PROLOG

Horror & Thriller Completed 3279

"Setahun sudah berlalu. Hari ini adalah hari aku menjadi raja sehari. Di mana lelaki yang pernah menyelamatkan aku dari dunia hitam datang mencurahkan sinar buatku. Kalau lah Hayder masih hidup lagi. Pasti dia bahagia melihat ibunya telah menikah dengan lelaki yang selamatkan ibunya. Cukuplah aku selama 12 tahun berumahtangga. Hampir setiap hari aku dipukul. Sepak terajang sudah menjadi makanan harian aku dan Hayder. Bersuamikan penagih dan hutang ah long. Aku dan Hayder di buru kumpulan ah long. Sehingga Hayder menjadi mangsa bunuh oleh kumpulan itu. Gara-gara bekas suami lari hilang entah kemana.

Syamimi duduk depan cermin. Dia melihat wajah solekan. Baju busana pengantin di pakai anggun sekali. Wajahnya tidak lagi kelihatan bekas pukulan. Dia mengalihkan pandangan. Melihat bingkai gambar, memaparkan gambar Hayder semasa usia 2 tahun lagi. Waktu ini, Hayder baru nak mula berjalan. Pada ketika itu dia menjadi mangsa pukul suami. Hayder tidak terkecuali turut kena tempias sama. Melihat kesan lebam pada badan Hayder semasa usia 2 tahun.

Perlahan-lahan airmatanya berlinang keluar. Rasa bersalah kerana tak dapat nak melindungi anaknya. Hayder dibunuh semasa pulang dari sekolah. Syamimi bangun pergi ke arah katil pengantin. Majlis persandingan dia sudah habis. Di bawah cuma tinggal suami dan keluarga suami sahaja. Dia pula tidak berkeluarga kerana dia anak tunggal. Ibubapanya sudah meninggal dunia.

"Hayder, ibu sekarang sudah kahwin dengan uncle Zackry. Kalau Hayder masih hidup, mesti Hayder bangga dengan ibu. Lepas ni kita dua beranak dah tak perlu tanggung sakit lagi. Hayder pun boleh pergi sekolah dengan tenang..."

Perlahan-lahan matanya berair. Teringat bagaimana anaknya menderita selepas di pukul ayah tanpa sebab. Dia pula masa tu tak larat juga selepas kena pijak.

"Hayder dah tak perlu derita lagi ya sayang. Hayder sekarang dah duduk dengan atok dan nenek. Kirimkan salam ibu buat atok dan nenek ya, Hayder?" Syamimi meluahkan. Oleh kerana hatinya masih pedih. Dia menangis semahunya.

Daun pintu dibuka. Zackry melangkah masuk ke dalam. Dia duduk bersebelahan isterinya. Zackry pandang bingkai gambar Hayder yang berusia 2 tahun itu.

"Sabar ya sayang. Kita sama-sama doakan semoga Hayder di sisi Allah SWT. Abang pun sedih bila Hayder meninggal. Abang dah anggap Hayder tu macam anak abang sendiri." Zackry turut meluahkan kesedihan. Dia sememangnya sayang akan Hayder. Belas ihsan dia kuat dan hancur lebur setelah dapat tahu Hayder meninggal kerana dibunuh oleh sekumpulan manusia bertopeng. Kumpulan ah long yang memburu Fareed tu.

Syamimi peluk suaminya dan menangis dengan kuat. Kerinduan dia terhadap Hayder takkan hilang sama sekali. Apa dosa Hayder sampai dia diperlakukan dengan kejam oleh makhluk yang bernama manusia?

++++++

PREMIS TOYS KIDZ

Pada waktu bekerja. Kedai permainan yang besarnya seperti sebuah pasaraya begitu sibuk dengan pelanggan ramai. Pekerja-pekerja sibuk dari awal pagi sehingga waktu habis. Pelbagai permainan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Ada bahagian untuk permainan mengikut peringkat umur. Ada juga bahagian ruang patung-patung haiwan seperti beruang, gajah, harimau dan sebagainya.

Di kawasan lain. Terdapat kumpulan boneka-boneka berupa manusia. Berpakaian seragam sekolah rendah seperti di negara jepun. Rambutnya pelbagai warna dan kemas sekali. Ada orang membeli boneka budak sekolah rendah itu untuk mainan anak mereka.

"Takkan takde refund kut?? Saya beli mahal tahu. Mahal dah satu hal! Tak berfungsi!" seorang lelaki yang juga bapa mengadu nak duit pulangan sebab mainan anak dia tidak boleh pakai.

"Alamak dia ni! Salah anak kau lah main sampai jahanam!" Pak Musa balas. Dia tak mahu melayan orang yang minta duit pulangan. Ini bukan kedai Ah Keong atau Pak Ali.

"Kau ni apsal?? Benda ni aku baru beli pagi tadi! Anak aku baru nak cuba dah rosak! Takkan aku nak temberang?" lelaki itu tak berpuas hati.

"Ada resit tak?? Kau datang mintak refund tapi resit takde!" Pak Musa nak resit pembayaran. Lelaki itu naik berang keluarkan segala resit yang ada. Dia cari-cari resit TOYS KIDZ. Bila dah jumpa, dia terus campakkan dekat Pak Musa.

"Tu apa?? Resit nombor ekor ke??" soal lelaki itu perli habis.

Pak Musa capainya dan tengok tarikh, masa lelaki tak guna tu beli. Memang betul lelaki itu beli tadi pagi. Dia segera bawa mainan dan resit ke bilik supervisor untuk refund duit. Pak Musa menjeling pelanggan lelaki dewasa tadi.

Pak Musa memang terkenal dengan sikap panas baran. Dia pernah kena complain dari pelanggan sebab tingkah laku biadapnya. Tapi, Pak Musa lebih kepada psycho sampai dia pernah datang rumah orang yang complain pasal dia. Cara ajar dia begitu mudah. Dia tikam telapak tangan mangsanya sebagai pengajaran.

Dia pernah dikehendaki polis tapi disebabkan dia ada kabel yang lebih besar lagi. Boss company tempat kerja pun takut dengan dia. Jiwa Pak Musa lebih kepada psycho kalau orang cari pasal. Dia dulu pernah bekerja sebagai pengawal yang menjaga orang kenamaan.

+

PADA sebelah malam selepas kedai permainan serbaneka ditutup. Ruang mainan menjadi sepi dan gelap. Hanya beberapa pekerja yang tinggal untuk bersiapkan diri pulang ke rumah. Ada pekerja sudah bergerak keluar dari kedai untuk pulang.

Tinggal Pak Musa sendirian sedang bersiap-siap. Dia tanggalkan tanda nama dan simpankan ke dalam laci. Hari ni dia dah penat sangat. Tadi petang dia gaduh dengan seorang pelanggan yang tak berpuas hati mainan yang dibeli tak berfungsi.

Pak Musa pergi ke arah ruang mainan boneka budak sekolah. Dia ambil salah satu boneka itu. Dia ketawa mengejek melihat reka bentuknya.

"Merepek apa sial patung macam ni wujud?? Dah lah takde suara macam dalam filem Chucky tu. Harga RM200 tapi patung tak berkualiti. Bodoh yang rekanya.." Pak Musa mengejek pencipta boneka baru itu.

Tiba-tiba, dia dikejutkan dengan bunyi benda jatuh. Bunyi itu betul-betul agak kuat. Dia berpaling kebelakang. Suasana ruang sudah gelap. Hanya sedikit lampu malap menerangi untuk mengelak ada pencuri.

"Woi Manap! Kau ke tu?!" Pak Musa menjerit panggil nama Manap. Rakan satu kerja. Dia dan Manap memang kawan baik. Kaki botol, kaki judi, kaki perempuan sudah jadi makanan Pak Musa dan Manap.

Meow~

Pak Musa terkejut ada seekor kucing hitam muncul. Dia tengok mata kucing itu bercahaya kilau kerana lampu luar mencurah masuk sikit. Pak Musa berjalan menghampiri kucing hitam itu. Dia memyergah kucing itu. Tapi, yang menghairankan Pak Musa. Kucing tersebut takde tanda takut dengan sergah tadi. Dari sudut lain, seseorang telah mencapai sebilah pisau. Dia angkat pisau itu dan bawa pergi.

"Bodoh sial kucing ni!" apabila naik berang kerana tak takut dengan sergah. Dia sepak kucing hitam itu kuat-kuat.

Kucing hitam tadi menjerit kesakitan. Tubuhnya tercampak agak jauh. Pak Musa berpuas hati tengok kucing hitam itu kesakitan. Suara meow yang serak dan perlahan itu tidak dilayan sama sekali.

"Kau tak kenal siapa aku. Memang mati kau dekat situ!" Pak Musa menyumpah seranah kucing malang.

Dia berpaling kebelakang. Satu libasan pisau terhiris tepat pada leher Pak Musa. Lelaki berbadan tegap itu terkejut dan nafasnya tersekat menahan sakit. Suaranya tak mampu nak keluar. Matanya boleh melihat yang menyerang dia adalah boneka budak sekolah. Mata boneka itu merah menyala.

Dia terduduk melutut. Tingginya kini separas boneka itu. Dia masih terkejut dengan apa yang dia melihat sekarang. Boneka itu melibas dengan menghiris bahagian kedua-dua mata. Meninggalkan luka parut yang besar. Darah mengalir keluar banyak. Pak Musa menjerit kesakitan. Terseksa menahan sakit. Mata dan lehernya dihiris.

Boneka itu mengalihkan pandangan memandang ke arah kucing hitam. Dia pergi menghampiri kucing itu. Kucing malang masih tak boleh bangun kerana tubuhnya sakit akibat disepak kuat. Boneka itu berpaling semula memandang Pak Musa.

Dia lari ke arah Pak Musa. Rambut Pak Musa dicengkam dan terus tariknya kuat. Kulit kepalanya terkoyak sehingga kelihatan jelas isi otaknya. Pak Musa menjerit dengan kuat. Boneka itu genggam kulit kepala yang terkoyak itu.

Dia tendang Pak Musa sehingga jatuh terbaring. Lelaki malang itu menjerit meminta tolong. Boneka itu mengangkat pisaunya semula. Dia panjat badan Pak Musa. Dia mulakan kerjanya dengan menikam beberapa kali. Malam itu malam tragedi berdarah dan pengakhiran Pak Musa. Kehidupan dia sebagai seorang lelaki panas baran dan berjiwa psycho telah tumpas oleh boneka berpuaka.

++++++

SELEPAS KEJADIAN YANG MENGERIKAN

Syamimi baru lepas bersihkan diri. Dia telah berjaya diselamatkan oleh kawan baiknya. Keluarga Syamimi yang kali kedua telah pun mati dibunuh dengan sangat kejam dan sungguh mengerikan. Tubuhnya masih menggigil. Memori menakutkan itu akan melekat lama ke dalam ingatan.

"Boneka tu dah aku bawa ke rumah perawat. Jom ke sana segera." Anis mengajak Syamimi ke rumah perawat itu.

Syamimi mengangguk dan terpaksa mengikut Anis ke rumah yang di maksudkan. Dia dibantu Anis berjalan kerana tubuh Syamimi masih lemah. Matanya melihat dengan sendiri bagaimana kematian itu berlaku. Jasad mereka tidak berupa manusia. Lebih sadis dari filem Evil Dead Rise yang ditonton beberapa bulan lepas.

Ustazah Dahlia menyediakan minuman buat dua tetamu. Ustaz Zain baru selesai merawat Syamimi dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Ustazah Dahlia hidangkan minuman buat mereka.

Dia masuk semula ke bilik bawah tanah. Di mana segala khazanah lama dan mistik tersimpan disitu. Ustazah Dahlia keluarkan boneka berupa budak sekolah. Dia bawanya keluar. Boneka itu berlumuran darah yang banyak. Baju yang di pakai boneka juga berdarah. Ustazah Dahlia meletakkan boneka itu di sofa single.

"Cuba ceritakan. Apa sebenarnya berlaku?" soal Ustaz Zain. Anis menoleh memandang Syamimi.

Syamimi memandang ke arah boneka itu lama. Wajah boneka itu saling tak tumpah macam wajah arwah anaknya. Perlahan-lahan airmatanya mengalir.

"Kau jangan menangis. Aku ada dekat sini." Anis memujuknya. Syamimi menarik nafas dalam-dalam.

"Boleh ustazah tahu. Kenapa boneka ni mengganas sehingga membunuh?" soal Ustazah Dahlia. Teringin nak tahu.

"Dalam boneka tu ada Hayder. Dia anak kandung saya. Dari kecil dia tidak dapat kasih sayang. Saya dan Hayder jadi tempat lepaskan marah bekas suami. Hayder dijumpai mati dibunuh pada usia 12 tahun. Dia membunuh orang kerana dendam, sebab dia kekurangan kasih sayang orang lain. Saya yang selalu ada dengan dia.."

Anis hulurkan gambar pada Ustaz Zain. Lelaki itu mengambil dan melihat gambar Hayder pada usia 2 bulan. Dia serahkan pada isterinya. Ustazah Dahlia ambil dan melihat. Memang nampak ada kesan lebam pada tubuh Hayder masih kecil.

"Kejadian ni bermula selepas rumah saya duduk di datangi seekor kucing hitam dan juga ada boneka itu di sampingnya. Sampai sekarang masih tak tahu siapa sebenarnya bawa kucing dan boneka itu? Tapi saya cuma nak ucap terima kasih pada orang itu. Kalau tidak, saya tidak akan tahu siapa dalang yang menjadi punca kematian Hayder.."

Ustazah Dahlia menoleh ke arah boneka Hayder. Patung itu bergerak dan kepalanya dipusingkan. Matanya memandang ke arah Ustazah Dahlia. Perlahan-lahan, matanya memerah.

"Hayder, tenang disitu!" Ustazah Dahlia tegas dan menyuruh Hayder di dalam boneka untuk tenang. Ustazah Dahlia berpaling memandang Syamimi.

"Boleh ustazah tahu cerita ni dari awal? Kamu ceritakan ya.." Ustazah Dahlia ingin tahu dengan lebih lanjut. Syamimi mengangguk dan bekerjasama dengan Ustazah Dahlia serta Ustaz Zain. Dia pun memulakan ceritanya.

"Ceritanya begini...." Syamimi memulakan ceritanya.

Movel I CAN SEE YOU ni merupakan novel yang terpaling kejam dan mengerikan. Buat pembaca 18 tahun ke atas dibenarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience