Chapter 3

Horror & Thriller Completed 3279

Amelia seorang gadis yang sangat liar. Memang setiap malam dia akan pergi kelab untuk berhibur. Mabuk sudah menjadi rutin harian dia pada waktu malam. Siang hari penat bekerja sebagai seorang usahawan yang berjaya. Malam dia nak enjoy dengan kawan-kawan lain. Memang itu sudah jadi tabiat dia selepas habis sekolah. Dia masuk kolej dan belajar sedikit tentang usahawan. Belum habis sekolah sudah ada kilang dan syarikat sendiri atas hasil duit ayahnya.

Dia pula hanya mengambil untung dan berseronok di tengah malam. Mak ayahnya tak pernah bising dengan aktiviti liar dia. Dia sudah rasa seronok dengan kehidupan macam itu. Solat. Puasa. Zakat. Pahala dan dosa semua diletak tepi. Amelia terlalu mengikut hawa nafsu untuk berhiburan. Darah mudanya mengalir tanpa berhenti. Dia tahu kalau dia tak rasa seronok sekarang. Nanti sudah nak tua dia akan kerugian kesemua perkara itu.

Amelia balik ke rumah dalam keadaan mabuk. Datin Mira kebetulan sedang duduk membaca buku di ruang bacaan. Ruang tamu sudah luas, dan ditambah dengan bahagian ruang bacaan yang bersambung tanpa dinding.

"Lia! Sini!" Datin Mira memanggil. Amelia berjalan lemah pergi menghampiri emaknya. Dia terus peluk leher ibunya dari belakang.

"Ni kenapa sampai mabuk?? Ini kalau ayah kamu tahu, mati kamu kena kerjakan." Datin Mira beritahu anaknya. Suaminya bukan tak suka kalau anaknya balik dalam keadaan mabuk. Paling dia takut kalau Amelia lambat bangun sebab mengantuk punya pasal.

"Mak ni. Takkan Lia nak enjoy malam minggu je?? Nanti kawan-kawan Lia berparty. Lia je dekat rumah buat apa??" Amelia menyoal tak berpuas hati. Tapi keadaan dirinya masih mabuk teruk. Sesekali dia sedu bila angin perutnya sudah penuh.

Datin Mira menutup hidung kerana bau arak itu. Baginya sudah busuk bau. Datin Mira terus menyuruh Amelia cuci muka sebelum masuk tidur.

Amelia tabik seperti tentera sebelum dia bergerak pergi naik atas. Datin Mira menggeleng kepala. Mujur suaminya tidur awal sebab besok ada meeting dengan beberapa ahli perlembagaan lain. Dia kembali membaca buku semula.

Dia sebenarnya teringat tentang perkara dua hari lepas. Datin Syida datang melawat ke rumahnya. Katanya nak masuk meminang Amelia buat anaknya Zackry.

"Kakak ni biar betul? Bukan Zackry tu kahwin dengan janda tu ke??" soal Datin Mira. Masih ada sikit baik hatinya tu.

"Memang dia kahwin dengan perempuan tu. Tapi aku ni tak suka perempuan tu duduk rumah anak aku. Dia layak jadi orang gaji je! Anak kau Amelia tu layak untuk Zackry." kata Datin Syida memang nak sangat Amelia jadi menantu. Walaupun Amelia dengan Zackry pangkat sepupu saja.

"Aku ni setuju je Syida. Tapi, anak kau suka ke dengan Amelia?? Dia pun dah anggap Amelia macam adik sendiri. Aku risau dia takde hati je." kata Datin Mira nak menolak dengan cara baik. Walaupun dia tak suka dengan Syamimi. Tapi, dia lebih memikirkan hati dan perasaan anak saudaranya. Setuju ke Zackry kalau dikahwinkan dengan Amelia? Syamimi nak campak kemana?? Kalau dibuat orang gaji sekalipun. Masih bergelar isteri kepada Zackry. Dia kalau boleh tak mahu anaknya dimadukan.

"Kalau betul kau nak Amelia jadi menantu kau. Suruh Zackry ceraikan janda tu dulu. Aku taknak anak aku hidup bermadu." Datin Mira bagi syarat membuatkan Datin Syida terdiam. Apa betul ke tindakan dia nak menyuruh anaknya ceraikan Syamimi dan memilih Amelia?

"Nantilah aku cuba tanya anak aku." kata Datin Syida sebulat suara.

Lamunan Datin Mira termati apabila dia mendengar bunyi macam orang ketuk cermin tingkap. Datin Mira pandang ke arah cermin. Terkejut dia apabila ternampak kelibat kepala budak dari luar seperti memandang ke dalam sebelum hilang sekelip mata.

Datin Mira tutup bukunya dan bangun. Dia pergi ke arah pintu utama. Daun pintu dibuka luas. Dia mengintai untuk melihat siapa yang mengintai. Dia tengok pintu pagar sudah berkunci.

Seseorang telah berlari masuk ke dalam rumah tanpa disedari Datin Mira. Dia masuk ke dalam rumah semula selepas periksa tiada apa-apa di luar rumah. Dia mengunci pintu rumah. Dia nampak orang gajinya masuk ke ruang dapur.

Datin Mira menarik nafas dalam-dalam. Dia pergi ke ruang bacaan. Buku tadi disimpan dekat rak buku. Dia keluar dari ruang bacaan untuk pergi ke bilik tidur di tingkat atas. Kelihatan di ruang dapur lantai berdarah banyak. Datin Mira tidak menyedari.

Bibik malang itu jatuh melutut selepas kakinya dipotong dengan kapak. Bibik itu tidak bersuara kerana pisau betul-betul tusuk batang lehernya. Matanya boleh melihat boneka berpuaka itu turut terkena darah bibik malang. Kucing hitam itu hanya melihat tanpa berbuat apa-apa.

"Aku benci orang yang ada kena mengena dengan keluarga ini!" Boneka puaka itu bersuara. Mata Bibik terbeliak bercampur terkejut apabila boneka boleh bercakap.

Boneka itu mengangkat kapaknya semula. Pisau yang berada di tekaknya dipegang. Perlahan-lahan dia tariknya keluar. Bibik belalak mata menahan sakit apabila mata pisaunya menghiris kulit luka dan daging. Pisau berlumuran darah itu dicampak ketepi.

Mata besi kapak di halakan pada batang leher. Tubuh Bibik malang sudah menggigil. Nyawa berada di hujung tanduk. Jantungnya bergoncang laju. Seperti bakal terkena hukuman pancung. Kapak itu dihayunkan lalu pancung leher Bibik malang itu. Kepalanya putus dari tubuh. Darah menghembus keluar begitu banyak. Seluruh ruang dapur terkena percikan darah yang banyak. Kepala itu bergolek ke lantai sehingga menghempas meja island. Matanya masih mencelik memandang Boneka puaka itu.

Kucing hitam itu mampu melihat tanpa berbuat apa-apa. Dia pandang Boneka 'bernyawa' yang sudah membunuh mangsa baru. Boneka itu bergerak keluar dari dapur dengan membawa sebilah kapak untuk langkah seterusnya.

Suasana dalam rumah Datin Mira kedengaran jeritan yang penuh derita. Malam itu menjadi malam tragedi berdarah yang sangat brutal. Seluruh keluarga itu dibantai sampai nyawa melayang.

+++++++

Keluarga besar Zackry telah menerima berita mengejutkan kematian seluruh keluarga Datin Mira. Zackry pergi melawat jenazah yang kini di hospital. Syamimi tinggal di rumah kerana dia tak dibenarkan ikut. Zackry takut kalau keluarganya marahkan Syamimi konon isterinya tu punca.

Syamimi masuk ke dalam bilik. Dia baru lepas cuci baju sekolah Boneka Hayder. Apa yang Syamimi hairan, baju sekolah tu ada kesan titik cecair merah. Tapi, dia anggap pewarna yang melekat pada baju. Syamimi pakaikan Boneka Hayder dengan baju arwah Hayder. Bibirnya senyum sebab memang sesuai baju arwah anaknya dipakaikan boneka.

"Hayder, tadi ayah cerita keluarga Datin Mira dibunuh. Mayat mereka semua dibawa keluar dari rumah tu. Mayat Dato' Isa dengan Datin Mira. Lepas tu mayat Amelia pun. Mayat orang gaji lagi. Ibu rasa pelik, siapa yang bantai keluarga tu sampai mati??" Syamimi berbual sendiri. Walau hakikatnya dia meluahkan pada Boneka Hayder sahaja.

Syamimi mampu melepaskan keluhan. Tak guna dia nak cakap kalau yang ada depan mata dia cuma sebuah mainan plastik sahaja. Yang direka rupa patung.

"Ibu sayang anak ibu.." Syamimi tarik badan Boneka Hayder lalu peluk. Masih terasa kehangatan, ditambah lagi baju yang Boneka itu pakai adalah baju arwah anaknya.

+

INSPEKTOR FAHMI melintasi pita kuning. Ketika ini seluruh keluarga besar Zackry telah memenuhi perkarangan hospital untuk menziarahi jenazah keluarga Dato' Isa.

Inspektor Fahmi masuk ke dalam bilik bedah mayat. Dia buka kanvas hitam yang menutup mayat. Mengucap panjang dia melihat mayat orang gaji. Jasad yang tidak berkepala. Dan kepalanya di asingkan dalam satu beg plastik hitam. Kaki mangsa juga di asingkan sekali dalam beg plastik hitam lain.

Inspektor Fahmi buka kanvas mayat Dato Isa. Nampak biasa kecuali kesan tikaman yang luar biasa. Kedua-dua tangan Dato Isa dipotong secara brutal. Daging lengan yang terputus sudah sampai terkeluar.

"Tuan, saya sudah periksa mayat Datin Mira dan Amelia. Mereka pun masih secara tragis sekali. Dan saya jumpa bahan bukti yang digunakan suspek. Kapak dan pisau." Detektif Alina serahkan bahan bukti pada Inspektor Fahmi.

"Alina, awak tak rasa pelik ke?? Macam mana pembunuh boleh membunuh secara extreme hanya satu malam?? Kes Pak Musa belum selesai lagi. Tuan Najib masih nak laporan kematian Pak Musa tu. Kalau tengok daripada keadaan empat mayat. Memang mereka dibunuh dengan kejam. Pembunuh ni bukan calang-calang pembunuh. Dia mungkin berjiwa lebih kepada seorang psikopat." kata Inspektor Fahmi nak minta Detektif Alina untuk fahamkan mereka berada dalam situasi apa sekarang.

"Yelah. Macam dalam sebuah filem seram. Tapi ni lebih kejam. Saya rasa pembunuh ni merancang sesuatu." Detektif Alina menebak. Inspektor Fahmi diam seketika. Cuba nak fikir secara logik dengan menggunakan akal fikiran dia sekarang.

++++++++

Zackry balik dalam keadaan sedih. Dia pergi ke arah sofa dan duduk. Masih sedih lagi dengan pemergian keluarga Mak Lang dia. Amelia tu dia paling sayang sebagai adik. Pun di bunuh dengan sungguh tragis sekali. Kata pakar forensik. Mayat Amelia dibunuh dengan tangan dan kaki dipotong menggunakan kapak. Kedua-dua buah dada Amelia di tikam dengan beberapa kali tikaman.

Syamimi keluar dari bilik tidur yang menempatkan kucing belaan dan boneka itu. Dia turun ke bawah. Kelihatan suaminya duduk termenung jauh. Dia pun turun ke bawah.

Yati bawakan minuman untuk tuannya minum.

"Silakan tuan." Yati pelawanya.

Zackry ambil segelas minuman dan minumnya. Syamimi duduk di sebelah suami.

"Abang, apa yang jadi ni?" Syamimi bersuara menyoalkan.

"Takde apa. Mama tadi suruh abang paksa sayang buang kucing hitam dan boneka sayang tu. Mama kata, kucing hitam dan boneka tu pembawa malang. Macam ada sesuatu yang tak kena." Zackry meluah dengan nada suara lemah kerana masih bersedih lagi.

Dia mengimbas saat Datin Syida berkata begitu.

"Takkan mama nak tuduh Mimi?? Ma, Mimi tu duduk rumah je." Zackry berusaha mempertahankan isterinya.

"Mama tak kira! Memang angkara dia. Dia tahu kita semua bencikan dia. Sebab tu dia membela kucing hitam dekat rumah. Dan ada lagi patung." kata Datin Syida melepaskan marahnya.

"Mama, Zack tahu semua bencikan dia, termasuk keluarga Dato Isa. Tapi demi Allah ini bukan keja Syamimi. Kita bagi polis siasat siapa dalang pembunuh yang sebenar." kata Zackry tak mahu melawan dengan mak. Nanti dia digelar anak derhaka pula.

"Kamu tahu tak. Membela kucing hitam ni selalunya golongan sihir. Menggunakan sihir melalui kucing tu. Di tambah lagi patung yang isteri kau ada tu patung sempurna. Tempat tinggal bangsa syaitan!" kata Datin Syida membuatkan Zackry terdiam.

Imbasan telah berlalu...

Syamimi diam dan duduk saja di sisi sebelah suami. Dia bangun dengan membiarkan suaminya ruang untuk bersenang lenang bagi melupakan masalah. Syamimi pergi ke ruang dapur. Pemegang sinki dipulas untuk buka ruang air keluar. Air paip mengalir deras. Dia hanya memandang tanpa menggunakan. Matanya berkaca. Kalau suaminya diam macam tu mesti ada yang tak kena dekat hospital.

Pasti mereka semua menuduh pembunuhan ni angkara dia. Kerana Datin Syida dah tahu dia membela kucing dan siap ada boneka lagi. Kenapa begitu malang hidup dia? Dia sangka dia kahwin dengan Zackry, semua masalah selesai. Sebab Zackry yang bayarkan hutang-hutang bekas suaminya pada ah long. Tapi kali ini lebih tragis bila dia dituduh membunuh keluarga Dato Isa.

Syamimi masuk ke dalam bilik yang dia menempatkan Willy dan Boneka Hayder itu. Dia terus baring di atas katil. Dia menangis semahunya. Willy panjat atas katil dan memujuk Syamimi dengan geselkan badannya. Syamimi tarik badan Willy perlahan-lahan dan peluknya. Untuk dijadikan tempat dia melepaskan airmata.

Boneka Hayder kepalanya berpusing memandang Syamimi. Kelopak matanya terkeluar air. Seperti Boneka Hayder juga menangis sekali, tapi tidak kedengaran suara sedu dan esak. Hanya suara Syamimi kedengaran.

+

SEMENTARA di Balai Polis Besar Metropolitan. Inspektor Fahmi melihat data peribadi Pak Musa untuk membuat kesimpulan sendiri. Dia tengok ada nama Gold Megah Building. Itu adalah nama syarikat besar milik Zackry. Dari sejarah kerja, Pak Musa pernah jadi bodyguard Zackry selama 5 tahun ketika itu. Kes pembunuhan yang berlaku ini macam ada kena mengena dengan sesuatu.

"Dato Isa sekeluarga adalah saudara rapat Tuan Zackry. Pak Musa pulak pernah kerja di bawah syarikat Gold Megah Holding. Kalau aku nak tuduh bukan-bukan. Silap haribulan aku kena saman malu. Takkan nak tunggu mangsa yang baru?" Inspektor Fahmi bermonolog sendiri.

"Tolonglah bagi aku clue lain. Macam mana aku nak tarik suspek? Mereka ni boleh dikatakan keluarga besar yang berpengaruh kuat di Metropolitan." gumam Inspektor Fahmi. Masih menjadi misteri dan teka teki kes yang dia handle sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience