Chapter 17

Horror & Thriller Completed 3279

Kereta yang di pandu Inspektor Fahmi bergerak laju pergi ke arah kawasan gudang rahsia milik Zackry. Semua itu atas bantuan Bob yang membantu Inspektor Fahmi untuk kesan lokasi tersebut. Memang Zackry dah cari pasal. Dia lupa Inspektor Fahmi ni memang jenis tak boleh tengok orang yang dia sayang dalam bahaya.

Kereta yang dipandu Inspektor Fahmi bergerak dengan lebih laju ke arah susur jalan gelap. Hanya cahaya lampu keretanya yang menerangi suasana di sepanjang jalan mereka. Hutan-hutan di sebelah kiri dan kanan gelap gelita tidak bercahaya. Lampu jalan pun tiada. Memang ini jalan yang kumpulan Zackry gunakan untuk melakukan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia.

"Sayang, abang datang.." kata Inspektor Fahmi dalam hati. Matanya tajam fokuskan pada pemanduan. Risau kalau-kalau ada binatang buas melintas. Tak pasal-pasal kemalangan.

+

Zackry naik geram terus cekak batang leher Syamimi. Natasha mahu tendang tapi tubuhnya ditarik kuat oleh salah seorang lelaki. Syamimi pegang tangan Zackry yang keras itu.

"Kau memang binatang! Gara-gara aku kahwin dengan kau, memang kau bawa malang dalam keluarga aku!" kata Zackry terkenangkan balik bermulanya empayar dia nak bankrup selepas gugurnya Tuan Martis sebelum.

"Kau jangan nak salahkan aku Zackry! Ini semua berpunca dari kau! Aku fikirkan bila aku kahwin dengan kau! Semua hutang Fareed dah selesai! Rupanya kaulah punca Fareed tinggalkan aku dan Hayder!" kata Syamimi. Dia rentap tangan Zackry melepaskan dari tekan lehernya.

"Memang! Memang kejatuhan empayar kau kerana dendam Hayder!! Jiwa anak aku tidak tenang selagi hayat kau dia ekor tidak mati!" kata Syamimi dengan suara kasar.

"Kau babi!" dia maki dengan mahu tumbuknya.

Belum sempat dia tumbuk mukanya Syamimi. Pintu utama tertolak kuat dengan sendiri. Munculnya Inspektor Fahmi dan Bob.

"Korang tunggu apa??? Bantai dia sampai mati!!" Zackry mengarahkan kumpulannya untuk serang Bob dan Inspektor Fahmi.

Natasha lepaskan diri dengan tumbuk muka salah seorang lelaki. Dia tendang lelaki yang kedua itu. Segera dia tolak badan Zackry dan menarik tangan Syamimi untuk membawanya pergi. Dia berlari ke arah Ain Sofiya. Di dukung anak buahnya dan bawa lari keluar. Syamimi ikut dari belakang.

Tiba-tiba, muncul beberapa buah kenderaan. Dia syak itu adalah kumpulan Zackry. Dia terus bawa Syamimi dan Ain Sofiya lari bersembunyi. Beberapa orang lelaki kejar sampai keluar bangunan. Salah seorangnya melambaikan tangan ke arah kumpulan kereta itu.

Natasha dan Syamimi memandang tajam ke arah kumpulan yang baru sampai. Mereka turun dari kereta. Ain Sofiya terpaksa ditutup mulut oleh Anis. Risau nanti anak buahnya menangis. Tanpa mereka sedar, ada tiga orang lelaki di belakang mereka.

"Hoi!!" salah seorangnya menjerit. Natasha dan Syamimi berpaling kebelakang dan terkejut.

+++++++

"Habis tu?? Kamu dengan Natasha kena tangkap dengan kumpulan tu??" soal Ustazah Dahlia terperanjat mendengar cerita.

"Ya, kami dibawa semula ke dalam. Masa tu abang Fahmi teruk kena pukul. Dia berada di dalam bulatan yang kelilingnya kumpulan pengganas tu. Mereka mara dan pukul abang Fahmi. Lepas tu undur dan beri peluang lain untuk pukulnya.." Syamimi sambung ceritakan.

"Chop! Sebenarnya Ustazah nak tanya. Siapa sebenarnya yang bawa patung dan Willy tu??" soal Ustazah Dahlia.

"Saya.." suara seseorang muncul di depan pintu rumah. Semua berpaling dan terkejut ada dua wanita di depan muka pintu.

"Doktor Ariana?? Sonia??" gumam Syamimi.

"Bila sampainya?? Ustazah tak nampak kelibat atau dengarnya." soal Ustazah Dahlia.

"Baru sekejap." balas Doktor Ariana.

"Jemputlah masuk." Ustaz Zain pelawanya. Dia bangun dan pergi ke arah isterinya. Dia duduk bersebelahan Boneka Hayder.

Doktor Ariana dan Sonia masuk ke dalam. Sonia duduk bersama dua kawan baiknya. Manakala Doktor Ariana duduk di sofa single tempatnya Ustaz Zain duduk tadi.

"Kau kenapa buat macam ni??" soal Syamimi. Sonia menundukkan pandangan. Dia serba salah nak jawab.

"Saya doktor Ariana. Doktor yang pernah merawat Hayder semasa kanak-kanak itu di hospital. Saya yang memberitahu pada Syamimi supaya buat laporan polis. Memang saya ada bawa Syamimi tapi dia taknak sebab takut Fareed mengapa-apakan Hayder masa tu." Doktor Ariana mulakan ceritanya.

"Saya sedih sebab bila pesakit nama Hayder masuk hospital. Saya orang pertama periksa. Semakin lama semakin banyak kesan lebam akibat dipukul. Ada parut yang hilang tapi diganti parut baru. Dua belas tahun saya merawat Hayder setiap kali Syamimi hantarnya. Dan disitu Syamimi banyak meluahkan perasaan pada saya. Bercerita betapa zalimnya Fareed." Doktor Ariana mula sedih.

"Saya sedih bila diberitahu Hayder dijumpai mati dibunuh. Saya pergi ke bilik mayat dan menangis bila tengok keadaan Hayder yang banyak kesan bengkak dan lebam pada muka, badan, tangan, kaki dan beberapa anggota lain. Sonia ada datang cerita Syamimi hilang kewarasan hampir setahun kerana terlalu rindukan Hayder." ujar Doktor Ariana. Airmuka Syamimi berubah nak menangis. Memang betul masa tu dia hampir nak masuk hospital sakit jiwa.

"Sebelum arwah Hayder ditanam. Saya sempat potong sikit tiga helai rambut Hayder masa tu. Saya dan Sonia pergi ke rumah bidan Mak Esah di sebuah kampung dalam." Doktor Ariana memberitahu.

Dia melihat Mak Esah membaca jampi serapah. Sonia bawakan sebuah boneka budak sekolah untuk Mak Esah. Kumtum menyaksikan Mak Esah melakukan kerja-kerjanya.

"Mak Esah, boleh tak hidupkan arwah adik Hayder menjadi seorang algojo? Saya merayu sangat pada Mak Esah. Saya kasihankan pada ibunya sekarang." Sonia merayu minta bangkitkan Hayder menjadi sebuah boneka pembunuh menakutkan.

"Esah, bangkitkan kucing hitam kepunyaan arwah adik itu sekali ya." Kuntum meminta. Setelah jampinya selesai, perlahan-lahan mata Boneka itu merah menyala sebelum kembali biasa. Senyuman terukir di bibir Doktor Ariana dan Sonia.

Setelah keluar dari rumah Mak Esah. Doktor Ariana dan Sonia nak mencuba dahulu pada mangsa pertama. Apa betul ke Hayder sudah ada di dalam? Kalau ikutkan cerita dari Syamimi. Arwah Hayder anak yang baik. Tapi Sonia yang mahukan Hayder jadi seorang yang ganas seperti pembunuh.

Mereka pergi ke sebuah kedai mainan. Di mana disitu Pak Musa bekerja. Doktor mendengus kasar. Dia sebenarnya berdendam dengan Pak Musa kerana kematian suaminya setahun lalu. Ekoran dibunuh kerana tidak mampu bayar duit perlindungan. Tapi tak sangka Pak Musa rupanya ada kaitan dengan Zackry.

Kematian Tuan Martis disaksikan Sonia yang memakai jubah bewarna hitam. Bibirnya mengulum senyuman puas melihat Tuan Martis dibunuh. Tentang Datin Syida memang rancangan Sonia untuk tamatkan nyawa Datin Syida. Dia keluar rumah dan ternampak Boneka Hayder. Dia mengangguk kepala tanda lampu hijau sudah di berikan sebulatnya. Dia tidak balik tapi duduk dalam kereta. Dia dengar sendiri suara Datin Syida menjerit. Ketika itu, dia sibuk makan megi kerana lapar.

Imbasan telah berlalu pergi.

"Saya dan doktor Ariana buat semua ni sebab kasihankan Syamimi. Dia hampir gila kerana kehilangan anak. Kami terpaksa buat untuk selamatkan Syamimi dan lelaki jahanam yang bernama Zackry masa tu." Sonia menceritakan.

"Baiklah, Syamimi teruskan cerita masa kamu dan Natasha ditahan tu." Ustaz Zain mahu Syamimi teruskan ceritanya.

+++++++

"Zackry!! Kau lepaskan Fahmi!!" Syamimi mengarahkan Zackry melepaskan Inspektor Fahmi.

Inspektor Fahmi diikat dengan tangan di belakang. Dia duduk melutut lemah. Bob juga terpalit sama diikat sekali. Muka mereka berdarah. Zackry senyum memandang ke arah mereka yang berada dalam sebuah sel disediakan khas itu. Natasha melihat abangnya masih tak sedarkan diri.

"Abang!" Natasha jerit panggil abangnya.

"Keluarkan Syamimi tu!" Zackry mengarahkan.

Dua orang lelaki buka kunci pintu sel. Daun pintu dibuka dan mereka pergi ke arah Syamimi. Wanita itu ditarik dan direntap kuat. Natasha mahu tahan tapi dia kena tumbuk pada mukanya. Sampai jatuh tergolek kebelakang. Ain Sofiya menangis berpeluk diri. Dia takut sekarang ni.

Syamimi dibawa keluar untuk jadi penonton menyaksikan mereka mahu memukul Inspektor Fahmi. Rambut Fahmi dicengkam kuat. Lelaki itu menjerit kesakitan dengan wajahnya berkerut.

"Fahmi!!" Syamimi jerit memanggilnya.

Inspektor Fahmi dipaksa berdiri. Zackry terus terajang perutnya. Inspektor Fahmi mengerang kesakitan dan tubuhnya tertolak kebelakang. Sudahlah tangan diikat belakang. Dia tahan diri dan menahan sakit disebabkan perutnya kena terajang.

"Binatang kau!" Bob menengkingnya. Dia pun tak terkecuali kena terajang dengan kuat.

Zackry meluru ke arah Fahmi. Lelaki itu dipaksa bangun dan merentap tubuhnya. Dia paksa untuk bangun. Kepala Inspektor Fahmi ditahan dan biarkan mata terbuka. Zackry gunakan mata isyaratnya untuk melakukan sesuatu pada Syamimi.

"Kau tengok sini apa akan jadi pada bakal bini kau." Zackry memaksanya.

Tiba-tiba Syamimi terasa mereka mula menghampiri untuk bogelkannya. Syamimi menjerit menyuruh mereka berhenti. Seluruh tubuhnya diraba dan bajunya direntap sampai koyak.

"Sayang!!" Inspektor Fahmi.

"Kakak!!!" Natasha jerit. Pintu sel dibuka dan mereka pun mahu buat perkara yang sama pada Natasha. Mereka meluru dan menarik tangan Natasha lalu dipaksa membawa keluar.

"Adik!!!" Inspektor Fahmi jerit. Dia gerakkan badan untuk lepaskan diri. Dia melihat Bob kena pijak pada bahagian perut.

Inspektor Fahmi tak mampu nak berbuat apa-apa. Hanya dapat melihat Syamimi dan Natasha bakal jadi mangsa rogol. Matanya di alihkan ke arah Ain Sofiya. Anaknya itu menutup telinga sambil pejamkan mata begitu rapat. Suasana semakin kecoh dan huru hara. Di tambah suara Syamimi dan Natasha menjerit kuat. Dan suara-suara kumpulan pengganas ketawa sambil nak membogelkan dua wanita itu.

"Anakku..." hanya memanggil saja mampu diluahkan.

"Abaaaannnggggg.....!!!!!" akhirnya Ain Sofiya menjerit dengan suara yang kuat.

"Kalau rasa gembira tepuk tangan...
Kalau rasa gembira tepuk tangan...
Kalau rasa gembira..
Beginilah caranya..
Kalau rasa gembira tepuk tangan..."

Kedengaran suara Hayder bergema dalam bangunan gudang lama itu. Mereka yang hendak bogelkan Syamimi dan Natasha turut berhenti dengan apa yang mereka lakukan itu. Masing-masing mengangkat senjata untuk periksa dari mana datangnya suara itu.

Muncul seseorang berjalan masuk dalam keadaan tubuh berlumuran darah. Semua terkejut salah seorang lelaki berjalan lemah. Tubuhnya penuh kesan tikaman. Wajahnya juga ada kesan tikam. Mata sebelah kiri hilang akibat dicungkil dan dikeluarkan biji matanya.

"Hai Zackry, aku tahu kau sedang takut bukan? Aku tidak akan lepaskan kau walau kau terbang jauh ke luar negara. Kerana kau berdepan dengan sang algojo. Mari kita.. MAIN!" kata Hayder.

Muncul Boneka-Boneka yang seperti Hayder keluar dari tempat sembunyi mereka. Semuanya memegang senjata tajam dan mula menyerang. Inspektor Fahmi berjaya loloskan diri. Dia terus tendang Zackry. Fahmi segera selamatkan Bob dengan bagi tendang pada kepala lelaki yang pijak badan Bob.

"Jom Bob!" Inspektor Fahmi cuba untuk bantu dengan bangunkan Bob. Natasha dan Syamimi segera selamatkan mereka dan bawanya ke arah sel. Ain Sofiya lari ke arah mereka.

Kelihatan Zackry melarikan diri keluar dari situ. Inspektor Fahmi dan Syamimi mengejarnya. Hayder nampak Zackry keluar nak melarikan diri. Dia turun dari tingkat atas dan mengekorinya untuk kejar. Dia pergi mendapatkan Inspektor Fahmi dan Syamimi.

"Ibu, tunggu!" Hayder jerit pada Syamimi. Ibunya berpaling nampak anak bonekanya lari ke arahnya. Dia segera bawa dan dukungnya untuk naik kereta dengan Inspektor Fahmi.

Bob, Natasha dan Ain Sofiya cari tempat perlindungan apabila kumpulan pengganas itu melepaskan tembakan. Ada yang mati dibunuh oleh boneka puaka yang dihidupkan Hayder.

++++++

P/S : Ada satu pesanan dari Hayder.

"Hai semua peminat novel I Can See You. Pertama sekali Hayder nak ucapkan ribuan terima kasih buat pembaca yang menyokong dan membaca cerita Hayder. Hayder pun tak lama lagi akan pergi meninggalkan pembaca. Kalau ada rezeki, kita akan berjumpa lagi. Nanti Hayder pujuk penulis Encik Azim Blink untuk kemukakan novel HAYDER musim kedua. Jangan lupa sekali untuk sokong dua kawan Hayder yang akan gantikan Hayder selepas ini. Nanti pembaca boleh kenal-kenal dengan Emmett dan Rosallie. Baiklah, Hayder dan ibu nak kejar Zackry ni. Nanti kita jumpa lagi. Byee...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience