Fareed duduk satu meja dengan Syamimi dan Anis. Tapi Syamimi berpaling ke tempat lain kerana tak mahu tengok langsung muka lelaki tu. Anis melepaskan keluhan berat. Dia faham sangat Syamimi masih tak boleh nak melupakan kenangan silam yang cukup derita itu.
"Awak, saya betul-betul nak minta maaf sebab buat awak derita. Anak kita..." belum dihabiskan ayatnya. Syamimi menghempas meja dengan kuat. Menyebabkan pelanggan-pelanggan di kafe turut terkejut sama.
"Anak kita?? Sejak bila kau mengaku dia anak kau???!! Selama budak tu lahir sampai usia 12 tahun! Ada pernah kau curahkan kasih sayang kau??! Ada pernah kau ambil peduli sakit demam dia??! Ada pernah kau bangun pagi pukul dua tiga pagi buatkan susu dia??! Ada pernah kau belai kepala dia macam ayah orang lain???!! Ada pernah kau sambut harijadi dia??!! Ada pernah kau belikan kelengkapan sekolah atau harian dia???!! Selama dia hidup dari bayi sehingga usia 12 tahun. Satu kali pun kau tak pernah tunjukkan kasih sayang!! Anak aku hilang tiga hari! Dia mati pada hari kelahiran dia!!! Jangan sesekali kau nak mengaku Hayder tu anak kau!!! Dia takde bapak macam kau!!! Anak aku mati pasal kau!!!" Syamimi menengking bekas suaminya.
Matanya bergenang dengan airmata. Dia memang ingat lagi kejadian hari ketiga Hayder hilang. Esoknya adalah harijadi buat anaknya. Syamimi ada membelikan kek buat harijadi Hayder. Dia menunggu dengan setia sebelum dapat panggilan dari Anis. Waktu itu, dia bagaikan hilang timbang untuk bangkit. Seluruh jiwa dan raga bagai sudah dibawa pergi bersama.
Selepas Hayder dikebumikan. Syamimi pulang ke rumah seorang diri. Kek yang berada di atas meja dibiarkan begitu tanpa menyentuh. Hampir setiap hari Syamimi menangis sambil memeluk baju kepunyaan anaknya. Seminggu dia tak terurus sehingga Anis datang untuk bawanya pergi tinggal serumah dengannya.
Syamimi bentak lalu dia bangun dari situ. Dia keluar dari kafe dan menangis sepuas hatinya. Anis dan Fareed duduk saja di dalam. Anis menggelengkan kepala dengan perangai Fareed. Lelaki itu menangis dan menyesal dengan apa yang sudah dia lakukan.
"Mana kau selama dua tahun hilang, Fareed? Pasal kau lah. Mimi kehilangan anak. Kau tahu tak dalam dunia ni, Mimi hanya ada Hayder seorang. Kau zalim Fareed. Kau sangat zalim. Tinggalkan isteri dan anak kau dalam keadaan kau berhutang dengan ah long. Kau dah lah tak pernah nak jaga Hayder masa budak tu baby lagi. Mimi cerita kau abaikan Hayder. Kau biarkan anak kau seharian melalak masa Mimi keluar kerja. Sampai jiran sebelah menyebelah datang pecahkan pintu rumah! Jiran yang susukan Hayder! Mana kau masa tu?? Sibuk hidu dadah!" Anis mula naik marah.
"Sudahlah Anis! Aku tahu salah aku sebab abaikan. Tolonglah jangan nak tengking aku..! Sakit telinga aku kau bebel!" Fareed mengadu dia dah penat dengar.
"Bebel aku kau penat dengar! Deritanya Mimi selama kau jadi laki dia kau tak fikir pulak! Mimi pernah nak bunuh diri nak bunuh Hayder masa usia budak tu dua tahun. Sebab dia tak tahan hari-hari kau balik mabuk, kau dera Mimi fizikal dia. Kau tumbuk muka Hayder masa tu sebab budak tu menangis! Kau bodoh Fareed!" Anis dah naik hantu menengkingnya Fareed. Sampai lelaki diam membisu. Dia tak mampu nak pertahankan diri sekarang.
+
SYAMIMI duduk termenung. Mengingat memori lepas. Dia jaga Hayder dari bayi dengan penuh kasih sayang. Setiap malam dia akan cium dahi si kecil itu. Walaupun pada masa tu dah ada kesan lebam pada tubuh Hayder. Setiap hari Syamimi akan menangis semasa menyapu minyak ada luka anaknya.
