14

Action Completed 2826

Rania turun dari tilam sebelum kembali mengemas barang yang dibeli Leep. Kotak polisterin diletakkan di dalam kabinet yang tidak berpintu manakala dapur elektrik diletakkan di atas kabinet.

Leep turun dari tilam sebaik sahaja siap memasang kipas.
" Rania , baju dalam almari itu lipatlah. " Arah Leep.
" Okey. " Kata Rania meninggalkan kerjanya sebelum naik melipat pakaian yang dilonggokkannya tadi.

Leep mengeluarkan ikan dan ayam dari tong polisterin sebelum mencucinya. Dapur elektrik dipasang oleh Leep sebelum dia memasak air dalam periuk.
Rania turun dari tilam sebaik sahaja siap mengemas baju dan almari di sebelah almari Leep.

" Ayam dan ikan dalam tong itu saya dah cuci. Saya dah letak ais dalam itu. " Kata Leep sebelum berbaring di sofa.

Rania membasuh tong plastik di dalam bilik air sebelum mengelapnya. Beras dibuka dan diisi ke dalam tong sebelum diletakkan di bawah singki. Rania meletakkan besen berisi barang untuk dicuci sebelum mencari cawan dan periuk untuk menanak nasi. Sebaik sahaja meletakkan periuk di atas dapur , Leep memanggilnya. Rania menghampiri Leep.

" Awak dah makan ? " Soal Leep tiba - tiba.
" Dah. " Jawab Rania.
" Betul dah makan ? " Soal Leep lagi.
" Yaaa. " Balas Rania rimas. Tiba - tiba perutnya berbunyi.
" Menipu ? Pandai awak menipu saya ya. " Marah Leep sebelum bangun dari sofa.
Rania diam menundukkan kepalanya.
" Duduk makan. " Kata Leep tegas sebelum mengemas barang yang dibelinya.

Pinggan , mangkuk , periuk dan lesung batu disusun di dalam almari kecil di bawah singki. Singki dicuci bersih sebelum sayur diletakkan di dalamnya. Satu bakul petak diletakkan di atas kabinet sebelum makanan dalam botol disusun di dalamnya. Sebahagian bahan perasa diletakkan di dalam bekas kedap sebelum bakinya diletakkan di dalam laci atas kabinet. Perasa air pula diletakkan di atas almari kecil.

" Baju kotor semua mana ? " Soal Leep tiba - tiba.

Tersedak Rania dibuatnya. Leep segera mencari air. Satu per satu almari dibuka sebelum menjumpai air.
Sebaik sahaja lega , Rania mengetawakan Leep.

" Apa ? " Soal Leep sambil menggosok tengkuknya.
" Awaklah kelam - kabut. " Kata Rania tenang.
" Ish , itu pun nak gelak. Kain kotor mana ? " Kata Leep geram.
" Malulah itu. Dalam bakul dalam almari depan. " Jawab Rania sambil menyakat.
" Mana ada. Saya nak hantar dobi ini. " Balas Leep menutupi perasaannya.
" Ooo. Sekarang ke ? " Soal Rania.
" Taklah. Nantilah. Kenapa ? " Balas Leep sebelum duduk.
" Saya nak mandi dulu. " Kata Rania sebelum berhenti makan.

Rania segera membelek nasi di atas api sebelum menuang air panas ke dalam jug. Air dimasak lagi sebelum dia mula memasak makan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience