3

Action Completed 2826

Rania mencari paku dan penukul untuk membaiki meja. Dalam takut - takut Rania berjaya menukul bucu meja untuk mengukuhkan kakinya. Nasibnya baik kerana tidak tertukul jari.
Kabinet dan sofa ditarik ke tengah sedikit untuk meletakkan meja diantara kabinet dan dinding dan almari diantara sofa dengan dinding.
Sebaik sahaja selesai menyusun meja dan melapis tiga almari kecil tanpa pintu dan kaki , pintu tiba - tiba dibuka dari luar. Rania berdiri kaku di tepi meja bagai tentera menunggu arahan. Lelaki yang selalu menghantar perabot masuk.
" Ambil ini. Leep bagi. Dia pesan makan selepas habis mengemas. Kemas elok - elok. Lagi sejam dia balik. Dia tahu dah elok kemas. Kalau tak dia suruh Burn pukul. " Kata lelaki itu sebelum memberikan beberapa plastik makanan. Rania mengambilnya sebelum meletakkan di atas meja.
" Satu lagi. Ini kain lagi. Bersih. " Tambahnya lagi sebelum mencampakkan sepuluh beg sampah hitam.
Terkebil - kebil Rania memandang plastik - plastik itu.
" Dah tak payah termenung. Kemas cepat." Kata lelaki tadi tegas.
Rania menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum bertanya.
" Tandas di mana ya ? "
Lelaki itu menepuk dahi.
" Itu. Lain kali guna mata. " Marah lelaki itu sambil menunjukkan bilik kecil di penjuru bilik.
Rania tersengih sebelum mengangguk. Lelaki itu menutup pintu sebelum menguncinya.

Rania mengheret tong yang dibiarkan tadi ke dalam tandas. Tong dicuci sebelum air ditadah ke dalamnya.
Rania mengambil segulung tali , gunting dan set jahitan sebelum mengukur ruang antara dinding dan almari. Kain yang telah diasingkannya tadi dijahit ala kadar untuk membuat langsir. Lebih setengah jam masa diambil Rania terkial - kial menjahit dua langsir. Satu untuk ruang sepanjang tilam dan satu lagi untuk ruang sepanjang sofa belakang kabinet.
Selesai memaku langsir , Rania bergegas mengeluarkan isi kandungan tiga beg plastik kain yang baru sampai. Dua dari tiga beg berisi kain perca sementara satu lagi berisi pakaian wanita.
Rania berlari ke sofa di belakang kabinet sebelum melipat dua satu toto untuk di jadikan tapak untuk meletakkan kain perca dan kain - kain yang tidak berguna. Kedua - dua beg kain perca dicurahkan ke dalam sofa yang telah koyak teruk tempat duduknya. Plastiknya pula dilipat untuk kegunaan masa depan.
Rania terus membuka dua lagi plastik. Isinya masih lagi kain perca. Satu beg dicurahkan ke dalam sofa belakang kabinet sebelum dilapik dengan satu lagi toto. Rania berlari mengambil plastik beg berisi pakaian wanita sebelum mencampakkannya di atas sofa belakang kabinet.
Tiba - tiba baru dia teringat. Dia lupa menutup air paip. Bergegas dia ke tandas menutup paip air. Setelah menutup air paip dia bergegas memenuhkan dasar sofa dengan kain perca dan di dalam bakul. Mujurlah sofa tidak rosak seteruk sofa di belakang kabinet. Hanya perlu ditambah kain di dalamnya. Setelah selesai menambah kain ke dalam sofa , Rania buntu untuk melapikkannya dengan apa. Mundar - mandir Rania memikirkannya sebelum memutuskan untuk mengambil toto yang sengaja ditinggalkan untuknya sebagai alas.
Toto dilipat dua sebelum dihamparkan di atas sofa. Sebaik sahaja membentang toto , Leep membuka pintu.
" Dah makan ? " Tanya Leep. Rania menggelengkan kepala.
" Ini apa ? " Soal Leep sebelum menyepak baki plastik hitam yang berisi kain. Rania tunduk memandang kaki.
" Kain. " Jawab Rania takut - takut.
" Simpan sebelum aku mengamuk. " Ugut Leep.
Rania mengutip semua plastik beg sebelum meletakkan di atas sofa belakang kabinet. Setelah selesai dia mendekati Leep yang sedang berbaring.
" Kau pergi makan sebelum sambung kerja kau. Aku nak tidur. " Arah leep.
" Aaaa. Leep. Saya dah. " Kata Rania sebelum dipotong Leep.
" Dah apa ? Aku kata kemas sebelum aku balik. Kau tak siap - siap juga. Aku keluar pagi balik dah malam pun kau tak siap -siap mengemas. Aku nak tidur kau kacau pula. Kau nak apa lagi ? " Marah Leep.
" Se se sebenarnya... " Kata Rania takut - takut.
" Sebenarnya apa ! " Tengking Leep.
" Sebenarnya tilam dah siap di sana. " Kata Rania satu nafas sambil menunjukkan ke suatu arah.
Leep bangun sebelum memanjat tilam untuk tidur. Sebaik sahaja Leep hilang dari pandangan , Rania rebah tidak sedarkan diri.
Selang beberapa minit , Leep memanggil Rania.
" Rania , urut belakang aku. " Arah Leep.
Diam tanpa sahutan.
" Rania. " Panggil Leep lagi.
Diam tanpa sahutan.
Leep bangun keluar mencari Rania sebelum terpandang sekujur tubuh Rania yang longlai tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience