Chapter 4

Horror & Thriller Completed 3279

Fareed lari sehingga keluar dari bandar Metropolitan. Dia mendapat khabar berita kematian setahun lalu. Tapi, untuk apa dia ambil peduli kalau dulu dia jadikan budak tu sebagai tempat melepaskan geram. Sudah cukup puas dia tengok Syamimi dan Hayder sengsara masa tu. Gara-gara dia melarikan diri dari kumpulan ah long. Anaknya menjadi mangsa bunuh.

Walau seteruk dan kejamnya dia. Belum sampai ke tahap bunuh isteri mahupun anak sendiri. Dia mula rasa sangat bersalah terhadap mereka. Entah di mana bekas isterinya berada sekarang? Dia tak kenal sangat kawan-kawan Syamimi. Kalau kenal pun mesti mereka benci terhadap dirinya kerana mengabaikan Syamimi dan Hayder waktu itu.

Malang sekali bagi dia kerana sudah lepaskan segala tanggungjawab. Tiada guna lagi dia nak undurkan masa berpatah balik. Memang sudah sampai waktunya dia perlu menerima hukuman. Hukuman ke atas diri sendiri. Dia perlu mencari Syamimi dengan segera.

Di luar bandar. Dia bersendirian. Hidup merempat. Keluarganya sudah buang dia. Tiada tempat berteduh. Hanya bawah jambatan jadi tempat dia tinggal sekarang. Makan?? Seminggu dia berlapar. Kalau ada pun dia curi dari tong sampah. Memang dia dah takde siapa-siapa selepas dibuang keluar. Bercerai dengan Syamimi.

Fareed bangun dari tempat tinggal dia di bawah jambatan. Dia perlu pulang semula ke Bandar Kota Metropolitan untuk mencari Syamimi. Tanpa dia sedar, sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap dirinya.

+++++

Semenjak kematian keluarga Dato' Isa beberapa hari lepas. Semua orang tak tahu siapa perilaku dalang yang sebenar, kecuali seorang. Iaitu Mak Limah sendiri. Dia mula buat kerja tak teratur sekarang. Mulutnya terkunci disebabkan dia bermimpi lagi pasal boneka puaka itu. Dan kali ini kucing hitam itu juga bertindak sama. Mereka bagi amaran keras buat Mak Limah supaya merahsiakan perkara ini kalau tak mahu mati dibunuh.

Mak Limah menoleh ke arah tangga. Melihat Syamimi turun tangga dengan membawa pinggan yang sudah habis makanan. Memang Syamimi suka makan dalam bilik. Kalau dulu, dia sarapan di dapur seorang diri tidak berteman. Hanya makan berdua dengan suami pada sebelah malam.

Semenjak adanya Boneka Hayder dan Willy. Memang Syamimi kerap makan di bilik bersama mereka. Syamimi dari awal macam pelik dengan boneka dia. Kalau dia tengah duduk main telefon. Mata imbasan dia macam ternampak Hayder duduk di tempat Boneka itu berada. Bila dia toleh tengok. Memang bukan Hayder, tapi Boneka sahaja.

Syamimi membasuh pinggan sesudah makan. Sebenarnya, dia masih pelik macam mana keluarga Dato Isa boleh mati dibunuh hanya satu malam saja? Kalau pembunuh pasti dah tembak atau tikam biasa. Ini sungguh tragis sampai anggota badan dipotong dengan menggunakan kapak.

Syamimi susun semula pinggan yang sudah dicuci ke tempat rak semula. Dia keluar dari dapur. Tersentak seketika dia melihat Mak Limah curi-curi pandang melihat ke arahnya. Dia tahu Mak Limah yang mengadu dengan Datin Syida pasal dia bela kucing.

"Mak Limah, kalau tak puas hati cakap! Ini sampai nak mengadu dengan Datin Syida dah kenapa? Kalau Abang Zackry benarkan. Kenapa perlu nak babitkan Datin Syida dalam hal keluarga saya?" Syamimi tak berpuas hati.

"Hei, kau tu dah tahu Tuan Zackry tak suka kucing sebab allergic bulu. Kenapa kau degil?? Konon cakap sunyi. Kalau sunyi, pergi tolong Yati atau Minah buat kerja rumah. Kau ingat kau tu madam dekat sini ke??" Mak Limah balas balik. Syamimi mengecilkan mata.

"Kalau dah ada tiga orang gaji dalam rumah. Buat apa aku nak pergi tolong sama?? Aku isteri abang Zackry!" kata Syamimi pertahankan diri.

"Sampai bila??"