"Ibu, kenapa ayah asyik pukul Hayder?? Sakit bu.." Hayder soal ibunya bertanyakan kenapa setiap hari dia jadi mangsa dera. Adakah ayahnya tak sayangkan pada dia.
"Tidak sayang. Sudahlah jangan tanyakan hal tu. Hayder tidur ya." Syamimi pujuk anaknya. Dia tak tahu nak jawab macam mana. Hidup dalam rumah dengan suami mental dan bertindak kasar terhadap dua beranak itu.
Inspektor Fahmi dan Inspektor Shah keluar dari sebuah kedai runcit. Haffiq pun ikut keluar sekali. Inspektor Fahmi ternampak Syamimi duduk bersendirian di luar kafe seorang diri. Nampak macam tengah menangis.
"Tu bukan perempuan yang kita soal siasat ke??" soal Inspektor Fahmi tunjukkan ke arah Syamimi. Haffiq dan Inspektor Shah pun melihat sama.
"Yelah. Tapi dia buat apa sendirian dekat situ??" soal Haffiq. Baru saja nak bergerak ke depan untuk sapa. Inspektor Fahmi tahan badannya.
"Kejap! Kau perasan tak barua dekat dalam sana?" soal Inspektor Fahmi ternampak kelibat Fareed dekat cermin kafe.
"Tu Fareed kan?? Mangkuk ayun yang melarikan diri dari buruan polis." kata Inspektor Shah.
"Jom tahan dia!" Inspektor Fahmi mengarahkan mereka untuk bertindak.
Mereka menghampiri ke arah Syamimi. Wanita itu mengangkat kepala. Dia terkejut apabila ada tiga polis yang pernah soalnya berdiri depan dia. Inspektor Fahmi tengok airmata wanita itu. Dia mendengus kasar lalu sergah masuk ke dalam premis kafe.
Fareed dan Anis terkejut apabila ada polis berada dalam kafe. Dia mahu melarikan diri. Haffiq terus tendang tubuhnya sehingga jatuh. Inspektor Fahmi keluarkan besi gari. Dia gari Fareed untuk tahannya. Anis masih berada dalam keadaan terkejut lagi.
Semasa dibawa keluar. Fareed pandang muka bekas isterinya. Syamimi berpaling ke tempat lain. Dia benci sekali nak tengok muka bekas suaminya. Fareed dibawa masuk ke dalam kereta polis. Anis menghampiri Syamimi. Dia peluk sahabatnya. Inspektor Fahmi bersimpati dengan apa yang menimpa wanita itu.
"Puan berdua. Ikut kami ke balai sama." Inspektor Fahmi mengarahkan.
+++++++
Satu penumbuk kuat dihentam ke muka Fareed. Mereka paksa Fareed mengaku bahawa dialah punca kematian anak sendiri setahun yang lepas. Inspektor Fahmi naik berang bila soalan dia tidak dijawab. Lebih-lebih lagi jawapan Fareed tak tepat.
Dia merentap baju lelaki itu.
"Aku suruh kau jujur dengan aku binatang!! Selama ni kau dera isteri dan anak kau kan???? Aku ni isteri dah meninggal selepas melahirkan anak aku!! Kau tahu, selama anak aku hidup dari bayi sampai sekarang! Takde satu pun kesan luka atau lebam aku tinggalkan! Kalau aku marah pun marah biasa!! Kau memang babi anak sial!!!" Inspektor Fahmi terus tumbuk pipi dengan sekuat hati. Amarahnya membuak.
"Aku mengaku salah! Jangan tumbuk lagi! Aku sakit!!" Fareed jerit bila pipinya teruk dipukul.
"Tahu sakit!! Selama kau bersama dengan bekas isteri kau! Berapa kali kau dera dan seksa tubuh dia, bangsat??!!!" Inspektor Fahmi tekan pipi dengan mencengkam kuat. Fareed menjerit sakit.
"Kau nak aku sumbat kau dalam penjara ke babi?!! Dalam sana lebih banyak banduan akan bantai kau cukup-cukup bila diorang tahu kes kau ni melibatkan penderaan terhadap kanak-kanak! Kau nak masuk sana ke babi?!!" polis berpangkat Inspektor dah naik hantu. Dia bengang terus selepas Detektif Alina cerita bahawa Fareed sudah banyak dera dan seksa Hayder.
Daun pintu bilik siasat dibuka. Tuan Najib bersama dengan Haffiq melangkah masuk ke dalam. Inspektor Fahmi kelihatan tidak terurus sikit dan berpeluh selepas belasah Fareed. Dia betul-betul marah sampai naik gila.
"Fahmi, keluar dulu." Tuan Najib perintahkan.
"Baik tuan." Inspektor Fahmi keluar dengan langkah penat. Daun pintu ditutup rapat.
Tuan Najib duduk menghadap Fareed. Lelaki itu masih berasa sakit lagi selepas dipukul teruk. Tuan Najib minta fail yang dia suruh Haffiq bawakan. Dia mahu tengok rekod jenayah lelaki tu.
"Fareed, aku nak kau jawab jujur. Tolong bantu siasatan ni. Kau pernah bekerja dengan Tuan Zackry di Gold Mega Holding??" soal Haffiq dengan baik kali ni. Dia sebenarnya tahan emosi marah. Tadi pun dia curi-curi dengar perbualan Alina dan Syamimi.
"Jawab Fareed." Tuan Najib pun suruhnya jawab.
Fareed telan liur dengan perit dan dia mula memberitahu....
+
SYAMIMI sudah selesai meluahkan segala isi hati yang duka dengan Detektif Alina tadi. Baru sekejap tadi Inspektor Fahmi ada masuk sekejap. Nampak macam tak teurus dan berpeluh. Entah apa yang dia buat dekat dalam bilik soal siasat dengan Fareed tadi.
"Dah jom balik rumah." Anis pelawa Syamimi untuk pulang ke rumah. Dari elok mereka nak minum air di kafe bertukar tragis bila Fareed muncul. Sampai Syamimi terlupa pasal bonekanya.
Syamimi menghirup minuman panas untuk basahkan tekaknya. Dia bersendirian tidak berteman. Suaminya pulang pun dia taknak layan. Selepas Hayder bocorkan rahsia bahawa Zackry yang jadi penyebab anaknya mati dibunuh.
++++++
"Alaa Datin ni. Sonia okey je kalau dengan abang Zackry. Tapi, Mimi tu kawan Sonia. Takpe ke kalau Sonia hidup bermadu??" soal Sonia tergedik-gedik.
"Hidup bermadu?? Memang taklah. Nanti mama paksa Zack ceraikan Mimi tu." kata Datin Syida berniat tak baik pada rumahtangga anaknya.
"Tak baiklah Datin ni. Sian Mimi tu." kata Sonia tapi bunyinya macam sokong Datin paksa Zackry ceraikan Syamimi.
Suara mereka berdua gelak ketawa bagaikan si pontianak mengilai. Memang itu yang dirancang oleh Datin Syida. Kalau dulu dengan arwah Amelia. Anak kepada Dato Isa dan Datin Mira. Tapi, mereka anak beranak mati dibunuh. Datin Syida terpaksa menyuruh Sonia yang merupakan kawan rapat Syamimi masuk jarum.
Sementara di kediaman luar rumah. Boneka Hayder duduk di pagar rumah. Mendengar ketawa dua pontianak jadian tak jadi tu. Kelihatan seorang lelaki berbaju jaket kain hitam muncul. Kepalanya tidak kelihatan. Tapi, dia tengok saja apa yang dibualkan dekat dalam sana. Mereka mempunyai deria pendengaran yang cukup tajam.
"Memang nak mati dua orang tu." kata Boneka Hayder dah naik geram.
"Kenapa kau nak bunuh mereka satu keluarga ni?? Sedangkan kau mati kerana seorang." soal lelaki misteri yang lagaknya seperti remaja.
"Sebab anak si tua tu pembunuh aku! Dia lah yang jadi penyebab aku mati! Dari dulu dia bencikan aku sebabkan aku ni datang dari benih bapak aku yang dah mampos dua tahun dulu!" kata Hayder dah geram sangat. Cakapnya pun tak biasa.
Lelaki itu buka hudnya. Rambutnya blonde kekuningan emas. Wajahnya cerai seperti anak orang putih. Dia berpaling memandang boneka Hayder. Mata lelaki itu biru seperti permata indah.
"Kau ni tegur aku. Siapa kau?" soal Hayder nak tahu siapa orang asing ni.
"Aku Mickey. Sememangnya aku pernah jadi macam kau dulu. Aku ada adik kembar nama Donald. Aku dan adik kembar diracun oleh ibu kami sendiri. Atas alasan tak mahu jaga dan membela kami. Jadinya, dia gunakan cara untuk bunuh kami." Mickey ceritakan pengalaman dia mati macam mana.
"Kau lain. Aku lain. Derita aku dan kau tidak sama. Sekarang, kau ketepi sebab aku mahu jalankan kerja aku." kata Boneka Hayder. Pisaunya di angkat dan dia turun dari pagar itu. Berjalan kaki menuju ke rumah. Mickey cuma menyaksikan dari jauh saja.
Sonia telah pun pulang ke rumah. Tinggallah Datin Syida seorang diri dengan dua bibiknya. Tapi, nasib dua bibiknya baik sebab kali ni mereka bukan target boneka berpuaka itu. Dan kedua-duanya juga sudah tidur lena.
Boneka Hayder pergi ke ruang dapur. Dia ambil penyagat dan gunting. Hayder bawanya naik ke tingkat atas. Sesekali matanya dijeling ke arah bilik bibik rumah ni. Kalau masa dia di rumah Dato Isa. Sebab kantoi bibiknya terbangun dan pergi ke dapur masa dia di sana.
Dia berjalan menghampiri bilik Datin Syida. Kedengaran suara Datin Syida bercakap-cakap dengan telefon. Macam suka sangat suara perbualan tu.
"Betul. Aku yang suruh Sonia tu kahwin dengan Zack. Taknak aku menantukan perempuan gila tu..." Datin Syida masih tak berhenti dari mengata Syamimi.
Dia tidak menyedari pintu biliknya terbuka dengan sendiri. Boneka Hayder berjalan masuk ke dalam bilik itu. Dia berjalan menghampiri Datin Syida.
Datin Syida pandang ke bawah sikit. Matanya terbeliak bila Boneka yang dia buang kini berjalan di hadapan. Boneka itu berjalan dengan membuat mimik muka psycho dia. Suara dalam talian tidak dijawab sebabkan terkejut.
"Hello bitch."
Datin Syida menjerit lalu dia campakkan telefon ke arah boneka itu. Terkena tepat ke muka. Dia terus turun dari katil untuk melarikan diri. Boneka itu menutup pintu dengan kuasanya. Pintu tersebut tertutup dengan sendiri dan dikuncinya.
"Tolong!! Imah!! Ani!!" Datin Syida panggil dua orang pembantu rumahnya. Boneka itu berlari ke arah Datin Syida. Dia tusuk peha sebelah kanan wanita itu.
Datin Syida menjerit sehingga jatuh. Dia meraung kesakitan. Dia pandang boneka itu. Datin Syida selak kain menampakkan peha yang berdarah banyak. Boneka itu sagat kulitnya membuatkan wanita itu jerit dengan lebih kuat.
Dia terus tendang patung itu jauh. Boneka Hayder mengaduh sakit kerana di tendang. Datin Syida tengok patungnya tak bergerak. Tiba-tiba, kepala Hayder bergerak dan memandang ke arah Datin Syida. Dia campakkan gunting tapi tak mengena. Datin Syida terkejut sikit sebab boneka itu campak gunting macam biasa.
Boneka itu bangun dan berdiri. Matanya bertukar warna putih. Datin Syida mula rasa ada benda yang tak kena. Tubuhnya mula terasa macam bergerak seperti di ambil alih. Tangan kananya mencapai gunting itu. Datin Syida menjelirkan lidah. Hanya mata dikawal sendiri tapi seluruh tubuhnya dikawal Boneka puaka itu sepenuhnya.
Tangan yang pegang gunting tadi mula dekatkan dengan lidahnya. Matanya meliar ke kanan ke kiri berulang kali. Kedengaran suara jeritnya. Datin Syida gunting lidahnya seperti dia menggunting kertas. Setiap lidah yang digunting terasa ngilu. Dan setiap kerja dia sedang lakukan. Dia menjerit dengan kuat. Lidahnya putus dan jatuh atas lantai. Mulutnya berdarah banyak.
"Itu adalah balasan untuk mulut pukimak kau." kata Boneka Hayder menghina Datin Syida. Selama ini mulut perempuan sial ni sampai ibunya hampir gila. Dituduh perempuan gila dan perempuan sihir.
Boneka Hayder berlari ke arah Datin Syida. Dia melibas batang leher dengan menggunakan pisau. Wanita itu tumbang dan terbaring lemah. Dia masih bernyawa tapi menggigil macam ayam kena sembelih.
Boneka itu tikam seluruh tubuh Datin Syida pada malam itu. Malam ini telah tumbangkan satu lagi jiwa. Dan seluruh barangan bilik Datin Syida menjadi saksi kematian wanita.
Share this novel