BEBERAPA anggota polis buka pintu badan belakang lori. Mereka yang bertugas di tempat kejadian terkejut ada beberapa wanita warga asing di dalam lori. Kelihatan mereka comot dan berpakaian agak buruk. Detektif Alina naik atas lori dan mahu bantu mereka keluar. Semuanya menangis kegembiraan selepas berjaya diselamatkan oleh anggota-anggota polis Malaysia.
Inspektor Fahmi buka pintu bahagian pemandu. Dia tengok keadaan dua mayat mangsa yang mati dibunuh kejam. Tapi, raut wajah Inspektor Fahmi tidak menunjukkan rasa terkejut atau ingin tahu siapa pelaku. Dia turun semula dari bahagian kepala lori. Dia melilau semua arah. Setahu dia, kawasan ni memang takde perumahan dan ini merupakan jalan yang paling lama.
Orang kata jalan ni berpuaka kerana dulu ada orang jumpa hantu galah dekat kawasan sepanjang jalan. Kadang hantu Penanggal, Pontianak dan macam-macam puaka. Dekat kawasan 12km dari sini ada sebuah kilang lama yang sudah hentikan operasinya. Tapi, kenapa manusia-manusia warga asing di bawa melalui jalan ini?
Haffiq datang menghampirinya. Dia pun nak tengok apa yang rakan bertugasnya tengah buat.
"Kenapa bro??" soal Haffiq.
"Kau perasan tak keliling kawasan ni takde satu pun perumahan? Aku tahu siapa punya angkara kalau bukan arwah anak lelaki aku. Soalan aku sekarang, apa motif Hayder buat semua ni?? Kenapa lori ni bawa warga asing melalui jalan ini?? Kalau nak kata ada bangunan atau rumah pun. Cuma sebuah kilang lama 12km dari sini." ujar Inspektor Fahmi. Dengan tiba-tiba airmukanya berubah.
"Kilang lama??" gumamnya perlahan.
"Apa kau cakap??" soal Haffiq yang tak berapa nak mendengar dengan jelas.
"Kilang lama. Hayder tinggalkan kesan dekat sini sebab nak bagitahu sesuatu. Kalau tak silap jalan ni sudah ditutup lama kerana ada insiden yang berlaku 20 tahun lalu. Kau tengoklah sepanjang jalan ikut laluan ni satu tiang lampu takde langsung. Dan ada satu kilang lama yang sudah tak beroperasi. Lori ni pulak bawa hampir lima belas orang wanita warga asing untuk diperdagangkan.
Kesimpulan dari apa yang aku sampaikan pada kau. Berkemungkinan besar kilang besar tu dibuka secara haram tanpa diketahui penduduk. Memang aku nak periksa kilang tersebut." kata Inspektor Fahmi.
Beberapa forensik yang bertugas keluarkan mayat-mayat dari dalam hutan tebal. Inspektor Fahmi melihat saja mayat itu dikeluarkan. Mereka semua bersenjatakan moden dan canggih.
"Aku nak laporkan pada Tuan Najib." kata Inspektor Fahmi. Dia meminum air tin untuk hilangkan dahaga. Demi tugas dan kematian arwah Hayder dia perlu tunaikan janji.
"Tapi sebelum tu. Aku nak beradu tenaga dengan dua ekor anak anjing tu.." kata Inspektor Fahmi tekad nak bertumbuk dengan Zackry dan Fareed. Tin minuman di kemikkan dan dicampak ke tepi jalan.
+++++++
Inspektor Fahmi berjalan masuk ke dalam kawasan bangunan yang menempatkan banduan-banduan paling berbahaya dengan jenayah mereka. Dia mahu bersua muka dengan Fareed dan Zackry untuk bertumbuk. Bob dan geng-gengnya bertembung dengan Inspektor Fahmi.
"Fahmi, kau buat apa dekat sini?" Bob menyoal. Dia merupakan kawan baik kepada Fahmi. Memang kalau ada banduan baru dia akan tanya Fahmi apa kesalahan banduan baru. Kadang Bob dengan polis penjara buat kawan biasa. Bob di tahan atas jenayah berat seperti mengedar dadah dan kongsi gelap. Dia juga ketua puak yang bahaya.
"Dua barua tu mana??" Fahmi soal keberadaan sel Zackry dan Fareed.
"Kalau Fareed dekat sel nombor 13. Si Zackry tu dekat sel 30. Dua-dua tu kesalahan yang besar kan?? Fareed tu semalam Aboy dah jolok jubur dia. Masa budak tu baru masuk. Kitorang dah pukul dia teruk lepas kau bagitahu kesalahan dia. Cuma Zackry tu susah sebab dekat sini konco dia ramai." kata Bob memberitahu. Inspektor Fahmi balas dengan senyum sinis dan sindiran.
"Dia dekat luar bolehlah ada nama. Dekat dalam ni dia salah. Dia ingat aku goyang dengan nama pengaruh dia?? Zackry tu pun terlibat dalam kes dera jugak. Dia mahu bunuh anaknya Fareed tu. Atas alasan anak tu dari airmani Fareed." kata Inspektor Fahmi buatkan Bob dan gengnya terkejut besar.
Dua pegawai polis penjara bukakan pintu sel 13. Fareed dibawa keluar dari situ kerana ada orang mahu jumpa. Sel 30 juga dibuka untuk keluatkan Zackry. Mereka dibawa ke sebuah kawasan. Yang menghairankan, mereka tak dibawa ke kawasan bilik untuk tetamu menunggu banduan dari kalangan keluarga.
Sebuah pintu dibuka. Kelihatan sebuah tanah lapang yang digunakan banduan untuk melatih diri dengan bersenam. Kedua-duanya terkejut melihat Inspektor Fahmi sudah berpakaian tshirt hitam dan seluar track sukan. Kasutnya jenis kasut sukan.
Inspektor Fahmi panaskan badan dengan tekan tubi menggunakan sebelah tangan kanan. Tangan kirinya disilangkan kebelakang badan. Memang nampak dengan jelas bentuk tubuh berotot fit polis itu. Tubuh Fareed dah menggigil ketakutan. Dia dapat rasakan mereka akan beradu tenaga.
Bob berlari ke arah Inspektor Fahmi dengan bawakan air mineral sejuk. Dia kibas-kibaskan sikit peluh yang merintik jatuh. Polis lelaki itu memandang mereka dengan renungan tajam. Air mineral dia minumnya.
"Kau ajar dia cukup-cukup bro." kata Bob nak suruh Inspektor Fahmi ajar Zackry dan Fareed lawan cara dewasa.
"Kau dua ekor aku tahu korang pun bergaduh sebab tu sel lain-lain kan?? Okeylah, kau orang tumbuklah aku. Buatkan aku ni macam muka barua antara korang dua ekor. Kita lawan cara dewasa. Sinilah tumbuk!" kata Inspektor Fahmi sudah kangkang dan bersiap untuk berlawan.
Zackry dan Fareed segera berlari ke arah Inspektor Fahmi seperti yang disuruh. Polis lelaki itu senyum sinis lalu dia pun maju hadapan untuk balas serangan.
+
HAFFIQ ketuk pintu bilik pejabat Tuan Najib. Dia buka pintu dan melangkah masuk ke dalam. Dia mahu bagi satu laporan tentang kejadian kemalangan malam tadi. Dia dapat sedikit maklumat dari mangsa warga Indonesia. Tuan Najib ambil laporan dan keterangan dari mangsa dan tempat kejadian itu.
"Mangsa yang saya temuramah namanya Susila. Kata Susila, dia sebenarnya sememangnya berasal dari negara Indonesia. Datang sini tanpa sebarang dokumen dan passport. Mereka di janjikan dengan satu pekerjaan yang ada di Malaysia dengan kadar bayaran yang lumayan. Kata Susila lagi, kebanyakan wanita yang jadi mangsa sindiket paling banyak terdiri dari warga Indonesia. Mereka semua ni asalnya hanya duduk di sebuah desa sahaja. Mereka cuma melakukan kerja-kerja di kampung.
Tapi, mereka di pujuk oleh satu sindiket mencari pekerjaan di luar kota dan juga luar negara iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar dan Vietnam. Kata Susila, kalau perempuan yang wajah cantik akan dijadikan sebagai pelacur. Mereka akan jualkan di negara Thailand dan Indonesia. Kalau jenis yang muka kampung dan tak berseri. Mereka dibunuh dengan menjual organ badan pada negara lain.
Kanak-kanak yang diculik kebanyakan dari anak jalanan yang terbiar. Mereka sememangnya anak-anak warga asing. Kanak-kanak yang diculik akan dibunuh untuk jual organ pada satu sindiket pemerdagangan manusia. Fahmi ada cakap pasal jalan lama itu. Ada satu hint yang Hayder sampaikan untuk kita siasat tentang kilang lama yang tidak beroperasi." kata Haffiq memberi keterangan tentang apa yang mangsa ini ceritakan. Dan berkemungkinan mangsa-mangsa yang terselamat akan di pulangkan semula ke negara asal kampung halaman.
"Maksudnya, arwah Hayder ni diculik sebagai tebusan kerana mahu ugut Fareed untuk bayar hutang mereka yang bernilai satu juta?" soal Tuan Najib. Haffiq mengangguk kerana ada betul pertanyaan dari ketuanya.
"Allah! Memang setan Zackry gunakan Hayder sebagai tebusan." Tuan Najib naik bengang.
"Ya, kalau kita imbas semasa penemuan mayat. Ada beberapa bahagian kesan lebam seperti dia kena belasah selama tiga hari dia menghilang. Mungkin Hayder mahu melarikan diri tapi tak berjaya. Dan lepas tu kena pukul lagi." Haffiq gunakan kronologi sendiri tentang kesan lebam pada mayat Hayder. Tuan Najib mengucap panjang. Patutlah Syamimi hampir gila selama setahun kerana dia masih tak boleh nak melupakan tragedi hitam yang berlaku pada anaknya. Dan lagi sedih bila anaknya meninggal dalam keadaan didera dan dibunuh lagi.
"Panggil Fahmi dan Shah. Kita akan buat operasi untuk membanteras kegiatan ni!" Tuan Najib mengarahkan.
"Err.. Maaf tuan. Fahmi tak dapat sertai kerana ada urusan penting. Kalau Shah saya boleh bagitahu." Haffiq memberitahu. Tuan Najib mengangguk faham.
"Takpe, kita buat operasi kalini tanpa Fahmi. Hubungi semua unit anggota." Tuan Najib perintahkan. Haffiq mengangguk faham lalu dia bergerak keluar dari pejabat ketuanya.
+
SATU tumbukan kuat dilepaskan ke muka Zackry dengan perasan yang sangat berpuas hati. Tercungap-cungap polis tu kepenatan. Bibirnya berdarah sebab bertumbuk. Zackry dan Fareed sudah tumbang dikerjakan teruk oleh seorang anggota polis berpangkat inspektor.
"Aku belum cukup lagi dengan korang. Tergamak korang ni kan?? Dua ekor binatang dewasa dera dan belasah seorang kanak-kanak bawah umur. Korang ni memang binatang! Anak anjing!" Inspektor Fahmi menengking mereka berdua. Dia menghampiri ke arah Fareed.
"Hayder tu budak lagi, binatang!!!" di tendangnya perut Fareed dengan kuat tempat melepaskan kemarahan. Fareed teriak kesakitan.
Dia mengalihkan mata melihat Zackry yang terbaring sekali. Dia pergi ke arah Zackry. Dirinya bagaikan sang algojo pembunuh berbahaya.
"Kau nak mak Hayder tapi anak dia kau taknak terima atas alasan dari benih binatang ni! Kau belasah Hayder!! Kau binatang!!!" perut Zackry juga disepak dengan kuat sekali. Lelaki malang itu juga teriak dan senak.
Inspektor Fahmi pijak celah kangkang Zackry. Lelaki itu menjerit dengan sekuat hati. Bob yang menyaksikan rasa seronok. Baru puas hati bila melihat mereka berdua tumbang.
"Kau tak layak ada zuriat!" di angkat kakinya lalu pijak bahagian kemaluan itu dengan sekuat hatinya. Zackry menjerit kesakitan.
Polis penjara terpaksa masuk campur untuk hentikan Inspektor Fahmi dari terus mengamuk seperti orang kurang siuman. Mereka membawanya keluar dan tenangkan di ruang pejabat.
++++++
Anis membawa Syamimi keluar. Willy dan Boneka Hayder juga dibawa sekali bersamanya. Rumah banglo mewah telah disita oleh pihak polis untuk jadikan sebagai kes dan bahan bukti. Anis memandu untuk tinggalkan perkarangan rumah banglo itu.
Kini, mereka tiba di rumah lama semasa Syamimi dan Fareed suami isteri. Rasa rindu dia pada rumah ini. Banyak kenangan pahit dan manis berada di dalam rumah itu. Kereta di letakkan betul-betul depan rumah. Syamimi mengalirkan airmata.
"Kau betul ke nak duduk sini Mimi?" soal Anis. Dia risau kalau ada memori hitam Hayder di dera dalam rumah ni semasa Syamimi nak menetap disini.
"Aku cuma nak sampaikan satu hajat saja. Tolong ya Anis." Syamimi merayu sangat.
Anis menurutkan saja kemahuan Syamimi. Entah apa yang nak disampaikan pun dia tak tahu. Ikutkan sajalah kehendaknya. Pintu kereta dibuka. Willy melompat turun dari kereta. Syamimi dukung Boneka Hayder. Dia berlari ke arah rumah itu. Syamimi masih ada kunci rumah lama ini. Dia tak pernah buang selepas dia berpindah ke rumah Anis dulu.
Kunci pintu dibuka. Suasana dalam rumah sunyi dan sepi. Akibat lama ditinggalkan tanpa dikemas. Habuk berada di seluruh tempat. Tapi, airmata Syamimi kembali mengalir bila nampak ada sebiji kek besar yang terbiar di atas meja. Sudah berkulat dan dihurung semut. Anis pegang bahu Syamimi.
"Mimi.." Anis panggilnya.
"Sebenarnya, aku mahu sampaikan hajat ini. Aku tak sempat nak nyanyikan lagu Happy Birthday untuk Hayder yang ke-12 tahun." Kata Syamimi bagitahu hajatnya. Anis sedikit sebak.
"Jom lah raikan." kata Anis.
Mereka duduk menghadap kek besar itu. Syamimi ambil lilin yang terbiar dan hidupkan dengan pemetik api. Boneka Hayder di letakkan di atas meja dengan posisinya menghadap kek tersebut. Anis mahu menangis.
"Hayder, ibu tak sempat nak wish birthday Hayder untuk kali ke-12 tahun. Walaupun setahun sudah berlalu. Tapi, ibu nak sampaikan hajat ibu untuk anak ibu." kata Syamimi meluahkan. Boneka itu tidak memberi sebarang respon apa-apa.
"Anis, kau nyanyi sekali tau.." Syamimi meminta Anis nyanyikan untuk Hayder. Anis menurut arahan saja. Tapi, dia sudah sebak dan menangis. Mereka tepuk perlahan-lahan untuk setiap satu saat.
"Happy Birthday To You...
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To My Love Hayder...
Happy Birthday To You..."
"Happy..." Syamimi sudah mula sebak. Matanya berair dan menangis. Anis menghampiri Syamimi. Dia peluk sahabatnya itu. Mereka berdua menangis dalam pelukan...
Share this novel