Syamimi dan Mak Limah toleh ke arah suara lain. Minah muncul sambil berpeluk tubuh. Yati pun muncul sekali. Mereka berdua tengok Syamimi dengan pandangan yang menjijikkan. Mak Limah pula senyum sinis. Syamimi kini berada di ambang bahaya. Memang kalini dia tiada backup untuk pertahankan dia. Syamimi tarik nafas dalam-dalam dan cuba berlagak biasa.

"Aku masih tetap isteri abang Zackry. Sampai bila tu aku tak kisah. Kalau dia nak ceraikan aku sekalipun, aku tak kisah. Asalkan aku ada kucing dan anak aku dekat bilik atas." kata Syamimi lalu pergi membawa diri. Wajah Mak Limah berubah tiba-tiba. Entah kenapa dia macam takut bila Syamimi bagitahu Boneka puaka tu anak dia.

Dia berjalan menaiki anak tangga. Sepanjang jalan untuk naik ke atas. Matanya mengalir hendak menangis. Dia sebenarnya dah tak tahan orang asyik menghentam dia tanpa henti. Orang membenci dia tanpa sebab. Minah dan Yati menjeling ke arah Syamimi sebelum pergi sambung buat kerja mereka. Kecuali Mak Limah masih kaku berdiri.

Syamimi masuk ke dalam bilik yang menempatkan Willy dan Boneka Hayder itu. Dia naik atas katil dan terus baring. Syamimi menangis dengan kuat walaupun mukanya disembam pada bantal. Dia benar-benar terasa sakit hati. Takde siapa berada di samping saat dia di hina dan dibenci orang.

Boneka Hayder itu berpaling memandang ke arah Syamimi. Dia kembali memandang pintu bilik. Dahinya berkerut dan matanya bertukar kemerahan.

+

SYAMIMI mencelik mata terbangun. Tapi, kali ini dia terkejut melihat kelilingnya cerah. Syamimi bangunkan badannya. Dia rupanya baring di atas rumput hijau yang terbentang luas. Syamimi mendongakkan kepala. Melihat burung-burung putih berterbangan.

Muncul sebatang tangan di hulurkan. Syamimi tengok tangan yang hulur ke arahnya. Dia nak tengok gerangan yang hulurkan tangan. Hayder!

"Ibu, sambut tangan saya." Hayder minta ibunya sambut hulur tangan.

Syamimi sambut huluran anaknya. Dia juga bangun. Dia melihat anaknya begitu tampan. Dengan berbaju putih berkilau. Memang indah. Wajah anaknya berseri. Mata anaknya juga bulat dan cantik. Syamimi melihat sekeliling tempat anaknya berada. Dia rasa tenang sebab anaknya dah boleh duduk di tempat yang paling sesuai. Dah boleh berehat dari dunia yang penuh kejam.

"Hayder, ibu bersyukur anak ibu duduk di tempat macam ni. Sedangkan ibu masih menderita lagi. Ibu pun dah berkahwin dengan uncle Zackry." Syamimi memberitahu. Tiba-tiba airmuka Hayder yang ceria tadi hilang sekelip mata.

"Kenapa muka kamu berubah? Ibu salah cakap ke?" soal Syamimi aneh kenapa muka anaknya berubah.

Hayder berpaling ke tempat lain. Dia berpaling dari tengok ibunya. Hayder berjalan meninggalkan ibunya sendirian untuk ke tepi sungai. Syamimi ikut dari belakang sampai ke tepi sungai. Bahu anaknya di pegang lembut.

"Hayder, ibu salah cakap ke?" soal Syamimi. Dia risau kalau dia tersalah cakap sampai menggoreskan hati anaknya. Hayder langsung tidak memberikan sebarang respon dan kerjasama. Syamimi melepaskan keluhan berat. Dia menundukkan kepala.

"Kenapa ibu kahwin dengan dia??" soal Hayder tiba-tiba. Syamimi mengangkat kepalanya.

"Kenapa? Salah ke ibu berkahwin lain?" Syamimi menyoal. Hayder menggelengkan kepala.

"Ibu kahwin tu tak salah. Tapi bukan dengan lelaki tu." Kata Hayder lalu dia berpalingkan muka memandang ibunya semula. Syamimi tak faham kenapa Hayder tak suka dengan Zackry?

"Hayder, uncle Zackry tu dah banyak tolong ibu selesaikan hutang ayah kamu..."

"Jangan sebut nama pukimak tu! Hayder benci dia sampai mati!"

Hayder menengking ibunya kerana menyebut nama Fareed depannya. Syamimi terkejut kerana inilah kali pertama Hayder tengkingnya. Hayder berubah wajah turut terkejut sebab marahkan ibunya. Syamimi menunduk sayu.

"Ibu.. Hayder minta maaf.." Hayder perlahankan suara. Dia pegang tangan ibunya nak memujuk.

"Ibu dah penat. Penat kena maki hamun. Keluarga uncle Zackry tak sukakan ibu. Marah ibu. Maki ibu. Ibu sedih bila anak ibu dah maki ibu." Syamimi meluahkan isi hati. Hayder terus peluk badan ibunya. Dia betul-betul bersalah sebab menengking ibunya tadi.

"Ibu, maafkan Hayder. Hayder taknak jadi anak derhaka pada ibu." Hayder tak mahu lepaskan pelukan ibunya. Pandangan mula kabur putih dan semakin lama semakin pekat putih cahaya.

Syamimi mencelik mata. Dia mengesat airmata. Rupanya dia tidur dalam keadaan tengah menangis. Syamimi bangunkan badan. Dia toleh ke arah Boneka itu. Masih dalam keadaan posisi asal. Syamimi tersenyum bahagia. Lega hatinya dapat jumpa semula dengan arwah anaknya walaupun melalui sebuah mimpi.

+++++++

Inspektor Fahmi pergi kedai premis Toys Kidz membawa anak gadisnya. Ain Sofiya satu-satunya anak gadis yang dia ada selepas kematian arwah isterinya. Dia meninggal selepas melahirkan Ain Sofiya. Hidup menduda ni memang banyak cabaran yang besar. Mujurlah adik perempuan dia yang belum kahwin-kahwin boleh tolong jagakan. Kalau tidak, entahlah dia nak mengharapkan siapa lagi.

Ain Sofiya mengambil anak patung berupa budak sekolah. Dia pergi berlari ke arah ayahnya yang sibuk belek mainan lain.

"Ayah, adik nak ini." Ain Sofiya tunjukkan pada ayahnya dia nak boneka itu. Inspektor Fahmi akur segala kemahuan. Dia mengangguk saja dan belikan apa yang kehendak dia. Dia membayar harga mainan tersebut. Nampak anaknya suka walaupun patung itu khas untuk kanak-kanak lelaki punya.

Inspektor Fahmi kembali ke balai polis selepas menghantar anaknya ke rumah adik perempuan dia. Detektif Alina masuk ke dalam bilik pejabat Inspektor Fahmi.

"Alina, kenapa ni?" soal Inspektor Fahmi yang baru nak duduk. Belum tarik nafas lagi dah ada orang masuk pejabatnya.

"Kalau saya tunjuk pada tuan. Mesti tuan tak percaya kan?" soal Detektif Alina. Inspektor Fahmi mula rasa tak senang.

"Apa dia??" soalnya lagi. Detektif Alina meletakkan beberapa kepingan gambar. Inspektor Fahmi tarik gambar itu dan terbalikkan. Dia tengok gambar kesan darah yang mengotorkan lantai.

"Cuba tengok tu." Detektif Alina tunjukkan sesuatu. Dia tengok ada kesan tapak kasut.

"Ini satu lagi gambar semasa kejadian Pak Musa. Gambar kesan tapak kasut pijak pada darah mangsa. Apa yang menghairankan saya. Gambar kedua-dua tempat kejadian ni tapak kasutnya tu sama. Kalau ikutkan suspek itu adalah seorang kanak-kanak berusia 10 atau 12 tahun." Detektif Alina terangkan mengenai bukti tapak kasut suspek.

"Tapi dekat CCTV yang kita periksa takde budak. Tapi, dekat gambar ni tapak kasut budak. Apa kesimpulannya?" soal Inspektor Fahmi.

"Motif pembunuh ni adalah dendam. Dan pembunuh itu bukan calang-calang orang dengan menggunakan ilmu hitam. Sebab tu dekat CCTV premis Toys Kidz takde kelibat suspek." Detektif Alina terangkan dengan lebih teliti mengikut persepsi diri.

"Tapi kita belum cukup bukti kaitkan budak kecil. Nama baik polis akan dapat malu besar kalau tangkap budak berusia 10 atau 12 tahun kerana kes bunuh tanpa bukti." kata Inspektor Fahmi masih berfikiran waras nak tahan kanak-kanak untuk siasat.

+++++++

Di rumah Inspektor Fahmi didatangi kawan baik yang juga seorang anggota polis. Haffiq duduk di kerusi sambil melihat hasil kertas kerja si Fahmi. Ain Sofiya sibuk bermain dengan boneka budak sekolah itu. Mainan bentuk cube dia sepahkan untuk main. Koleksi barang mainan masak memasak dia keluarkan. Dia buat-buat macam tengah masak makanan.

"Encik, Nak makan apa??" Ain Sofiya bertanyakan pada boneka itu.

"Ooo.. Nasi goyeng. Bayik nanti saya siapkan." Ain Sofiya terus pura-pura masak macam tengah masak makanan yang dipesan.

Haffiq senyum dengan kecomelan anak Fahmi seorang. Memang bahagia nampak walaupun arwah isterinya tu sudah meninggal 5 tahun lalu selepas melahirkan bayi perempuan.

"Comel anak kau." Haffiq memuji. Fahmi pun toleh memandang anaknya. Dia pun rasa macam tu. Memang anaknya comel. Sama macam arwah isteri.

Haffiq memandang kepingan gambar yang banyak dan buku conteng untuk Fahmi tulis sesuatu. Fahmi menyusun beberapa kepingan gambar untuk di asingkan.

"Kes Pak Musa dah selesai belum? Aku tengok netizen macam tak kisah siapa bunuh Pak Musa. Tapi kalau kes yang melibatkan orang berpengaruh ni bahaya. Tambahan lagi nak kendalikan kes tersebut. Kau ni dah ready ke? Nak selesaikan kes yang melibatkan orang kenamaan??" soal Haffiq membuatkan Fahmi terdiam seketika.

"Apa maksud kau?" soal Fahmi tak faham.

"Kau kenal bekas Inspektor Aidil?? Dia pernah kendalikan kes orang kenamaan. Dia pernah mengambil rasuah dari keluarga mangsa untuk cari mana-mana orang yang boleh dibawa ke muka pengadilan. Maksudnya, gunakan rakyat biasa sebagai suspek bunuh. Jadi kes besar masa tu sebab keluarga tu mengupah lawyer untuk lawan di mahkamah. Keluarga tu menang. Keluarga kenamaan kena tahan polis. Inspektor Aidil pun kena tahan polis dan jawatan dilucutkan. Dia dibuang kerja. Bila siasat punya siasat, rupanya pembunuh tu dalam kalangan keluarga kenamaan tu sendiri." Haffiq ceritakan sejarah bekas Inspektor polis yang terima rasuah dan jadikan orang biasa sebagai suspek supaya kes selesai dengan cepat.

Siaran berita malam menayangkan paparan seorang ahli perniagaan dibebaskan atas jaminan. Dia mengaku tidak bersalah kerana telah merogol seorang kanak-kanak berusia 8 tahun di salah sebuah rumah pangsa.

"Kau tengoklah. Dia ni Martis kan?? Ahli perniagaan yang agak berpengaruh. Dia ni pernah ada kes 10 tahun dulu. Dia dera anak tirinya sampai mati dan kemudian ditahan polis. Denda cuma penjara dua tahun. Kau tahu kenapa?? Dia ni ada kabel. Mangsa dia semua orang kebanyakan yang tak kaya. Sebab kalau nak lawan memang keluarga mangsa kalah. Takde lawyer dan dia pulak boleh upah 10 orang lawyer." Haffiq tunjukkan muka Tuan Martis yang kelihatan senyum selepas keluar dari penjara. Dia dibebaskan kerana tidak bersalah atas tuduhan merogol.

Fahmi memandang anaknya. Dia tak kisah sangat sebab Ain Sofiya akan duduk dengan adiknya sewaktu dia pergi kerja.

+

SEMENTARA di rumah Zackry. Boneka Hayder berada di sofa menghadap tv. Ketika itu memang Syamimi sengaja bukakan tv untuk bonekanya. Memang sengaja dia buat macam anaknya tengah tonton. Zackry pula risau isterinya makin hari makin tak sihat otaknya. Mak Limah pernah mengadu Syamimi suka berbual dengan boneka macam tengah berbual dengan orang.

Paparan tv menayangkan Tuan Martis yang baru keluar dari penjara. Nampak dari wajahnya macam berpuas hati bebas. Dia senyum pada wartawan dan menjawab pertanyaan mereka.

"Biasalah orang yang berpengaruh macam saya memang banyak musuh. Jadi, saya serahkan pada Allah SWT untuk menghukum manusia yang fitnah saya itu." kata Tuan Martis, tanpa disedari oleh orang ramai. Wajah dia sudah berpuas hati. Macam baru habis melakukan jenayah.

Perlahan-lahan mata Boneka Hayder kemerahan menyala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience