patung sifatnya sempurna. Jin akan menyerap masuk. Lagi-lagi bila perempuan tu asyik kata patungnya tu adalah anak dia. Lagi kuat Jin tu semakin lama semakin kuat sampai susah untuk dikeluarkan kalau tak bertindak. Jadi, kesimpulan aku boneka kepunyaan perempuan tu berkemungkinan bernyawa. Sebab tu kau cakap bila lari sikit pandangan sebab fokus pada dia. Kau macam perasan patung tu tenung kau kan?? Tak sama macam Ain punya kan?" soal Haffiq telah dapat jawapan untuk semua masalah yang ada sekarang.
"Tapi kalau nak tahan perempuan tu lagi. Akan jadi masalah. Dia isteri kepada Tuan Zackry. Aku memang nampak dari airmuka dia sendiri terkejut bila tengok gambar bukti yang kita bagi tu. Dari cara dia cakap tu memang ketara sangat bukan dia melakukan." ujar Inspektor Fahmi. Dia boleh nampak dari tutur kata Syamimi menunjukkan dia sememangnya tidak melakukan. Bahasa tubuh Syamimi tidak menggigil sewaktu mereka tunjukkan gambar bekas tapak kasut dari beberapa kepingan gambar yang di ambil.
"Kes ini bermotifkan dendam. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan suami dia. Sebab mangsa yang terbaru adalah orang gaji di rumah itu. Dan perempuan tua yang berada di rumah terpekik bagitahu patung tu sebenarnya hidup. Semua mangsa yang mati ni ada kaitan dengan Gold Mega Holding. Pemilik utamanya Tuan Zackry sendiri. Dan ada pertalian darah dengan keluarga Dato Isa sebagai sepupu paling rapat." Kata Inspektor Fahmi dah hampir berjaya untuk selesaikan laporan yang akan dia hantarkan kepada Tuan Najib. Haffiq kali ini tidak membantah dan hanya mengangguk. Apa yang dikatakan Inspektor Fahmi mungkin betul. Ada sesuatu yang tak kena dengan kes ini.
+++++++
Sangkaan Syamimi tepat. Selepas kematian Yati tiga hari yang lalu. Zackry kelihatan tidak selesa dan banyak diamkan diri. Dia langsung tidak memandang Syamimi. Sekarang ini seluruh keluarganya telah hentam Zackry disebabkan berita mengenai Syamimi ditahan oleh polis. Zakcry baring di atas katil. Isterinya langsung takde di sebelah. Dia teringat emaknya memarahkan dia.
"Itulah kau! Nak sangat kahwin dengan perempuan sihir tu! Sekarang Yati tu dah mati! Sebelum ni keluarga Pakcik kau! Kau nak siapa mati lagi lepas ni??? Minah??? Limah tu???" Datin Syida menengkingnya. Waktu itu Zackry baru nak berehat dan bernafas dengan tenang. Belum buat dua perkara mak dia telefon tengking-tengkingnya. Lamunan Zackry pergi.
Hari demi hari. Sikap Zackry berubah sikit. Kalau Syamimi nak tidur di sebelahnya. Sudah pun baring. Zackry akan bangkit dan membawa bantal serta selimutnya lalu keluar bilik. Dia tidur di ruang tamu atas sofa sahaja. Kalau makan malam mesti Zackry akan bawa pinggan keluar dari dapur. Dia makan di ruang tamu sambil melayan movie.
Syamimi duduk di tepi katil. Boneka Hayder berada di tempat yang disediakan untuknya. Syamimi kali ini tidak melayan atau membelainya. Dia hanya merenung tajam patungnya itu.
"Kalau kau betul anak aku. Kau tak akan buat perkara ini. Yang membunuh orang adalah kerja syaitan! Kerja Jin! Siapa kau sebenarnya??! Hayder tak pernah bunuh orang atau sakiti orang walaupun dia dulu masa hidup setiap hari kena dera! Kau siapa sebenarnya???!" Syamimi menengking boneka miliknya sendiri.
Bonekanya langsung tidak memberi sebarang respon apa-apa. Seolah-olah jiwa yang jahat di dalamnya telah keluar dan hilang. Ataupun mematungkan diri dan belum bertindak apa-apa.
Willy muncul dan memanjat atas katil. Dia tengok Syamimi bangun dan keluar dari bilik dalam keadaan berang dan marah. Selepas bayangan Syamimi hilang. Willy pandang patung itu semula. Nampak seorang budak lelaki di sebelah patung itu dengan posisi duduk sama.
"Ibu dah tak sayang aku lagi ke?" Hayder mengadu selepas ibunya baru sekejap tadi menengking. Airmata Hayder bergenang menangis.
"Kau pun satu. Kenapa kau bunuh mereka yang tak bersalah? Tu keluarga Dato Isa. Mereka tak bersalah." kata Willy nak mempertahankan mangsa yang dibunuh.
Hayder mengerutkan dahi memandang kucing hitam itu. Matanya merah-merah bak biji saga. Dia mula nak mengamuk marahkan kucing hitam itu.
"Sejak bila kau membela mereka?? Aku bunuh keluarga itu kerana mereka mahu satukan lelaki tak guna dengan anak dia! Aku tak mahu segala rancangan aku ni musnah macam tu!" kata Hayder dengan nada marah. Suaranya agak tinggi.
"Biarkanlah dia kahwin. Ibu kau sendiri kata dia tak kisah kalau Zackry tu ceraikan. Asalkan ibu kau bawa kau keluar dari sini bersama aku." kata Willy ingat lagi Syamimi ada bergaduh dengan tiga orang gaji tempoh hari.
"Kalau aku dibawa keluar dari rumah ini. Segala rancangan aku akan gagal selamanya. Dendam aku pada Zackry tu terlalu dalam. Aku perit bila mengingat kembali! Derita yang aku tanggung belum cukup puas! Aku mahu jatuhkan empayar dan kuasa dia!" kata Hayder berniat yang penuh dendam. Dia mendengus dengan matanya bertukar merah menyala. Aura hitamnya bak api keluar tanda dendam dia semakin marak.
Share this novel