Completed
2826
" Leep. " Panggil Rania dalam kesakitan sebelum memeluk leher Leep.
" Ya. Sabar. Jangan peluk aku. " Sahut Leep serius. Rania melepaskan pelukannya.
" Amboi Leep. Balik kerja terus dukung perempuan. " Sakat seorang lelaki.
" Tak adalah. Inikan budak aku. " Jawab Leep sambil melajukan langkahnya.
' Budak ? ' Fikir Rania terasa hati.
Sebaik sahaja sampai di bilik. Leep meluru naik ke tilam untuk meletakkan Rania sebelum mengunci pintu. Leep kembali ke tilam sebelum Suraya datang memeluk dari belakang.
" Hai abang kacak. " Bisik Suraya manja sambil meraba dada Leep.
" Lepas. " Bisik Leep geram sambil menepis tangan Suraya.
Suraya mencebik. Leep tidak peduli terus memanjat tilam. Suraya geram menyengkang kaki Leep menyebabkan Leep terjatuh di atas badan Rania. Leep segera beralih menarik langsir.
" Maaf saya tersandung. " Kata Leep dingin sebelum mengiring membelakangkan Rania. Rania diam seribu bahasa.
Tiba - tiba Rania terdengar suara menangis sayup - sayup. Dia segera bangun turun dari tilam. Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di lantai , seseorang memukulnya di belakang tengkuknya. Rania rebah tidak sedarkan diri.
Suraya segera naik ke tilam menggantikan tempat Rania. Lampu tidur dimatikan sebelum dia memeluk belakang Leep erat. Leep membiarkan tindakan Suraya kerana menyangka itu Rania. Tangan Suraya diusap lembut sebelum Leep menyedari itu bukan tangan Rania.
' Lembut. Tapi tangan Rania kasar dan ada banyak kesan luka. ' Fikir Leep sebelum bangkit berpaling.
" Kau ! Perempuan tak guna. Mana Rania ? " Tengking Leep kasar sebelum menampar muka Suraya.
Rambut Suraya ditarik turun dari tilam. Leep terpandang Rania terbaring tidak sedarkan diri di lantai. Sebatang penyapu bergelimpangan di atas Rania.
Leep naik berang dengan perangai Suraya menarik Suraya jatuh dari tilam. Suraya menangis teresak - esak. Leep mengambil penyapu sebelum memukul badan Suraya bertubi - tubi.
" Awak , saya minta maaf. Sakit awak. Sakit. " Rayu Suraya.
" Pergi matilah dengan sakit kau. " Tengking Leep sambil terus memukul Suraya.
Perlahan - lahan Rania tersedar setelah mendengar kekecohan di sebelahnya. Dengan tubuh yang sakit , Rania bangun. Sedaya upayanya dia memandang sekeliling. Dia terkejut melihat Leep memukul Suraya.
" Leep. " Panggil Rania lemah sebelum merangkak memeluk kaki Leep.
" Awak jangan nak halang saya ! Ke tepi. " Marah Leep. Rania menggeleng - gelengkan kepalanya. Air matanya merembes keluar.
" Tepi Rania. " Tengking Leep.
Rania segera memanjat tubuh Leep sebelum memeluknya. Dia menangis semahu - mahunya di dada Leep. Suraya yang separuh sedar mengutuk Rania dalam hati.
Leep melepaskan penyapu sebelum membalas pelukan Rania. Kepala Rania diusap lembut. Leep mengucup lembut belakang kepala Rania.
" Kenapa awak buat macam ini ? " Keluh Leep yang telah tenang. Hilang semua amarahnya yang membara sebentar tadi.
" Saya tahu awak tak seteruk ini. " Kata Rania jujur.
" Terima kasih. " Kata Leep terharu sebelum mengangkat Rania naik ke tilam.
Rania dibaringkan perlahan. Leep turun sebelum menarik langsir perlahan. Nafas berat dilepaskan. Leep mengendong Suraya ke tilamnya. Langsir diselak sebelum membaringkan Suraya. Leep keluar menutup langsir.
Langkah lemah diatur Leep ke sofa. Leep berbaring letih. Fikirannya bercelaru. Tiba - tiba pintu diketuk dari luar. Lambat - lambat Leep membuka pintu.
" Ril ? " Soal Leep terkejut sebelum keluar mengunci pintu.
" Aku dengar kau mengamuk. Suraya kacau kau ke ? " Soal Ril sambil menghidupkan api rokok. Leep melepaskan nafas berat sebelum mengangguk.
" Dia memang macam itu. Pantang nampak lelaki. Gatal. Dulu dia buat benda tak senonoh dalam bilik aku. Itu yang aku marah sangat. " Terang Ril sebelum melepaskan asap berkepul - kepul.
" Jadi kau lepaskan pada aku pula ke ? " Soal Leep sebelum ketawa.
Ril menepuk bahu Leep.
" Dia buat apa ? " Soal Ril.
" Boleh dia pukul Rania semata - mata untuk goda aku ? Aku marah betul. " Kata Leep geram.
" Bagi pada Z. Habis cerita. " Kata Ril tenang sebelum berlalu pergi.
Leep masuk kembali ke dalam bilik sebelum berbaring di atas sofa. Leep menutup matanya memikirkan tindakan seterusnya.
Rania turun dari tilam sebelum berjalan perlahan - lahan mendekati sofa. Plastik hitam berisi baju bersih dibuka , Leep membuka matanya sebelum terpandang Rania.
" Awak cari apa ? " Soal Leep.
Rania mengangkat sehelai baju tanpa menyahut sapaan Leep.
" Nak buat apa ? " Soal Leep pelik.
" Mandi. " Kata Rania dingin.
" Biar saya mandikan. " Kata Leep sebelum bangkit dari baring.
" Tak nak. " Kata Rania sebelum berlalu ke bilik air. Leep mengekor dari belakang.
" Saya kata tak nakkan ? Awak tak faham ke ? " Marah Rania sebelum menolak pintu.
Leep menahan pintu.
" Awak yang tak faham. Saya kata saya buatkan. Saya buatkanlah. " Balas Leep berkeras.
" Saya tak nak mandi. " Putus Rania sebelum melangkah keluar dari bilik air. Leep menghalang Rania keluar.
" Mandilah. Saya tak kacau. " Kata Leep mengalah sebelum naik ke tilam.
Share this novel